Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

REVIEW FILEM TIGER ZINDA HAI LAKONAN SALMAN KHAN DAN KATRINA KAIF

$
0
0

REVIEW FILEM TIGER ZINDA HAI LAKONAN SALMAN KHAN DAN KATRINA KAIF | Tempoh hari patik sempat meluangkan masa dengan Cik Tunang dan rakan kami menonton filem terbaru lakonan Salman Khan dan juga Katrina Kaif iaitu Tiger Zinda Hai. Filem ini adalah sekuel daripada filem mereka Ek Tha Tiger yang telah ditayangkan pada tahun 2012 lalu.


Patik sempat singgah ke TGV D'Pulze Cyberjaya kerana masa tayangan yang disediakan bersesuaian dengan masa patik since patik pun bawa anak orang. Jadi tidak manis kalau bawa keluar lama-lama memandangkan tayangan ini dijangka akan tamat agak lambat. Hehehe

Jom patik kongsikan ulasan apa yang patik tonton tempoh hari.

SINOPSIS FILEM TIGER ZINDA HAI

Jenis Filem : Aksi dan sedikit komedi
Durasi : 3 jam 8 minit
Negara Asal : India
Pengarah : Ali Abbas Zafar
Penulis Naskah : Aditya Chopra, Neelesh Misra
Pelakon : Salman Khan, Katrina Kaif, Ranvir Shorey, Girish Karnad, Prem Khan

Filem Tiger Zinda Hai ini berkisarkan dimana bekas mata-mata dari India bernama Tiger (Salman Khan) ditugaskan dalam sebuah misi khusus untuk menyelamatkan 25 orang jururawat dari India yang telah ditangkap oleh organisasi teroris bernama IAC di Iraq. 

Bekas mata-mata Pakistan iaitu Zoya (Katrina Kaif) juga menjadi sebahagian dari misi berbahaya ini bersama Tiger. Tiger menyelinap ke negara Iraq untuk dapat mengetahui seorang pria bernama Usman Al-Isral yang merupakan sosok pemimpin utama dari organisasi teroris ini.

Persoalan didalam filem ini adalah, adakah gabungan Tiger dan Zoya ini mampu untuk menyelamatkan jururawat ini berjaya atau sebaliknya? Bagaimana perancangan mereka untuk menyelamatkan jururawat ini? Jom saksikan trailer sebagai membakar semangat korang untuk tengok di pawagam berhampiran.



Patik sebenarnya akan tertarik untuk menonton filem hindustan ini apabila hero atau heroinnya adalah pelakon yang dikenali seperti Amir Khan, Shah Rukh Khan atau Salman Khan dan untuk filem ini, Salam Khan menjadi peneraju utama. 


Tayangan 3 jam yang pasti korang dihidangkan dengan pelbagai perasaan. Memang agak letih utnuk duduk diatas kerusi selama 3 jam tu, tetapi pelbagai reaksi yang dipersembahkan menjadikan korang semangat untuk menonton setiap babak didalam filem ini.

Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai datang ke pawagam untuk menonton filem Tiger Zinda Hai ini dipawagam terdekat.


KHASIAT PATI BUNGA PEONY DIDALAM PRODUK RAWATAN WAJAH FLORA SKINCARE BY N' ADORE

$
0
0
FLORA SKINCARE

KHASIAT PATI BUNGA PEONY DIDALAM PRODUK RAWATAN WAJAH FLORA SKINCARE BY N' ADORE | Setiap orang menginginkan kulit yang cantik dimana kulit wajah adalah organ terpenting bagi setiap orang. Patik yakin setiap orang yang mempunyai masalah kulit wajah akan berhadapan dengan masalah kurang keyakinan diri dan sekaligus akan membuatkan seseorang itu menjadi terkebelakang.

FLORA SKINCARE

Bertitik tolak dari pengalaman pengasas kepada produk kosmetik Flora Skincare By N' Adore, Puan Nadia Zulkifli yang mana beliau telah mengalami masalah kulit wajah yang sangat kronik dimana beliau terpaksa menjalani 30 sesi radioterapi pada wajah yang mengakibatkan kulit wajah beliau menjadi terbakar, beliau telah menghasilkan produk kosmetik sendiri sebagai mencari jalan memulihkan masalah yang dialami oleh beliau.

FLORA SKINCARE

Majlis telah diadakan dengan begitu meriah sekali yang berlokasi di Vijej Damansara Event Space yang terletak di Damansara Perdana 2. Patik dan rakan blogger lain turut hadir bagi meraikan majlis pelancaran produk Flora Skincare ini.  Sebenarnya ini adalah kali partama patik sampai ke Vilej Damansara Event Space ini yang dimiliki oleh Faiz Dickie, instafamous yang dikenali orang ramai. 

FLORA SKINCARE

Perniagaan berkonsepkan keluarga ini diuruskan oleh Puan Nadiah Zulkifli ini sendiri merupakan rangkaian produk kecantikan yang menggunakan esktrak bunga peony dan bunga-bunga lain dialam setiap produk mereka. 

FLORA SKINCARE

Untuk pengetahuan korang, kebaikan bunga peony mempunyai aroma unik yang memberi kesan penenang pada kulit,  merangsang mekanisme pemulihan sel kulit pada waktu malam, mengaktifkan dan menguatkan struktur kolagen dan elastin. Selain itu produk ini boleh membantu bagi merawat parut jerawat, meratakan tona kulit, melindungi kulit dari oxidation serta menhasilkan kulit yang sihat.

FLORA SKINCARE

Menurut pengasas produk ini, rangkaian produk ini diformulasi menjadikan ianya sesuai dengan kulit orang asia. Kelainan dan kelebihan produk Flora Skincare ini berbanding produk kecantikan luar adalah terletak pada campuran ekstrak bunga peony didalam setiap rangkaian produk. 

FLORA SKINCARE

Rangkaian produk Flora Skincare ini terdiri daripada pencuci muka, pelembab wajah, serum, toner dan perapi kulit menjadi peroduk ini sangat lengkap dan tidak perlu menggunakan produk lain didalam penjagaan kulit wajah.

FLORA SKINCARE

Bertemakan"Beauty is when you can appreciate yourself"memberi makna besar kepada Flora Skincare dimana istilah cantik itu adalah apabila kita boleh menghargai apa yang adapada diri sendiri. Bermaksud, apa yang telah diberikan oleh pencipta-Nya, kita seharuslah menjadanya dan menghargainya sebaik mungkin. 

FLORA SKINCARE

Bagi korang yang ingin mencuba produk Flora Skincare ini, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM149, korang boleh dapatkan maklumat produk ini seperti informasi berikut.

>> INSTAGRAM<<

PERKHIDMATAN SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2 DENGAN CREWAIRPORT.COM

$
0
0
 SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2

PERKHIDMATAN SHUTTLE murah KE KLIA/KLIA 2 DENGAN CREWAIRPORT.COM | Bila tiba musim cuti panjang, patik yakin korang sudah mula merancang perjalanan untuk bercuti tidak kira didalam atau diluar negara.

Selain bersedia dengan tiket penerbangan, pengangkutan dari tempat kita ke lapangan terbang samada KLIA atau KLIA2 juga kadang kala akan patik ambil kira. Biasalah kalau kita ingin bercuti ni, semua kalau boleh nak yang murah dan berpatutan termasuklah pengangkutan awam.

Bila patik membuat perbandingan antara semua pengangkutan awam, ini adalah rumusan yang boleh patik catatkan.


ERL

 SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2

Bagi korang yang selalu menggunakan perkhidmatan ERL, ERL menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi pembelian tiket pergi dan balik dengan mengunakan mesin tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan sebaliknya.

Sekiranya korang berada di luar KL City area, dimana ianya agak sedikit susah/jauh/cost utk ke KL Sentral, boleh naik di mana-mana stesen ERL Transit.

Perjalanan ke KLIA/KLIA2hanya mengambil masa kurang 30-45 minit.


BAS

 SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2

Korang yang kaki travel sudah pasti selalu menggunakan perkhidmatan bas untuk ke KLIA/KLIA2 kan? Kadangkala patik pun akan menggunakan perkhidmatan bas bagi merasai mood sebagai traveller.

Bas ini berlokasi di KL Sentral dan sememangnya murah terutama bagi budget travellers. Dengan hanya RM12, anda boleh ke KLIA/KLIA2.

Perjalanan untuk sampai ke KLIA/KLIA2 memakan masa lebih kurang 1 jam.


UBER, GRAB & TEKSI

 SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2

Korang yang selalu perkhidmatan UBER, GRAB, korang boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan membuat booking menggunakan applikasi untuk mendapatkn kenderaan ke KLIA/KLIA2. Kos antara RM70-RM150.

Perjalanan memakan masa kurang dari 1 jam dari KL City, tetapi bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Bila melihat 3 jenis pengangkutan awam untuk ke lapangan terbang KLIA/KLIA2, patik cuba lagi memikirkan alternatif lain sekiranya ada untuk patik bergerak ke KLIA/KLIA2 nanti. Cari punya cari, patik terjumpa satu lagi alternatif yang bagi patik agak mudah dan yang paling penting MURAH iaitu perhidmatan shuttle van dari Crew Airport.


CREW AIRPORT (SHUTTLE VAN)

SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2 DENGAN CREWAIRPORT.COM

Crew Airport menawarkan perkhidmatan pick-up dari hotel di sekitar Kuala Lumpur ataupun dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan juga perkhidmatan shuttle untuk pick-up dari KLIA/ KLIA2 ke hotel di sekitar Kuala Lumpur atau KL Sentral dengan hanya RM28 sehala untuk seorang dengan meggunakan van.

Hotel (sekitar KL) / KL Sentral > KLIA/KLIA2 = RM28
ATAU
KLIA/KLIA2 >> Hotel (sekitar KL) / KL Sentral = RM28

Yang menariknya, korang boleh merancang perjalanan anda dengan pembelian tiket secara online di www.crewairport.com atau boleh membuat tempahan di mana-mana hotel yang terpilih.

SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2 DENGAN CREWAIRPORT.COM

Pick-up point dan drop-off point tertakluk kepada hotel sekitar Kuala Lumpur sahaja. Jika anda berada di luar Bandaraya Kuala Lumpur, anda perlu memilih pick-up point di KL Sentral.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.

SHUTTLE MURAH KE KLIA/KLIA2 DENGAN CREWAIRPORT.COM

Yeaayy akhirnya ada juga perkhidmatan alternatif selain ERL, BAS dan UBER/GRAB seperti yang patik terangkan diatas tu haaa. Dengan adanya Crew Airport patik yakin ini adalah pilihan yang boleh pelanggan gunakan untuk memudahkan perjalanan ke KLIA/KLIA2. Hanya RM28 SEHALA korang boleh sampai ke hotel atau KLIA/KLIA2 dengan MUDAH, CEPAT dan MURAH !!

Bagi korang yang ingin membuat tempahan atau ingin informasi lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti yang tertera dibahagian bawah.



>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM<<


KENINGAU LUBUK TEMPAT INDAH DI NEGERI SABAH

$
0
0
Visit Keningau Year 2018

KENINGAU LUBUK TEMPAT INDAH DI NEGERI SABAH | Bila sebut jee Negeri Sabah, patik yakin korang pasti akan teringatkan Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan banyak lagi tempat dimana disana terdapat banyak tempat-tempat indah yang selalu dilawati oleh pengunjung.

Visit Keningau Year 2018

Tapi tahukah korang, Keningau juga mempunyai banyak lubuk tempat indah di Negeri Sabah?

Untuk makluman korang Keningau merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu. Haaa nampak kan betapa besarnya kawasan Keningau ini.

Visit Keningau Year 2018

Tempoh hari bertempat di Auditorium Experimen ASWARA telah berlangsung Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman.

Didalam ucapan beliau, beliau menyatakan yang Keningau merupakan kawasan yang besar yang luasnya lebih kurang seluas Negeri Pahang dimana didalamnya terdapat banyak tempat yang cantik yang belum pernah diketahui umum.

Semoga dengan pelancaran Visit Keningau Year 2018 ini diharap dapat menarik pengunjung datang bercuti ke Keningau sekaligus akan menaikkan lagi industri perlancongan disini.

TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI KENINGAU

Sebenarnya tempat-tempat yang akan patik kongsikan ini adalah beberapa tempat yang telah diterokai oleh anak-anak belia Keningau sendiri yang diketuai oleh iaitu Saudara Rafie Robert, iaitu Pengarah Projek Visit Keningau Year 2018 yang boleh patik katakan seorang anak belia yang ini mempunyai semangat yang tinggi untuk memperkenalkan Keningau kepada umum.

Apa yang patik senaraikan ini adalah antara lokasi menarik yang boleh korang pergi sekiranya korang datang ke Keningau. lepas senaraikan ni, Allahuuuu memang banyak sangat tempat menarik yang kita sebagai orang Malaysia tidak tahu kewujudan lubih tempat indah di Negeri Sabah. 

TEMPAT BERSEJARAH

•Ansip Ferry Memorial Park
•The Oath Stone Keningau
•World War 2 Memorial Park
•Muzium Warisan Keningau
•Rumah Besar OKK Sedomon
•Japan Surrender Point

ADVENTURE 

•Gua Laing - Laing Cave
•Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
•Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
•Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
•Bukit Trig - Trig Hill
•Bukit Matanoi - Matanoi Hill
•Bukit Lugas - Lugas Hill
•Bukit Kikiran - Kikiran Hill
•Air Terjun Tinaaman
•Air Terjun Berkembar
•Air Terjun Mandanan
•Tindian White Water Rafting
•Lubuk Pinamansok

PASAR SETEMPAT

•Tamu Ground Keningau
•Pasar Tamu Apin-Apin
•Pasar Malam Keningau
•Tamu Kraf Taman Bandukan

TAMAN

•Pusat Rekreasi Taman Bandukan
•Kapayan Recreation Resources
•Mee Woo Resort
•Taman Banjaran Crocker
•Sungai Tagal Kg.Senagang
•Sungai Tagal Kg.Nuntunan
•Sungai Tagal Taman Bandukan

AGRO TOURISM

•Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
•Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
•Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis

TEMPAT KEAGAMAAN

•Guang Ji Temple
•Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
•Masjid Al-Taqwa

KRAFTANGAN

•Pusat Kraftangan Sabah
•Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
•Kampung Kraf Kg.Ulu Senagang
•Kampung Kraf Kg.Kuala Kahaba

Visit Keningau Year 2018

Selain tempat-tempat tarikan untuk pengunjung, patik tidak sabar untuk merasai makanan yang menjadi signature kepada Keningau. Semalam selapas majlis pelancaran, patik sempat merasai makanan tradisi masyarakat Keningau seperti Tuhau yang mana ianya sejenis makanan pembuka selera. Kalau di Melaka kita ada Cencalok, Kelantan dengan Budunya dan di Keningau ada Tuhau.

Visit Keningau Year 2018

Terima kasih kepada Pegawai Daerah KeningauTuan Haji Yusof Bin Haji Osman dan Pengarah Projek Visit Keningau Year 2018, Saudara Rafie Robert diatas kesudian menerima kehadiran patik dan rakan blogger lain ke Majlis Pelancaran Visit Keningau Year 2018 peringkat Kuala Lumpur.

Patik sudah tidak sabar untuk merasai pengalaman berada di Keningau dan merasai sendiri makanan dan juga tempat menarik disana. Harapan patik supaya patik akan sampai kesana dan selepas tu patik akan berkongsi dengan korang semua tentang kehebatan yang ada di Keningau, Sabah.


Jom bercuti ke Keningau, Sabah !!


MANGO FLOAT ROYALE MELAKA MINUMAN VIRAL JADI TARIKAN

$
0
0
MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA MINUMAN VIRAL JADI TARIKAN | Bila sebut makanan & minuman viral Melaka, patik yakin korang mesti tahu tentang tarikan yang ada disana lebih-lebih lagi Coconut Shake Klebang dan juga Kuih Keria Gula Melaka.

Selain asam pedas Melaka, 2 menu urban ini telah diangkat Negeri Melaka mempunyai menu viral yang rata-rata orang ramai gigih beratur untuk mendapatkannya. 

Tahukah anda, ada 1 lagi viral disana yang mungkin korang belum mengetahuinya. Mango Float Royale Melaka yang terletak di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam Melaka ini telah berjaya tergolong didalam menu viral di Negeri Melaka. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Tempoh hari patik sempat singgah ke Mango Float Royale Melaka ini bagi merasai sendiri bagaimana rasa air yang menjadi viral oleh orang ramai.
Apa yang patik lihat, sampai di lokasi, ramai manusia sudah memenuhi ruang jualan air ini. Ada yang mengambil tempat dan ada yang beratur menunggu tempahan mereka. Tempat letak kereta pula sudah dipenuhi dengan kederaan dari pelbagai negeri di Malayia. Memang seronok tengok perniagaan menjadi seperti ini. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Menyembang dengan pemilik Mango Float Royale Melaka ini merupakan seorang anak muda dimana beliau menceritakan bagaimana bermulanya Mango Float Royale Melaka ini. Pada mulanya, perniagaan ini hanyalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh beliau sendiri dihadapan rumah sahaja dan jualan pada hari pertama adalah sebanyak 6 cawan sahaja. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Sehingga hari ini jualan beliau boleh meninggakat sebanyak 1000 cawan sehari dan boleh mencapai 2 atau 3 kali ganda pada musim-musim cuti dan perayaan. Ya Allah seronok patik tengok beliau yang sangat muda sudah memiliki perniagaan yang boleh patik katakan agak membanggakan. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Selain menjual air Mango Float ini, lokasi ini juga menjadi tumpuan penjual menu makanan lain seperti keropok lekor, mee kari, nasi ayam penyek, laksa bersarang dan banyak lagi menu yang menyelerakan. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Siapa sangka hanya berniaga dihadapan rumah, kini telah menjadi lokasi tumpuan orang ramai datang untuk menikmati Mango Float Royale Melaka. Air Mango Float ini korang boleh dapatkan dengan harga RM5.50.

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Tidak lokek dengan ilmu, pemilik Mango Float Royale Melaka sudi berkongsi bagaimana beliau menghasilkan air mangga ini. Hanya campuran mangga, pati mangga dan air krim vanila, air Mango Float Royale Melaka ini dihasilkan. 

Rancangan terdekat, Mango Float Royale Melaka akan membuka cawangan mereka ke Klebang Melaka dimana mereka sudah sedia untuk membuka Food Truck disana. Jadi korang boleh terus dapatkan Mango Float ini terus sekiranya berkunjung ke Klebang. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Bagi korang yang ingin mencuba sendiri rasa Mango Float Royale Melaka ini, korang boleh terus ke lokasi dengan menggunakan aplikasi waze dengan membuat carian "Mango Float Royale Melaka"atau korang boleh dapatkan informasi seperti berikut: 

Waze: 
Mango Float Royale Melaka

Telefon:
017-678 3602

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


BOAT NOODLE SAMBUT TAHUN BARU DENGAN MENU TERBAHARU

$
0
0
Boat Noodle

BOAT NOODLE SAMBUT TAHUN BARU DENGAN MENU TERBAHARU | Bersempena kedatangan tahun baru 2018, Boat Noodle telah memperkenalkan menu makanan dan minuman terbaru mereka. Khabarnya menu makanan ni ada berbaur tom yam. Bagaimana rasanya yeee. Nanti patik nak rasa laaa. 

Boat Noodle

Tempoh hari patik sempat menjengah ke cawangan Boat Noodle yang terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik patik sampai kesini. Memang cantik bangunannya. Kalau korang yang jenis kaki #ootd, patik yakin korang pasti gemarkan persekitaran disini. 

Boat Noodle

Untuk kali ini, patik sempat mencuba 2 menu makanan dan 2 menu minuman terbaru dari Boat Noodle. kiranya 4 menu baru ini akan patik rasa. 4 menu ini adalah Blue Butterfly, Mango Smoothie, Prosperity Tom Yam Noodle dan Tom Yam Fried Chicken. Jom patik perkenalkan satu per satu. 

Blue Butterfly
Blue Butterfly

Minuman magic bagi patik ini dinamakan Blue Butterfly. Kenapa patik kata magik? Ini kerana warna air ini yang berwarna akan berubah bila korang campurkan jus limau kedalam minuman ini dan bertukar menjadi warna ungu.

Untuk pengetahuan korang, warna air ini diambil daripada warna biru bunga dari Pokok Telang. Kebiasaan bunga ini adalah digunakan untuk pembuatan nasi kerabu yang berwarna biru. 

Mango Smoothie
Mango Smoothie

Ini kegemaran patik iaitu Mango Smoothie dimana campuran mangga dikisar dengan ais lalu menjadi air yang menyegarkan. 

Prosperity Tom Yam Noodle
Prosperity Tom Yam Noodle

Ini adalah signature bagi Boat Noodle, iaitu Noodle sup dimana Noodle mereka seperti biasa iaitu Glass Noodle dan Egg Noodle.

Terbaharu, mereka tampil dengan Prosperity Tom Yam Noodle yang memberi pilihan kepada penggunjung samada inginkan Thai Rice Noodles dan Springy Noodles. Untuk kuah pula, patik gemarkan rasa kuahnya seperti tomyam santan lebih kepada rasa disebelah Negara Thailand. Yaaa patik suka dengan rasa terbaharu ini. 

Tom Yam Fried Chiken
Tom Yam Fried Chiken

Menu Tom Yam Fried Chiken ini adalah antara kegemaran patik. Meja patik jee sampai 5 pinggan tempah menu ini. Rasa Tom Yam didalam perapan ayam ini memang kena dengan tekak patik. Patik bagi 5 stars !! Hehehe

Boat Noodle

Secara keseluruhan patik dan kawan-kawan sangat berpuas hati dan sangat mencadangkan korang datang dan rasa sendiri menu terbaru mereka yang kini sudah ada disemua cawangan Boat Noodle

Boat Noodle

Bagi korang yang ingin mencuba menu terbaru mereka, korang boleh datang terus dan rasai sendiri. Karang nanti kata patik propa kata sedap. Jadi korang datang dan rasai sendiri. 

Korang juga boleh dapatkan informasi lanjut bekenaan Boat Noodle seperti berikut:


>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<


DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN TONJOL KEPERCAYAAN MASYARAKAT KADAZAN DUSUN

$
0
0
LATANA THE BOBOHIZAN

DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN TONJOL KEPERCAYAAN MASYARAKAT KADAZAN DUSUN | Sebenarnya patik ni memang penggemar pementasan apa jua teater dan secara kebetulan sudah lama tidak rasanya patik tidak menonton persembahan teater. Baru-baru ini patik  telah berpeluang menonton persembahan dramatari Latana The Bobohizan

LATANA THE BOBOHIZAN

Pementasan dramatari ini adalah penilaian kepada pelajar tahun akhir bagi pelajar Fakulti Pengurursan Seni Budaya ASWARA. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik sampai ke ASWARA setelah berkali-kali jemputan daripada pihak mereka yang patik terima.

LATANA THE BOBOHIZAN

Bertempat di Panggung Experimen Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) patik dan beberapa rakan blogger lain berkesempatan menonton pementasan drama tari ini dimana keseluruhan produksi ini menampilkan para pelajar dan alumni fakulti tari dan teater Aswara.

SINOPSIS DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN


Secara rumusan. dramatari ini mengisahkan bagaimana perjalanan hidup seorang wanita yang bernama Latana, dimana beliau dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Beliau kehilangan bapanya sebelum dilahirkan dan ibunya pula meninggal selepas beliau dilahirkan.

Beliau dibesarkan oleh neneknya iaitu Odu Lijah yang merupakan seorang Bobohizan. Pelbagai konflik yang berlaku dalam hidup Latana dipersembahkan dalam drama tari ini. Dari kematian neneknya yang mana Latana telah dilantik menjadi seorang bobohizan hinggalah Latana terpaksa mengorbankan dirinya bagi mengembalikan keamanan kampungnya.

LATANA THE BOBOHIZAN

Melalui pembacaan patik, Bobohizan merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan.

Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang.

LATANA THE BOBOHIZAN

Didalam persembahan, kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis.

LATANA THE BOBOHIZAN
Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan Kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam 

LATANA THE BOBOHIZAN

Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap dengan seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut berkehendakan persembahan atau korban dalam bahasa Kadazan sogit.

Korban yang selalu diminta bagi upacara tersebut adalah darah ayam kampung, seekor kerbau atau haiwan berdarah panas, 10 biji telur rebus,dan nasi kunyit. Selepas itu bobohizan itu menyerahkan korban tersebut bagi memulihkan atau membuang sial seseorang itu.

Itu adalah hasil daripada bacaan patik mengenai apa itu Bobohizan dan bagaimana Bobohizan wujud dikalangan Masyarakat Kadazan Dusun.

Didalam pementasan dramatari Latana The Bobohizan ini, korang akan dipersembahkan dengan 7 babak bermula dengan babak kelahiran Latana, pelajaran ilmu ritual, perkahwinan, tolak bala, kematian, ritual dan alam ghaib dan juga magavau. Dari kesemua babak ini kita dapat mengenali sedikit sebanyak adat dan kepercayaan masyarakat yang berkait rapat dengan Bobohizan ini.



>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


Kredit foto:www.dikbee.com

INGINKAN KEDIAMAN ANDA MENJADI WARNA WARNI? LAMPU PINTAR PHILIPS HUE ADALAH JAWAPANNYA

$
0
0
LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

INGINKAN KEDIAMAN ANDA MENJADI WARNA WARNI? LAMPU PINTAR PHILIPS HUE ADALAH JAWAPANNYA | Patik yakin setiap rumah akan menggunakan lampu putih sebagai pencahayaan rumah korang kan? Agaknya laa kan kalau ada lampu yang jenis pintar dimana korang hanya perlu menghidupkan dan mematikan lampu tersebut hanya menggunakan telefon pintar korang, korang suka ke tidak? hehehehe

Sebenarnya patik telah lama menginginkan kehidupan yang pintar dimana semua boleh kita kawal dengan menggunakan telefon pintar kita dan ianya telah berlaku dihadapan mata patik. Begitu juga dengan pencahayaan dirumah patik. Meh sini patik kenalkan dengan korang dengan barangan baru daripada Philips iaitu Philips Hue.

Bila sebut jenama Philips, patik yakin korang mesti akan kaitkan dengan kepelbagaian bentuk mentol dan produk lain untuk kegunaan dirumah. Terbaru Philips muncul dengan produk terbaru mereka iaitu perantti lampu pintar untuk semua penggunanya.

Philips Hue ini adalah sistem pencahayaan untuk kegunaan dirumah mahupun dimana saja yang korang perlukan. Tapi yang menariknya sistem daripada Philips Hue ini adalah ianya didatangkan dengan sistem pintar dimana korang boleh mengawalnya secara online dengan menggunakan aplikasi Philips Hue sendiri.

Perkara paling penting untuk menggunakan Philips Hue dimana, peralatan dan peranti yang diperlukan adalah:


  1. Philips Hue Bridge (wajib ada)
  2. Router yang disambungkan kepada jaringan internet (wajib ada)
  3. Philips Lightstrip Plus (pilihan)
  4. Philips Single Bulb A60 (pilihan)

Macam patik, patik telah memenuhi keperluan bagi senarai 4 diatas tu. Jadi patik sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan kesemua itu dan bagaimana ianya berfungi. Jom teruskan pembacaan korang.

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Seperti yang patik terangkan diatas, untuk menggunakan sistem Philips Hue ini korang wajib mempunyai Hue Bridge. Yang mana sesuai dengan namanya, Hue Bridge adalah satu alat pengantara diantara aplikasi Philips Hue yang terpasang didalam telefon pintar kepada mentol-mentol dan lampu yang dipasang.

Selepas korang mempunyai alat pengantara (Hue Bridge) itu, maka korang sekarang ini perlukan lelampu yang akan menyinari rumah korang nanti. Patik telah memilih mentol Single Bulb A60 dan juga mentol jenis Philips Lightsrip Plus. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Ini adalah set mentol Single Bulb A60 yang akan patik gunakan nanti pula. Mentol ini bukan sebarang mentol yeee kawan-kawan sebabnya mentol ini berupaya untuk menyalakan dan mematikan menerusi aplikasi yang akan bersambung dengannya. Hebat bukan?!!

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Satu lagi yang patik ada adalah mentol Philips Lightsrip Plus. Lampu jenis ini bersifat lampu bergetah yang fleksibel sepanjang 6 kaki bersama hujungnya mempunyai sambungan kepada kabel ber-plug. Lampu ini juga akan bersambung dengan aplikasi telefon apabila patik hendak menyalakan dan mematikannya nanti. 

BAGAIMANA LAMPU PHILIPS HUE INI BERFUNGSI

Untuk permulaan, patik cadangkan korang pasang dahulu mentol-mentol yang korang ada pada tempat yang korang mahukan. Macam patik patik telah memasang mentol Single Bulb A60 pada bilik mandi dan juga pada ruangan tangga manakala lampu Philips Lightsrip Plus pula patik pasangkan dibelakang TV supaya pencahayaan ini sekaligus boleh menaikkan mood tatkala menonton TV. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Alat Hue Bridge ini memerlukan penyambungan dengan internet korang. Jadi rumah korang PERLLU, WAJIB untuk ada penyambungan internet bagi memasang semua peralatan ini. Tunggu sehingga kesemua lampu biru pada Hue Bridge menyala sepenuhnya. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Sambil menunggu alat Hue Bridge sedang membuat kerjanya, korang boleh memuat turun aplikasi daripada Philips Hue itu sendiri di Play Store. Untuk makluman korang, pilih aplikasi yang sebenar seperti yang patik tunjukkan diatas ini supaya sambungan korang adalah yang sebenar kerana terdapat banyak aplikasi yang MUNGKIN SAMA tapi tidak memberikan respon seperti yang akan patik terangkan seterusnya. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Bila semuanya sudah sedia dimana lampu sudah menyala, dan aplikasi sudah sedia, jom aktifkan lelampu yang ada ini. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Untuk menetapkan lelampu korang, korang perlu ke SETTING dan sedia untuk menentukan lampu yang mana korang perlu sediakan dibahagian LIGHT SETUP

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Apabila sudah melancarkan aplikasi, korang akan dapati lampu-lampu ini akan terus dikenalpasti oleh aplikasi dan korang boleh menamakan lampu-lampu korang dengan kedudukan korang inginkan. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Macam patik patik telah menamakan lampu ini sebagai DAPUR, LAMPU TANGGA dan juga HALL TV dimana lampu-lampu ini telah patik tempatkan. Memang sangat mudah dan lampu-lampu ini boleh korang kawalnya dengan menggunakan telefon korang. 


BAGAIMANA KEADAAN PENCAHAYAAN LAMPU PHILIPS HUE

Apa bila semua telah sedia, korang boleh mengawal lampu korang dengan telefon korang. Menarik bagi lampu Philips Hue ini, lampu ini boleh memberikan pelbagai jenis warna mengikut kehendak korang. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE
LAMPU PINTAR PHILIPS HUE
LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Korang boleh tengok lampu TV patik yang boleh bertukar warna mengikut apa yang patik inginkan. Khabarnya mentol Philips Hue ini mampu memberikan warna lebih daripada 500 warna lampu pada 1 mentol dan semuanya dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon korang. Hebat bukan !!

Ini baru lampu TV, belum lagi lampu tangga dan juga lampu dapur, kesemuanya mempunyai kesamaan fungi. Memang terbaik. 

LAMPU PINTAR PHILIPS HUE

Selain kehebatan memberikan pelbagai jenis warna lampu, aplikasi ini juga boleh membantu sebagai penggera. Bukan penggera bunyi, tapi lampu ini korang boleh tetapkan masanya dan ianya akan bertindak apabila sudah sampai masanya.

Sebagai contoh korang boleh set masa untuk bangun pagi dimana lampu ini akan boleh memberikan penerangan yang tinggi sekaligus boleh mengejutkan korang.

Selain set alarm, korang boleh juga set lampu-lampu korang apabila korang keluar dan apabila korang pulang. Takde laa nanti korang balik bergelap mencari suis lampu dan semuanya selesai dengan menggunakan lampu dari Philips Hue.

Bagi korang yang ingin mendapatkan seperti mana yang patik ada ni, korang boleh dapatkan di LAZADA melalui Philips Lighting Lazada store. ataupun informasi lanjut di laman web rasmi mereka seperti berikut:

>> WEBSITE<<



UNIFI TAMPIL DENGAN PELBAGAI PEMBAHARUAN BARU

$
0
0
UNIFI

UNIFI TAMPIL DENGAN PELBAGAI PEMBAHARUAN BARU | Hari ini patik yakin semua orang pasti mementingkan kelajuan data korang dalam menggunakan perkhidmatan internet daripada telco yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan patik. Patik lebih mementingkan kelajuan dan juga keluasan data yang ditawarkan oleh syarikat telco.

Terbaru patik teruja apabila syarikat Telekom Malaysia yang begitu popular tampil dengan pelbagai pembaharuan baru untuk ditawarkan kepada pengguna. Berlokasi di Menara TM, syarikat telekomunikasi nombor 1 Malaysia ini telah melancarkan 4 produk sekaligus iaitu Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi

UNIFI

Majlis yang sangat meriah ini dimulai dengan perarakan masuk tetamu sambil pekikkan bunyian wisel, tepukan dan jeritan seperti berada didalam sebuah stadium bola sepak. Seronok dan memang meriah. Hehehehe. 

UNIFI

Menurut Encik Imri sempena tahun 2018, Unifi kini tampil dengan pembaharuan dengan melengkapkan tawaran yang merangkumi kemudahan telefon mudah alih dan TV disamping perkhidmatan sedia ada untuk kediaman dan WiFi. Dengan perubahan ini, TM merupakan jenama pertama yang menawarkan sambungan Internet secara menyeluruh secara sebenar di mana-mana sahaja sekaligus mengukuhkan peranan TM sebagai pemacu utama dalam merialisasikan kuasa digital serta mempercepatkan gaya hidup digital kepada semua. 

UNIFI

Didalam majlis ini, kami telah diperkenalkan dengan pembaharuan yang dibuat oleh Unifi iaitu Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi. Apa keunikan untuk setiap kategori Unifi ini?

UNIFI HOME

Lanjutan dengan promosi sehingga akhir tahun, Unifi telah memperkenalkan "Skuad Sempurna Unifi" dimana mereka ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat pengaktifan perkhidmatan tersebut. 

Dengan pakej serendah RM139, pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan panggilan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.unifi.com.my ataupun laman sosial unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahulu Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan juga unifi.com.my/youtube.

UNIFI MOBILE

Bagi korang yang menggunakan perkhidmatan WEBE, WEBE kini telah dikenali sebagai Unifi Mobile. Kewujudan WEBE pada tahun 2016 telah mempamerkan prestasi yang sangat memberangsangkan semenjak pelancaran kuota tanpa had ini dilancarkan.  

Dengan perkenalan Unifi Mobile #bebas, ia akan memberi kebebasan kepada pelanggan terhadap produk mudah alih ini. Unifi Mobile bukanlah produk prabayar atau pascabayar, tetapi ia adalah hibrid yang memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka TANPA SEBARANG KONTRAK DAN KOMITMEN.

Berita baik, Unifi Mobile akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia. 

Apa yang perlu kita hanyalah memuat turun aplikasi mudah alih @unifi yang terdapat AppStore atau PlayStore untuk membuat pesanan. selesai mendaftar korang hanya perlu pergi mana-mana cawangan TMPoint untuk mendapatkan SIM kad yang telah korang mohon atau korang boleh memilih untuk dihantar terus ke rumah dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM10.60 (termasuk GST) sebagi kos penghantaran. 

Untuk keterangan lanjut mengenai Unfi Mobile #bebas, layari www.unifi.com.my/mobile ataupun laman sosial unifi mobile iaitu www.facebook.com/unifimobile.

UNIFI TV

Jika dahulu dikenali sebagai HyppTV, terbaru nama HyppTV telah ditukar nama menjadi Unifi TV dimana kandungannya masih sama tetapi Unifi TV telah menambah sesuatu yang baru iaitu permainan intraktif yang pertama di Malaysia dipanggil TEKA TEKAN. 

Permainan ini membolehkan korang boleh berinteraksi dengan TV secara langsung dan menjawab sorang yang memungkinkan korang memenangi hadiah sebanyak RM20,000 setiap hari !! Sangat lumayan kot. 

Caranya hanyalah dengan menjawab 5 soalan mudah yang berkaitan dengan pelbagai isu semasa/trending dan informasi umum. Ini mencakupi soalan mengenai unifi, dunia artis, filem, sejarah, matematik, sains, fizik, sukan dan banyak lagi. Korang hanya perlu menggunakan alat kawalan jauh Unifi TV (remote control) untuk menjawab 5 soalan yang dikemukakan ketika siaran berlangsung dengan menekan samada butang merah, hijau, kuning atau biru.

Program ini telah berlangsung bermula 15 Januari 2018 setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam disaluran 116 (HyppSensasi). Program ini dikendalikan oleh Shuib Sepahtu, Farouk Hussein, Acong Sweet Child dan Anas Ridzuan. Program ini dibawakan oleh Huawei sebagai penaja utama. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.tekatekan.unifi.com.my.

UNIFI

Turut hadir pada majlis ini adalah Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Datuk Bazlan Osman (Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Imri Mokhtar (Naib Presiden Eksekutif unifi), Jeremy Kung (Naib Presiden Eksekutif unifi TV), Moharmustaqeem Mohammed (Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile) serta barisan pengurusan kanan TM. Kiranya orang-orang besar bagi kumpulan TM semua turun padang bagi pelancaran ini.

UNIFI

UNIFI

Jadi apa tunggu lagi. Unifi tampil dengan pelbagai pembaharuan baru ini korang kena lekas rebut peluang yang Unifi berikan ni. Memang terbaik dan korang tidak perlu lagi sangsi dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Ingat Unifi ingat Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi yeeee. Hehehehe

JONLIVIA LANCAR PAKAIAN SUKAN BERKUALITI TINGGI

$
0
0

JONLIVIA LANCAR PAKAIAN SUKAN BERKUALITI TINGGI | Bersukan adalah amat digalakkan didalam kerja seharian tidak kira bersukan jenis perlahan ataupun jenis yang berat. Selain bersukan, pakaian yang sesuai juga amat penting untuk setiap orang memilikinya sebagai memberi keselesaan semasa korang melakukan aktiviti bersukan. 

Untuk itu jom patik perkenalkan pakaian sukan yang berkualiti tinggi daripada jenama Jonlivia. Khabarnya Jonlivia lancar pakaian sukan berkualiti tinggi yang terbaru daripada mereka yang boleh korang miliki nanti. 

PELANCARAN PAKAIAN SUKAN BERKUALITI DARIPADA JONLIVIA



Berikutan dengan keperluan pakaian sukan yang sesuai dan selesa, jenama Jonlivia telah melancarkan pakaian sukan yang berkualiti tinggi. Berlokasi di Paradigm Mall Kelana Jaya, majlis yang sangat meriah telah diadakan disana. 


Apa yang menariknya dengan pakaian sukan ini terutamanya seluar sukan yang dikenali sebagai 'BlazePants Brightening Series' ini, ianya merupakan seluar fusion yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 dimana ianya membantu membakar kalori empat kali lebih cepat, mendapat perlindungan UV sebanyak 50% dan mencerahkan serta melembabkan kulit. 

Yang lebih ekslusif tentang produk ini, ianya juga dicipta dari material berbau wangi (rose). Jadinya korang akan berasa lebih selesa dengan bauan yang lebih menenangkan. 

PENCARIAN JUARA SIMPLEZY CHALLANGE



Kesinambungan dengan pelancaran pakaian sukan Jonlivia ini, turut diadakan adalam Pencarian Juara Simplezy Challange dimana terdapat 20 orang peserta yang dipilih oleh pihak penganjur untuk turut serta didalam misi kesihatan mereka. 


Diperingkat akhir ini, semua tetamu dikehendaki untuk mengundi peserta kegemaran mereka  pada tiang-tiang ini mewakili setiap peserta sebelum dinobatkan sebagai pemenang. 


Keputusannya, Lim Siew Li telah menerima undian paling banyak dikalangan penonton yang hadir. Tahniah buat pemenang yang juga menerima wang tunai dan tiket kapal terbang dari AirAsia. 


Terima kasih kepada pihak Jonlivia diatas jemputan kemajlis pelancaran pakaian sukan yang berkualiti tinggi ini dan patik secara peribadi sangat teruja untuk merasai sendiri seluar sukan yang baru diperkenalkan ini. 

Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjur berkenaan produk keluaran jenama Jonlivia ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

YEE SANG MAKANAN TRADISI MASYARAKAT CINA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

$
0
0
YEE SANG

YEE SANG MAKANAN TRADISI MASYARAKAT CINA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA | Tahun Baru Cina akan disambut di Malaysia pada tanggal 16 Februari 2018 dan lumrah bagi masyarakat yang berbangsa Cina akan meraikan Tahun Baru Cina dengan makanan tradisi mereka iaitu Yee Sang

YEE SANG

Mengikut bahan bacaan patik, Yee Sang yang ada di Malaysia berasal dari Seremban. Ianya dipopularkan oleh Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.

Loke Ching Kee menyediakan Yee Sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung Yee Sang sambil melaungkan “Lou Hei” yang bermaksud gaul naik.

YEE SANG

Mereka juga mengucapkan kata-kata yang baik seperti “semoga bertambah rezeki”, “semoga panjang umur”, “semoga keluarga bahagia” dan sebagainya. Ia umpama doa. Ritual ini adalah simbolik kepada permohonan dan pengharapan agar tuah dan rezeki akan bertambah pada tahun yang mendatang.

YEE SANG

Seperti patik yang jarang sekali menjamah Yee Sang sudah pasti tertanya-tanya kandungan apa yang ada didalam penyediaan Yee Sang ini. Selepas diterangkan oleh rakan kerja patik barulah patik tidak was-was untuk menjamah makanan ini. 

Yee Sang boleh diibaratkan sebagai kerabu atau dalam english dia "salad". Atau boleh didefinasikan sebagai  Teochew style raw fish salad. Mengandungi carikan raw fish/jelly fish bersama carikan-carikan pelbagai jenis sayur yang dihidangkan bersama sos plum.(selalunya ada pelbagai jenis tapi ini adalah asas)

YEE SANG

Untuk tahun ini, seperti biasa rakan kerja patik akan menjamu kami semua dengan hidangan Yee Sang dan sebagai masyarakat majmuk kita diharuskan untuk meraikan perayaan mereka tanpa mengikut cara penyembahan mereka.

Apa yang boleh patik simpulkan, Yee Sang ini hanyalah salad versi bangsa cina yang terdiri daripada ikan salmon segar dan hirisan sayuran yang melambangkan sebagai kesepakatan dan warna-warninya sambutan perayaan mereka. Begitulah sinonimnya Yee Sang makanan tradisi masyarakat cina menyambut Tahun Baru Cina.


SELAMAT TAHUN BARU CINA

TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA

$
0
0
ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA |Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) kembali lagi tahun ini dengan bertemakan "Fesyen dan Muzik". Seperti biasa 12 buah lagu dari pelbagai jenis genre kembali menghangatkan pentas akhir Angerah Juara Lagu 32

ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

Patik yakin peserta bagi 12 buah lagu yang dipertandingkan tahun ini sedang giat membuat latihan bagi menampilkan sesuatu yang terbaik dipentas Juara Lagu nanti. Secara jujurnya patik tidak sabar untuk menonton Wany Hasrita, Ara Johari dan juga Heal yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. 


ANUGERAH JUARA LAGU 32

Pentas akhir ini akan berlangsung pada 11 Februari 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil. Bila sebut apa jua majlis anugerah, fesyen dan muzik seperti tidak boleh dipisahkan dimana setiap peserta dan juga penonton akan hadir dengan pelbagai jenis fesyen dan akhirnya tema"Fesyen dan Muzik" diangkat sebagai teman bagi AJL32 tahun ini. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

Anugerah Juara Lagu 32 bakal bersiaran secara langsung dengan menampilkan hos Alif Satar dan Sherry Alhadad dan diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu dimana masing-masing akan menerima Trofi fan wang tunai bagi setiap kategori. 


UNDIAN BAGI PERSEMBAHAN TERBAIK

Bagi yang menonton AJL32 nanti, korang boleh membuat undian bagi persembahan terbaik dimana sewaktu siaran langsung pada 11 Februari 2018 nanti, korang boleh mengundi setiap peserta  di lawan web AJL32 www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. 

Korang juga boleh mengetahui pelbagai info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran langsung secara online menerusi LIVE TV di xtra yang dibawakan oleh TONTON bermula 9 malam nanti. 


TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA

Kesinambungan dengan AJL32, patik ingin memberikan sepasang tiket VIP (untuk 2 pemenang) dan satu tiket VIP (untuk seorang pemenang) kepada pembaca blog patik.

Apa yang korang perlu lakukan adalah :

Kemudian korang perlu ke [LINK INI] dimana korang perlu mengisi beberapa keperluan dan menjawab beberapa soalan berdasarkan penganjuran Anugerah Juara Lagu

  1. Peraduan ini bermula sehingga 7 Februari 2018 (RABU) tepat jam 12 tengahmalam
  2. Pemenang akan diumumkan di instagram @ahmadfauziaryaan.
  3. Segala keputusan adalah MUKTAMAD.

Jadi apa lagi. tiket VIP Anugerah Juara Lagu 32 ini akan patik berikan secara PERCUMA. Jom turut serta dan jangan lupa pada 11 Februari 2018 nanti untuk sama-sama menyaksikan 12 lagu yang akan berentap bagi menjuarai AJL32


SELAMAT MENCUBA


HDB RENOVATION GUIDE

$
0
0
RENOVATION GUIDE

HDB RENOVATION GUIDE | The ecstatic is real when you are at the phase of planning for your new house interior design renovation. It’s a huge and massive project to renovate your house into a comfortable dream nest. However, it ain’t fun if you’ll be penalized if you do not follow the regulations of HDB flats during your renovation phase. It applies to all area HDB flats in Yishun, Jurong East or even Bedok. The regulations are standardized for all HDB owners to comply with. Here are some guides that all HDB homeowners need to know before your renovation begins.


THREE-YEAR RESTRICTIONS PERIOD ON WALL AND FLOOR FINISHES REMOVAL

Though you may prefer something fancier for your bathroom like sexy bathtubs, double sinks, rain showerhead and marbles, there’s a restriction to it. The new Build to Order (BTO) flats come with waterproofing membranes laid between the cement screed and floor tiles for wall and floor finishes. This HDB’s waterproofing effort is to prevent water leakage through your flooring to the flat below. The tiles come with a three-year warranty which will become void if you remove it. So, before you tell your contractor remove everything, please take note on the waterproofing system. However, if you insist to change the flooring, your contractor can still fulfil your wishes by using adhesive to tile over the existing tiles. Not only you can achieve your flooring style but the HDB regulators approve this method without voiding warranty.


CHECK BEFORE RENOVATION BEGINS

Before you start your renovation, HDB will need to assess if your renovation or your interior design will affect the main structural walls of the building. If your design needed to remove or hack involved reinforce concrete wall, pillars, beams or even staircases within an executive maisonette are not approved. You will need to submit your design for approval even if you intend to build arches or rounded corners. Permit will be granted for renovation as long no hacking or removal is done on the concrete or structural walls. Your contractor will help you to submit your application to the HDB when applying for renovation permit.


SUPERVISE YOUR RENOVATIONS

Once you have gotten approval or permit for your renovations, you may begin your renovation. Prior three days before your commencement of your renovation, do inform your neighbours. When renovation starts, it is important to remember that the demolition works can only be carried out from 9am to 5pm daily on weekdays. During the demolition works, there should not have more than two handheld power tools are to be used concurrently for wall hacking and removal or floor finishes. Hacking is required to be finish demolish within three days, be sure to plan ahead before your demolition gets delayed. This is to avoid any disturbances to your neighbours. Be sure to engage professional like Professional Engineer (PE) for Civil or Structural to inspect and supervise your house demolition works.


BE MINDFUL CHOOSING WINDOWS AND GRILLS

Whether it is a resale unit or new BTO flats with different designs in Yishun or Bedok, the windows and window grilles should be installed by BCA-approved window contractors registered with HDB. When you gotten your unit and keys, your in-charge HDB officer will hand you the detailed guidelines for standard grilles that you can use for your service yard. There are restrictions on the windows size, colour and type which have to be similar with HDB’s windows. For example, the size of the casement windows are only allowed to a width of 500mm to 700mm.


THE FACADE OF THE BUILDING

Avoid changing the HDB’s façade, this includes applying paint anywhere outside the flat like the common corridor walls, ceilings and window ledges. You’re not supposed to install any external grilles on the air-con ledge or utilise the space.


ENGAGE ONLY HBD-APPROVED CONTRACTORS OR INTERIOR DESIGNERS

Be mindful when engaging or appointing your contractor or interior designer that has been approved by HDB as they are familiar with the rules and regulations of the HDB housing structure guidelines. Besides, this will give you assurance for them to build your dream house. There are couple of bad apples out there that has since been blacklisted from the board, be sure to check before engaging them as your contractors or interior designers. You may click hereto check the list of registered renovation contractors.

I hope this guide will help you guys out there to implement when you want to renovate your building / premises or else. 

WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ??

$
0
0
Surf This Love

WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ?? | Kadang kala patik terfikir pasal filem di Malaysia ni. Adakah filem yang dibuat ini berdasarkan keadaan sekeliling ataupun sekadar imaginasi si pengarah dalam menterjemahkan apa yang dirasa ke layar perak? 

Patik tertanya ni sebabnya patik ternampak sebuah filem yang khabarnya akan menjengah dipawagam pada 22 Februari 2018 yang mengisahkan kehidupan seorang peluncur yang bertajuk SURF THIS LOVE: GELORA JIWA

Surf This Love

Khabarnya filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air pertama seumpamanya di Malaysia. Kiranya tiada siapa yang pernah terfikir untuk menjadikan kisah seorang peluncur ini menjadi sebuah filem. 

Kata Penerbit filem saudara Amie Zhu, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang banyak menghidangkan kepada penonton dengan genre dan cinta. Jadi kisah yang lebih kepada genre sukan bagi patik cuba ditonjolkan. 


PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR

Surf This Love

Yang patik terpanggil untuk menulis pada entri kali ini adalah sesuaikah filem ini mengisahkan kehidupan peluncur air di Malaysia? Adakah Malaysia mempunyai pantai yang memungkinkan peluncur meluncur disana? Adakah peluncur di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi menaikkan aura filem ini?

Kadangkala patik tidak faham bagaimana seorang Pengarah Filem mempunyai ilham untuk menghasilkan cerita yang bagi patik tidak releven atau tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia. Kebiasaan Pengarah Filem akan menghasilkan filem yang dekat dengan hati masyarakat Malaysia. Tetapi filem ini berani untuk mengambil risiko keluar daripada kebiasaan penonton Malaysia. 


PELAKON YANG KURANG DAYA PENARIK

Surf This Love

Bila sebut bab penarik kepada sesebuah filem, patik yakin Penerbit dan Pengarah sudah membayangkan siapa pelakon yang akan membintangi sesebuah filem. Berbalik kepada filem ini patik tidak tahu sejauh mana filem ini boleh menarik orang untuk datang ke pawagam bagi menonton Filem Surf This Love: Gelora Juara kerana secara peribadi patik hanya mengenali beberapa pelakon sahaja. Kalau berjaya ianya adalah rezeki. 

Sebenarnya perkongsian ini adalah sekadar perkongsian biasa dan bukan menghentam kepada filem-filem melayu, tetapi lebih kepada perkongsian sebagai bagi memberi kebaikan kepada filem-filem Malaysia. 


Khabarnya di Malaysia ada pantai yang boleh meluncur. Hahaha patik pun sebenarnya tak tahu yang di Malaysia rupanya ada pantai yang boleh membuat aktiviti sukan meluncur iaitu di Pulau Tioman. Jadi lepas ni boleh laa kalau kita ramai-ramai ke Pulau Tioman untuk melihat rakan-rakan kita meluncur disina.

Apa kata jom sama-sama nantikan pada 22 Februari 2018 untuk tayangan filem Surf This Love: Gelora Juara ini nanti. Patik pun sudah tidak sabar untuk melihat secara keseluruhan dan akan cuba kaitkan dengan apa yang patik rasa didalam filem tersebut.

ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN

$
0
0
ANUGERAH JUARA LAGU 32

ANUGERAH JUARA LAGU 32 MENGHIMPUNKAN LAGU DAN FESYEN |Anugerah Juara Lagu 32 telah melabuhkan tirai pada Ahad lepas dimana semua sedia maklum lagu Jampi nyanyian Hael telah memenangi Juara Lagu. Lagu yang menjadi fenomena bagi semua rakyat Malaysia dengan keunikan lagu dan bait-bait lirik yang ada. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Patik dan beberapa blogger lain telah bertugas sepanjang Anugerah Juara Lagu 32 berlangsung. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik secara peribadi menonton Anugerah Juara Lagu yang telah masuk edisi ke 32 tahun ini. Rasa teruja memang ada kerana selalunya patik menontonya dirumah bersama keluarga. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kami telah memasuki Axiata Arena, Bukit Jalil seawal 7.30 malam lagi dimana kami ditempatkan diruangan khas bersama rakan media lain. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kedudukan kami yang berdekatan dengan pentas utama memberi bonus kepada kami rakan media membuat analisa sepanjang berlangsungnya persembahan AJL32. Bukan setakat dapat melihat secara langsung, kami juga melihat bagaimana produksi bekerja sepanjang AJL32 berlangsung bermula dari luar, Karpet Merah AJL32 sehinggalah akhir majlis. 

Melihat sebelum majlis berlangsung, pentas yang tersergam indah dengan pencahayaan yang hebat memang akan menaikkan mood penonton yang menonton tidak kira secara langsung di dewan mahupun di TV. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Persembahan pembukaan pada malam itu adalah daripada Stacy yang menyampaikan 3 buah lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Stacy yang agak sudah lama menyepi didalam dunia hiburan kembali dengan persembahan yang memukau. Sangat wowww bagi patik. 


FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 32

Berikut adalah senarai finalis yang akan berentap di pentas akhir AJL32 bagi menjuarai gelaran Juara Lagu 32. 

Akhirnya, Cinta - Salma (Ajai/Slen)

Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)

Aku Yang Sebenar - Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)

Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)

Bayang - Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)

Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)

Lebih Sempurna - Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)

Menahan Rindu - Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)

Sejati - Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)

Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah (Ajai)

Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

Warkah Untuk Mu - Ara Johari (Hang Nadim/Laq)


12 buah lagu yang mempunyai kehebatan masing-masing. Apa yang patik perasan, tahun ini konsep tirai, bayang-bayang banyak digunakan oleh kebanyakan peserta. Patik tidak tahu adakah kebetulan atau bagaimana. Tapi yang paling unik adalah persembahan daripada Altimate dengan lagu Amboi yang memang sangat berlainan daripada peserta lain. 


PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32

Kesemua peserta sudah menyampaikan yang terbaik, tapi mereka yang lebih berpotensi akan dinobatkan sebagai juara. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 32: 

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Juara Lagu - Jampi - Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)

Naib Juara - Sejati - Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)

Tempat ketiga - Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Vokal Terbaik - Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)

ANUGERAH JUARA LAGU 32

Persembahan Terbaik - Amboi - Altimet (Navigator/Altimet)

Akhir kata, patik ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan telah memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Hanya sedikit ralat bagi patik dimana, Dayang Nurfaizah tidak membawa pulang apa-apa kategori untuk AJL32 kali ini. 

Jom layari tonton.com.my untuk menonton lebih program secara ekslusif yang tidak ditayangkan di TV3. 


PRODUK RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

$
0
0
RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

PRODUK RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT | Sekarang ni musim panas menjengah negara kita. Jadi bagi patik yang kadang kala membuat direct sale dari rumah ke rumah memang sesuatu yang memeritkan bila matahari menembak kewajah kita. Rasa perit, sakit semua ada dan akhirnya akan membuatkan kita tidak senang diri.

RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

Hanya orang yang pernah merasai keluar rumah pada waktu panas terik akan merasai perit panas yang terkena kulit wajah dan kulit badan. 


RENOSKIN MEDIC SERUM

Mujurlah patik telah diperkenalkan dengan produk Renoskin Medic Serum yang katanya boleh membantu mereka yang mempunyai masalah kulit. Patik tidak teragak-agak untuk mencubanya sebab memang terasa kulit muka dan tangan ni bagai perit sakit macam tu. 

RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

Renoskin Medic Serum ini diformulakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensetif. Bagi patik kulit patik ni tidaklah terlalu sensetif, tapi kalau sudah terdedah terlalu lama dibawah mentari, sakit itu akan ada. Jadi Renoskin Medic Serum ini sedikit sebanyak membantu untuk melegakan kesakitan yang patik alami.

RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT


FORMULASI RENOSKIN MEDIC SERUM

Seperti yang patik beritahu tadi, Renoskin Medic Serum ini adalah 100% daripada bahan organik campuran herba semulajadi bersama bahan aktif ekstrak vitamin E dan A, dimana ianya memberi 70-80 kali ganda lebih berkesan daripada vitamin sintetik.

RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

Bagi korang yang sudah terlalu lama menggunakan produk bahan kimia, patik boleh mencadangkan kepada korang agar beralih kepada produk Renoskin Medic Serum yang lebih organik dan sesuai untuk mereka yang mengalami kulit sensetif. 


SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN PRODUK RENOSKIN MEDIC SERUM

Selain patik yang mengalamai masalah kulit perit dek kerana terlebih terdedah pada cahaya mentari, produk Renoskin Medic Serum ini juga sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah seperti berikut:

  1. Meredakan eczema
  2. Melembabkan kulit
  3. Membantu mencegah ruam lampin
  4. Membantu jangkitan kulit dan bakteria
  5. Membantu melegakan luka melecur
  6. Membantu menyuburkan rambut
  7. Menghilangkan regangan kulit
  8. Memudarkan pigmentasi
  9. Memudarkan parut kulit
  10. Membantu melegakan kulit gatal, merah dan alahan kulit

RENOSKIN MEDIC SERUM MEMBANTU MASALAH KULIT

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Renoskin Medic Serum atau korang sendiri berminat menjadi dropship, agen atau stokis,korang boleh terus menghubungi nombor berikut ditalian 016 490 7155 atau terus ke link ini dengan menghantar mesej untuk respon pantas di www.wasap.my/60164907155/renoskinblog .


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


PENGALAMAN MENGINAP DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

$
0
0
    THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

PENGALAMAN MENGINAP DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA | Kalau sebut Negeri Melaka, patik yakin korang mesti selalu kesana kerana disana bagi patik punyai banyak tarikan. Sejujurnya patik gemar kesana untuk berehat; keluar daripada kawasan yang patik sudah biasa.

Sambil melawat tempat orang dengan menikmati pelbagai jenis makanan yang unik di Melaka, patik yakin korang akan mencari tempat penginapan yang menarik di Negeri Melaka tidak kiralah jenis hotel backpacker ke, butik hotel ke, hispter hotel dan hotel mewah.  Hehehehe.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Bila sebut hotel di Melaka, patik ingin kongsikan sebuah hotel yang bagi patik agak menarik dengan keunikan yang ada disini. Hotel yang patik maksudkan adalah The Settlement Hotel Melaka yang terletak di Jalan Sungai Ujong.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Sebuah hotel moden yang disuntik elemen tradisional etnik didalamnya menjadikan ianya sebuah hotel yang ekslusif terletak ditengah Bandaraya Melaka. Patik telah mencuba 2 jenis bilik untuk 2 malam sepanjang berada di Melaka. Nak tengok jenis bilik yang patik rasai sepanjang berada disana? Jom teruskan bacaan korang.


DELUXE ROOM TWIN 

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Untuk penginapan kali ini, patik telah berpeluang untuk menginap di bilik jenis Deluxe Twin Room dimana menempatkan 2 buah katil didalam 1 bilik. Untuk bilik jenis ini, ianya terletak dibangunan utama The Settlement Hotel Melaka. Selain bilik jenis Deluxe Room Twin, mereka juga mempunyai Deluxe Room Queen dan Junior Suite Room.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Apa yang boleh patik katakan tentang bilik ini, bilik ini adalah SEKSI. Kenapa patik katakan demikian? Korang boleh tengok keadaan bilik yang patik menginap ini. Dengan keadaan bilik dan juga keadaan bilik mandi yang patik rasa memberikan elemen yang seksi yang sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Patik sempat mengabadikan gambar didalam bilik mandi yang sangat cantik dan bagi patik sangat suka dengan konsep bilik mandi disini. 

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Menariknya apabila menginap disini, korang akan dilayan secara peribadi dimana korang akan diberikan sebuah patung sekiranya korang menginap selama 2 malam disini. 


LUXURY VILLA

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Untuk malam kedua, patik juga berpeluang untuk merasai bilik yang lain dari kebiasaan. Sebuah villa yang berkonsep tradisional yang teletak bersebelahan dengan bangunan hotel. 

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Keunikan villa ini adalah terletak pada seni bina villa ini sendiri kerana apa yang diberitahu, struktur bangunan villa ini adalah asli daripada Palembang, Indonesia. Pemilik hotel ini telah membawa masuk struktur villa ini ke The Settlement Hotel Melaka dan menjadikan sebagai sebuah villa untuk penginapan orang ramai.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Korang boleh lihat bahagian dalamannya yang begitu penuh dengan konsep tradisionalnya. Patik yakin korang mesti suka dengan konsep tradisional yang mewah.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Patik suka dengan konsep katil kelambu ni haaa. Memang patik dah lame teringin untuk tidur atas katil yang berkelambu macam ni. Baru laaa seksi dimalam hari kan. Hahahaha.

Oh yaaa bagi korang yang inginkan suasana romantik, konsep villa ini bagi sangat sesuai untuk korang yang datang untuk berbulan madu bersama pasangan korang masing-masing.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Selain konsep bilik sangat romantik, villa ini juga menyediakan pakej konsep mandi bunga didalam bathtub yang sangat tradisional konsepnya. 


FASILITI LAIN DI THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Selain bilik yang bagi patik cukup selesa dan juga unik, kemudahan lain yang ada disini adalah seperti kolam mandi, spa dan juga beberapa lokasi cantik yang boleh korang abadikan didalam gambar kenangan korang.

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

 THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Oh yaaa sekiranya korang menginap disini, korang juga disediakan sarapan pagi yang memang menghidangkan bermacam-macam menu untuk pilihan korang. Memang puas hati dengan harga yang korang bayar. 

Sekiranya korang inginkan sebuah percutian dengan penginapan yang selesa dan juga sedikit mewah, korang boleh cuba menginap di The Settlement Hotel Melaka ini yee. 


The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
75050 Melaka,
Malaysia.

Telefon:
+60-62921133



>>WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


MALAM GALA TAYANGAN FILEM SURF THIS LOVE : GELORA JUARA MERIAH

$
0
0

MALAM GALA TAYANGAN SURF THIS LOVE : GELORA JUARA MERIAH | Esok 22 Februari 2018 bermulalah tayangan filem terbaru arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan yang bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang dibintangi oleh pelakon seperti Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, dibantu Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Mustaqim, Syuhaida Abraz dan ramai lagi.


Tempoh hari patik telah bersama-sama menonton filem ini pada Malam Gala Tayangan Filem Surf This Love : Gelora Juara yang berlokasi di MM Cineplexes E-Curve Kota Damansara. Ramai rakan selebriti dan juga pelakon filem yang turut hadir bagi memeriahkan lagi tayangan perdana bagi filem ini. 


Turut hadir pada malam tayangan ini adalah barisan pelakon filem ini dan juga pengarah dan penerbit yang menghasilkan filem ini.


Khabarnya filem ini berkonsepkan filem yang yang tidak pernah dibuat di Malaysia yang menonjolkan kehidupan seorang peluncur ombak (surfing). 


SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan cerita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.

Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.


Bagaimana pengakhiran filem ini? Korang kena datang dan saksikan sendiri pengakhiran filem ini. Adakah Billy berjaya dalam sukan meluncur ombak? Adakah Billy dapat memikat hati Mia? Semuanya akan terjawab apabila korang datang dan melihat sendiri bagaimana pengakhiran filem ini. 




ULASAN PERIBADI


  1. Secara peribadi patik sukakan watak Billy (Syukri Yahaya) yang memang all out dengan perangai yang gila-gila dan memang kelakar. 
  2. Filem bergenre sukan ini adalah yang pertama dan patik sendiri secara peribadi tidak pernah tahu yang di Malaysia ada wujudnya jaguh hebat dan sukan meluncur ombak ini. 
  3. Filem Malaysia juga tidak terpisah dengan adegan bercinta dan ini sama sekali terjadi didalam filem ini. 
  4. Tidak ramai yang tahu bahawa Pulau Tioman merupakan pulau yang dikatakan sesuai untuk sukan luncur ombak.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

$
0
0
PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES | Untuk merakam moment dihari bahagia korang, patik yakin korang mesti akan mencari fotografi yang berkaliber dan yang berpengalaman didalam dunia foto ni haaa kan untuk merakan setiap inci yang korang lalui bukan?

Begitu juga dengan patik. Untuk hari bahagia patik nanti, patik kini berada didalam fasa mencari-cari pakaj fotografi yang boleh memuaskan nafsu serakah mata patik.

Sambil mencari fotografi yang sesuai, ada juga rakan patik yang juga berkongsi informasi mengenai pakej fotografi yang ditawarkan oleh sebuah studio fotografi di ibu kota yang dinamakan sebagai SWEETPICTURES.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Sebelum berurusan dengan lebih lanjut, patik dan Cik Tunang telah membuat sedikit penyelidikan terhadap hasil gambar daripada studio ini. Secara mata kasar, patik suka dengan hasilan gambar yang terhasil daripada studio foto ini. Bile tanya dengan Cik Tunang, dia memang menyukai gambar yang ada mood yang terang dan putih. Kira memang jiwa dia laa kot dengan gambar-gambar seperti tu. Hehehe.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Orang kata kalau kita ingin menyunting sesuatu ditaman, kita perlu selidiki dari pelbagai segi supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Jadi patik telah mengambil keputusan untuk datang sendiri ke studio mereka yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras bagi memenuhi perasaan yang inginkan penjelasan. Hehehe

Tempoh hari patik telah bercadang untuk datang sendiri ke studio mereka bagi melihat dan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan keinginan dan sambil-sambil melihat hasil kerja mereka dengan lebih dekat. Untuk kesini memang mudah dimana korang hanya perlu menggunakan aplikasi waze dan cari SWEETPICTURES diaplikasi tersebut.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Memasuki ke studio ini korang akan disajikan dengan pelbagai gambaran dimana gambar-gambar ini adalah hasil garapan SWEETPICTURE sendiri. Agak cantik hasil tangkapan mereka dan diabadikan dalam bentuk frame gambar yang besar. Sangat cantik bila patik melihatnya.

Sebenarnya patik datang kesini adalah untuk mencari jurugambar bagi pre-wedding patik dimana patik ingin kan sesuatu yang berlainan dari yang kebiasaan.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Sambil menyelak foto album yang ada di studio ini, patik sempat bertanyakan beberapa perkara sebelum patik mengesahkan sebarang perjanjian bersama. Terima kasihi kepada Kak Linda, staf yang banyak membantu melayan segala pertanyaan dan karenah kami. Hehehe.. TQ Kak !!

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Memang banyak yang patik pelajari daripada penelitian patik terhadap foto album yang diberikan kepada kami. Konsep, lokasi dan banyak lagi yang sedikit sebanyak membantu kami memilih konsep bagi pre-wedding kami nanti. Tetiba patik bagaikan tidak sabar untuk membuat sesi tangkap gambar ini pula. Hehehe.

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES
PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES
PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Dahulu, sebelum semua ini patik hadap, patik terfikir kenapa perlu kita melantik jurugambar yang berpengalaman sedangkan semua gambar adalah sama jee bagi patik. Tetapi pendapat patik memang meleset kerana jurugambar berpengalaman akan menggunakan segala kemahiran dan pengalaman mereka untuk menangkap setiap inci moment yang ada sepanjang majlis berlangsung. 

Sebab itu jurugambar yang berpengalaman sangat diperlukan didalam sesebuah majlis dan pemilihan SWEETPICTURES yang sudah bertapak didalam arena foto ini lebih daripada 10 tahun tidak dapat disangkal lagi. 

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Apa yang patik seronok berada disini adalah keadaan dan suasana didalam studio mereka ni haaa. Keadaan pencahayaan yang redup, tenang dan staf yang memang sangat friendly dan sewajarnya mereka memiliki perwatakan yang sebegini. 

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES
PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES
PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Sebenarnya ada beberapa konsep yang dicadangkan kepada kami, tapi lebih sukakan sesuatu yang bersih dan berkemungkinan lokasi yang akan kami rakamkan nanti adalah didalam sebuah kawasan paya bakau. Itu adalah dari pandangan patik. Bagaimanalah hasilnye yeee? hehehe

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Selepas ini banyak lagi yang akan kami bincangkan sebelum hari yang ditetapkan nanti. Apa pun patik dan Cik Tunang telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan SWEETPICTURES  dan menempah pakej pre-wedding daripada mereka. Semua yang mereka persembahkan kepada kami sememangnya apa yang kami mahukan. Nantikan hasil garapan mereka nanti. 

Oh yaaa bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka sebagai jurugambar profesional untuk apa jua sebarang majlis, korang boleh datang sendiri ke studio mereka dan temu mereka sendiri yang sememangnya sekepala dan memang mudah berbincang. Ini patik sediakan alamat lokasi dan juga media sosial mereka yang boleh korang lihat sendiri hasil kerja mereka.


SWEETPICTURES GALLERY
54­-1, Danau Lumayan Business Centre,
Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri,
56000, Cheras, Kuala Lumpur


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


Oh yaa sebelum patik lupa, patik ingin mengajak korang semua untuk ke hari terbuka yang akan diadakan pada 30 Mac - 1 April 2018 yang berlokasi di Wansa Walk Kuala Lumpur. Dekat sini nanti korang boleh dapatkan banyak pakej-pakej menarik pada harga yang korang pasti tidak percaya. 

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Ini adalah antara hot selling yang mereka akan berikan pada open day mereka. Jadi apa tunggu lagi, jom datang ke Wangsa Walk KL dan cari SWEETPICTURES dan berjumpa dengan staf mereka dan katakan korang dapat informasi daripada patik, insyaAllah, mungkin akan ada HARGA ISTIMEWA untuk korang dapatkan. 

PAKEJ FOTOGRAFI DARI SWEETPICTURES

Apa tunggu lagi, lock date korang pada 30 Mac - 1 April 2018 untuk singgah ke Wangsa Walk KL untuk temui team mereaka di booth SWEETPICTURES dan melihat sendiri hasil kerja foto dan juga video yang mereka telah siapkan. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN

$
0
0
KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN | Dunia hari ini memerlukan semua yang pantas dan cepat. Begitu juga dengan penyediaan makanan harian kita lebih-lebih lagi mereka yang sibuk bekerja dan juga mereka yang mungkin kaki travel.

Kenapa patik tiba-tiba memperkatakan pasal isu pemakanan dan sibuk ni? Ni haa patik ingin mencadangkan menu terbaru ready to eat daripada Kedai Ayamas

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Tempoh hari patik sempat hadir ke Ayamas Kitchen yang terletak di Glemmarie Shah Alam bagi melihat dan merasai sendiri 3 menu terbaharu mereka. Untuk pengetahaun korang, sebelum ini Kedai Ayamas telah mengeluarkan 3 menu iaitu Nasi Briyani Ayam Buhkara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala yang memang mendapat respon positif daripada pelanggan mereka sendiri. Korang boleh baca entri berkenaan menu sebelum ini [DISINI]

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Untuk menu terbaru kali ini, mereka telah mengeluarkan 3 menu baru iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai yang seperti biasa akan memudahkan aktiviti harian korang. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Sebelum kita merasai sendiri menu terbaru mereka, Timbalan Pengarah, KARA Holding Sdn Bhd iaitu Encik Mohamad Izham B. Mohamad Haroun telah menyampaikan ucapan perkenalan terhadap menu-menu terbaru mereka. Didalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa menu yang disediakan adalah segar dimana korang yang merasai menu ini akan dapat merasakan seperti ianya dimasak dirumah korang tanpa mengganggu rasa asli didalamnya. 

Bila beliau berkongsi tentang kesedapan menu baru ini, makin bergelodak jiwa raga patik untuk merasai sendiri menu terbaru mereka. Hehehe. 

Nasi Bijan Ayam Bulgogi
 Nasi Bijan Ayam Bulgogi

Nasi Ayam Kari Hijau Thai
Nasi Ayam Kari Hijau Thai

Bihun Goreng Istimewa
Bihun Goreng Istimewa

Tiga menu inilah adalah menu terbaru daripada mereka untuk pilihan pelanggan. Bagi patik secara peribadi selepas mencuba 3 menu yang telah mereka lancarkan, patik berpendapat menu seperti ini sangat sesuai bagi korang yang suka travel atau mereka yang sibuk bekerja. Hanya korang perlu memanaskan didalam ketuhar mikro atau mengukus bungkusan ini dan ianya boleh dimakan. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN

Patik juga sempat merasai ketiga-tiga menu yang disediakan iaitu Ayam Bulgogi, Ayam Kari Hijau Thai dan juga Bihun Goreng Istimewa mereka. Memang segar dan korang seperti tidak menyangka ianya adalah makana yang siap dimasak dan disejukbekukan. 

Nasi Ayam Kari Hijau Thai
Nasi Bijan Ayam Bulgogi
Bihun Goreng Istimewa

Beginilah keadaan bungkusan makanan untuk ketiga-tiga menu baru mereka. Untuk pengetahuan korang menu ini telah sedia dimasak dan ianya akan disejukbekukan untuk mengekalkan ketahanan masakan mereka. Harga bagi Bihun Goreng Istimewa adalah RM5.90 manakala harga bagi Nasi Bijan Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai adalah masing-masing RM7.90

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Korang jangan risau kerana penyediaan mereka telah menjalani spesifikasi makanan yang sihat dan bersih sebelum ianya dipasarkan kepada pelanggan. Yang semestinya korang perlu sejukbekukan ia dibahagian peti ais sejukbeku bagi penyimpanannya. 

Bagi korang yang ingin merasai sendiri menu ini, korang boleh dapatkan terus disemua cawangan Kedai Ayamas di seluruh Malaysia. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Apa pun terima kasih kepada pihak Kedai Ayamas atas jemputan bagi sesi review dan sekaligus merasai sendiri menu terbaru mereka. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


Viewing all 468 articles
Browse latest View live