BELAKANG TABIR SESI LATIHAN PEMENTASAN TEATER BIKERS KENTAL | Semalam patik sempat ke Istana Budaya bagi melihat sendiri sesi latihan terakhir pelakon Teater Bikers Kental.
Secara jujurnya ini adalah pertama kali dalam sejarah patik hadir melihat sendiri sesi latihan mereka dan juga pertama kali masuk ke Istana Budaya sehingga ke ruang belakang pentas.
Seperti kata Nasrul Asraff Nazlan, Pengarah Teater Bikers Kental, teater ini diharap dapat menjadi tarikan kepada peminat motor yang berkuasa tinggi mahu pun mat-mat motor yang ingin melihat sendiri kehidupan mereka sendiri diatas pentas Istana Budaya.
Selain menampilkan teraju utama seperti Zizan Razak dan juga Awie, teater ini juga menyuntik elemen muzikal dan menampilkan penyanyi dari Thailand supaya jalan cerita mereka nampak keserasian seperti didalam filem Bikers Kental.
Selain pelakon sedia ada, penerbit teater ini menyatakan menggunakan khidmat Nadia Brian sebagai pelakon didalam teater ini kerana selain beliau adalah pelakon baru, beliau juga berbakat didalam memainkan watak didalam teater.
Teater Bikers Kental ini akan mula dipersembahkan pada 23 sehingga 31 Januari 2016 di Panggung Sari, Istana Budaya.
Tiket-tiket untuk menonton boleh dibeli melalui www.airasiaredtix.com atau datang terus ke Istana Budaya dengan harga serendah RM45 sehingga RM305.
Tak sabar rasanya untuk melihat sendiri pada Malam Gala Teater Bikers Kental yang akan dipentaskan pada esok hari, Jumaat 22 Januari 2016 sebelum dimula dipentaskan secara rasminya pada 23 Januari 2016.
Terima kasih atas peluang untuk melihat sendiri sesi latihan pementasan ini. Patik sangat-sangat seronok !!
Kredit gambar: www.budakpacak.com & www.nisakay.com