Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

BERCUTI KE LUANG PRABANG: BAHAGIAN 1

$
0
0

BERCUTI KE LUANG PRABANG: BAHAGIAN 1| Penerbangan mengambil masa 3 jam dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang dengan penerbangan Air Asia memang sangat memberi keterujaan kepada patik dan rakan blogger lain.

Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang

Selepas perjalanan 3 jam didalam pesawat akhirnya kami sampai juga di International Airport Luang Prabang Laos. Sebuah lapangan terbang yang kecil tertaraf antrabangsa menyambut kedatangan korang kesini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang

Sebelum mengambil keputusan untuk kesini, kami telah membuat kajian melihat gambar-gambar yang dimuat naik di instagram dan juga facebook menunjukan keadaan di Luang Prabang, Laos sangat indah dan ianya lebih kepada alam hijau. 

BERCUTI KE LUANG PRABANG
BERCUTI KE LUANG PRABANG

Melihat pemandangan dari atas pesawat, korang akan dapati Luang Prabang memang kaya dengan pemandangan hijau dan pemandangan hijau ini sangat berbeza dengan keadaan di Malaysia. Cuba korang perhatikan keadaan gunung ganang mereka yang terdiri daripada pohon-pohon renek yang meliputi bukit sangat berbeza dengan keadaan gunung ganang di Malaysia. 

Untuk penulisan kali ini,patik akan berkongsikan suasana apa yang patik dan 4 lagi rakan lain lalui selama 5 hari 4 malam yang meliputi kawasan Luang Prabang - VangVieng - Luang Prabag

BERCUTI KE LUANG PRABANG
BERCUTI KE LUANG PRABANG

Untuk korang yang berniat untuk datang ke Luang Prabang, patik ingin menasihatkan korang supaya tidak menganggap Luang Prabang punyai banyak bangunan hebat. Luang Prabang adalah semua kawasan yang kaya dengan keindahan alam sekeliling dan juga keindahan kebudayaan disana.

Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, kami dikehendaki melepasi pemeriksaan imigresen disana dengan perlu mengisi dokumen yang dikehendaki.

BERCUTI KE LUANG PRABANG

Selesai semua dengan selamat,perkara penting yang wajib kami lakukan adalah menukar kesemua duit USD kedalam matawang mereka iaitu Kip.

BERCUTI KE LUANG PRABANG

Untuk pengetahuan korang, mata wang Kip tidak dapat ditukar ke Malaysia mungkin kerana nilai matawang mereka yang terlalu kecil menyebabkan kaunter tukaran matawang tidak menyediakan pertukaran tersebut. Jadi sebagai penyelamat, matawang RM > USD > Kip. 

Luang Prabang

Selesai semua urusan di Lapangan Terbang, kami mengambil keputusan untuk terus ke VangVieng dengan menaiki Sleeper Bus yang terletak di tengah pekan Luang Prabang. Untuk ke pekan, kami menaiki van dengan tambang Kip10,000 untuk setiap orang. 

Night Market Luang Prabang

Kami tiba betul-betul di pekan Luang Prabang dimana disana lokasi Luang Prabang Night Market yang sangat popular di Luang Prabang. Melihat keadaan di Luang Prabang Night Market ini patik sudah terbayangkan keadaan di Jongker Walk Melaka tapi ianya lebih meriah dan sangat banyak gerai jualannya.

Night Market Luang Prabang

Sebelum menuju ke stesen bas Luang Prabang, patik dan 4 rakan lain sempat meronda-ronda untuk melihat keadaan disini. Memang sangat seronok dan rata-rata hasil jualan mereka adalah kraftangan, pakaian dan juga makanan. Untuk makanan, disini makanan agak susah kerana mereka terdiri daripada bukan muslim. Jadi apa yang kami lakukan adalah tawakal dan memilih makanan yang berasaskan buahan sahaja .

tuktuk Luang Prabang

Kami bergerak ke stesen bas Luang Prabang dengan menaiki Tuktuk dengan harga Kip10,000 untuk 1 kepala. Seronok weehh rupanya menaiki Tuktuk ni haa. Dengan aliran angin yang sepoi-sepoi bahasa memang sangat menyegarkan.

Tujuan kami menuju ke stesen bas Luang Prabang adalah kerana kami ingin mengejar Sleeper Bas untuk menuju ke VangVieng. Apa bila sampai di stesen bas Luang Prabang, kami terus bertanyakan tiket untuk ke VangVieng. Malangnya tiket Sleeper Bus untuk ke VangVieng telah habis dan kami agak terlambat.

Stesen bas Luang Prabang

Sebenarnya rancangan kami adalah untuk menjimatkan masa travel kami dengan menggunakan Sleeper Bus dimana sekiranya kami menaiki bas itu pada waktu malam, keesokkan nya kami akan sampai ke VangVieng.

Stesen bas Luang Prabang

Setibanya kami di stesen bas Luang Prabang, malang sekali semua tiket Sleeper Bus untuk perjalanan malam itu telah kehabisan. Sedikit kecewa dimana kami memang sudah rancang untuk merasai pengalaman bermalam didalam Sleeper Bus tersebut.

Stesen bas Luang Prabang

Untuk pengetahun korang, harga tiket untuk ke VangVieng dari Luang Prabang adalah berharga Kip150,000 (RM 75) untuk sekepala. Disebabkan permintaan yang tinggi dan jumlah bas yang sedikit, kami anggap tiada rezeki buat kami. Hanya mampu melihat bas itu sahaja. Hehehe

Sleeper bus Luang Prabang

Untuk pengetetahuan korang, Sleeper Bus ini menyediakan kemudahan bas dimana penumpang akan diberi tempat duduk dan sekaligus ianya menjadi tempat tidur bagi penumpang yang akan menuju ke destinasi.

Sleeper bus Luang Prabang

Keadaan Sleeper Bus ini bagi patik agak selesa dan ianya boleh menjimatkan masa bagi sikaki travel untuk menghabiskan sisa malam sementara menunggu hari esoknya bagi menyambung travel mereka.

Sleeper bus Luang Prabang

Akhirnya kami terpaksa menukar perancangan dan kami bermalam di guest house yang terdekat dengan stesen bas Luang Prabang dan kami akan mengambil bas pertama keesokkan harinya dari Luang Prabang ke VangVieng yang khabarnya mengambil masa 5 jam perjalanan. Harga untuk bas biasa adalah Kip110,000 lebih kurang RM 55.

Bajet Kasar:

  1. Simkad - RM20
  2. Minuman - RM 10
  3. Van - RM 5
  4. TukTuk - RM 5
JUMLAH = RM 40

Tips 1: Sekiranya korang melancong secara berkumpulan, patik cadangkan korang lantik seorang Bendahari untuk mengutip duit keperluan penting (penginapan, pengangkutan,emergency) sepanjang korang melancong. Untuk 5 orang, kami telah membuat kutipan sebanyak RM300 setiap seorang. 

Korang juga boleh menyambung pembacaan untuk entri seterusnya.



BERCUTI KE LUANG PRABANG: HARI KE DUA


BERCUTI KE LUANG PRABANG: HARI KE TIGA


BERCUTI KE LUANG PRABANG: HARI KE EMPAT


BERCUTI KE LUANG PRABANG: HARI KE LIMA



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.