SYAREHAN AHMAD PAKAR DALAM MENGHASILKAN PAKAIAN UNTUK SEBARANG MAJLIS | Untuk menghasilkan pakaian yang mengikut tema dan juga kena dengan cita rasa patik, secara kebiasaannya patik akan mencari tukang jahit yang betul-betul boleh memahami kehendak patik.
Sebenarnya sudah ramai tukang jahit yang telah menjahit pakaian patik bermula dengan Dzul Classique, Qamel Ayub Creation dan terbaru patik telah mencuba dengan seorang pereka muda yang merupakan kenalan patik. Jenama SYAREHAN AHMAD telah menjadi pilihan patik untuk menghasilkan pakaian yang patik inginkan.
Sebenarnya nama SYAREHAN AHMAD ini sudah lama didalam arena dunia rekaan fesyen tetapi patik baru jee kenal dalam setahun dua ni haaaa atas sebab urusan kerja dan akhirnya patik memilih beliau untuk menghasilkan pakaian untuk majlis pertunangan patik.
Beliau memang pakar dalam menghasilkan pelbagai jenis pakaian yang mengikut apa yang korang inginkan tidak kira apa jua tema seperti majlis pertunangan, perkahwinan, majlis makan malam atau apa jua majlis. Semua boleh dihasilkan oleh beliau.
Menjengah ke lokasi dimana jenama SYAREHAN AHMAD ini yang terletak di Ulu Klang memang agak mudah kalau kita nak mencari. Sebenarnya pemilik jenama ini iaitu Yan Syarehan Ahmad ini menjadikan rumah nya sebagai lokasi butiknya. Patik telah membuat temujanji dengan beliau dan masanya tiba untuk sesi mengukur badan. Masa untuk menyiapkan tempahan patik lebih kurang 2 minggu. Tak sabar untuk melihat hasilnya.

Lebih kurang seminggu lebih, Yan telah sedia menyiapkan pakaian yang patik mahukan. Bila beliau mula berkongsi di Facebook, mulalah hati meronta untuk membuat fitting pada baju tersebut. Sekali lagi patik telah membuat temujanji untuk sesi fitting. Patik ingatkan baju pengantin jee perlu fitting, rupanya apa jua baju yang ditempah disini akan dibuat sesi fitting untuk memberi keselesaan apabila memakainya nanti.
Tadaaaaa baju yang patik tempah dah siap untuk patik pakai nanti dimasa hari pertunangan patik pada 12 November 2017 nanti. Terima kasih kepada pereka baju patik Yan Syarehan Ahmad yang telah merialisasikan apa yang patik mahukan.
Bagi korang yang mencari pereka pakaian yang boleh memenuhi kehendak korang, korang boleh mencuba sendiri hasil rekaan daripada SYAREHAN AHMAD. Ini ada patik sediakan informasi yang korang boleh lihat dan boleh hubungi sekiranya ingin mencuba.
Telefon:
+6017 207 3280 (Yan)
Email:
syarehanahmad@yahoo.com