BUFFET DIM SUM SEDAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Bagi mereka yang suka menu masakan cina, ni patik cadangkan korang untuk ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya.
Patik dan beberapa rakan patik telah membuat tempahan di restoran ini untuk merasai makan tenghari dengan hidangan dim sum yang dikatakan sedap dan juga berbaloi untuk dinikmati.
BUFFET MAKAN TENGAH HARI DIM SUM
Bila sebut buffet, korang boleh makan semua menu yang dihidangkan disini tanpa henti. Itu yang patik suka sebab berbaloi dengan apa yang kita bayar bukan. Hahahaha.
Patik rasa apa yang korang tengok nanti akan mengganggu sistem penghadaman korang sebab kesemuanya memang sedap dan yang paling penting rasa hidangan tersebut memang sesuai dengan kita yang jenis tekak melayu ni.
![]() |
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya |
![]() |
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya |
![]() |
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya |
![]() |
Menu Dim Sum di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya |
Untuk pengetahuan korang, lebih daripada 30 jenis dim sum dan menu ala carte lain yang tergolong didalam buffet ini yang korang boleh pilih dan yang paling penting kesemua menu dan restoran ini adalah halal.
Korang boleh tengok sijil HALAL yang telah mereka terima [DISINI]. Jadi korang boleh menikmati semua hidangan tanpa sebarang was-was.
Korang boleh tengok sijil HALAL yang telah mereka terima [DISINI]. Jadi korang boleh menikmati semua hidangan tanpa sebarang was-was.
Secara keseluruhan patik dan rakan-rakan sangat berpuas hati dengan servis yang mereka berikan daripada lokasi makan, hidangan makanan serta layanan staf di Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya ini.
![]() |
Hotel Bangi Putrajaya |
Bagi mereka yang ingin merasai kenikmatan makan buffet lunch tanpa henti ni, korang boleh ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya ini.
RESTORAN HARMONI
Hotel Bangi Putrajaya
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
DIBUKA:
Isnin - Sabtu :
11.00 am - 2.30 pm
HARGA DIM SUM BUFFET LUNCH:
RM55 dewasa
RM27.50 kanak-kanak
TELEFON:
03-8210 2222
WEBSITE:
FACEBOOK: