BELI BARANG MURAH SECARA MEMBIDA HANYA DI CHILINDO.COM | Dua tiga hari ini kami rakan blogger heboh dengan satu website yang menjual barangan yang sangat murah dengan hanya membida.
Bermula dengan seorang rakan blogger yang bercerita, akhirnya ramai diantara kami yang terjebak termasuklah patik sendiri.
Hanya dengan memasuki laman web www.chilindo.comdan korang perlu log masuk dengan hanya menggunakan akaun facebook, korang sudah boleh membida dan membeli dengan harga yang korang boleh bida. Sekiranya harga korang yang berikan paling tinggi, korang akan memenangi pembelian ini.
Bida punya bida, patik sempat membeli 3 barang di www.chilindo.com ni haaa. Dengan jaminan penghantara 1-3 hari bekerja, korang akan memiliki barang yang korang bida tadi.
Selepas seharian, barang yang patik bida telah selamat tiba ditangan. Dengan konsep pembayaran tunai semasa penghantaran (Cash on Delivery) korang akan membayar secara cash kepada si penghantar dengan tunai. Sangat mudah dan ini adalah pertama kali patik berurusan sebegini rupa.
Ini adalah tiga barang yang telah patik beli secara membida. Rasa kelakar pulak dengan harga barangan yang patik bida. 1 cermin mata hitam dan 2 utas jam tangan. Walaupun bukan barangan berjenama, apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru dan mungkin ianya kelihatan lebih mahal bila kita gayakannya.
Untuk 3 barangan ini, patik telah berhabis sebanyak lebih kurang RM18.00 dan upah penghantaran adalah sebanyak RM12.00. Jadi patik cadangkan korang bembeli secara banyak untuk lebihberbaloi dengan jumlah upah penhantaran.
Jadi apa kata korang lawati laman web www.chilindo.com untuk merasai pengalaman membeli belah secara membida. Korang akan rasai suatu pengalaman yang berlainan daripada membeli belah secara biasa.