Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

EXPO NEGARAKU TONJOL KEMAJUAN INFRASTRUKTUR NEGARA MALAYSIA

$
0
0
EXPO NEGARAKU

EXPO NEGARAKU TONJOL KEMAJUAN INFRASTRUKTUR NEGARA MALAYSIA | Berlokasi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, expo terbesar negara, Expo Negaraku yang memaparkan kemajuan infrastruktur yang berlaku terhadap Malaysia sedang giat berlangsung selama sebulan sehingga 15 Disember 2017.

EXPO NEGARAKU

Hujung minggu lalu patik sempat berkunjung ke Dataran Merdeka untuk melihat dan merasai sendiri kemeriahan expo yang dipanggil Expo Negaraku. Pengunjung yang datang memang ramai kerana expo ini adalah terbuka kepada umum dan masuk adalah PERCUMA

MENARIK DI EXPO NEGARAKU

Bila berkunjung di Expo Negaraku, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti apa yang boleh patik kongsikan adalah aktiviti makan-makan bersama keluarga, aktiviti riadah dan juga pameran di 5 kubah besar. Apa yang menarik di kubah besar? Jom patik kongsikan nanti.

Apabila korang sampai dikawasan Dataran Merdeka, korang boleh melihat kemeriahan booth jualan dan juga jualan daripada food truck yang disediakan untuk korang yang ingin mngisi perut yang lapar dan juga membasahkan tekak yang dahaga.

EXPO NEGARAKU

Selain itu disin juga disediakan aktiviti bersukan dan juga permainan keluarga. Mereka sering akan mengadakan perlawanan antara kumpulan dan apa yang patik lihat gelanggang yang disediakan setiasa berpenghuni dan perlawanan sentiasa berlangsung.

EXPO NEGARAKU

Bagi korang yang membawa anak-anak, ruang permainan keluarga juga disediakan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, patik tengok ramai orang dewasa pun turut serta. Memang sekali sekala seronok bersama keluarga dengan aktiviti seperti ini.

KUBAH BESAR EXPO NEGARAKU

EXPO NEGARAKU

Untuk pengetahuan korang, tarikan utama bila korang datang ke Expo Negaraku ini adalah terletak pada kubah besar yang dibina di Dataran Merdeka. 5 kubah besar ini akan menceritakan apa yang berlaku terhadap Malaysia. Jom patik kongsikan satu per satu.


KUBAH 1 : TUAH DIKONGSI BERSAMA

EXPO NEGARAKU

Memasuki kubah pertama korang akan dipertontonkan dengan sebuah drama pendek yang berdurasi 8 minit berkenaan kisah seorang kanak-kanak yang bernama Alia. Drama pendek yang penuh mesej ini akan menceritakan keinginan seorang anak kecil yang mahukan kemajuan dalam kaca mata mereka sendiri dan siapa sangka kemajuan yang diharapakan telah tercapai. 

Dipancarkan pada skrin besar membuatkan korang berada didalam sebuah panggung wayang dan yang paling seronok, ianya adalah sejuk. Hehehe

KUBAH 2 : KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

EXPO NEGARAKU

Melangkah ke kubah kedua, korang akan dibawa kesebuah dunia pembangunan infrastruktur di Malaysia. Bermula dengan jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Semuanya akan korang lihat sekiranya korang datang ke kubah besar yang kedua ini. 

Yang menarik bagi patik adalah simulasi MRT dimana korang akan merasakan menaiki sebuah MRT yang sedang bergerak. Didalam ini korang akan diterangkan projek-projek pembangunan semasa dan juga akan datang. 

KUBAH 3 : KEHIDUPAN SEJAHTERA

EXPO NEGARAKU

Di kubah tiga ini, korang akan dihidangkan dengan pengalaman dan testimoni orang ramai terhadap apa yang mereka rasai dengan pembangunan infrastruktur yang terbina. Konsep yang menarik korang boleh lihat disini apabila bahan-bahan interaktif boleh korang cuba sendiri.

KUBAH 4 : GAYA HIDUP MALAYSIA

Di kubah ke emapt ini korang akan dijamu dengan simulasi pamorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. semuanya korang akan saksikan dengan visual seakan-akan korang berada ditempat tersebut. 

KUBAH 5 : MASA DEPAN GEMILANG

EXPO NEGARAKU

Penutup bagi penjelejahan 5 kubah, kubah terakhir ini akan menyajikan paparan 360 darjah dimana korang akan melihat visual yang dipancarkan pada dinding kubah. Dengan kata lain, korang perlu mendongak keatas untuk melihat penceritaan yang dimaksudkan. Mujur patik antara yang terawal masuk, jadi sofa dan juga bean beg antara tempat rebutan pengunjung. Siapa cepat dia dapat. Hehehe.

Haaa nampak kan keseronokkan bila korang berada di Expo Negaraku ini. Semuanya disediakan secara inteaktif dan patik yakin korang masti suka. Bagi korang yang ingin merasai apa yang patik rasa, ni haa patik sediakan sedikit informasi untuk panduan korang.

EXPO NEGARAKU
Dataran Merdeka

Kuala Lumpur

Tiket:
PERCUMA

Hari & Masa Operasi:
15 Nov - 15 Dis 2017
Isnin - Ahad
10.00 pagi - 10.00 malam 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

$
0
0
KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA | Bila sebut Koir Kebangsaan Malaysia, patik sudah tidak senang duduk lagi-lagi bila patik tahu mereka akan menganjurkan Konsert WARNA. Menyinggah ke instagram dengan menggunakan #KoirKebangsaanMalaysia, banyak video disebalik mereka berlatih. Gabungan suara mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Memang hebat !

Sebenarnya patik ni memang suka sangat dengan persembahan pentas tidak kira pementasan teater, tarian dan juga persembahan koir. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Terbaru patik baru sahaja menonton persembahan Konsert WARNA yang melibatkan kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara atas jemputan untuk menyaksikan persembahan suara emas ini. 

Untuk pengetahun korang, untuk kali ini, JKKN telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penganjuran konsert ini. Pertama kali melangkah masuk kedalam Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka ini patik dapat melihat ramai penonton sudah memenuhi tempat duduk. Rupanya memang ramai peminat terhadap kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia ini yeee. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Untuk konsert kali ini, mereka membawa sedikit kelainan dimana mereka pertama kalinya mempersembahkan lagu-lagu tempatan, hindi dan juga dangdut sebagai memenuhi permintaan peminat yang begitu setia dengan Koir Kebangsaan Malaysia

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

WARNA bermaksud memancarkan ekspresi keceriaan dan keriangan yang dapat didengari serta dirasi dalam lagu hindi, dangdut dan tempatan. Lagu-lagu yang dipilih bagi persembahan ini adalah lagu malar segar dimana lagu yang menjadi suilan dari dahulu sehingga kini.

Untuk konsert kali ini Koir Kebangsaan Malaysia menghimpunkan seramai 24 orang ahli kumpulan dibawah pimpinan Cik Syafinaz Selamat dan akan menampilkan sebanyak 27 buah lagu kesemuanya. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

2 segmen telah disusun pada malam itu iaitu segmen lagu-lagu hindi dan juga segmen lagu-lagu tempatan dan dangdut.

Lagu-lagu hindi yang dipersembahankan pada malam itu antaranya Tujhe Dekha, Kucj Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Bole Chudiyan, Mujhe Rangde, Jiya Jale, Main Shayar To Nehin, Main Nagin Tu Sapera Main Teri Dushman, Mere Dhoina Sun, Deewani Mastani, Shoom Again, Shiela Ki Jawani dan BholRadha Bhol. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Penampilan khas Cik Syafinaz Selamat selaku Pengarah Artistik, Persembahan dan Vokal turut mengalunkan suara dengan lagu hindustan. Tampil secara seorang dengan diiringi penari memang sangat memukau. Untuk segmen pertama, patik sangat berluas hati. Sangat-sangat teruja dan terhibur. 

Untuk segmen kedua dimana segmen yang menggabungkan lagu-lagu dangdut dan juga lagu melayu tempatan. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Lagu seperti Ingin Bersua, Wajah Kesayangan Hamba, Semakin Hari Semakin Sayang, Kata Pujangga, Goyang Inul, Kereta Malam, Gerimis Melanda Hati, Asyik, Senggol-senggolan Cubit-cubitan, Sedang-sedang Saja, Panasan, Angkat Kaki, Selamat Jalan Romeo, Cek Mek Molek, Gila Judi dan Kopi Dangdut.

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Persembahan yang berlangsuang selama 2 hari memang khabarnya mengundang kesesakan bila ramai rupanya peminat Koir Kebangsaan Malaysia ini datang ramai-ramai sebagai tanda menyokong dan memeriahkan konsert ini. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA PERSEMBAHKAN KONSERT WARNA

Apa pun sekali lagi tahniah buat kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia atas persembahan yang sangat hebat dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara yang tidak jemu-jemu dalam mencari warisan negara agar tidak hilang dek zaman. 

>> FACEBOOK KKM | FACEBOOK JKKN<<

>>  INSTAGRAM JKKN<<


IS NOW A GOOD TIME TO BUY? THE ANSWER LIES ON THE PROPERTY OF YOUR SELECTION

$
0
0

IS NOW A GOOD TIME TO BUY? THE ANSWER LIES ON THE PROPERTY OF YOUR SELECTION | Every Malaysian’s dream that was fostered in them by their parents since they were a child is to be the proud owner of their own home once they grow up. Unfortunately buying a property in current times is getting more challenging, and new homebuyers are beginning to have concerns on where to buy their first property and what are the criteria to look at amongst others. Below are few of the top concerns for potential home buyers who might be interested to invest in latest property in Iskandar Malaysia, Grid Residence Iskandar.

BANK REJECTION RATES

The most common reason nowadays for loan rejection is the non-service of PTPTN loan repayments. There are of course also other reasons, such as a lack of credit records and late credit card repayments. Having delayed payments or low credit scores would definitely affect the bank’s decisions to offer facilities for the potential borrower. The best way to stop yourself from becoming another statistic is to check your CCRISrecords before applying for a mortgage loan. All you need to do is to go to Bank Negara where the guards will kindly direct you to the CCRIS kiosks, and then insert your IC, allow the machine to read your thumbprint. If you are too busy, there are online methods to obtain your CCRIS report as well. When you look at your record, you will see a list of all your debts from all your credit cards, study loans and etc. If you are a good paymaster, you will notice that all the numbers of the right side of the paper under the months will be ‘0’. If there is a number ‘1’, it means that you did not make payment or made a late payment for that month. And as long as there is a ‘1’ in the columns on the right, your loan application may be rejected as it shows that you are not a good paymaster. The only way to clear your record immediately if there is a number ‘1’ in any of the months, is to clear off the entire debt immediately. Otherwise you need to continue making your monthly payments regularly for a cycle of 12 months to push the ‘1’ out of the chart.

IS NOW THE RIGHT TIME TO BUY A PROPERTY?

Property prices are never going to go down. Since the inception of Malaysia, property prices have never failed, and in fact between the ‘slow’ years of 2009 and 2014, overall Malaysia property prices experienced a compound annual growth of 7.8%. As a potential buyer, you must consider the cost and benefit of purchasing a property at this market instead of worrying about prices in the future. Despite the general consensus that properties do not actually devaluates, the problem would lie in the appreciation of the property as well. Having a property that does not appreciate after a select period of time would not be a good idea for a potential investor. For example, as a potential investor, Grid Residence at Iskandar Malaysia may be a good option for it is soon to launch, just in time. 

LOCATION OF THE PROPERTY

Ideally, your property should always be centrally located to the city for a convenient lifestyle. Living closer to your office would definitely be better in terms of lifestyle and stress levels compared to staying somewhere in suburban areas. The extra driving and distance may not be suitable for people who are not interested with traffic conditions. The price to pay for location is the most painful part, but if you do your due research you will find that there are actually still some great new properties that are still selling below the market price when it comes to developments in the city.

PRICE VERSUS LOCATION 

Location is definitely more important - after all, you can still obtain a 6,000 sf bungalow in Bukit Beruntung for only RM580,000. But there is a lack of amenities there, and the township is almost 50 kilometres away from Kuala Lumpur. As mentioned above, if you do your due diligence, you will find that there are still many great developments to be found in the Kuala Lumpur city at affordable prices.

WHICH TYPE OF PROPERTY WILL GIVE ME BETTER ROI?

The general consensus is that landed properties will give you a better return on investment (ROI), but that will depend on what you are looking for and what is your holding power like. At a time when the typical salary was only RM700 per month 30 years ago, a semi-detached house in Section 11 Petaling Jaya cost RM180,000 which in current times translates to a monthly repayment of RM595 per month at a loan period of 35 years and an interest rate of 4.25%. Thirty years later in 2016, the same house costs RM1.8 million at bank valuation.

Landed properties are therefore deemed to be more suitable as long-term investments as its capital returns are higher and condominiums and service residences are better for short-term investments with occasional luck to make some good money. Depending on investors and their risk appetite, they should invest according to their style instead of picking a general guideline and following it.
For a ‘immediate’ returns, finding a property that is ideally located to be rented out is more suitable. For example, properties located around many universities such as in SS15, Subang Jaya is a great place for rental returns. Then again, public transportation is the future of Malaysia with all the upcoming train lines, hence finding a good property close to the rail tracks will provide better ROI in the coming years.

FAILURE TO SERVICE LOANS

Always find a property that you can afford to pay for with only 30% of your household income for the safest approach. Having an expensive property but having no proper means to repay the installment would not be a good idea. 

Hope this entry will help you out there to think again on is it a good time to buy property.  See you again all readers. Bye !!


MAJLIS PENGENALAN "KONSERT MALAM BERSAMA OTAI" DI RENDANG CAFE CYBERJAYA

$
0
0
RENDANG CAFE CYBERJAYA

MAJLIS PENGENALAN "KONSERT BERSAMA OTAI" DI RENDANG CAFE CYBERJAYA | Korang suka lagu-lagu berentak rock lama-lama ke tidak? Patik secara peribadi kadang kala menggemari muzik berentak rock. Kadang kala balik kerja tu memang bila terdengar lagu rock lama tu haaa.

Tempoh hari patik telah dijemput ke Rendang Cafe yang terletak di Cyberjaya dimana majlis pengenalan "Konsert Malam Bersama Otai" telah diadakan dengan meriahnya disana. 

RENDANG CAFE CYBERJAYA

Melangkah masuk ke cafe ini, patik sangat teruja dengan konsep sebegini dimana mereka menggunakan kayu rustik yang dijadikan perabut dan sebahagian daripada dekorasi cafe ini. Patik suka dengan konsep mereka. Kiranya kalau datang makan dekat sni tenang jee rasa dan tidak semak. 

RENDANG CAFE CYBERJAYA

Unutuk pengetahuan korang, Rendang Cafe menyediakan menu melayu dan fusion yang berkonsepkan rendang. Kiranya dekat sini korang merasai menu yang ada berbaur rendang. Seperti patik, patik telah memilih menu nasi lemak ayam rendang, sandwich rendang dan juga pie ayam rendang. Heeyy memang terbaik ok rasanya. 


Sebenarnya patik datang kesini selain makan dan minum, majlis perkenalan Konsert Malam Bersama Otai khabarnya akan berlangsung pada tahun hadapan dimana legasi lagu-lagu rock zaman 80an dan 90anakan berkumandang semula. Wowww sangat teruja bila artis-artis otai telah turut sama dalam sesi pengenalan ini. 


Antara artis yang datang sama adalah Kumpulan Rio, Kumpulan Graviti, Kumpulan Gamma dan 1 lagi kumpulan yang memang kalau korang dengar lagunya pasti korang kenal. 


Lagu-lagu seperti Layu Di Hujung Mekar, Kembang Terhalang dan Kasih Dirundung Mega ini adalah antara lagu yang telah melonjakkan nama mereka dipersada seni suatu masa dahulu dan kini mereka ini akan kembali menyengat untuk Konsert Malam Bersama Otai yang dijangka akan diadakan pada tahun 2018 nanti.



Ini ada sedikit yang sempat patik rekodkan persembahan abang-abang otai ni membuat persembahan di Rendang Cafe. Suara memang tidak boleh dinafikan. Masih menyengat seperti dahulu.

Oh yaaa bila sebut Rendang Cafe, patik baru teringat yang cafe ini juga turut menyediakan lokasi bagi korang yang ingin mengadakan apa jua majlis tertutup untuk meraikan majlis dan untuk membuat majlis disini.

Bagi korang yang mencari lokasi makan yang menarik di Cyberjaya, Rendang Cafe ini adalah antara yang patik cadangkan dekat korang. Ni patik sediakan sedikit informasi untuk panduan korang.

RENDANG CAFE
D-G-05, PLAZA CRYSTAL VILLE, JLN VITA 1, 
LINGKARAN CYBERPOINT TIMUR, CYBER 12
Cyberjaya 63000

 Telefon:
012-299 1544

Waze: 
Rendang Cafe Cyberjaya

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


RAIKAN HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR HOTEL

$
0
0
HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR


RAIKAN HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR HOTEL | Setiap tahun perayaan Krismas akan disambut oleh mereka yang beragama Kristian. Di Malaysia juga perayaan Krismas juga disambut dengan meriah.

Bersempena kehadiran perayaan Krismas, Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur akan mengadakan mengadakan promosi hebat sempena kedatangan Hari Krismas.

Seperti perayaan untuk bangsa lain, perayaan Krismas juga mempunyai hidangan tradisional yang menjadi hidangan utama sebagai menyambut perayaan ini. Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass adalah menu tradisi bagi perayaan ini.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR
Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey
Seperti kebiasaan menu seperti ayam turki bakar menjadi menu wajib setiap kali menyambut krismas. Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey adalah menu ayam turki yang akan dihidangkan untuk tetamu sebagai kepala hidangan meja. Hehehe.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Selain menu yang patik senaraikan tadi, ada juga menu yang berkonsepkan hidangan sejuk sedia dimakan. Pelbagai hidangan makanan laut yang boleh korang cuba disana. Memang segar dan menyelerakan.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Bila sebut bahagian manisan, memang meriah dan berwarna warni ok hidangan mereka. Antara yang menarik perhatian patik adalah Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Bagi korang yang merancang untuk merasai menu bersempena Hari Krismas ini atau pun menyambut secara meriah, mereka akan mengadakan promosi. Bermula 1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017, Restoran Nook akan mengadakan Nook’s Christmas Bufet akan mula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga biasa RM118 nett untuk dewasa, manakala harga bufet diambang Hari Krismas pula adalah RM128nett untuk dewasa.

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon: 
+(60) 3 2723 1188


>> WEBSITE <<

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA MERIAH

$
0
0
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA MERIAH | Setiap tahun bagi setiap tempat pasti akan ada hari ulang tahun mereka masing-masing bukan? Sama seperti Kota Istimewa Yogyakarta dimana mereka telah menyambut Hari Ulang Tahun ke-261.

Kemuncak dengan sambutan #HUT261 ini, turut diadakan adalah Wayang Jogja Night Carnival. Patik berpeluang untuk melihat sendiri karnival yang diadakan sebagai acara tahunan. Terima kasih kepada Tourism Yogyakarta kerana menerbangkan patik dan blogger lain dari Kuala Lumpur dengan tujuan merasai pengalaman berada di Kota Yogyakarta

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Wayang Jogja Night Carnival merupakan kemuncak bagi sambutan Ulang Tahun Kota Yogyakarta dan untuk tahun ini Kota Istimewa Yogyakarta telah menyambutnya untuk kali ke 261. Ianya akan diadakan setiap 7 Oktober setiap tahun. 

Pada tahun ini seperti yang patik diberitahu, sambuatannya tidak banyak beza seperti tahun-tahun lepas dimana bagi patik karnival ini lebih kurang sambutan Citrawarna Malaysia yang selalunya diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Seawal 6.00 petang jalan di sekitar kota telah ditutup secara berperingkat sebagai tanda sambutan karnival ini diadakan. Memang ramai penduduk Kota Yogyakarta turun padang bagi menyaksikan persembahan ini. 

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Sambutan Wayang Jogja Night Carnival ini diadakan di Tugu Pal Putih yang merupakan ikon dari kota Yogyakarta. Kiranya ini adalah mercu tanda bagi Kota Istimewa Yogyakarta

Khabarnya persembahan ini mengangkat tokoh-tokoh seperti Nakula Sadewa, Karno, Drupadi, Puntadewa, Kumbokarno, Petruk dan ramai lagi. Jujur patik katakan patik tiada idea apa yang akan dipersembahkan nanti. Jadi patik hanya menunggu apakah yang akan mereka lakukan sepanjang malam ini. 

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Turut hadir pada malam itu bagi menyaksikan persembahan Wayang Jogja Night Carnival adalah pembesar kota seperti Gabenor Kota Yogyakarta serta pembesar lain. Patik sangat teruja kerana dapat melihat pembesar kota ini secara dekat. Maklumlah biasanya jarang majlis yang patik hadiri melibatkan pembesar kota yang besar-besar. Hehehee. 

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Majlis dimulakan dengan pancaran cahaya pada Tugu Pal Putih dimana ianya menceritakan segala keistimewaan yang dikecapi dan dialamai oleh Kota Yogyakarta. Memang menarik dan sedikit sebanyak patik dapat tahu keistimewaan disana. 

Selesai ucapan perasmian daripada Gabenor Kota Yogyakarta, maka bermulalah Wayang Jogja Night Carnival

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Sebanyak 14 pesembahan yang dipersembahkan mewakili 14 daerah kecil didalam Kota Yogyakarta dan secara keseluruhan persembahan melibatkan sejumlah 1200 peserta. Wowww memang meriah persembahan dari 1 daerah ke 1 daerah lain. Penuh dengan budaya dan warna-warni. 

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA
ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Secara seluruhan patik sangat seronok dengan persembahan yang dipersembahkan pada malam Wayang Jogja Night Carnival itu. Boleh patik katakan ianya sebuah perarakan yang meriah seperti kemeriahan Citrawarna Malaysia di Malaysia. 

Persembahan warna-warni yang datang dari segi tarian, persembahan kereta berhias dan pergerakan unik memaparkan menariknya kehidupan di Kota Yogyakarta

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Pengunjung yang datang memang sangat ramai dan seperti kebiasaannya, persembahan bunga api mengakhir malam Wayang Jogja Night Carnival ini. 

ULANG TAHUN KE 261 KOTA ISTIMEWA YOGYAKARTA

Sekali lagi terima kasih kepada Tourism Yogyakarta diatas jemputan dan semua kemudahan yang diberikan sepanjang kami berada disana. Sehingga jumpa lagi Kota Yogyakarta yang begitu mengasyikan. 


ANUGERAH JJCM MAKAN AWARD MENGANGKAT LOKASI MAKAN TERBAIK

$
0
0

ANUGERAH JJCM MAKAN AWARD MENGANGKAT LOKASI MAKAN TERBAIK | Korang gemar menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang selalu ditayangkan di TV3 tu? Patik adalah salah seorang penggemar rancangan tersebut kerana bila tengok pengacaranya yang sangat beriya makan tu, patik bagai ikut sama menikmati menu yang ditayangkan. Hehehe. 

Bila orang ramai ada yang merungut sebab terlepas episod yang ditayangkan, makan muncullah APLIKASI JJCM  yang memang memudahkan korang untuk menonton semula [BACA DISINI|. 


Terbaru masih lagi dengan JJCM, buat julung kalinya Media Prima Digital (MPD) telah memperkenalkan sebuah majlis anugerah yang dipanggil Anugerah JJCM Makan Award dimana anugerah ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menobatkan tempat makan terbaik pilihan mereka di sekitar Lembah Klang. 

Korang boleh membuat undian untuk JJCM Makan Awards dibuka mulai 1-24 November2017 ini menerusi sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my

Sebanyak 7 kategori yang dipertandingkan dimana korang boleh mula membuat pengundian. 7 kategori yang patik maksudkan adalah


Nasi Lemak Popular
Nasi Lemak Bumbung
Village Park
Nasi Lemak Tanglin
Nasi Lemak Antarabangsa
Nasi Lemak Famous

Kuey Teow Basah Popular
Mali's Corner
Mamu Penang Char Kuey Teow
Mie Cord Char Kuey Teow
Sany Char Kuey Teow

Sate Popular
Sate Kajang hj Samuri
Willy Satay
Satay Zainah Ismail
Hj Senen Satay
Zaini Satay

Cendol & Rojak Popular
Cendol SS15 Subang
Rojak & Cendol Din
Rojak Bellamy
Rojak & Cendol Shah Alam
Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

Ikan Bakar Popular
Sambal Hijau
Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin
Restoran Ikan Bakar FEND
Restoran Arang Ikan Bakar

Burger Kaki Lima Popular
Brader John Burger
OM Burger
Yazid Burger
Tajima Burger Bangi
The Burger Shop

Nasi Kandar Popular
Zainul Nasi Kandar
Mohd Yaseem Nasi Kandar
Restoran Kudu bin Abdul
Suberi Nasi Kandar
Restoran Ibramsha Nasi Kandar


Bagi pemenang setiap kategori, mereka akan menerima trofi eksklusif JJCM Makan Awards berserta hadiah wang tunai yang cukup lumayan. Untuk pengetahuan korang, sepanjang 16 tahun siaran JJCM antara personaliti pernah mengendalikan rancangan ini adalah Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali dan terkini adalah Nazrudin Habibur Rahman atau Naz sebagai hos. 

Jadi jangan lupe untuk terus mengundi kerana tarikh akhir akan habis tidak lama lagi. Semoga dengan adanya anugerah seperti ini dapatlah menaikkan semangat peniaga-peniaga makanan kita untuk memberi khidmat yang terbaik. Lawati laman web seperti tertera dibawah unutk mengundi:


www.jalanjalancarimakan.com.my


SYAREHAN AHMAD PAKAR DALAM MENGHASILKAN PAKAIAN UNTUK MAJLIS

$
0
0


SYAREHAN AHMAD PAKAR DALAM MENGHASILKAN PAKAIAN UNTUK SEBARANG MAJLIS | Untuk menghasilkan pakaian yang mengikut tema dan juga kena dengan cita rasa patik, secara kebiasaannya patik akan mencari tukang jahit yang betul-betul boleh memahami kehendak patik.


Sebenarnya sudah ramai tukang jahit yang telah menjahit pakaian patik bermula dengan Dzul Classique, Qamel Ayub Creation dan terbaru patik telah mencuba dengan seorang pereka muda yang merupakan kenalan patik. Jenama SYAREHAN AHMAD telah menjadi pilihan patik untuk menghasilkan pakaian yang patik inginkan.


Sebenarnya nama SYAREHAN AHMAD ini sudah lama didalam arena dunia rekaan fesyen tetapi patik baru jee kenal dalam setahun dua ni haaaa atas sebab urusan kerja dan akhirnya patik memilih beliau untuk menghasilkan pakaian untuk majlis pertunangan patik.

Beliau memang pakar dalam menghasilkan pelbagai jenis pakaian yang mengikut apa yang korang inginkan tidak kira apa jua tema seperti majlis pertunangan, perkahwinan, majlis makan malam atau apa jua majlis. Semua boleh dihasilkan oleh beliau.


Menjengah ke lokasi dimana jenama SYAREHAN AHMAD ini yang terletak di Ulu Klang memang agak mudah kalau kita nak mencari. Sebenarnya pemilik jenama ini iaitu Yan Syarehan Ahmad ini menjadikan rumah nya sebagai lokasi butiknya. Patik telah membuat temujanji dengan beliau dan masanya tiba untuk sesi mengukur badan. Masa untuk menyiapkan tempahan patik lebih kurang 2 minggu. Tak sabar untuk melihat hasilnya.



Lebih kurang seminggu lebih, Yan telah sedia menyiapkan pakaian yang patik mahukan. Bila beliau mula berkongsi di Facebook, mulalah hati meronta untuk membuat fitting pada baju tersebut. Sekali lagi patik telah membuat temujanji untuk sesi fitting. Patik ingatkan baju pengantin jee perlu fitting, rupanya apa jua baju yang ditempah disini akan dibuat sesi fitting untuk memberi keselesaan apabila memakainya nanti.


Tadaaaaa baju yang patik tempah dah siap untuk patik pakai nanti dimasa hari pertunangan patik pada 12 November 2017 nanti. Terima kasih kepada pereka baju patik Yan Syarehan Ahmad yang telah merialisasikan apa yang patik mahukan. 


Bagi korang yang mencari pereka pakaian yang boleh memenuhi kehendak korang, korang boleh mencuba sendiri hasil rekaan daripada SYAREHAN AHMAD. Ini ada patik sediakan informasi yang korang boleh lihat dan boleh hubungi sekiranya ingin mencuba. 

Telefon:
+6017 207 3280 (Yan)

Email:
syarehanahmad@yahoo.com

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD BERI BANYAK FAEDAH

$
0
0
PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD BERI BANYAK FAEDAH | Dunia hari ini sangat mencabar dek kerana ekonomi yang agak tidak memberi sesuatu yang bagus jadi sekiranya ada sesuatu inisiatif yang baik kenapa tidak ambil peduli. Terbaru Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) menjalin kerjasama dengan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam usahanya untuk mengembangkan ekonomi digital menerusi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Patik telah dijemput untuk sesi perkenalan ini yang berlokasi di The Raintree Club Kuala Lumpur dimana perkenalan ini adalah bertujuan memberi pendedahan awal bagi menerangkan kegunaan dan kelebihan bagi program ini. 

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Dr. Mohd Zamri Noordin yang merupakan Pengasas Kumpulan Sahabat Persaudaaan (KSP), program ini akan dilaksanakan secara lebih serius untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital secara eksklusif. 

Manakala kerjasama dengan Kumpulan Mpay pula bermanfaat dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan rakyat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk menderma dan membantu antara satu sama lain secara terus dan juga boleh mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah melalui aplikasi yang disediakan.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Apa yang patik tertarik adalah terdapat pelbagai baucer tunai dan diskaun yang ditawarkan untuk pengguna kerana kad ni diwujudkan bagi membantu rakyat berkeperluan untuk mengurangkan beban / perbelanjaan harian mereka. 

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Khabarnya Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Patik pun tidak sabar untuk melihat fungsi kad tersebut dapat membantu masyarakat hari ini. Sebarang informasi lanjut korang boleh lawati laman web yang patik sediakan. 


>> WEBSITE<<

TARIKAN BARU DI TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

$
0
0
LOST WORLD OF TAMBUN

TARIKAN BARU DI TAMAN TEMA LOST WORLD OF TAMBUN PERAK | Bila sebut Lost World of Tambun, didalam fikiran terbanyak taman tema yang sangat meriah yang lengkap dengan permainan dan juga kolam mandi mereka yang hebat. Kehebatan Lost World of Tambun ditambah lagi dengan adanya kolam air panas yang memang akan meriah bila tiba waktu malam.

LOST WORLD OF TAMBUN

Sejujurnya bila bercuti ke Perak, Lost World of Tambun akan menjadi lokasi wajib bagi patik bersama keluarga atau bersama rakan taulan. Tempoh hari patik dan rakan blogger daripada Projek Travel bekesempatan meluangkan masa datang sekali lagi untuk melihat tarikan baru yang ada di Lost World of Tambun

GLAMPING DI ATAS AIR 

Seperti biasa apabila patik dan rakan-rakan datang kesini, kami lebih tertarik untuk menginap secara glamping berbanding bilik hotel. Berlainan menginap secara glamping, korang boleh merasai pengalaman menginap didalam khemah tetapi berkeadaan glamour. Kalau korang nak tahu bagaimana seronoknya menginap secara glamping, korang boleh baca [DISINI].

LOST WORLD OF TAMBUN

Terbaru, Lost World of Tambun telah memperkenalkan glamping diatas air dimana mereka telah memperkenalkan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menginap didalam khemah yang diletakkan diatas air. 

LOST WORLD OF TAMBUN
LOST WORLD OF TAMBUN
LOST WORLD OF TAMBUN

Keadaan didalam khemah glamping di atas air ini adalah sama seperti yang ada ditepian dan hanya membezakan kedudukan khemah adalah diatas air. Korang akan merasakan seperti menginap didalam bangunan tetapi sebenarnya ia hanyalah semua khemah glamour.

LOST WORLD OF TAMBUN

Haaa nampak ke tidak keseronokkan yang kami rasai apabila menginap secara glamping ini kerana korang tidak akan rasa seperti korang tinggal didalam khemah. 


HIPPO KINGDOM 

Kalau korang datang ke Lost World of Tambun, korang boleh ke tempat terbaru yang telah dibuka kepada umum iaitu Hippo Kingdom. Dah nama pun Hippo kan, so korang akan dipertontonkan dengan gelagat badak air betina yang sangat besar dipanggil Juwita. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Berlokasi di kawasan Lost World Adventure Park, korang akan melalui kawasan glamping dan seterusnya akan memasuki kawasan Hippo Kingdom. Memang cantik tempat baru ini. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Juwita adalah badak air betina yang menjadi penghuni di Hippo Kingdom. Sifatnya yang memang ramah dengan pengunjung menjadikan Juwita antara haiwan yang menjadi tarikan. Ditempat tinggal Juwita ini korang boleh

LOST WORLD OF TAMBUN

Selain Juwita, banyak haiwan lain yang ditempatkan disini termasuklah beberapa haiwan yang boleh kita dekati seperti rusa ini. Dekat kawasan Hippo Kingdom ini korang berpeluang untuk beramah mera dengan rusa ini dengan memberi makanan kepada mereka. Memang sangat seronok melihat gelagat mereka ini. 

LOST WORLD OF TAMBUN

LOST WORLD OF TAMBUN

Selain dari badak dan rusa, ada juga beberapa lagi binatang kat sini seperti buaya, heyna (dubuk), flamingo dan emu pun ada kat sini. Ni kalau bawak anak-anak mai sini, mesti diorang suka sebab dapat tengok setiap binatang dengan dekat dan jelas. Kalau kena masa, boleh bagi makan jugak.


SARAPAN PAGI DI WETLAND 

Tarikan terbaru adalah bersarapan pagi didalam wetland. Sebenarnya patik tidak pernah terbayangkan wujudnya pakej sarapan pagi yang cantik. Siapa sangka didalam Petting Zoo terdapat lokasi cantik yang dikelilingi oleh batu kapur dan kawasan berpaya yang dinamakan Power Breakfast Di Wetland

LOST WORLD OF TAMBUN

Sumpah memang cantik sangat lokasi breakfast kami kali ni. Satu kawasan paya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan dikelilingi dinding batu kapur yang juga dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau memang memukau pandangan. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Di tengah-tengah paya tu dibina pelantar kayu dan di situ la kami menikmati sarapan sihat ala western. Berkonsepkan back to nature, satu pengalaman yang sangat-sangat berharga bila dapat merasai pengalaman Power Breakfast di Wetland

LOST WORLD OF TAMBUN

Korang jangan berangan nak ada nasi lemak, mee goreng dan segala apa menu yang kurang sihat ye. Dekat sini korang akan disajikan dengan menu berasaskan buah-buahan, roti, sayuran salad dan menu-menu yang sihat sahaja. Hehehe. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Korang boleh bayangkan, sarapan pagi yang sihat ditambah dengan pemandangan yang sangat canti dan memang tidak pernah terbayang lokasi secantik itu untuk bersarapan pagi. Apa pun tahniah kepada Lost World Of Tambun atas idea yang sangat menarik.


MAKAN MALAM DIDALAM TAMAN TEMA 

Disini juga korang boleh meminta hidangan malam dalam bentuk BBQ dimana kesemua menu akan disediakan oleh pihak Lost World of Tambun. Bila dah berkonsepkan barbeque, apa lagi semua makan dengan berselera. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Makanan yang dihidangakan memang terbaik dan menyelerakan. Patik sendiri menambah banyak kali. Semua rakan lain memang berpuas hati dengan apa yang diberikan disini. Banyagkan yeee kita makan berkonsep BBQ dan bersebelahan dengan khemah glammping kita. Memang sangat rasa perasaan tu. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Lepas menikmati makan malam yang sangat sedap, masa untuk kami habiskan masa malam kami Lost World Hot Springs untuk melihat persembahan Flaming Percussion dan Tales Of The Tribe. Kehidupan malam disini memang sangat seronok dan berwarna warni. Ditambah pula dengan persembahan api dan sebagainya. Memang rugi kalau korang tidak luangkan masa untuk merasai semua ini. 

Selesai segala persembahan, masa untuk berendam dalam air panas. Maklum la, semua keletihan lepas buat aktiviti petang tadi. Di Lost World Hot Springs ni, korang boleh berendam sampai pukul 11 malam.

LOST WORLD OF TAMBUN

Demikianlah kisah percutian singat kami di Lost World Of Tambun. Walaupun ianya percutian singkat tapi kami berpuas hati sangat sebab dapat melihat dan merasai sendiri tarikan terbaru yang menarik di Lost World Of Tambun

Bagi korang yang ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman disini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut. 



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


Kredit foto:www.dikbee.com

FESTIVAL PRODUK MAKANAN AEON TASTE NEW ZEALAND SEDANG HANGAT BERLANGSUNG

$
0
0
AEON Taste New Zealand Food Fair

FESTIVAL PRODUK MAKANAN AEON TASTE NEW ZEALAND SEDANG HANGAT BERLANGSUNG | AEON Taste New Zealand Food Fair sedang hangat berlangsung dari 30 November sehingga 10 December 2017 disemua cawangan AEON diseluruh negara. Semua produk terbaik dari New Zealand dibawa ke sini untuk sama-sama kita rasai dan masak untuk pelbagai acara. 

Kesinambungan daripada festival itu, patik dan beberapa lagi blogger telah berkesempatan untuk turut sama dalam cabaran memasak dengan menggunakan produk daripada New Zealand yang rata-ratanya ada di semua cawangan AEON di Malaysia. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berlokasi di Berjaya University College, patik telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memasak didalam dapur yang tertaraf chef dan juga diadili oleh beberapa orang chef yang berpengalaman. Wowww memang gementar dia bukan main lagi ok sebab ini adalah kali pertama patik melangkah masuk dan memasak didalam dapur seperti ini. 

Sebelum memulakan masakan, kami telah diberi penerangan dan juga menu apa yang hendak kami sediakan. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Patik dan seorang rakan blogger patik Khai Artzfar telah bersatu memilih menu Mussels Appetiser dan steak. Oh yaaa lupa patik nak bagi tahu yang daging yang patik gunakan ini adalah daging lembu yang berkualiti dimport daripada New Zealand sendiri dan korang boleh dapatkan pelbagai jenis daging di mana-mana cawagan AEON.

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berada didalam dapur yang bukan seperti dirumah memang memberi tekanan terhadap patik. Lagi-lagi melihat rakan lain memasak distesen masing-masing dan juga ditambah dengan pantauan daripada chef yang berpengalaman. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Masa yang diberikan kepada kami aadalah selama 30 minit dan 2 menu hendaklah disediakan oleh setiap kumpulan. Sejujurnya ini adalah menu yang tidak pernah patik sediakan seumur hidup patik. Steak dan juga mussels adalah menu yang selalunya patik akan tempah bila makan diluar. 

Selesai sesi memasak tadi, kami semua berpeluang untuk merasai menu yang telah disediakan oleh rakan-rakan dari stesen lain. Ternyata memang produk yang diimport dari New Zealand ni memang berkualiti dan sudah semestinya HALAL untuk orang muslim. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berbalik kepada AEON Taste New Zealand Food Fair tadi, ianya telah bermula dari 30 November 2017 dan akan berakhir pada 10 December 2017. Macam-macam jenis produk dari New Zealand dibawa masuk ke Malaysia dan hanya semua cawangan AEON ada produk-produk ini. 

AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair

Untuk karnival ini terdapat banyak jenama besar dari New Zealand yang turut serta seperti Whittakers, Kiwigarden, Viberi, Anmum, Karihome, Mainland CHeese, Spring Sheep, Easiyo, Griffin, Tasti, Weet Bix, Sweet Meadow, Proper Crisps, Greenlea, Talley's, Only Organic, Eco Store dan banyak lagi. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Jom ramai-ramai ke mana-mana cawangan AEON untuk mencuba dan melihat sendiri produk dari New Zealand ini, dimana New Zealand adalah negara yang banyak mengeluarkan produk import HALAL di Malaysia. 


CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

$
0
0
CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE | Sebenarnya sudah lama patik nak suarakan masalah patik berkenaan boleh ke kita nak transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji secara online sebab sebelum ini patik akan beratur tunggu nombor untuk membuat urusan dengan tabung haji. 

Korang bayangkan kalau musim orang bergaji, memang Tabung Haji adalah antara lokasi paling padat dengan manusia untuk menyelesaikan urusan disana. Jadi patik rasa kan senang kalau ada urusan Tabung Haji ini dilakukan secara online sama seperti transaksi yang lain. 

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Patik bertanya dengan rakan Facebook patik dan rata-rata tidak mengetahui dimana urusan transfer duit dari CIMBClicks ke Tabung Haji boleh dilakukan. Ramai yang mengatakan hanya Maybank2U sahaja menyediakan perkhidmatan atas talian untuk urusan Tabung Haji. Rupanya CIMBClick menyediakan urusan Tabung Haji secara online. Jadi mudahlah patik lepas ni tidk perlu untuk beratur meramaikan umat manusia di cawangan Tabung haji. Hehehe

Jom ini patik ajarkan bagaimana untuk membuat transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji secara online. Semoga perkongsian ini sangat bermanfaat hendaknya. 

Benda yang paling utama adalah korang perlu log masuk kedalam laman web CIMBClick sendiri yee. Tak kan itu pon patik perlu ajar kan. Yang dalam-dalam tu nanti patik akan ajr satu persatu yeee. Semua bersedia??

Selepas korang berjaya lon masuk kedalam website CIMBClicks tu korang ikut arahan ini. 

1. Pergi ke Pay > Bills

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

2. Type pada“ENTER BILLER NAME” itu kepada LEMBAGA TABUNG HAJI.

3. Nama LEMBAGA TABUNG HAJI akan tertera pada ruangan itu & tekan SUBMIT

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji

5. Masukkan nombor kad pengenalan 

6. Letak berapa amount yang korang nak transfer

7. Tick “ADD THIS BILLER TO MY FEVOURITES” untuk menyimpan nombor didalam sistem

Kemudian tekan PROCEED TO PAYMENTS

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

8. Tunggu nombor TAC dari handphone korang

Tekan“CONFIRM” lepas dah masukkan nombor TAC

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Untuk pengetahuan korang, melalui urusan online ini, korang akan dicaj sebanyak RM0.53 untuk urusan CIMBClicks dan RM1.06 untuk urusan Maybank2U bagi setiap transaksi. Kiranya ini adalah upah untuk korang tidak perlu menunggu lama dan semuanya diselesaikan melalui online. Hehehe. 

Rupanya sangat mudah bila patik sudah mengetahui cara transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji. Lepas ni, patik dah tak perlu nak beratur menunggu nombor, menunggu giliran segala. Semuanya patik boleh lakukan dirumah. Heheh

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang senasib dengan patik yang tidak tahu rupanya CIMB boleh menguruskan urusan bersama Tabung Haji. 

MENCARI RAWATAN WAJAH DI SEKITAR KAJANG? DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG ADALAH LOKASINYA

$
0
0
DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

MENCARI RAWATAN WAJAH DI SEKITAR KAJANG? DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG ADALAH LOKASINYA | Sebenarnya patik sudah lama tidak memanjakan diri dengan membuat rawatan wajah. Yaa patik sedar yang kulit wajah patik tidak sesempurna lelaki diluar sana disebabkan patik pernah mengalami masalah jerawat yang agak kuat semasa dibangku sekolah. Yee laaa masa tu mana ada duit untuk menjalani sebarang rawatan wajah dan hanya menggunakan produk wajah yang mampu milik sahaja. 

Berbalik kisah masalah kulit bermasalah tadi. Disebabkan masalah jerawat pada awalnya, maka parut daripada jerawat tadi sahaja yang tinggal. Bermulalah episod mencari pusat rawatan wajah yang berdekatan dengan kawasan rumah patik.

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Rakan patik telah mencadangkan kepada patik sebuah pusat rawatan wajah yang diberi nama Dr Medispa & Wellness yang terletak hanya di Reko Sental, Kajang. Kiranya kalau korang datang mencari memang mudah nak jumpa pusat rawatan ini. Cari Pusat Karaoke Malaysia Idol dan tempat ini bersebelahan dengan pusat karaoke tu. 

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Tiba di pusat rawatan wajah Dr Medispa & Wellness ini, patik disambut oleh Doktor Azira dimana beliau adalah pakar kulit yang akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin menggunakan khidmat mereka. 

Sebenarnya patik selalunya tidak selesa apabila doktor yang yang melayan patik terlalu terperinci bercerita mengenai kulit sehinggakan patik terasa malu dengan keadaan kulit patik. Tapi dekat sini Doktor Azira tidak seperti yang disangkan kerana beliau memang sangat ramah menceritakan keadaan kulit wajah patik sehinggakan patik tidak rasa kekok dengan beliau.

Selepas diselidiki, Rawatan Hydradermabrasion telah dicadangkan kepada patik memandangkan patik perlu menjalani rawatan lain selepas ini yang dipanggil Rawatan Dermapen.

Rawatan Hydradermabrasion ini adalah teknik rawatan yang telah popular di Hollywood dan kini telah memasuki pasaran Malaysia dan menjadi pilihan didalam rawatan untuk mereka yang mengalami masalah pada wajah. 

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG
DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Menjengah masuk keruang rawatan, patik sudah terlihat pelbagai jenis alat rawatan dan patik sangat teruja untuk membuat Rawatan Hydradermabrasion dan rasai sendiri hasilnya.

Untuk melakukan Rawatan Hydradermabrasion ini, korang akan melalui beberapa langkah dimana langkah ini termasuk didalam proses bagi Rawatan Hydradermabrasion. Jom bersama patik. 

LANGKAH 1: CUCIAN 

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

LANGKAH 2: SAPUAN KRIM TERAPI

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

LANGKAH 3: PROSES MEMBUKA LIANG PORI WAJAH

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

LANGKAH 4: PROSES MENGELUARKAN WHITE & BLACK HEAD

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Seperti kebanyakan spa yang membuat proses mengeluarkan black & white head yang menyakitkan dengan menggunakan besi dan memaksa keluar, disini mereka menggunakan alat untuk menyedut segala black & white head yang ada diwajah. Jadi korang akan kurang mengalami kesakitan.

 LANGKAH 5: RAWATAN HYDRADERMABRASION

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG
DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Yang bestnya Rawatan Hydradermabrasion adalah selepas korang selesai diperlakukan proses membuang white & black head dan dimana pori-pori korang terbuka, wajah korang akan dirawat dengan rawatan ini dimana larutan serum "dimasukkan" kedalam wajah korang supaya kolagen didalam kulit korang mengaktif kembali dan sekaligus mengembalikan teksture kulit korang kembali anjal dan tegang. 

LANGKAH 6: SAPUAN MASK HYALURONIC PLUS YANG DIFORMULA OLEH DOKTOR

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

LANGKAH 7: RAWATAN ULTRASONIK

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Rawatan Ultrasionik dengan menggunakan lampu LED ini membantu "mengejutkan" kulit wajah dan sekaligus membantu mengembalikan anjalan dan memperbaiki keadaan dibawah kulit dengan getaran yang sangat halus.

LANGKAH 8: RAWATAN TERAPI LAMPU LED OMEGA 

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Seperti yang dicadangkan oleh Doktor, untuk mendapatkan kesan yang menawan, rawatan ini digalakkan untuk dilakukan sebulan sekali bergantung kepada keadaan korang.  InsyaAllah, patik akan kerap datang untuk membuat rawatan disini memandangkan patik selesa dengan rawatan disini berbanding pusat rawatan yang popular diluar sana. 

DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

Bagi korang yang ingin mencuba rawatan wajah disini, korang boleh datang dan rasai sendiri pelbagai jenis rawatan wajah.

Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor

Landmark: Pusat Karaoke Malaysia Idol

Telefon:
 016-9377392 / 013-7706708 (Dr Azira)

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


DR MEDISPA AND WELLNESS KAJANG

p/s: Ehhh sepanjang bulan Disember 2017 ini, korang boleh dapatkan SEMUA JENIS RAWATAN pada harga potongan 50% untuk setiap rawatan. Jommm !!


SEMBANG SANTAI BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK)

$
0
0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)


SEMBANG SANTAI BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) | Sejak dua menjak ini, kita sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia sering merungut dengan kenaikan harga barang. Bila sebut sahaja barang sudah pasti kementerian yang bertanggungjawab di Malaysia ini adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Tempoh hari patik telah menghadiri suatu perjumpaan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Dato' Seri Hamzah bin Zainudin dimana perjumpaan berkonsep santai ini adalah sebuah perjumpaan santai membincangkan isu-isu semasa yang berkait dengan kepenggunaan di Malaysia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Menurut beliau, isu kepenggunaan ini adalah suatu isu yang sudah lama dimana peranan pengguna agak penting bagi membantu pihak kementerian untuk mebendung isu bermain dengan harga barangan. Antara yang sering ditekankan adalah masalah pengguna didalam menghadapi harga pasaran barangan. Selain itu, penerangan secara ringkas bagaimana kementerian berperanan dalam memastikan penjual tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga di pasaran. Ini terutama untuk harga barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, beras, tepung dan gas memasak (LPG) dimana semua barang keperluan asas ini adalah barang kawalan oleh kementerian. 

Sebenarnya banyak yang pihak kementerian cuba bantu kita sebagai rakyat Malaysia dalam menangangi isu kepenggunaan ini haaa. Apa yang boleh patik simpulkan ada beberapa aplikasi dan medium yang boleh kita sebagai pengguna boleh gunakan untuk memudahkan korang. Ini adalah antara aplikasi mudah untuk korang guna.

PRICE CATCHER


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Menariknya aplikasi ini, aplikasi Price Catcher ini  membolehkan kita membuat semakan dan perbandingan harga barangan yang ditawarkan disekitar kawasan yang berhampiran dengan rumah kita. Jadi dengan aplikasi ini korang boleh memilih dan mementukan kedai/pasaraya mana yang menawarkan harga yang berpatutan yang mampu untuk korang beli. Sekarang ini penjimatan itu lebih penting daripada kita berlebih-lebihan. 

EX ADU KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sekiranya korang mempunyai permasalahan tentang isu harga barangan yang dinaikkan secara sesuka hati, KPDNKK telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan EZ ADU KPDNKK. Melalui aplikasi ini, korang boleh membuat sebarang aduan mengenai isu kepenggunaan yang mana ianya akan terus diajukan kepada pihak KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. 

FRIENDS OF KPDNKK 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Rupanya ada saluran untuk kita rakyat Malaysia untuk bersuara iaitu dengan menjadi rakan kepada KPDNKK dengan hanya mendaftar sebagai Friends of KPDNKK [DISINI]. Sebenarnya patik telah membuat perkongsian didalam penulisan patik sebelum ini. Friend of KPDNKK ini merupakan platform dimana korang bertindak sebagai membantu pihak kementarian menjadi mata-mata dalam memantau dan menangani isu kepenggunaan ini. Korang boleh baca selebihnya pada link diatas. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Apa yang boleh patik katakan penerangan ini agak bermanfaat dalam berkongsi rasa kita sebagai pengguna dan juga kepada pihak pemerintah seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Didalam keadaan semasa, bagi patik kita sebagai rakyat yang perlu menghadapai semua ini, perlu  menjadi lebih bijak dalam memandu kemana seharusnya kita keluarkan untuk perbelanjaan kita. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Selagi mampu itu yang akan kita belanjakan. 

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

ULASAN FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

$
0
0
FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

ULASAN FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE | Semalam patik sempat menonton filem yang pernah patik tonton 15 tahun yang lalu pada tahun 1995 iaitu JUMAMJI dimana ianya menceritakan tentang permainan ajaib dimana didalamnya terdapat binatang-binatang yang akan muncul apabila tertera nama binatang pada papan permainan itu. Permainan hanya akan tamat jika salah satu dari pemain tiba pada titik Jumanji. Memang filem 

FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Untuk tahun 2017 selepas 15 tahun, JUMAJI kembali lagi dengan sikuel terbaru bertajuk JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE. Patik sangat teruja untuk menontonnya kerana ada watak yang nak sangat patik tengok iaitu The Rock. Hahaha. Jom patik kongsikan. 

SINOPSIS FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Filem Jumanji : Welcome to the Jungle bercerita tentang empat orang anak muda iaitu Spencer (Alex Wolff), Fridge (Ser’Darius Blain), Bethany (Madison Iseman) dan Martha (Morgan Turner), yang menemukan sebuah permainan video game tua dengan permainan yang belum pernah mereka dengar bernama ‘Jumanji’.

Mereka secara tidak sengaja telah tersedut ‘masuk’ ke dalam permainan dan menjadi karaktor yang mereka pilih. Ketika mereka memilih karakter permainan dan menekan butang ‘start’, mereka tersedut ke dalam permaian dan mucul di hutan liar Jumanji. Mereka rupanya terperangkap di dalam tubuh karakter yang mereka pilih. Maka bermulalah permainan. 

Spencer tiba-tiba menjadi Dr.Smolder Bravestone (Dwayne Johnson), Fridge berubah menjadi Franklin ‘Moose’ Finbar (Kevin Hart). Martha terperangkap dalam tubuh Ruby Roundhouse (Karen Gillan), dan yang paling aneh si cantik Bethany menjadi professor Shelly Oberon (Jack Black)

Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia nyata, mereka harus melalui halangan paling berbahaya dalam hidup mereka dan menemukan apa yang Alan Parrish tinggalkan 20 tahun yang lalu.



FILEM JUMANJI: WELCOME TO THE JUNGLE

Adakah mereka berjaya untuk keluar daripada permainan itu? Apa kata korang boleh datang terus ke pawagam terdekat untuk menyaksikan pengakhiran filem Jumanji: Welcome To The Jungle ini. 



PENGALAMAN BERMAIN DI TALI AIR HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

$
0
0
HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

PENGALAMAN BERMAIN DI TALI AIR HOMESTAY LABU KUBUNG PERAK | Bila sebut tali air, patik sebenarnya patik tidak pernah ada pengalaman berada dan bermain ditali air dimana-mana kawasan di Malaysia. Bagaimana perasaan bermain di tali air semua tu tidak pernah patik alami dan kadang kala perasaan tu teringin untuk bermain disana. 

HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

Tetapi tempoh hari patik bersama Tourism Malaysia telah berpeluang untuk merasai pengalaman bermain ditali air di sebuah perkampungan di Labu Kubong, Kuala Kangsar Perak. Sebuah perkampungan yang indah, tenang yang berlum parnah patik rasai. Dikelilingi kawasan bukit bukau dan daratan yang boleh patik katakan dipernuhi dengan kawasan sawah.

Bila sebut sawah, patik yakin korang pernah nampak laluan air yang digunakan sebagai laluan pengairan bagi sawah padi bagi penduduk kampung. Selalunya laluan air atau lebih dikenali sebagai tali air ini hanya laluan daripada laluan tanah, tetapi tali air yang ade di Labu Kubong ini adalah tali air konkrit. 

HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

Rupanya saliran dahulunya tanah yang berusia 50 tahun ini telah bertukar dan dipasang dengan konkrit bagi meningkatkan hasil padi di kawasan Homestay Labu Kubong ini. Ini adalah pengalaman pertama patik berada di tali air yang selalunya patik lihat melalui TV atau hanya didalam gambar sahaja. 

HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

Rupanya air yang mengalir ditali air ini datang dari anak sungai dan akhirnya akan masuk ke saliran ini dan akan dilepaskan kedalam petak-petak sawah apabila diperlukan. Airnya memang jernih dan bersih. Kalau korang yang jenis suka mandi-manda, tali air ini memang akan mengundang korang untuk mandi manda. 

HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

Sejujurnya ini adalah kali pertama patik berpeluang untuk merasai pengalaman untuk merasai kesejukkan dan ketenangan berada di kawasan kampung Homestay Labu Kubong, Kuala kangsar Perak ini. Patik rasa keistimewaan Homestay Labu Kubong ini selain aktiviti yang berkonsepkan kampung, tali air ini juga adalah salah satu tarikan orang ramai seperti patik yang tidak pernah merasai bermain di tali air ini suatu yang seronok sambil dikelilingi pemandangan kampung yang indah. 

SASAR 200,000 PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY MASTERCARD MENJELANG 2018

$
0
0
Kad Negaraku MPay Mastercard

SASAR 200,000 PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY MASTERCARD MENJELANG 2018  | Sejumlah 200,000 orang pengguna dijangka menjadi pengguna kepad Kad Negraku Mpay Mastercard pada tahun 2018. Itu adalah sasaran daripada Kelab Sahabat Persaudaraan kepada 25 rakan NGO pada majlis Program Sahabat Negaraku tempoh hari. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Patik sama-sama hadir ke program pengenalan program ini bagi mengetahui apakah kebaikan kepada pengguna dan fungsi kad ini kepada pemiliknya. 

Sebagai permulaan, program ini mengumpulkan lebih kurang 25 buah NGO di sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor dan melalui program ini dapat menyemarakkan semangat Negaraku melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Melalui kad ini, pengguna kad ini boleh menikmati produk dan perkhidmatan yang disediakan pada harga yang lebih rendah dan jimat. Dengan kad ini, korang bukan saja boleh mendapatkan barangan pada harga yang murah tetapi korang boleh berbelanja dengan menggunakan kad ini dalam kehidupan harian korang seperti berhinur, menonton wayang, melawat taman tema dan sebagainaya.

Kad Negaraku MPay Mastercard

Melalui program seperti ini, kumpulan NGO yang berminat sebagai pengenalan program akan mendaftar dengan pihak Kelab Sahabat Persaudaraan dan mereka berhak untuk memiliki Kad Negaraku MPay Mastercard ini dan menikmati segala kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan.

Kad Negaraku MPay Mastercard

Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan, Dr. Mohd Zamri Noordin menyatakan bahawa Program Sahabat Negaraku ini secara konsistennya akan terus memperkenalkan Kad Negaraku MPay Mastercard diseluruh negara dan semuanya akan dimulakan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutian Kuala Lumpur dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat bagi memastikan program ini dapat difahami oleh masyarakat keseluruhannya nanti. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Semoga hasrat untuk menjadikan Kad Negaraku MPay Mastercard ini sebagai kad serbaguna kepada masyarakat, kita boleh sama-sama menyokong dan mumgkin kita sebagai masyarat juga akan dapat merasai kemudahan yang diberikan sebagai pengguna kad ini nanti. 

GAMAT PULAU PANGKOR ANTARA GAMAT TERBAIK DI MALAYSIA

$
0
0
GAMAT PULAU PANGKOR

GAMAT PULAU PANGKOR ANTARA GAMAT TERBAIK DI MALAYSIA | Bila sebut gamat je, patik yakin korang mesti teringat Pulau Langkawi yang mana banyak menghasilkan produk berasaskan gamat. Ni haaa sebenarnya ada lagi pulau selain Pulau Langkawi yang mengeluarkan produk berasaskan gamat dan ianya antara terbaik di Malaysia.

GAMAT PULAU PANGKOR

Menyinggah ke Pulau Pangkor, baru patik tahu yang Pulau Pangkor juga menghasilkan produk berasaskan gamat iaitu Air Gamat. Apa kebaikan air gamat berbanding minyak gamat yang menjadi kebiasaan bagi ramai masyarakat Malaysia? Meh sini patik kongsikan. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Gamat seperti yang kita tahu memang tinggal didalam air masin dan badannya akan mengembang memenuhi air apabila ianya terendam didalam air. Ianya memang mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikan yang ada pada Gamat 

Khasiat air gamat:

- Meningkatkan kesihatan badan
- Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
- Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot
- Menghindari masalah alahan dan lelah
- Melawan radang dan meredakan bengkak
- Melancarkan pengaliran darah
- Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin
- Mencantikkan kulit dan awet muda
- Meningkatkan metabolisma dan mengurangkan masalah keletihan
- Menguatkan tenaga batin
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengawal diabetes / kencing manis

Cerapan Biopotensi Yang Pernah Dilaporkan 

- Melancarkan aliran darah
- Menghalang pembentukan kolestrol pada saluran darah
- Memudahkan fungsi ginjal
- Meningkatkan kadar metabolisma
- Mengurangkan serangan asma / lelah

Daripada lawatan patik tempoh hari, barulah patik tahu bagaimana membuat Air Gamat yang berkhasiat yang boleh membantu mengubati beberapa penyakit. Jom patik kongsikan bagaimana penyediaan Air Gamat ini satu persatu. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Gamat kalau kita pegang seperti ini akan kelihatan berlindir dan lama kelamaan gamat ini akan mengecut disebabkan padan gamat ini mengandungi air laut. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Kemudian, gamat tadi akan dibelah tengah untuk dibuang bahagian tengahnya. Kiranya kotoran bahagian dalaman gamat yang akan dibersihkan sebelum direbus dengan air. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Selepas gamat tadi dibersihkan, gamat akan direbus sehingga mendidih dan kemudian ianya akan diperam selama 6 bulan sebelum dipasarkan kepada umum. Barulah patik tahu rupanya agak susah untuk menghasilkan Air Gamat seperti ini. 

GAMAT PULAU PANGKOR

Tadaaaaaa. Air Gamat yang telah sedia untuk dipasarkan. Untuk pengetahuan korang, gamat yang ada di Pulau Pangkor ini adalah antara gamat yang terbaik di Malaysia. Jadi sekiranya korang inginkan minyak gamat, korang boleh carinya di Pulau Langkawi dan inginkan Air Gamat, korang boleh dapatkannya di Pulau Pangkor. 


GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD

$
0
0

GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD | Bersempena majlis pertunangan patik tempoh hari, patik agak serabut konsep apa yang akan patik berikan untuk gubahan hantaran majlis patik itu nanti.

Kalau dahulu zaman abang-abang dan adik patik punya majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan, patik adalah orang yang paling sibuk memikirkan konsep apa yang akan patik ketengahkan untuk hantaran mereka. 

Tapi untuk majlis patik sendiri patik, entah tak tahu patik nak kata apa sebab patik secara tiba-tiba tidak mempunyai hati dan idea untuk menghasilkan hantaran sendiri. Jenuh mencari dipelusuk google, konsep yang hendak patik berikan kepada pasangan patik nanti. Dalam hati inginkan sesuatu yang simple tapi nampak mahal.


Akhirnya "jodoh" patik dipertemukan dengan penggubah hantaran yang patik kenali itu Hantaran By Ejad. Yang menariknya, semua gubahan mereka menggunakan bunga segar dan bukan bunga palsu. Jadi patik tanpa pendek kata terus cuba menghubungi mereka dan akhirnya mereka redha untuk melayan permintaan patik ini. 

Konsep patik mudah jeee, biar ianya kelihatan simple tapi hasilnya akan nampak mahal. 

hantaran tunang
Tepak Sireh & Bunga Pahar


hantaran tunang
Coklat

hantaran tunang
Cincin Tunang & Cincin Risik

hantaran tunang
Beg Tangan

hantaran tunang
Buah-buahan

hantaran tunang
Kasut

hantaran tunang
Kek

hantaran tunang
Perfume

Secara keseluruhan patik sangat berpuas hati dengan tema dan apa yang mereka berikan hasil kepada patik. Bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan menggubah hantaran bunga segar, korang boleh menghubungi terus mereka seperti informasi berikut.

Telefon:
012-245 8541
(Hantaran By Ejad)

>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<

NAK CANTIK DAN SIHAT? STEA PRODUK BERASASKAN TEH HIJAU ADALAH JAWAPANNYA

$
0
0
STEA MALAYSIA

NAK CANTIK DAN SIHAT? STEA PRODUK BERASASKAN TEH HIJAU ADALAH JAWAPANNYA | Sebenarnya kebaikan teh hijau memang tidak dapat disangkal lagi. Teh hijau dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit kita. Jadi dengan itu STEA MALAYSIA HQ telah muncul bagi membantu semua pengguna diluar sana untuk merialisasikan istilah cantik dan sihat didalam kamus kehidupan masing-masing. 

PELANCARAN PRODUK STEA

STEA MALAYSIA

Bersempena pelancaran produk STEA ini, patik telah sma-sama memeriahkan majlis ini yang telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam yang telah dihadiri ramai rakan blogger dan juga pengasasnya sendirinya iaitu Puan Mastura. Majlis telah diadakan dengan cukup meriah yang diacarakan oleh pengacara yang pandai menaikkan mood majlis. Tidak kering gusi kami dengan usikan mesra beliau. 

STEA MALAYSIA

Pada majlis ini, Puan Mastura sempat menceritakan bagaimana beliau mencetuskan idea untuk memulakan perniagaan ini dan juga tips kesihatan juga turut dikongiskan oleh beliau. Patik juga sempat melihat beberapa tetsimoni pengguna yang telah menggunakan produk STEA ini dan semuanya positif. 

Bagi memeriahkan lagi majlis, beberapa hadiah telah disediakan untuk mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz berdasarkan produk STEA ini dan juga hadiah untuk cabutan bertuah juga turut disediakan. Alhamdulillah patik bertuah kerana telah mendapat hadiah bagi soalan kuiz yang disediakan. 

Sejujurnya patik telah lama mengetahui kebaikan teh hijau ini dan dengan sesi perkenalan ini, patik tidak sangsi lagi untuk mencuba dan akan berkogsikan kebaikan kepada orang ramai tentang kelebihan produk ini berbanding produk lain. 

STEA MALAYSIA

Pengenalan produk sudah, soalan kuiz dan juga cabutan bertuah pun sudah. Kami turut dihiburkan dengan penyanyi yang dikenali bakatnya iaitu Amylea AF. Suaranya masih seperti dulu dimana patik sendiri salah seorang peminatnya semasa zaman AF3. Rupanya beliau juga turut menggunakan produk STEA Teh Hijau untuk minuman harian beliau dan kini beliau sudah membuktikan produk ini mampu memberikan kebaikan dan kecantikan padanya.

Produk STEA adalah produk yang berasaskan teh hijau ini didatangkan dalam 2 produk lain iaitu STEA Teh Hijau dan yang terbaru adalah STEA Beauty dimana ianya mengandungi 2 produk iaitu dabun dan serum didalamnya yang fokus kepada kesihatan wajah korang. 

STEA MALAYSIA

Kejap lagi patik akan ceritakan apa kebaikan produk daripada STEA ini dengan lebih lanjut. Sebenarnya patik sedang dalam proses untuk mengurangkan berat badan dan apabila produk ini muncul, patik tidak teragak-agak untuk terus mencuba dan tidak sabar untuk melihat hasilnya dengan penggunaan teh hijau dalam kehidupan patik. 

STEA TEH HIJAU

STEA TEH HIJAU

Teh Hijau keluaran STEA ini adalah teh hijau yang asli yang dibawa dari Negara Jepun. Ianya dihasilkan oleh pakar-pakar hebat bagi menghasilkan rasa yang berkualiti tinggi untuk kita sebagai pengguna. 

Yang menariknya untuk STEA Teh Hijau ini, didalam setiap uncang, terdapat serbuk teh yang disebut 'matcha' dimana matcha ini diketahui mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Apabila korang minum matcha, korang akan menikmati keseluruahan daun teh dan mendapat 100% kebaikan teh hijau itu sendiri. 

Matcha dikatakan mempunyai 137kali kebaikan berbanding daripada teh hijau biasa dimana antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  1. Agen anti penuaan
  2. Tinggi dengan anti oksida
  3. Boleh menambahkan tenaga
  4. Menghalang pengumpulan lemak
  5. Melawaskan proses pembuangan
  6. Mengawal berat badan
  7. Mengurangkan kolestrol
Jadi korang boleh menikmati STEA Teh Hijau ini bersama keluarga dan mengamalkan sebagai minuman harian korang. 

STEA BEAUTY 

STEA Beauty

STEA Beauty ini adalah produk perawatan wajah dimana didalamnya terdapat 2 produk lain iaitu sabun dan serum yang mana produk ini diformulasi dengan teh hijau.

Yang menariknya didalam sabun STEA Beauty ini terdapat serat-serat teh hijau yang bertidak sebagai skrub semasa korang memcuci wajah korang. Serat teh hijau ini akan membantu menanggalkan kulit mati dan juga menageluarkan kotoran didalam pori kulit korang.

Manakala Serum STEA Beauty pula bertidak sebagai agen merawat kulit korang yang mengalami kerosakan. Didalam serum ini mengandungi extact teh hijau, aleo vera, kologen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit korang.

Untuk produk STEA Beauty ini terdapat banyak kebaikan sekiranya korang mengamalkan penggunaan produk ini. Antaranya:

  1. Antikoksida yang tinggi bagi merawat wajah
  2. Mengecutkan jerawat dengan singkat
  3. Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori
  5. Menghilangkan kulit kusam
  6. Meratakan tona kulit menjadi sekata
  7. Mencerahkan kulit
  8. Mengurangkan kedutan pada wajah
Ya Allah..banyak rupanya kebaikan yee teh hijau ini terhadap kesihatan badan danjuga kulit yeee. STEA Beauty akan membantu merawat wajah korang tidak kira apa jua keadaan kulit korang. InsyaAllah. 


STEA

Bagi korang yang tertanya-tanya berapa harga agaknya produk STEA Teh Hijau dan STEA Beauty ini kan. Harga produk ini adalah seperti berikut dan semuanya boleh didapati secara ONLINE SAHAJA:

STEA Teh Hijau - RM60
STEA Beauty - RM89

Untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan, patik cadangkan korang boleh terus menghubungi pihak STEA sendiri dengan menggunakan informasi yang patik telah sediakan ini. 



>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM <<



Viewing all 468 articles
Browse latest View live