BERBUKA PUASA DI PHILEA MINES BEACH RESORT SERI KEMBANGAN DENGAN SUASANA NOSTALGIA | Berbuka puasa dalam suasana nostalgia memang seronok. Lebih-lebih lagi ditambah dengan suasana kampung memang akan meruntun jiwa untuk pulang ke kampung bersama keluarga tercinta. Perghhh memang layan beb!
Berlokasi di Philea Mines Beach Resort korang boleh dapatkan suasana seperti pulang kekampung. Melangkah masuk ke Restoran Abdul & Charlie, korang akan terpukau dengan dekorasi ruangan makan mereka dalam suasana seperti didalam sebuah rumah kampnung.
Dengan tetingkap kecil serta langir yang kemas ikatannya menjadikan suasana berbuka puasa seperti berada diserambi sebuah perkampungan. Memang terbaiklah orang kata.
Jika korang yang suka berkonsep terbuka, mereka juga menyediakan ruangan terbuka untuk korang menjamu selera sambil bersembang samada bersama rakan taulan atau dengan keluarga. Kiranya dikawasan ini korang boleh laaa terpekik ke ape. Hehehe
Ruangan berhawa dingin juga disediakan bagi korang yang inginkan sedikit privacy semasa menikmati juadah berbuka. Suasana yang kemas dan tersusun memberi keselesaan kepada korang yang berada diruangan ini.
JUADAH WARISAN ENAK DI PHILEA MINES BEACH RESORT
Berkonsepkan menu tradisional dan juga kegemaran orang asia, mereka menyajikan menu berbuka puasa bermula dengan menu pembuka selera seperti ulam-ulaman, pelbagai jenis salad dan juga kerabu, menu utama sebagai pelengkap sajian dan juga masakan secara langsung serta menu pencuci mulut yang enak.
Disini korang harus cuba beberapa menu yang orang kata sebagai "menu wajib cuba"seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pdas Johor, Gulai Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli dan banyak lagi.
Bagi patik kalau pergi kemana-mana buffet ramadan, 2 menu ini pasti menjadi sajian pilihan patik sebagai menu berbuka puasa. Kambing Bakar dan juga Satay. Lain tempat pasti akan memberikan rasa yang berlainan. Jadi jom cuba !
Selain masakan siap yang disajikan disini, mereka juga menyajikan masakan yang dimasak secara langsung seperti Kambing Bakar, Bubur Lambuk, Satay, Char Kuey Teow selain menyediakan menu kudap-kudap seperti Keropok Lekor, Goreng Pisang, Serawa Durian dimakan dengan Pulut Tanak dan bermacam lagi.
Untuk pengetahuan korang menu yang disajikan akan dibuat pusingan setiap hari bermula 29 Mei 2017 sehingalah 22 Jun 2017 supaya pengunjung tidak merasai menu yang sama setiap hari. Dengan harga RM75 nett untuk dewasa dan juga RM40 nett untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun serta warga emas 60 tahun keatas dikenakan cas seperti berikut.
Bagi korang yang mencari tempat untuk berbuka puasa bersama rakan pejabat ke, rakan kelas ke atau keluarga, Restoran Abdul & Charlie, Philea Mines Beach Resort adalah tempatnya.
Korang boleh membuat tempahan atau sebarang pertanyaan seperti berikut:
Telefon:
019 600 1558
Email:
fnb.pm@phileahotel.com