BUFFET BERBUKA PUASA DI KLANA RESORT SEREMBAN | Bersempena bulan ramadhan yang bakal tiba ini, patik ingin berkongsi lokasi berbuka puasa yang mingkin boleh korang jadikan sebagai lokasi untuk berbuka puasa bersama kelaurga mahupun sahabt handai.
Klana Resort Seremban menyediakan menu untuk berbuka puasa berkonsepkan menu Melayu Negeri Sembilan yang kaya dengan pelbagai jenis masak lemak.
Selain menu masak lemak yang begitu sinonim dengan Negeri Sembilan, Klana Resort Seremban juga menyediakan menu signature lain mereka iaitu kambing panggang yang diimport daripada Australia. Istimewanya kambing di Klana Resort Seremban ini adalah pada sos black paper mereka yang ditambah dengan kemanisan kurma. Haaa rasa manis pedas tu memang dapat korang rasa.
Seperti yang patik ceritakan pada peringkat awal, Negeri Sembilan begitu sinonim dengan masak lemak. Jadi kali ini Klana Resort Seremban mengenengahkan konsep plebagai jenis masak lemak. Antaranya masak lemak udang, masak lemak telur itik, masak lemak betik muda, masak lemak rebung beserta perut dan pebagai jenis menu tambahan lain.
Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu berbuka puasa |
![]() |
Kambing panggang yang diimport dari Australia |
![]() |
Kambing golek bersama sos black paper kurma |
![]() |
Pelbagai jenis masak lemak Negeri Sembilan |
![]() |
Pelbagai jenis masak lemak yang dihidangkan |
Bila sebut sahaja buffet, patik pasti akan melihat apa yang disediakan oleh pihak restoran mahupun hotel. Jadi ini adalah antara menu pencuci mulut yang dihidangkan di Klana Resort Seremban.
![]() |
Buah-buahan sebagai pencuci mulut |
![]() |
Pelbagai jenis pastri dan juga kek |
![]() |
Apam balik yang dikatakan menjadi pilihan orang ramai |
Mee goreng yang dimasak secara langsung |
Bagi mereka yang biasa dengan Klana Resort Seremban, aktivit pengagihan bubur lambuk akan diberikan 3 hari sebelum bulan puasa bermula. Jadi korang semua boleh bersedia untuk mengambil bubur yang diberikan secara PERCUMA sebanyak lebih kurang 4000hingga 5000 bungkus akan diagihkan sehari kerana bubur lambuk mereka menjadi pilihan masyarakat sekeliling resort.
Bagi korang yang ingin merasai pengalaman menikmati juadah berbuka puasa, ini adalah informasi yang patik boleh kongsikan.
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Telefon:
06 7667888 ext 3181 or 3005
Fax:
06 7667999
Email:
info@klanaresort.com.my
Website:
Facebook:
Instagram:
Terima kasih keopada pihak Klana Resort Seremban atas jemputan patik dan rakan Projek Travel ke sesi pengenalan buffet berbuka pusa di Klana Resort Seremban.