Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH?

$
0
0

TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH? | Jika datang ke Negeri Terengganu atau lebih mudah patik katakan di sekitar Tasik Kenyir,Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah lokasi wajib dilawati sekiranya korang datang melawat ke Tasik Kenyir


Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini terletak berhampiran dengan Sungai Telemong Tasik Kenyir didalam daerah Hulu Terengganu.

Dengan keluasan 256 hektar yang dibina pada tahun 2012 ini menempatkan gajah yang merupakan spesis original yang berasal dari Negeri Terengganu itu sendiri. Maksudnya gajah yang ada disini adalah gajah asli dan bukan gajah daripada kawasan luar dari Negeri Terengganu.

Sasaran Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah memberi "rumah baru" kepada gajah-gajah yang kehilangan tempat tinggal dan yang mengganggu perkampungan orang awam. Selain itu , ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan. Gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan hanya tinggal 1500 ekor sahaja lagi. Kesian kan.

AKTIVITI DI KENYIR ELEPHANT CONSERVATION VILLAGE (KECV)

Selain melihat gajah yang ada disini, aktiviti lain yang korang boleh buat adalah menunggang gajah, mandi bersama gajah, mengambil gambar bersama gajah, memberi makan kepada gajah, persembahan pendidikan gajah dan juga berjalan dijambatan gantung dibawah canopy walk.


Melalui jambatan gantung yang terdapat di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab diatas ni korang boleh melihat melalui pandangan atas keadaan sekeliling tempat pemuliharaan gajah disini.


Selain melihat keadaan gajah disini, korang juga berpeluang melihat gajah-gajah ini mandi manda bersama penjaga masing-masing. Patik rasa seronok melihat gajah-gajah ini bagai kenal siapa tuan mereka dan mereka sangat jinak bermain dengan tuan mereka.

Dengan menggunakan bahasa yang difahami mereka, gajah ini akan mengikut arahan yang diberikan oleh tuan mereka.


Secara keseluruhan, patik sangat suka konsep yang ada di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini kerana persekitaran yang disediakan sangat selesa untuk pengunjung mahupun kepada gajah yang didalam proses pemuliharaan ini. 

Terima kasih dan tahniah kepada pihak Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) atas projek yang sangat membantu memberi sumbangan kepada gajah di Negeri Terengganu

HARGA TIKET KENYIR ELEPHANT CONSERVATION VILLAGE (KECV)




Ni adalah harga untuk korang masuk kedalam Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ni haaa. Harga yang tertera ini TIDAK TERMASUK aktiviti memberi makan kepada gajah dan juga mandi manda bersama gajah. 

Waktu operasi di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah seperti berikut:

Waktu operasi: 
Setiap hari

Masa: 
9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Waktu terakhir masuk: 
5.30 petang

Waktu persembahan gajah: 
11.30 pagi & 3.30 petang setiap hari

Telefon:
+609 858 5588

+6016 345 5605 (En. Azman)
+6012 278 2677 (Carol Ang)

Fax: 
+609 858 4848


>>  WEBSITE | FACEBOOK <<




Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.