YEE SANG MAKANAN TRADISI MASYARAKAT CINA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA | Tahun Baru Cina akan disambut di Malaysia pada tanggal 16 Februari 2018 dan lumrah bagi masyarakat yang berbangsa Cina akan meraikan Tahun Baru Cina dengan makanan tradisi mereka iaitu Yee Sang.
Mengikut bahan bacaan patik, Yee Sang yang ada di Malaysia berasal dari Seremban. Ianya dipopularkan oleh Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.
Loke Ching Kee menyediakan Yee Sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung Yee Sang sambil melaungkan “Lou Hei” yang bermaksud gaul naik.

Mereka juga mengucapkan kata-kata yang baik seperti “semoga bertambah rezeki”, “semoga panjang umur”, “semoga keluarga bahagia” dan sebagainya. Ia umpama doa. Ritual ini adalah simbolik kepada permohonan dan pengharapan agar tuah dan rezeki akan bertambah pada tahun yang mendatang.
Untuk tahun ini, seperti biasa rakan kerja patik akan menjamu kami semua dengan hidangan Yee Sang dan sebagai masyarakat majmuk kita diharuskan untuk meraikan perayaan mereka tanpa mengikut cara penyembahan mereka.
Apa yang boleh patik simpulkan, Yee Sang ini hanyalah salad versi bangsa cina yang terdiri daripada ikan salmon segar dan hirisan sayuran yang melambangkan sebagai kesepakatan dan warna-warninya sambutan perayaan mereka. Begitulah sinonimnya Yee Sang makanan tradisi masyarakat cina menyambut Tahun Baru Cina.
Seperti patik yang jarang sekali menjamah Yee Sang sudah pasti tertanya-tanya kandungan apa yang ada didalam penyediaan Yee Sang ini. Selepas diterangkan oleh rakan kerja patik barulah patik tidak was-was untuk menjamah makanan ini.
Yee Sang boleh diibaratkan sebagai kerabu atau dalam english dia "salad". Atau boleh didefinasikan sebagai Teochew style raw fish salad. Mengandungi carikan raw fish/jelly fish bersama carikan-carikan pelbagai jenis sayur yang dihidangkan bersama sos plum.(selalunya ada pelbagai jenis tapi ini adalah asas)