Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

FILEM IT 2017 YANG HANYA SERAM-SERAM MANJA

$
0
0
FILEM IT 2017

FILEM IT 2017 YANG HANYA SERAM-SERAM MANJA | Filem yang dikhabarkan paling seram 2017 telah menjengah ke seluruh pawagam minggu lalu hasil arahan Andres Muschietti berjudul IT.

FILEM IT 2017

Filem IT ini yang diadaptasi dari novel Stephen King yang diterbitkan pada tahun 1986. Stephen King memang dikenal sebagai salah satu penulis yang biasa membuat cerita horor supranatural dan psikologis. Dalam novelnya kali ini, beliau kembali membuat cerita tentang trauma masa kecil, kekuatan memori, dan hal-hal yang tersembunyi dalam ritual di sebuah kota kecil.


SINOPSIS FILEM IT:

FILEM IT 2017

Bill yang sangat rapat dan kasih kepada adiknya, Georgie telah membiarkan adiknya bermain kapal kertas dilaluan air berseorangan diluar dalam keadaan hujan dan tanpa disedari adiknya telah hilang tanpa jejak. Dari situlah bermulanya pencarian Bill bersama rakan karibnya (Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie) yang lain mencari jalan untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat yang berlaku setiap 27 tahun lalu. 

FILEM IT 2017

Penemuan akhirnya terungkai apabila mereka mengetahui kehilangan adik Billy adalah disebabkan oleh hantu badut yang dikenali sebagai Pennywise atau The Dancing Clown yang gemar makan kanak-kanak.

Bagaimana pengakhiran cerita ini? korang kena datang ke pawagam berhampiran dan menonton Filem IT yang telah menjengah diseluruh pawagam seluruh Malaysia. 


ULASAN PATIK: 

FILEM IT 2017

Patik juga sempat menontonya baru-baru ini dan bagi patik ianya adalah sebuah filem seram-seram manja. Memang tidak dinafikan banyak babak-babak yang terkejut cuba ditonjolkan dan memang mambuat patik sendiri melatah disebabkan terkejut. Untuk seram bagi patik tidak terlalu seram.

Teringat patik akan cerita ini boleh disamakan dengan cerita rakyat zaman kanak-kanak kita dimana patik yakin mak abah korang pasti akan cuba menakut-nakutkan korang dengan cerita-cerita seram dan mungkin ini adalah bahan takutan yang digunakan oleh orang barat (mungkin..)

Cuma patik sedikit tertanya beberapa adegan:

  1. Bagaimana seorang budak kecil boleh dibiarkan bermain didalam hujan secara berseorangan?
  2. Semasa Baverly berjaya ditangkap oleh badut puaka, Baverly dijumpai dalam keadaan "dipukau" manakala yang lain sudah terapung. Adakah kanak-kanak lain memang mati?
  3. Semasa mereka memasuki rumah puasa, seorang dari rakannya terjumpa poster MISSING dan yang menjumpai poster itu adalah budak pada poster itu. Apa yang cuba disampaikan ek?
  4. Diakhir babak, dmanakah perkaitan diantara ayah Baverly dengan badut puaka itu. Adakah ayah Baverly adalah jelmaan hantu? Ia agak tidak jelas.
Begitulah sedikit ulasan patik bagi Filem IT 2017 ini. Seperti kebiasaan filem barat akan memastikan akan ada episod seterusnya untuk setiap filem dan ini same seperti dengan Filem IT 2017. Jadi nantikan episod seterusnya yeee. 



RATING:

⭐️⭐️⭐️



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes