Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA?

$
0
0
PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA?

PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA BAKAL IBU BAPA? | Pada yang belum mengetahui yang patik dan Che De Vini tidak lama lagi akan menerima orang baru dalam keluarga kecil kami. Rezeki yang hanya Allah saja yang tahu saatnya. Bagaimana perasaan kami pasangan yang baru berkahwin dan alhamdulillah bakal menerima cahaya mata. 

Antenatal Class
Gambar sekadar hiasan
Ada orang bertanya dekat patik tentang persediaan untuk menerima cahaya mata baru. Persiapan patik dari segi mental, fizikal, poket dan sebagainya. Siapa tidak runsing untuk menerima benda baru. Tapi patik yakin, Allah itu pemberi rezeki. Pasti ada kebaikan selepas dia berikan kita sesuatu bukan?

Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur
Antenatal Class Hospital Pakar An-Nur
Untuk entri kali ini patik ingin kongsikan dengan korang PERLU KE ANTENATAL CLASS KEPADA IBU BAPA? Sebagai benda baru, patik boleh katakan ianya PERLU / WAJIB supaya kita bersedia dengan apa jua keadaan yang bakal kita hadapai. Semoga perkongsian ini akan menjadi panduan kepada korang yang membaca penulisan patik ini.

Antenatal Class
Antenatal Class
Patik dengan Che De Vini telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri bersama Hospital Pakar An-Nur untuk Antenatal Class ini sebagai persedaiaan kami bakal ibu dan ayah ini untuk menerima orang baru dalam keluarga kecil kami. 

Antenatal Class
Antenatal Class
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan hospital swasta di Malaysia yang patik tahu mengadakan Antenatal Class ini. Bagi yang akan melahirkan bayi di hospital swasta biasanya mereka terdedah dengan informasi seperti ini. Tetapi bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan, kelas seperti ini boleh korang sertai dengan mana-mana hospital swasta dengan kadar bayaran tertentu. 

Antenatal Class
Gambar sekadar hiasan
Bagi Antenatal Class yang diadakan oleh Hospital Pakar An-Nur, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM150 untuk sepasang. Dengan harga ini, korang akan mempelajari banyak benda dan juga makan minum juga disediakan. Agak berpatutan bagi patik dengan harga yang dikenakan bagi sepasang keluarga. 

Jadual Antenatal Class
Jadual Antenatal Class
Jadi sepanjang sehari, apa yang korang perhatikan pada jadual ini yang patik dan Che De Vini lakukan. Sebuah program yang sangat mencakupi keseluruhan sebagai persediaan kami untuk menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata yang baru nanti. 

Antenatal Class
Antenatal Class
Dalam banyak-banyak slot didalam jadual ni, patik suka dengan slot Kelahiran Dalam Islam, Husband's Role & Post Natal Care, Care of Newborn dan juga aktiviti Latihan Senaman Lantai. Program yang bukan sahaja mengajar, tetapi kami kaum lelaki juga berpeluang untuk lebih mengetahui keadaan pasangan kita bagaimana dan apa yang dilakukan oleh mereka. 

Antenatal Class

Apa pun terima kasih kepada An-Nur Specialist Hospital atas penganjuran program Antenatal Class yang sangat bagus seperti ini. Bagi pandangan patik, korang diluar sana yang mungkin rasa dahagakan ilmu seperti ini, patik cadangkan korang mendaftarkan diri untuk program Antenatal Class di An-Nur Specialist Hospital. Sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah:

Hospital Pakar An-Nur
Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

Telefon:
03-8923 5500


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<





KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG

$
0
0
KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG

KISAH DISEBALIK JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT SUNGAI LEMBING PAHANG | Siapa yang pernah ke Sungai Lembing, sudah pasti pernah mendengar sebuah jambatan gantung yang terdapat disana. Bagi korang yang tidak tahu, Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing ini merupakan jambatan gantung yang paling tua dan masih berfungsi dengan aktif dikawasan ini. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Apa yang menarinya jambatan gantung ini dengan jambatan gantung ditempat lain. Jambatan Gantung Kolong Pahat ini dikatakan oleh masyarakat disini adalah sebuah jambatan sudah berusia melebihi 100 tahun. Jambatan ini menghubungkan sebuah perkampungan cina diseberang sana. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Kalau korang tengok jambatan ini menjadi laluan utama bagi penduduk kampung disebelah sana untuk menyeberangi Sungai Lembing ini. Patik tidak tahu adakah telah ada jambatan baru atau jambatan yang memuatkan kenderaan yang lebih besar. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Apa yang menariknya sehinggakan jambatan ini masih lagi utuh? Ini adalah terdapat perusahaan makanan seperti mee, makanan ringan dan juga taufufa yang semuanya dibuat secara tradisional. Pendek kata, apa yang korang lihat di perkampungan cina ini adalah bagaikan sebuah perkampungan cina yang lama yang masih mengamalkan aktiviti secara tradisional. 

Jambatan Gantung Kolong Pahat
Kredit foto: http://agarakutidaklupa.blogspot.com
Seronok bila patik berpeluang untuk melihat sendiri kawasan yang bagi patik masih terjaga daripada hiruk pikuk pembangunan duniawi ini. Harapnya kawasan seperti ini dapat dikekalkan supaya generasi akan datang dapat melihat kehidupan silam masyarakat Malaysia. 


TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA

$
0
0
TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA

TAUKE JAMBU CABAR KEPEDASAN MAKAN MIE KEREN DI FOOD MONGER CYBERJAYA | Orang Malaysia memang sinonim dengan menu yang pedas-pedas. Korang namakan saja makanan apa yang pedas yang menjadi pilihan orang Malaysia. Nasi Lemak, Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas, semuanya menu ini memang menjadi pilihan tekak orang Malaysia. 

Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Tak nak kalah dengan menu yang sedia ada, Tauke Jambu juga bijak mengambil peluang dengan menghasikan menu yang boleh patik katakan pedas. Mie Keren yang kini dibuka di Food Monger, Cyberjaya adalah taruhan bagi seorang pelawak. 

Menu Mie Keren
Menu Mie Keren
Menurut Tauke Jambu, menu yang ada di Mie Keren ini adalah cetusan idea daripada beliau sendiri setelah berjalan-jalan di Jakarta dimana disana mereka disana memang begitu sinonim dengan menu yang berasaskan mee daripada INDOMEE dan juga Mi Sedap

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Berlainan dengan citarasa Indonesia, Tauke Jambu menambah cita rasa mee tersebut dengan menambah tahap kepedasan bermula dengan tahap kepedasan yang boleh korang minta seperti GEGIRL, BERAPI atau BERAHI. Bagi korang yang gemarkan pedas lebih, korang mungkin boleh mencuba tahap BERAHI. Oh yaaa semua tahap kepedasan ini adalah atas tanggungan risiko sendiri yee. Hehehehe.

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Terdapat 8 jenis menu berasakan mee yang korang boleh pilih. Patik sempat menjamah serba sikit untuk setiap hidangan mee. Semua bagi patik memang sangat jarang kita rasa untuk versi yang ada di Malaysia. 

Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
Tauke Jambu, pemilik Mie Keren
 Ini adalah 8 jenis menu yang dipertaruhkan oleh Tauke Jambu di gerai Mie Keren yang terletak di Food Monger, Cyberjaya. Untuk pengetahuan korang, menu yang dihidangkan ini bermula pada harga RM6.00. Agak berpatutuan untuk korang nikmati menu seperti ini. 

Menu Mie Keren
Menu Mie Keren
Soto Keren, Medan, Tek Kicap, Keju, Bencong, Matah, Sambal Keren dan Pedas Cinta. Dalam banyak-banyak menu yang dihidangkan patik lebih gemarkan Sambal Keren dan Bencong. Lebih sedap lagi bila korang tambah dengan sambal dengan tahap kepedasan yang korang minta. Perghhhh memang sedap. Panas-panas campur pedas memang sedap!!

Mie Keren, Food Monger Cyberjaya
Bagi korang yang ingin mencuba tahap kepedasan yang ada di Mie Keren, korang boleh datang di Food Monger, Cyberjaya dan cuba sendiri menu yang ditawarkan disini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.


FOOD MONGER
C-01-03, Tamarind Square, 
Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan


>> INSTAGRAM <<


LARANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR DI MEDIA SOSIAL TAKUT TERKENA PENYAKIT AIN

$
0
0
LARANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR DI MEDIA SOSIAL TAKUT TERKENA PENYAKIT AIN

LARANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR DI MEDIA SOSIAL TAKUT TERKENA PENYAKIT AIN | Ibu bapa mana yangtidak seronok bila melihay sendiri anak kencilnya telah lahir kedunia. Bila dah lahir, ibu bapa ini pasti tidak sabar untuk upload gambar bayi baru lahir mereka di laman sosial samada Facebook, Instagram atau Twitter. Itu yang terjadi kepada patik tatkala patik ingin kongsikan keseronokkan melihat bayi kecil ini membesar bersama rakan-rakan dimedia sosial.

Patik telah ditegur oleh seorang rakan patik yang mengatakan tidak manis untuk kita upload gambar bayi kita di media sosial. Adakah ianya baik atau buruk untuk upload atau kongsikan gambar anak baru lahir ini? Adakah terdapat larangan upload gambar bayi baru lahir? Apakah hukumnya? Boleh atau tidak boleh?

TREND ORANG KITA HARI INI

LARANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR DI MEDIA SOSIAL TAKUT TERKENA PENYAKIT AIN
Gambar sekadar hiasan
Orang kita hari ini sudah menjadi kelaziman apa sahaja perkara atau perkembangan terbaru, semuanya kena dikongsikan dengan masyarakat maya di media sosial. Masyarakat di media sosial pun seakan-akan dahagakan berita-berita terkini tentang apa yang terjadi atau apa perkembangan sesorang. Kiranya busy body juga, semua benda pun nak tahu. Hehehe.

Bayi yang berumur di bawah 40 hari berdepan dengan dua jenis gangguan iaitu gangguan fizikal dan gangguan rohani. Gangguan rohani lah yang kita patut lebih berhati-hati iaitu terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Apabila kita share gambar anak yang baru lahir (0-40hari) ke laman sosial, dikhuatiri mereka ini akan terkesan dengan Al-Ain tadi, iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat.

APA ITU PENYAKIT AIN  

APA ITU PENYAKIT AIN
Gambar sekadar hiasan
Tahukan anda, dengan upload gambar bayi baru lahir di laman sosial akan mengundang penyakit ain? Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.” Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (Hadith riwayat Muslim) 

Dari Aisyah RA., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari Ain (mata jahat) kerana sesungguhnya Ain itu haq (benar)”(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata. Ia disertai dengan rasa takjub atau kagum tetapi juga datang dengan perasaan iri hati dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis Ain, iaitu Ain Insi (berunsur manusia) dan Ain Jinni (berunsur jin).

RINGKASAN PENERANGAN PENYAKIT AIN

PENERANGAN PENYAKIT AIN
Gambar sekadar hiasan
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan serba ringkas, patik berikan suatu contoh. Seseorang mungkin melihat gambar bayi baru lahir yang korang muat naik di laman sosial. Kemudian orang ramai akan like dan komen “Wah comelnya anak kau!” atau “Tahniah!”. Itu yang elok, tidak mengapa.

Namun, ada segelintir orang pula mungkin mempunyai perasaan atau niat yang tak berapa elok dan kemudian mendoakan perkara yang tak baik kepada anak korang. Walaupun hanya melalui gambar yang dilihat menerusi skrin komputer mahu pun telefon pintar, ia ditakuti akan tergolong pula di dalam Ain Insi, iaitu Ain yang datang daripada manusia.

Oleh itu apa yang boleh patik simpulkan, korang termasuklah patik sekrang ini mempunyai dua pilihan, samada untuk merawatnya apabila Ain ini dari terus berlaku atau mencegahnya daripada berlaku. Kalau ikut pepatah, “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Jadi patik nasihatkan diri patik dan juga korang yang membaca perkongsian patik ini agak berjaga-jagalah. Benda boleh dikawal buat apa nak menyusahkan diri nanti.



JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR DEMI KESIHATAN MEREKA

$
0
0
JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA | Apabila datang melawat bayi yang baru lahir, kebanyakan daripada kita geram rasa nak cium jee bayi tersebut bukan? Tahukah korang, mencium bayi  yang baru lahir juga ada “larangannya”. Untuk bayi baru lahir, daya tahan tubuh atau imunisasi yang dimiliki masih belum matang. Mereka ini mudah diserang penyakit.

Sama seperti keadaan patik, memang bukan senang yeee untuk mengawal dan menjaga bayi baru lahir daripada keadaan yang betul-betul bersih dan jauh daripada penyakit termasuklah kuman yang dapat dengan mudah melalui sentuhan atau ciuman dari orang-orang di sekitar bayi yang baru lahir.

BAYI BARU LAHIR MUDAH DISERANG PENYAKIT

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Gambar sekadar hiasan

Alasan paling utama tidak boleh mencium bayi baru lahir adalah karana imunisasi atau daya tahan tubuh bayi masih belum matang. Pada beberapa minggu pertama, bayi baru lahir masih bergantung kepada baki antibodi dari ibunya sebagai imunisasi sementara.

Imunisasi tubuh bayi baru mulai matang ketika usianya menginjak 2-3 bulan. Namun, orang tua tetap harus membatasi kontak langsung antara bayi dengan orang sekitarnya, sebelum usianya menginjak enam bulan. Pada usia ini, bayi masih rentan untuk terinfeksi virus dan bakteri dari orang lain.

Beberapa virus yang mungkin menyerang bayi di antaranya virus influenza dan rotavirus, kemudian bakteri pertusis dan streptococcus. Bayi yang terkena penyakit influenza karena tertular dari ciuman orang dewasa, berisiko untuk terkena infeksi yang lebih serius seperti infeksi telinga, peradangan pada sinus, dan pneumonia (radang paru).

TIPS MELINDUNGI BAYI DARIPADA TERKENA KUMAN DAN VIRUS

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Gambar sekadar hiasan

Berikan penjelasan kepada keluarga terdekat atau orang sekitar mengenai bahaya terhadap kesihatan bayi baru lahir dan larangan mencium bayi baru lahir terutama pada usia dua bulan pertama. Itu adalah saranan yang diberikan oleh Doktor apabila berkunjung ke hosiptal.

Selain larangan mencium bayi baru lahir, menyentuh atau mencium  disekitar tangan bayi baru lahir juga sebaiknya dihindari. Hal ini karana bayi memiliki kebiasaan menghisap jari tangannya, sehingga kemungkinan bakteri dan virus masuk ke mulutnya akan terjadi.

Jadi ada baiknya untuk menyarankan keluarga terdekat agar sentiasa mencuci tangan sebelum menyentuh bayi, serta batasi agar hanya menyentuh atau mencium bayi pada area sekitar kaki saja demi kesihatan bayi baru lahir.

Berikut adalah bebapa langkah untuk mengurangkan tersebarnya bakteria dan virus kepada bayi yang baru lahir. antaranya:

Mencuci tangan

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Mencuci tangan

Penyait berjangkit mudah tersebar melalui sentuhan. Itu sebabnya mencuci tangan sangatlah penting sebelum menyentuh bayi baru lahir. Untuk mengurangkan tersebarnya bakteria, virus dan kuman, cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih.

Tidak hanya pengunjung atau keluarga terdekat sahaja, golongan dewasa yang suka mendukung bayi juuga seharusnya mengamalkan mencuci tangan sebelum berhadapan dengan bayi. Cuci tangan setiap kali setelah kebilik air, memegang sayur, daging mentah, bermain atau bersalaman dengan orang luar.

Menggunakan hand sanitizer 

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Menggunakan hand sanitizer

Hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman yang mengandung alkohol dapat menjadi alternatif ketika tidak ada air dan sabun untuk mencuci tangan. Gosok-gosokkan cairan tersebut pada tangan selama 15-20 detik untuk hasil yang terbaik.

Membatasi pengunjung yang datang

Tidak semua orang memahami pentingnya menjaga lingkungan yang aman bagi bayi baru lahir. Jika ada keluarga yang sedang mengalami demam, batuk, bersin-bersin ataupun sakit kerongkong, ada baiknya untuk meminta mereka untuk menunda kunjungan hingga keadaan kesihatan benar-benar pulih.

Elak terlalu lama berada di kawasan ramai orang

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Elak terlalu lama berada dikawasan ramai orang

Korang masih boleh membawa keluar bayi korang, namun pada beberapa minggu pertama, hindari terlalu lama membawa bayi baru lahir ke kedai, restoran, pusat membeli belah, pasar, ataupun kawasan yang terlalu ramai orang. Hal ini akan membantu daripada bayi korang daripada disentuh atau mencium oleh orang ramai secara terbuka.

Mengikuti jadual imunisasi kebangsaan


Mengikut jadual imunisasi kebangsaan


Salah satu hal yang sangat penting bagi melindungi kesihatan bayi baru lahir dengan memenuhi jadual imunisasi yang yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Vaksinasi ini akan membantu melindungi bayi dari berbagai penyakit berbahaya.

KESIMPULAN

JANGAN CIUM BAYI YANG BARU LAHIR  DEMI KESIHATAN MEREKA
Gambar sekadar hiasan

Orang tua sering merasa segan untuk membatasi orang lain berinteraksi dengan bayi baru lahir. Namun, mengingatkan orang lain untuk tetap mengikuti “aturan” yang Ayah dan Bunda terapkan tetap harus  dilakukan agar kesehatan bayi baru lahir tetap terjaga. Bila dirasa perlu, orang tua dapat berkonsultasi lebih lanjut mengenai cara menjaga kesehatan bayi baru lahir ke dokter.

DATO SRI ALIFF SYUKRI AKAN KELUARKAN LAGU BARU?

$
0
0
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri

DATO SRI ALIFF SYUKRI AKAN KELUARKAN LAGU BARU? | Khabarnya Dato Sri Aliff Syukri akan mengeluarkan lagu terbaru beliau yang katanya akan menggunakan rakan kerjasama beliau Lucinta Luna sebagai rakan duet. Sedap ke tidak? Dan baru-baru ini sedikit kecoh apabila Daro' Sri Aliff Syukri telah memilih Upiak yang pernah popular dengan lagu Tak Tun Tuang. Bagaimana lagu mereka? Nantikan.

Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Tempoh hari, patik berpeluang bertemu secara langsung bersama beliau selepas majlis pelancaran e-book beliau terbaru yang berjudul ZERO TO HERO. Beliau ada membuat kenyataan akan mengeluarkan lagu terbaru akan datang.

E-BOOK ZERO TO HERO

Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
E-book Zero To Hero adalah e-book pertama yang dihasilkan oleh Dato Sri Aliff Syukri yang ditulis berdasarkan pengalaman dari Dato sendiri selama 12 tahun Dato dalam perniagaan beliau. Didalamnya terdapat 8 teknik yang dikongsi dalam ebook ini dan ada 3 lagi teknik bonus. 

Apa yang paling penting adalah cara penyampaian juga sangat mudah iaitu beliau menggunakan bahasa percakapan seharian yang mudah difahami.

Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Yang menariknya korang boleh dapatkan 8 resepi kejayaannya yang telah dikongsikan melalui e-book ini:

  1. Teknik mencari big why yang powerful
  2. Teknik mula bisnes dengan modal yang rendah
  3. Teknik cara founder dari awal bisnes
  4. Teknik cari ejen dengan pantas
  5. Teknik berani terima kritikan
  6. Teknik buang rasa malu
  7. Teknik urus masa
  8. Teknik sentiasa kekal positif dan aktif.

PROGRAM AFFILIATE BAGI E-BOOK ZERO TO HERO

Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri

Selain melancarkan e-book, Dato Sri Aliff Syukri juga telah mengajak semua yang ada untuk turut sama menjana pendapatan melalui program affiliate yang dirancang oleh mereka. Sesiapa yang beli Ebook, anda ada potensi untuk dapat DOUBLE INCOME. Pertama, anda apply ilmu yang dato share dalam ebook, dah dapat income. Kemudian, korang boleh turut serta jadi ejen affiliate dan promote e-book, anda akan dapat income lagi. Best kan?


  • Affiliate adalah merujuk kepada Ejen Jualan Ebook.
  • Komisen affiliate 50%. Komisen anda boleh dilihat terus melalui system.
  • Top 10 Affiliate akan dapat hadiah istimewa dari dato
  • Tidak dibenarkan untuk beli melalui link affiliate sendiri.
  • Komisen affiliate akan dibayar dalam masa 7 hari selepas cabaran affiliate tamat.
  • Anda perlu beli ebook Zero to Hero terlebih dahulu untuk melayakkan anda join affiliate ini.
  • Link pendaftaran affiliate diberikan melalui email selepas pembelian ebook berjaya.

Harga bagi seunit e-book Zero to Hero ini adalah RM70 dan sekiranya korang turut serta didalam program affiliate ini, korang boleh mendapat komisen sebanyak 50% daripada jualan e-book tersebut.

Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Pelancaran e-book Dato Sri Aliff Syukri
Bagi korang yang ingin memiliki e-book Zero To Hero oleh Dato Sri ALiff Syukri, korang boleh belinya memalui link dibawah ini. 


>> LINK E-BOOK<<

CAWANGAN N STORE TERBARU KINI DI SETAPAK BAGI PENGGUNA NCIG

$
0
0
CAWANGAN N STORE TERBARU KINI DI SETAPAK BAGI PENGGUNA NCIG

CAWANGAN N STORE TERBARU KINI DI SETAPAK BAGI PENGGUNA NCIG | Siapa yang ingin keluar daripada belenggu merokok, apa kata korang boleh beralih kepada penggunaan NCIG. Untuk makluman korang semua, NCIG adalah satu produk anak tempatan yang mampu membantu perokok untuk berhenti merokok. 

Produk yang direka dengan citarasa perokok ini telah banyak membantu perokok tegar dilaur sana. Ini merupakan produk alternatif untuk mereka yang berniat berhenti merokok yang dibangunkan dengan kualiti yang tinggi dengan harapan ianya mampu mengubah tabiat merokok korang semua. 

CAWANGAN BARU N STORE DI SETAPAK

Cawangan N Store terbaru di Setapak
Cawangan N Store terbaru di Setapak
Tempoh hari patik telah berkesempatan berkunjung ke lokasi N Store terbaru yang terletak di Setapak Kuala Lumpur dimana ini adalah cawangan kedua mereka selepas cawangan pertama yang terletak di Sri Hartamas.

Keadaan cawangan N Store terbaru di Setapak
Keadaan cawangan N Store terbaru di Setapak
Keadaan cawangan N Store terbaru di Setapak
Keadaan cawangan N Store terbaru di Setapak

Seperti biasa kalau korang masuk dan melihat sendiri N Store ini, korang tidak sangka ianya adalah sebuah outlet yang menjual peranti anti merokok. Ianya sangat ekslusif seperti sebuah outlet telefon bimbit yang berjenama. 


Tahniah patik ucapkan kepada kumpulan NGIC Malaysia yang kini telah membuka cawangan N STORE keduanya di Setapak. 

PERISA TERBARU ROAST COFFEE

Perisa terbaharu dilancarkan berperisa kopi
Perisa terbaharu dilancarkan berperisa kopi
Bersama pelancaran N Store terbaru, mereka telah melancarkan perisa terbaru iaitu Roast Coffee dimana perisa ini diperkenalkan disebabkan permintaan daripada penggemar kopi di Malaysia. Bagi korang yang gemarkan kopi, patik yakin perisa ini akan korang suka. 

NPods perisa kopi dari NCIG
NPods perisa kopi dari NCIG
Sekarang ini N Pod telah mempunyai jumlah tujuh (7) perisa seperti Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee, Grape Noir dan yang terbaru iaitu Roast Coffee. Kesemua peria yang dihasilkan ini adalah ats permintaan pengguna NCIG itu sendiri. 

pembukaan NStore terbaharu di Setapak
Antara selebriti yang hadir semasa pembukaan NStore terbaharu di Setapak
Patik dimaklumkan juga sebanyak 3 cawangan lain akan dibuka seperti Lembah Kelang, Pantai Timur, dan Wilayah Selatan, untuk kemudahan agen, pengedar dan pelanggan. Semuanya akan terlaksana pada tahun ini. 

N Store terbaru di Setapak
N Store terbaru di Setapak

SET NCIG "SPECIAL EDITION" SEMPENA HARI MERDEKA

Set NCIG "special Edition" sempena Hari Merdeka
Set NCIG "special Edition" sempena Hari Merdeka
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-62, set NCIG "special edition" juga telah diperkenalkan kepada semua yang hadir. Untuk korang yang inginkan sesuatu yang berbaloi, apa kata korang cepat-cepat rebut peluang dengan memiliki set ini pada harga RM180 berbanding harga biasa lebih daripada RM300 untuk semua didalam satu kotak.

Set NCIG Special Edition
Set NCIG Special Edition
Apa yang ada didalam set NCIG "Special Edition" ini termasuklah NCase, NPod, NCIG, T-Shirt, Kad Ucapan Azam Merdeka, Pin NCIG dan NCIG Holder. Kalau ikutkan kesemua jumlah barangan ini dianggarkan berjumlah lebih daripada RM300, tetapi sempena Hari Merdeka, mereka memberikan pada harga RM180 sehingga 31 Ogos 2019 SAHAJA promosi berlangsung. 

Cawangan N STORE terbaru di Setapak
Cawangan N STORE terbaru di Setapak
Jadi sekiranya korang adalah salah seorang pengguna NCIG atau mencari alternatif untuk keluar daripada dunia merokok dengan cara yang lebih bergaya, apa kata korang boleh beralih kepada NCIG yang lebih bergaya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan cawangan terbaru ini, korang boleh dapatkan semua maklumat seperti berikut:

N STORE SETAPAK
No.25, PV128, No.128
Jalan Genting Klang
Setapak 
Kuala Lumpur



>> FACEBOOK | WEBSITE | INSTAGRAM<<




CARA MENGURUSKAN URI BAYI BARU LAHIR

$
0
0
CARA MENGURUSKAN URI BAYI BARU LAHIR | Ini adalah pengalaman patik pertama kali didalam hidup apabila menjadi tanggungjawab patik untuk menguruskan uri anak patik yang baru lahir. Memang agak kekok dan sedikit gugup. Tapi alhamdulillah patik pernah melihat ayah patik memcuci uri anak buah patik yang lain dan mujur ada ibu mertua patik yang memberi sokongan untuk melakukan sendiri.  Untuk

RETRO KLANG 2019: TINGKATKAN NILAI BUDAYA MALAYSIA MELALUI PEMAKAIAN

$
0
0
RETRO KLANG 2019: TINGKATKAN NILAI BUDAYA MALAYSIA MELALUI PEMAKAIAN | Tempoh hari patik dan rakan lain telah menyertai program yang sangat unik bagi patik kerana penganjur telah menaikkan semula tradisi pemakaian orang lama atau dengan kata lain, pemakaian berkonsep retro yang dinamakan RETRO KLANG. Retro Klang 2019 Retro Klang adalah sebuah program 'flash mob" awam yang julung kali

JUTAAN TIKET KAPAL TERBANG VIETJET DIJUAL PADA HARGA SEMURAH RM0

$
0
0
JUTAAN TIKET KAPAL TERBANG VIETJET DIJUAL PADA HARGA SEMURAH RM0 | Patik yakin korang diluar sana, bila muncul jeee promosi jualan tiket kapal terbang murah, korang akan berebut demi memastikan lokasi yang korang ingin lawati tu akan menjadi kenyataan. PROMOSI TIKET PADA HARGA RM0 UNTUK SEMUA DESTINASI DOMESTIK DAN ANTARABANGSA Ni haaa patik nak kongsikan dengan korang yang mana

UNITY FESTIVAL MALAYSIA GEGARKAN MALAYSIA DENGAN PERSEMBAHAN HEBAT

$
0
0
UNITY FESTIVAL MALAYSIA GEGARKAN MALAYSIA DENGAN PERSEMBAHAN HEBAT | bagi korang yang lama tidak berhibur bersama rakan dan juga keluarga, apa kata patik cadangkan korang untuk ke Unity Festival Malaysia dimana disana khabarnya akan menampilkan banyak artis hebat. Kalau korang tengok barisan artis yang disenaraikan ini, patik yakin korang akan teruja kerana barisan artis yang bukan

BUSANA MELAYU KLASIK DARI BIN MANSUR

$
0
0
BUSANA MELAYU KLASIK DARI BIN MANSUR | Bila sebut busana melayu klasik, patik memang sangat sukakan konsep busana ini bila tiba pada temanya. Patik teringat bila melihat busana melayu ini akan patik teringat drama melayu yang pernah ditayangkan di TV3 ke kalau tidak silap patik. Bermula dengan itu, patik pernah menyimpan angan-angan untuk mengenakan busana melayu ini untuk digunakan

PENGALAMAN SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK AS-SALAM BANDAR BARU BANGI

$
0
0
PENGALAMAN SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK AS-SALAM BANDAR BARU BANGI | Sebebanrnya patik sudah lama bercadang untuk menyunatkan anak perempuan patik yang sorang ni haaa. Tapi benda yang patik sangat mengambil perhatian adalah tempat dekat dengan rumah patik dan semestinya perkhidmatan yang sangat memuaskan. Patik sempat membuat semakkan pada google untuk lokasi sunat anak perempuan di sekitar

KEMERIAHAN HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019

$
0
0
KEMERIAHAN HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2019 | Setiap tahun keluarga besar patik akan meganjurkan hari keluarga yang kami namakan sebagai Hari Keluarga Haji Hamzah dimana program ini adalah program tahunan bagi mengumpulkan semua anak cucu Haji Hamzah.  Menjadi kebiasaan kami, setiap tahun giliran menjadi penganjur akan bertukar mengikut turutan pangkat didalam keluarga Haji Hamzah.  HARI

KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019

$
0
0
KUMPULAN GEMERSIK JUARA PERTANDINGAN KOIR HKIP UPM 2019 | Setiap tahun akan diadakan pertandingan koir didalam UPM ini dan kumpulan patik iaitu Kumpulan Gemersik tidak ketinggalan turut serta didalam menyertai pertandingan ini.  Untuk pengetahuan korang, Kumpulan Gemersik ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 bersempena dengan pertandingan koir yang sama pada tahun lepas. Malangnya atas sebab

PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43

$
0
0
PENGALAMAN BERTUGAS BERSAMA TUANKU CANSELOR PADA MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-43 | Seperti kebiasaan setiap tahun patik akan bertugas semasa Majlis Konvokesyen di UPM. Untuk setiap majlis graduasi, pelbagai reaksi pelajar patik hadapai dan lihat dengan mata kepala sendiri bila berada diatas pentas apabila menerima skrol masing-masing. Ada yang topi hampir terjatuh, ada yang jubah senget dan

PRODUK HOONEY MOMMY BANTU LEGAKAN DEMAM, BATUK DAN SELESAMA BAYI

$
0
0
PRODUK HOONEY MOMMY BANTU LEGAKAN DEMAM, BATUK DAN SELESAMA BAYI | Bagi korang yang mempunyai bayi yang sedang dalam keadaan demam, batuk dan selesema, ini merupakan masa yang sangat kritikal bagi korang bukan? Fuhhhh patik dan wife dah merasai pengalaman yang tragis bilamana anak patik telah diserang demam, batuk dan selesama.   Produk Hooney Mommy Patut laaa kakak ipar patik pernah tanya

ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU

$
0
0
ISU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIBENGKELKAN DIPRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU | Tempoh hari patik berpeluang untuk menghadiri bengkel bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk perancangan strategi bagi tahun 2020 yang berlokasi di Primula Beach Hotel.  Jujur patik boleh katakan, sejak patik bertukar lokasi bertugas banyak ilmu baru yang patik belajar. Isu Kebolehpasaran

FIRDAUSY SEAFOOD CORNER LOKASI CELUP TEPUNG BEST DAN BERBALOI DI TERENGGANU

$
0
0
FIRDAUSY SEAFOOD CORNER LOKASI CELUP TEPUNG BEST DAN BERBALOI DI TERENGGANU | Tempoh hari patik yang sempat berkunjung ke Negeri Terengganu atas urusan kerja telah meracangan dengan rakan patik untuk mengakhiri kisah kami di Negeri Terengganu dengan mencari lokasi celup tepung yang menari dan yang paling penting dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KualaTerengganu.  Dengan kuasa

SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA

$
0
0
SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA TARIKH YANG SAMA | Setiap tahun bila tiba 1 Januari, 2 insan ini akan menyambut hari lahir pada tarikh yang sama iaitu ayah patik dan juga anak buah patik yang mana hari kelahiran mereka jatuh pada tarikh yang sama. Agak unik bagi keluarga kami bilamana atok dan cucu menyambut hari lahir pada hari yang sama.  SAMBUTAN HARI LAHIR ATOK DAN FIRASH PADA
Viewing all 468 articles
Browse latest View live