Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

HOTEL MURAH BANGI : BERMALAM DI ARINA HOTEL SANGAT BERBALOI

$
0
0
HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI : BERMALAM DI ARINA HOTEL SANGAT BERBALOI | Berlokasi berhampiran dengan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dan restoran makanan segera McDonald Bandar Baru Bangi memberi peluang  kepada ARINA HOTEL untuk bangun didalam industri perhotelan. 

Patik sebagai orang yang tinggal di Bandar Baru Bangi terasa sangat kesian bila ade rakan-rakan dari luar ke sini mengalami masalah untuk mencari hotel yang berharga mampu milik tetapi berbaloi untuk didiami disekitar Bandar Baru Bangi.

Untuk kali ini, patik mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman bermalam di hotel yang boleh patik kelaskan sebagai berharga murah tetapi sangat berbaloi untuk didiami.

Yang seronoknya di ARINA HOTEL ini adalah harga biliknya adalah memang sangat berbaloi dan yang paling penting ianya termasuklah sarapan pagi. Korang boleh cari mana hotel yang berharga 'bajet' yang menyediakan sarapan pagi kepada pengunjung nya. 

Bilik yang disediakan ini adalah jenis STANDARD KING yang berharga RM100 semalam termasuklah sarapan pagi untuk 2 orang. 

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

Bagi patik ianya boleh dikatakan besar dan sangat selesa kerana patik suka kalau bilik yang menyediakan katil bersaiz king dan sudah tentunya besar. Bilik-bilik ini bagi patik sesuai bagi mereka yang datang untuk mempunyai mesyuarat atau pun mempunyai keluarga kecil yang datang sebab ada kenduri di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi.

Dibahagian bawah ARINA HOTEL, terdapat sebuah cafe yang terbuka kepada umum dan juga kepada mereka yang mendiami hotel ini. 

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

Terdapat 2 kawasan santai untuk menikmati hidangan iaitu dibahagian dalam (berhawa dingin) dan dibahagian luar sesuai untuk mereka yang merokok. 

Hidangan yang disediakan disini adalah seperti set makanan dikebanyakan kopotiam lain.

Untuk sarapan pagi ini, patik telah meminta set nasi lemak ayam dan juga set nasi goreng kampung ayam mereka. Walaupun bersifat 'hotel bajet', makanan mereka memang menepati citarasa tekak patik. Patik sangat suka dengan set nasi lemak ayam yang memang rasanya seperti masak dirumah. Cukup rasa dan sifat sebagai nasi lemak. 

HOTEL MURAH BANGI

HOTEL MURAH BANGI

Bagi mereka yang mencari hotel yang harganya sangat berbaloi, patik cadangkan korang bermalam di ARINA HOTEL kerana kemudahan disekelilingnya memang sangat banyak dan patik pasti korang menyukainya. 

ARINA HOTEL 
No. 1-01-01, Bangi Sentral,
Jalan Medan Pusat Bandar 7,
Seksyen 9, 43650
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon:
03-87513628

Email : admin@arinahotelbangi.com






Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes