Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN

$
0
0
PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN

PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN | Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput oleh pihak portal nombor 1 di Malaysia, TONTON ke majlis memperkenalkan pakej terbaru dan sekaligus memperkenalkan wajah baru bagi TONTON.

Majlis perkenalan ini telah diadakan di Desa Balqis Resort Kuala Linggi Melaka dengan penuh meriah. Berkonsepkan #BerkampungMacamVIP menjadikan semua orang mesti berkeadaan kampung dimana tetamu lelaki diberi kain batik dan tetamu perempuan dengan kain pelikat. Haaaa baru laaa mood dekat kampung muncul.


Patik dengan begitu gigih bergerak dari Serdang terus ke Kuala Linggi dengan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai kesana.

Suasana #BerkampungMacamVIP
Suasana #BerkampungMacamVIP
Setibanya patik di Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini, majlis telah bersedia dengan penuh cahaya. Teruja semua bercampur baur perasaan patik ni haaa. Patik membayangkan keceriaan sama seperti kemeriahan tempat yang tersedia.

PORTAL HIBURAN TONTON

Duta baru TONTON, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan
Duta baru TONTON, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan
Didalam majlis perkenalan #TontonMacamVIP ini, 2 wajah baru bagi TONTON telah diperkenalkan kepada rakan blogger dan media iaitu Mia Ahmad dan juga Saharul Ridzwan sebagai duta bagi portal TONTON tersebut.

Website TONTON yang boleh dilawati oleh orang ramai
Website TONTON yang boleh dilawati oleh orang ramai
Seperti yang kita sedia maklum, portal hiburan TONTON merupakan lokasi dimana segala kolaksi drama dan juga siaran hiburan dibawah Media Prima dikumpulkan.

Selain korang boleh menonton koleksi drama lama, korang boleh menonton drama baru yang berdefinasi tinggi (HD) malah yang lebih seronok korang boleh menontonnya lebih awal sebelum ditayangkan di TV dengan portal hiburan TONTON ini.

Tonton Macam VIP
Bersempena Hari Kebangsaan, TONTON telah menyediakan beberapa drama terbaru seperti It’s A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif TONTON seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis adalah antara rancangan yang wajib korang tonton.

Untuk menjadi ahli TONTON VIP, korang boleh melanggan pakej VIP terbaru serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video.

Barisan orang kuat TONTON dan wajah baru bagi TONTON
Barisan orang kuat TONTON dan wajah baru bagi TONTON
Pelan langganan VIP ini bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Cukup berbaloi bukan !!

Kemeriahan majlis TONTON
Kemeriahan majlis TONTON
Jom melanggan dengan TONTON dan jadilah penonton VIP supaya kita semua boleh menonton apa jua program pertama sebelum ditayangkan di TV !! Hahahaha.

DESA BALQIS RESORT KUALA LINGGI 

Selepas majlis, patik dan rakan media lain diberi peluang untuk bersantai di resort yang berkonsepkan kampung. Memang unik konsep di Desa Balqis Resort Kuala Linggi Melaka.



Memang mengimbau nostalgia ok dengan konsep yang diterapkan di Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini haaa. Dengan rumah-rumah kampung Melaka yang cantik dengan tangga batu yang kelihatan mewah menjadikan ianya serupa sebuah rumah atok nenek patik.

Kenangan dirumah kampung Desa Balqis Resort Kuala Linggi
Keadaan rumah kampung yang memang akan membuat kita teringat kenangan dikampung halaman. Memang bijak konsep yang dipilih oleh Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini.

Rumah Melaka dengan dekorasi tangga batu mereka.
Rumah Melaka dengan dekorasi tangga batu mereka.
Ruangan serambi untuk bersantai.
Ruangan serambi untuk bersantai.
Rumah Melaka tidak sah kalau tak ada beranda untuk kita bersantai. Dirumah kami, terdapat ruangan beranda atau ruang santai untuk bersembang atau mengumpat. Memang seronok sekali sekala dengan konsep begini.

Sempat membawang dengan rakan blogger lain.
Sempat membawang dengan rakan blogger lain.
Outfit of the Day (OOTD)
Bila banyak tempat yang boleh digunapakai untuk diabadikan didalam gamabr, patik juga mengambil peluang untuk joint sama. Hahahahaa. Memang setiap inci rumah ini cantik untuk dijadikan kenangan.

Apa pun terima kasih kepada team Media Prima atas jemputan ke sesi perkenalan duta terbaru TONTON.

 WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.