KEBAIKAN PUCUK TURI DALAM KESIHATAN | Korang pernah makan ke tidak pucuk turi? Korang kenal ke tidak pucuk turi? Sebenarnya patik telah diperkenalkan oleh arwah mak patik tentang pucuk turi ini memandangkan rumah patik memang ade tertanam pohon turi ini.
Bagi korang yang pernah makan pucuk turi atau pernah nampak pucuk ini akan menggemari rasanya. Rasanya yang sedikit pahit dan memang unik sesuai dijadikan ulaman atau dimasak gulai. Selalunya pucuk ini mudah didapati di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
KEBAIKAN PUCUK TURI
Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Kerana ianya boleh memberi keselesaan kepada mereka yang mengalami masalah sembelit. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak
RESEPI PUCUK TURI MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar (Dihiris)
4 ulas bawang putih (Dihiris)
1 biji cili merah, (Dihiris)
1 kiub ikan bilis (kalau ada)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
CARA MEMASAK:
Masukkan santan cair, udang kering tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan pucuk turi dan masak hingga pucuk turi lembut, Tambah air jika perlu.
Masukkan kiub ikan bilis, hancurkan (jika guna). Kacau perlahan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih, kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.
Akhir sekali masukkan hirisan cili merah (kalau ada) dan masak didihkan untuk seketika. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin. Memang orang kata mak mertua lalu belakang pun tak perasan.
Rupanye Malaysia ni terlalu banyak pucuk-pucuk yang banyak kebaikan untuk kesihatan. Seperti pucuk turi yang merupakan tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Jadi apa salahnya kita kembali kepada yang asli dan sayur-sayur kampung yang sudah tentu sedap kalau dibuat masakan.