Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

$
0
0
FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT | Bila sebut menu masakan cina, patik agak teruja untuk menikmatiknya selepas patik pulang daripada Kunming, Yunan China tempoh hari. Untuk pengetahuan korang, kepedasan daripada menu masakan cina ini sedikit berlainan berbanding kepedasan masakan masyarakat Malaysia.

Sesuai dengan kerinduan terhadap masakan China, patik telah berkesempatan untuk menikmati makanan yang datang dari Wilayah Sichuan, Chengdu China yang berlokasi di Hotel Dorsett Grand Subang tempoh hari. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Bermula 4 sehingga 29 Ogos 2018, jelajah Fiesta Makanan Sichuan 2018 akan menjengah keseluruh Hotel Dorsett yang ada di Malaysia seperti Dorsett Grand Subang, Dorsett Grand Labuan, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Dorsett Putrajaya. Sehubungan dengan itu, 2 orang chef yang dibawa khas dari Dorsett Grand Chengdu, China iaitu Chef Harley dan Chef Teresa untuk menyediakan menu yang menjadi pilihan masyarakat Sichuan.

Untuk pengetahuan korang semua, Wilayah Sichuan adalah sebuah wilayah di bahagian barat China yang menjadikan Chengdu sebagai ibu wilayah. Rupanya masyarakat Sichuan memang gemar masakan yang pedas. Bagaimana rasa pedas tu? Nanti patik kongsikan.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Slice Chicken with Hot & Spicy Sauce 

Untuk promosi ini, ianya bermula di Dorsett Grand Subang pada 4-14 Ogos 2018 yang diadakan di The Emperor Chiness Restaurat, Citra Rasa Restaurant,  Dorsett Putrajaya pada 6-14 Ogos 2018, Checker Cafe, Dorsett Kuala Lumpur pada 15-21 Ogos 2018 dan akhir sekali pada 23-29 Ogos 2018 di Victoria's 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce 

Bagi korang yang datang dan ingin mencuba menu masakan Sichuan ini, korang kena kuat yee sebab kebanyakkan menu yang ada disini semuanya adalah pedas. Selepas menjamah beberapamenu yang dihidangkan barulah patik merasakan yang menu masyarakat Sichuan ini mempunyai rasapedas yang boleh menyebabkan lidah korang kebas. Sukar patik nak ungkapkan didalam penulisan patik tapi memang itu yang patik rasa.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic 

Secara keseluruhan, patik tiada masalah dengan rasa masakan ini sebab memang sedapdan tidak dapat dinafikan tetapi yang memberi masalah kepada patik adalah rasa pedas dari masakan ini memberikan efek kebas pada lidah. Hehehehe. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Black Fungus with Vinegar 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan 

Untuk promosi ini, mereka akan menyediakan menu pembuka selera yang sangat meriah seperti Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan, Tossed Black Fungus with Vinegar, Tossed Chicken with Sichuan Spices dan Slice Chicken with Hot & Spicy Sauce. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Chicken with Sichuan Spices 

Kemudian korang akan dihidangkan dengan menu utama seperti "Chongqing" Style Deep Fried Crispy Chicken with Dried Chilies, Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce, Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic dan Mapo Tofu

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
"Chongqing" Style Deep Fried Crispy Chicken with Dried Chilies

Menariknya di fiesta makanan Sichuan 2018 ini, korang akan dihidangkan dengan menu pencuci mulut yang sangat comel iaitu Panda Shape Bun

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Panda Shaped Bun

Korang tengok laa bentuk Panda Shaped Bun yang sangat comel ni haaa. Rasa sayang nak makan. Tapi kalau korang jenis yang gemarkan Mochi, Panda Shaped Bun ini lebih kurang rasanya dengan  Mochi tetapi isi didalamnya adalah cream cheese dan potongan buat strawberi. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Jadi apa tunggu lagi, korang boleh rancang masa korang untuk berkunjung ke mana-mana Hotel Dorsett seluruh Malaysia bermula 4 sehingga 29 Ogos 2018.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Apa pun terima kasih kepada pihak Hotel Dorsett atas jemputan untuk sesi perkenalan menu bagi fiesta makanan Sichian 2018. Patik dan kawan-kawan sudah merasai menu masakan Sichuan ini. Korang jommm ke Hotel Dorsett hari ini !!


SERVIS PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

$
0
0
PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

SERVIS PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE | Bila sebut syarikat yang membuat servis penghataran di Malaysia, patik yakin korang sering menggunakan servis yang sedia ada. Servis yang mereka berikan kadangkala

Terbaru, syarikat servis penghantaran terbaru yang berasal dari Hong Kong telah mula menjengah masuk ke Malaysia. Servis yang patik makudkan adalah aplikasi Lalamove, sebuah jenama pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang telah berada di Malaysia selama 2 bulan. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Tempoh hari patik sempat menghadiri dan melihat sendiri majlis pelancaran perkhidmatan ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan korang, Aplilasi Lalamove diwujudkan seiring dengan pertumbuhan sektor belian atas talian dimana semua sedia maklum Malaysia mempunyai ekonomi yang sedang berkembang pesat dengan kadar penggunaan teknologi yang tinggi.


MENARIKNYA APLIKASI LALAMOVE UNTUK PENGGUNA

Yang menariknya, dengan aplikasi Lalamove ini, ia bukan sahaja boleh membantu peniagaan kecil dan sederhana, malah membantu penghataran barangan korang disekitar Kuala Lumpur dan juga seluruh Malaysia. 

Sekiranya korang mempunyai barangan yang perlu dihantar dengan jarak dekat, mereka akan menghantar barangan yang korang ingin dalam tempoh 1 jam jeee. Dengan adanya aplikasi Lalamove ini, penghantaran barangan bolah dihantar dalam beberapa minit dan bukan seperti penghantaran biasa yang mungkin memakan masa sehari dua bergantung kepada keadaan semasa. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Sehingga kini, aplikasi Lalamove telah melalukan penghantaran sebanyak 300 penghantaran setiap hari dengan menggunakan kenderaan mereka samada kereta atau motorsikal. Sebanyak 200 jenama syarikat IKS telah menggunakan perkhidmatan mereka dengan dengan adaanya seramai 1800 orang pemandu yang berdaftar, aplikasi Lalamove boleh digunakan secara meluas diseluruh Malaysia. 

CAJ PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANG BAGI APLIKASI LALAMOVE

Bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran barang bagi aplikasi Lalamove ini, mereka mengenakan caj bermula RM5 untuk motorsikal dan RM10 untuk kereta dan setiap kilometer yang dilalui, caj akan dikenakan mengikut kilometer dan bukan pada berat barang yang dihantar. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Dengan menggunakan sistem pengiraan seperti ini, patik yakin kos overhead yang ditanggung oleh syarikat yang memberi perkhidmatan dapat dikurangkan sekaligus dapat membantu peniaga lebih berjimat sehingga lebih 70% dari segi kos penghantaran  dan pada masa yang sama ianya boleh menjana ekonomi kepada para pemandu dan juga penunggang Lalamove mendapat pendapatan sampingan melalui perkhidmatan penghantaran ini. 

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Berita baik bagi korang diluar sana, korang boleh menggunakan promo kod GOODNEWS dimana dengan promo kod ini, korang boleh jimat sehingga RM8 untuk sekali penghantaran dan kos ini boleh digunakan sah sehingga 31 Ogos 2018.

PENGHANTARAN BARANG LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI LALAMOVE

Jadi apa tunggu lagi? Sekarang ini korang sudah mempunyai pilihan yang boleh korang buat sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan dengan kadar segera pada harga yang murah dan patik yakin ianya sangat berbaloi untuk korang. Aplikasi Lalamove adalah jawapan untuk alternatif bagi penghataran korang ini.  

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG SINGKAP SEJARAH CERITA NEGERI KELANTAN

$
0
0
TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG SINGKAP SEJARAH CERITA NEGERI KELANTAN | Bila sebut saja kisah Negeri Kelantan, patik yakin korang mesti kenal dengan nama Cik Siti Wan Kembang yang dikatakan sebagai pemerintah Negeri Kelantan yang hebat menyebabkan banyak kunjungan pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Siti Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". 

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Bagi mengangkat ingatan kisah Cik Siti Wan Kembang dan keluarga, maka Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mengadakan pementasan Bangsawan Puteri Saadong arahan Zack Zaideen daripada kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek Opera), Kelantan. Persembahan bermula hari ini (10 Ogos), 11 dan 12 Ogos tempoh hari berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), jam 8.30 malam.

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Patik berkesempatan untuk datang dan menyaksikan sendiri pementasan bangsawan ini disini. Memang seronok bila melihat sebuah pementasan yang jenis langsung didepan mata ni haaa. Untuk pengetahuan korang, naskhah pementasan Bangsawan Puteri Saadong ini telah diambil daripada kisah legenda Puteri Saadong, seorang anakanda angkat kepada pemerintah Kelantan ketika itu, Cik Siti Wan Kembang.

SINOPSIS PEMENTASAN BANGSAWAN PUTERI SAADONG

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Puteri Saadong merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia. Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahandanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.

Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin Al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam untuk dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.

Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Selain pelakon terkenal Amar Asyraf  (Raja Abdullah) dan Ellika Azman (Puteri Saadong), pementasan Bangsawan Puteri Saadong ini juga turut diwarnai oleh Hairi Safwan (Raja Loyor), Nouris Hida (Cik Siti Wan Kembang), Asyiekin (Puteri Bunga Sekuntum), Haddi Al Haq (Penghulu Ngah Jembal) manakala aktivis teater Azerai Azmi pula akan ditampilkan sebagai Tauke Panggung.

TEATER BANGSAWAN PUTERI SAADONG

Apa pun terima kasih kepada pihak Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara atas jemputan untuk menonton pementasan Bangsawan Puteri Saadong ini. Semoga pementasan seperti ini dapatlah diteruskan bagi mengekalkan nilai budaya masyarakat Malaysia supaya tidak lapuk dek zaman. 



HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

$
0
0
UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

HANYA BAYAR RM 1 UNTUK UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN | Bagi korang yang mengikuti perkembangan patik, patik akan melangsungkan majlis pernikahan patik dengan Cik Tunang insyaAllah pada bulan November 2018 nanti. Untuk persiapan kearah itu, beberapa keperluan perlu patik siapkan sebelum tiba waktunya bermula dengan kursus pra-perkahwinan dan kemudian adalah ujian saringan HIV bagi bakal pengantin. 

Sebagai perkongsian kali ini, patik akan kongsikan bagaimana patik melalui langkah-langkah untuk membuat ujian saringan HIV bagi bakal pengantin di Malaysia.

1. BUAT SEMAKAN LOKASI UJIAN SARIANGAN HIV DILAKUKAN

Untuk membuat ujian saringan HIV ini, korang hanya dibenarkan untuk membuat ujian di Klinik Kesihatan dan juga Hospital Kerajaan SAHAJA. Seperti patik yang bermustautin di Bandar Baru Bangi, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi adalah klinik milik kerajaan yang paling dekat dengan kediaman patik. 

Untuk pengetahuan korang, masa untuk ujian saringan berlain mengikut tempat. Seperti di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, mereka hanya membuka laluan bagi ujian saringan HIV bagi bakal pengantin pada hari SELASA-KHAMIS dari JAM 2.00-4.00 petang

Untuk lebih selamat, patik cadangkan korang hubungi tempat ujian pilihan korang terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian saringan HIV atau sebaliknya. 

2. HANYA BAYARAN RM 1 DIPERLUKAN 

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

Sebenarnya patik tidak tahu berapa yuran yang dikenakan untuk ujian saringan HIV ini sebab patik sudah membayangkan ujian ini seperti macam kita buat ujian X-RAY yang akan dikenakan caj sebanyak lebih kurang RM80-RM100 mengikut tempat. 

Tetapi bagi ujian saringan HIV ini, patik hanya dikenakan caj sebanyak RM1 SAHAJA untuk perkhidmatan ini. Ya Allah terkejut patik sebab terlalu murah dan alhamdulillah semuanya mudah. 

Selesai membuat pendaftaran, korang akan diberikan borang dan soal selidik untuk korang isi. Selesai semua borang tadi korang boleh serahkan terus ke bilik mengambil darah untuk ujian dilakukan. 

3. UJIAN SARINGAN HIV

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

Untuk membuat semakan, hanya sedikit darah korang akan diambil dengan menggunakan jarum khas. Tak sakit mana pun, hanya seperti digigit semut api jeee rasa dia. Kemudian darah korang akan diletakkan diatas sejenis alat khas untuk menentukan samada korang adalah negatif atau positif penghidap HIV. 

Ujian ini mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum keputusan dikeluarkan. Korang boleh tunggu diluar sementara keputusan disiapkan oleh petugas perubatan. 

4. KEPUTUSAN UJIAN

Selepas lebih kurang 30 minit, mama korang akan dipanggil oleh staf nurse dimana disini akan menentukan samada korang adalah positif atau negatif kepada HIV. Ya Allah, masa ni patik rasakan bagai menunggu untuk terima keputusan SPM dulu haaa. Tapi alhamdulillah patik telah menerima kertas berwarna merah jambu menandakan itu adalah NEGATIF

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KERAJAAN BAGI BAKAL PENGANTIN

Untuk pengetahuan korang, simbol pada gambar diatas ini akan menentukan samada korang adalah HIV positif atau negatif. Bagi yang HIV negatif, korang dan pasangan boleh pulang selepas mendapat keputusan. Namun jika ada yang HIV positif, kebenaran anda diperlukan untuk membuat ujian pengesahan. Anda juga akan diberikan sesi bimbingan kaunseling dan sebagainya.

Diharap perkongsian patik untuk kali ini berguna untuk korang bakal-bakal pengantin batru yang akan berumahtangga tidak lama lagi. Alhamdulillah semuanya selesai dan masa untuk menyediakan borang nikah dan sebagainya. 

HANANA GROUP SDN BHD ANJUR HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

$
0
0
HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

HANANA GROUP SDN BHD ANJUR HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA | Bagi bakal pengantin yang yang tinggal di sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Bangi, Kajang dan kawasan sekitar yang masih mencari-cari lokasi perkahwinan, patik ada sesuatu perkongsian yang mungkin membantu bagi korang.

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Berlokasi di Ambassador Putrajaya, dewan perkahwinan yang terletak di Presint 15 Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd telah mengadakan Hari Terbuka dan Food Testing untuk bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Patik sempat menyinggah sebentar ke Ambassador Putrajaya dimana disinilah tempat dimana pelbagai majlis yang boleh diadakan disini. Korang sebut jeee bentuk majlis yang boleh dilakukan disini. Semuanya boleh dilakukan disini termasuklah sambutan hari jadi, majlis akikah, majlis keramaian dan apa jua majlis. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Sepanjang majlis Open Day & Food Testing yang dianjurkan oleh syarikat Hanana Group Sdn Bhd tempoh hari, pengunjung diberikan sedikit pengenalan berkenaan pakej yang mereka berikan dan juga diskaun sehingga RM5000 untuk korang yang ingin mengadakan majlis dilokasi mereka. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Makanan yang dihidangkan juga sangat memang cukup rasa bagi patik. Semasa hari kejadian, patik sempat menjamah beberapa menu "signature"mereka seperti kambing bakar, apam balik dan tidak lupa menu lauk pauk meerek yang sangat menyelerakan seperti sambal sotong, ayam goreng berempah dan beberapa menu lain. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Ruang makan yang disediakan disini adalah fully berhawa dingin dan memang selesa untuk majlis korang. Korang tengoklah keadaan seperti yang patik gambarkan didalam gambar ini dimana semuanya telah disusun sedia oleh pihak Hanana Group Sdn Bhd dan secara peribadi ianya memberi kemudahan kepada tuan rumah dimana tuan rumah tidak perlu bersusah payah untuk menyusun dan membuat dekorasi kerana semuanya telah diuruskan oleh mereka. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Untuk pengetahun korang, selain dewan perkahwinan Putrajaya ini, mereka juga sedang dalam menyediakan dewan perkahwinan yang berlokasi di Puchong dan juga dewan perkahwinan di MARDI. 

Dewan perkahwinan Puchong yang diberi nama Lugar De La Boda Garden Wedding ini mengenengahkan konsep 'Garden' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala ala garden (open concept) yang membawa konsept santai dan juga seperti di dalam taman.

Manakala sebuah dewan dibawah pengurusan pihak Hanana Group Sdn Bhd iaitu Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI juga boleh ditempah oleh orang ramai bagi tujuan yang sama. 

HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Apa yang patik boleh katakan, dengan menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd, korang akan dapat kesemua kelebihan termasuklah ruang majlis yang selesa, makanan yang sedap, sistem audio yang lengkap dan juga susuan kerusi meja yang sangat ekslusif. Kiranya korang sebagai tuan rumah tidak perlu pening-pening untuk merancang semua itu kerana Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI sedia berkhidmat untuk majlis korang. 


HARI TERBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Apa pun bagi korang yang masih mencari-cari ruang majlis disekitar Putrajaya, Puchong, Kuala Lumpur, Bangi, Kajang dan sekitarnya, korang boleh menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd ni haaa untuk membuat tempahan lokasi majlis korang. 

Patik yakin mereka akan memberikan semua yang serba lengkap untuk menjadikan majlis korang lebih sempurna dan terbaik demi kemudahan dan keselesaan korang sebagai tuan rumah dan juga tetamu yang datang. 


Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :

Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

$
0
0
PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN, CHINA | Siapa sangka angan-angan untuk patik sampai ke Kunming, Yunan China apabila melihat beberapa rakan patik telah sampai ke Kunming tidak silap patik 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya patik tidak sangkat diberi peluang untuk sampai kesini. Ini semua patik anggap sebagai rezeki terpijak. Jadi untuk entri ini dan seterusnya, patik akan berkongsi pengalaman patik yang telah berada disana untuk 5 hari 4 malam di Kunming, Yunan China.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Sebelum patik berkongsi dengan lebih lanjut, jom patik perkenalkan dimanakah Kunmimg, Yunan, China. Kunming ialah ibu kota Yunnan, China. Jika korang menaiki kapal terbang untuk ke Yunnan, China, korang akan nampak dari tingkap lagi kehijauan bumi Yunnan. Apa yang orang katakan tentang Kunming adalah “Everyday is spring in Kunming”. Kenapa dikatakan begitu? Jom teruskan pembacaan korang. 

PENERBANGAN DENGAN AIR ASIA

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Patik dan beberapa rakan blogger dan media lain telah diterbangkan dengan penerbangan Air Asia, AK101 terus ke Kunming, Yunan, China. Penerbangan kami adalah disebelah petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam membuatkan masa terus hanyut dengan aktiviti tidur jeee. Sedar-sedar pengumuman penyediaan makanan diberikan. Patik telah dihidangkan dengan Lagsana Ayam yang sememangnya kali pertama patik makan. Selalunya Nasi Lemak Pak Nasir akan menjadi pilihan patik, tetapi untuk kali ini patik cuba mengubah rasa tekak.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Sambil makan, sambil sembang-sembang tak sangka masa untuk mendarat di bumi Kunming, Yunan China. Benda yang patik nak rasa adalah rasa suhu sejuk sebab masa kawan patik ke sana, suhu disana adalah sejuk dan berangin dan memerlukan baju sejuk. Patik dah siap dengan koleksi baju-baju sejuk yang cecantik haaa.

Sebelum mendarat, semua penumpang diminta untuk mengisi dokumen perlepasan untuk melepasi halangan pihak kastam di lapangan terbang nanti.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUNMING CHANGSHUI 

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Setibanya di bumi Kunming, Yunan China, benda yang bermain difikiran patik adalah cuaca dan suhu disini. Seperti yang patik sedia maklum, suhu adalah sekitar 23 sehingga 16 darjah selsius bergantung kepada keadaan semasa. Jadi dengan suhu itu patik telah siap sedia dengan beberapa helai pakaian sejuk yang cantik untuk patik gunakan sepanjang penjelanjahan patik disini. 

Selesai semua urusan dengan pihak imigresen dan juga kastam, patik tak sabar untuk keluar daripada lapangan terbang ini. Patik agak kagum dengan keadaan lapangan terbang disini. Terlalu besar dan seakan-akan hebat dengan KLIA2 di Malaysia. Siapa sangka, sebuah ibu negeri kepada Yunan mempunyai lapangan terbang yang sangat hebat dimata patik.

Melangkah keluar dari lapangan menuju ke bas yang menunggu kami, patik dapat rasakan suhu disini sedikit dingin dan rupanya musim yang patik tiba ini adalah musim panas (summer) dan bila dah musim panas, orang gila jeee yang pakai baju sejuk disana sini. Patik mula menyesal sebab bawak sampai 4 helai pakaian sejuk yang kononnya untuk digunakan nanti tapi semuanya hampa. Hahahaha

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Hidup perlu diteruskan dengan senang hati. Mujur ada poket wifi daripada Travel Recommends yang patik sewanya dari Malaysia bagi memudahkan untuk patik berhubung dengan dunia maya patik nanti. Untuk pengetahuan korang, Travel Recommends ini. menyediakan perkhidmatan internet seluruh dunia dengan harga yang berpatutuan. Korang boleh dapatkan maklumat seperti berikut:

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<



THE OLD STREET, KUNMING

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Memandangkan kami tiba di Kunming, Yunan China agak petang, jadi kami hanya sempat melawat tempat yang berdekatan sebelum kami dibawa ke hotel penginapan kami.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Untuk hati pertama, patik dan rakan blogger dan media lain telah dibawa kekawasan yang bagi patik sangat cantik dengan keindahan warisan dan juga budaya iaitu The Old Street, Kunming. Apa yang menariknya disini adalah korang akan melihat lorong yang mana dikiri kanannya adalah bangunan lama yang masih teguh berdiri.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Korang akan dapati setiap ruangan memang cantik untuk diabadikan didalam gambar. Patik dan rakan lain bagaikan terpukau dengan keindahan di The Old Street Kunming ni haaa. Ni belum masuk dengan segala pintu yang cantik, taman-taman yang memang mempersonakan dan semestinya mengundang untuk setiap korang menunggu lama disesuatu tempat.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA
PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Lawatan kami berakhir dengan melawat dikawasan sekitar The Old Street Kunming dan kemudian kami dibawa untuk menikmati makan malam yang sangat dahsyat disebuah restoran halal disini dan akhirnya kami pulang ke hotel untuk berehat.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Hari pertama yang sangat panjang tetapi menarik ini memang memberikan pengalaman menarik ditempat orang. Terima kasih Allah, terima kasih atas peluang ini.

Lepas ni patik akan kongsikan perjalanan hari berikutnya dipenulisan patik selepas ini. Teruskan bersama patik didalam perkongsian patik untuk pengalaman jelajah Kunming, Yunan China.


DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA?

$
0
0
DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA? | Siapa yang tidak kenal dengan susuk entiti yang sangat berpengaruh didalam dunia hiburan di Malaysia iatu Dato AC Mizal memanglah susah patik nak terangkan. Seorang yang patik rasa telah banyak melakukan pelbagai jenis pekerjaan dari mula-mula menyanyi dari tahun 1991 sehingga kini Dato AC Mizal tidak pernah lenyap didalam dunia berita hiburan. 

Korang kalau buka jee TV sudah pasti wajah beliau akan terpampang untuk pelbagai jenis program seperti Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan banyak lagi. Pejam celik usia beliau didalam dunia hiburan sudan menjejak ke angka 27 tahun. Menyanyi, mengacara, berlakon semua telah dilakukan oleh Dato AC Mizal

Terbaru, Dato AC Mizal telah terjun kesatu lagi dunia yang mungkin korang tidak berapa percaya tetapi ianya adalah pasti iaitu dunia penyediaan makanan. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Tempoh hari patik telah sama-sama melihat sendiri majlis mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi bagi sebuah jenama restoran makana yang berkonsepkan makanan Arab dan Itali serta beberapa menu khas terbaik di Malaysia iaitu Pollo Mendi. 

Untuk pengetahuan korang, Pollo Mendi adalah sebuah anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn Bhd dimana mereka mengendalikan Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai cawangan sebanyak 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura. 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.

Penubuhan Pollo Mendi ini bukan sahaja menyedikan menu berkonsepkan "fine cuisine" bukan sahaja sedap tetapi juga telah mendapat pengiktirafan HALAL daripada JAKIM, ianya ditubuhkan untuk menbantu masyarakat diluar sana untuk memiliki perniagaan yang mampu milik.

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Menurut Encik Mohd Fadzil Hashim, pengasas kepada penubuhan Pollo Mendi, idea penubuhan Pollo Mendi ini daripada kesinambungan penubuhan Tadika Brainy Bunch dimana Brainy Bunch merupakan tadika yang pertama di Malaysia yang mempunyai "central kitchen"dimana didapur ini mereka menyediakan menu untuk anak-anak yang belajar di Tadika Brainy Bunch.

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Berbalik daripada "central kitchen" Brainy Bunch Sdn Bhd yang terletak di Puchong yang menjadi pembekal makanan kepada anak-anak yang  ada di Tadika Brainy Bunch, ianya sedikit sebanyak mencetuskan idea untuk menyediakan makanan untuk orang ramai. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Penglibatan Dato AC Mizal selain rakan kongsi, beliau juga terlibat secara langsung didalam memasarkan jenama Pollo Mendi ini kepada masyarakat kerana kita sedia maklum bagaimana berpengaruhnya Dato AC Mizal terhadap komuniti. 

Menurut Dato AC Mizal, beliau tertarik untuk melabur didalam bidang penyediaan makanan ini kerana konsep yang dibawakan oleh Pollo Mendi adalah sangat unik adalah selain menu yang dihidangkan adalah sedap dan juga HALAL, penubuhan Pollo Mendi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera memiliki restoran mewah pada harga yang mampu milik. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA
DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Siapa sangka dengan menggunakan konsep menu sejuk beku ini, korang akan dapati menu yang dihasilkan daripada teknologi tinggi dalam penyediaan makanan ini sama sedap dan sama rasa seperti korang masak dirumah sendiri. Menu seperti Nasi Arab Mendi, Nasi Arab Kambing, dan menu yang bagi patik paling patik gemari adalah Mee  Bandung Daging yang bagi patik ianya adalah memang terbaik.

Sungguh patik tidak sangka yang menu yang disejuk beku ini memang sedap dan memang sangat senang untuk disediakan memandangkan hari ini orang ramai terlalu sibuk dengan kegiatan harian masing-masing. Jadi kewujudan produk sejuk beku ini memang tepat pada masanya.   

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Bagi korang yang ingin mendapatkan menu sejuk beku yang patik ceritakan tadi, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



Kredit foto: www.dikbee.com

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

$
0
0
OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH | Wahai penggemar makanan laut, ni haa patik ada khabaran baru yang mana korang si penggemar makanan laut boleh datang kesini untuk merasai menu makanan laut yang bercitarasa mewah.

Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutung Shah Alam adalah tempat yang patik ingin kongsikan dengan korang semua. Tempoh hari patik dan rakan-rakan patik telah datang ke restoran ini untuk menikmati menu berkonsepkan Shell Out.

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Bila korang masuk jee kedalam restoran ini, korang bagai merasakan korang berada didalam kawasan tepi pantai kerana dekorasi restoran ini memang akan mengundang mood korang seperti berada ditepi pantai. 

APA YANG MENARIK DI RESTORAN OMBAK KITCHEN

Apa yang menarik disini adalah terletak pada menu yang mereka hasilkan. Kesemua makanan laut yang mereka dapatkan adalah segar dari laut. Selain menunya yang segar, penyediaan makanan ini juga adalah secara sihat. Kenapa patik katakan sihat adalah kerana mereka tidak menggunakan sebarang minyak didalam penyediaan menu ini selain makanan lautnya direbus dahulu sebelum disalut dengan perisa yang dikehendaki. 

Terdapat 5 jenis perisa yang korang boleh cuba seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chilli Chocolate, Zesty Lemon Butter with Cheese, Creamy Tom Yam Sauce dan Butter Milk Sauce. Kami telah bersepakat untuk mencuba masakan berperisa Ombak Hot Chili dan juga Butter Milk Sauce

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Ombak Hot Cajun

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Butter Milk Sauce

2 menu ini dikatakan oleh pemilik restoran ini sebagai masakan yang menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menikmati menu makanan laut disini. Menariknya disini, bila korang datang dekat sini, korang tak payah nak berangan menggunakan segala sudu garfu tetapi selayaknya menggunakan tangan untuk makan sama seoerti slogan mereka iaitu "pakai tangan jer....".

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Selain makanan laut yang segar dan dimasak dengan cara yang sihat, Ombak Kitchen mengguanakan beras wangi bagi korang yang ingin menikmati hidangan ini bersama nasi. Patik dah cuba dan sememangnya kombinasi beras wangi dan juga hidangan ini memang sangat kena.

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Uniknya bagi hidangan ini, khabarnya mereka menggunakan herba rempah ratus daripada luar negara seperti herba paprika dan sebagainya tanpa menggunakan herba tempatan bagi penyediaan makanan disini. 

HIDANGAN YANG SEGAR

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH

Apa pun patik sangat berpuas hati dan harga yang ditawarkan juga sesuai dengan kesegaran makanan laut yang dihidangkan kepada kami. Dengan ketam yang hidup dan kemudian dijadikan lauk, sotong yang besar, kupang dan lala serta makanan laut lain.

Selesai menikmati makanan laut yang patik ceritakan tadi, kami seterusnya telah membuat tempahan satu lagi menu aneh danpada rasa patik hidangan ini adalah yang pertama seumpamnya dihidangkan seperti ini. 

OMBAK KITCHEN SHAH ALAM HIDANG MENU MAKANAN LAUT MEWAH
Rainbow Dessert

Kalau dulu korang akan melihat trend makan beralaskan kertas atau plastik hanya untuk hidangan berkosnepkan makanan laut kan? Untuk pengetahuan korang, Ombak Kitchen adaah restoran pertama seumpanya mengetengahkan konsep hidangan pencuci mulut diatas meja. 

Ianya bukan hidangan biasa tetapi hidangan yang direka cantik untuk korang rasai nanti. Dikenali sebagai Rainbow Dessert, pencuci mulut ini ada marshmallow, durian crepe, gula dan manisan dan buah-buahan segar. Patik yakin korang mesti teruja dengan hidangan pencuci mulutyang sememang cantik dan nampak berselera.

Jadi bagi korang yang ingin menikmati hidangan makanan laut segar dan mewah, korang boleh datang sendiri ke Ombak Kitchen Shah Alam yang terletak di bukit Jelutung dan rasa sendiri kenikmatan hidangan mereka disini. 

Untuk lebih informasi, ini patik ada sediakan informasi yang mungkin berguna untuk korang mengetahui lebih lanjut tentang restoran Ombak Kitchen ini. 

OMBAK KITCHEN
[Waze: Ombak Kitchen]
5.G.01, D'Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
 40150 Shah Alam, Selangor


Waktu perniagaan: 
5:00 petang – 12:00 pagi

Telefon: 
03-7734 4699

>>  FACEBOOK | INSTAGRAM <<



INSPITARI 2018 ANJURAN JKKN KUMPUL TARIAN 14 BUAH NEGERI

$
0
0
INSPITARI 2018

INSPITARI 2018 ANJURAN JKKN KUMPUL TARIAN 14 BUAH NEGERI | Progam Inspitari 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya buat julung-juling kalinya ini telah diadakan dipentas bertaraf antarabangsa ini iaitu di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan begitu berjaya tempoh hari. 

INSPITARI 2018

Patik telah sama-sama menyaksikan persembahan mereka untuk dua-dua hari iaitu pada 3 dan 4 September 2018 yang lalu. 

Seperti kebiasaan bagi program Inspitari setiap tahun, Inspitari 2018 kali ini telah menggabungkan tarian bagi setiap negeri di Malaysia dimana program ini adalah program yang dinanti-nantikan oleh semua yang begitu meminati seni dan budaya Malaysia. Begitu juga dengan patik dimana patik telah lama mengosongkan masa patik demi untuk menonton persembahan ini. 

INSPITARI 2018

Untuk pengetahuan korang, program Inspitari 2018 ini buat julung-julung kalinya dilakukan di Istana Budaya dan keunikan persembahan Inspitari 2018 kali ini adalah kerana mereka mengangkat persembahan Mek Mulung dan juga Mak Yong sebagai persembahan utama pada hari pertama dan kedua. Mujur patik datang kedua-dua hari. Jadi dapatlah melihat kesinambungan untuk kedua-dua hari tersebut. 

INSPITARI 2018

Selain persembahan Mek Mulung yang menjadi ikon Negeri Kedah dan juga Mak Yong dari Negeri Kelantan ini telah membuka pentas dengan begitu berjaya. Patik sangat suka kesinambungan yang mereka gabungkan untuk sesebuah persembahan. Ditambah dengan jenaka daripada awang-awang dalam Mek Mulung dan Mak Yong menambahkan lagi seri persembahan tersebut. 

INSPITARI 2018

Untuk pengetahuan korang, 2 hari yang berlangsung mempersembahkan sebanyak 7 buah negeri pada hari pertama dan 7 lagi persembahan pada hari kedua oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian bagi negeri masing-masing disamping terdapat persembahan selingan daripada ASWARA dan juga Kumpulan Kesenian Seni Cemerlang yang memang menghiburkan. Siapa sangka, di Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian yang mungkin tidak pernah kita lihat sebelum ini. 

INSPITARI 2018

Untuk hari pertama terdapat 7 persembahan daripada Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian iaitu dari KK JKKN Terengganu dengan tarian Canggung Dungun, KK JKKN Perak dengan tarian Joget Konda Kondi, KK JKKN Pulau Pinang dengan tarian Lenggok Nyonya, KK JKKN Kelantan dengan tarian Zapin Salor. 

INSPITARI 2018

Kemudian diikuti dengan perembahan tarian daripada kumpulan KK JKKN Negeri Sembilan dengan tarian Adat Bersuarang, KK JKKN Sabah dengan tarian Sua'an Teke dan akhir sekali KK JKKN Kuala Lumpur dengan tarian Jooh Gunak.

Persembahan pada hari pertama diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan PERMATA  dan juga Kumpulan Tari ASWARA.

INSPITARI 2018

Pada hari kedua, patik sempat meluangkan masa untuk menonton sebahagian lagi daripada persembahan pada malam pertama. Orang kata, baik kita tengok secara lengkap baru kita tahu keseluruhan daripada kita tengok separuh-separuh. Jadi jommm kita tonton pada malam kedua.

INSPITARI 2018

Pada malam kedua bagi patik adalah ulangan pada malam pertama untuk persembahan selingan, tetapi yang begitu menarik perhatian patik dan rakan lain adalah persembahan daripada anak-anak kecik PERMATA yang sangat comel membuat gerak tari dan semestinya mereka kelihatan begitu profesional dalam setiap langkah. Memang terbaik. 

INSPITARI 2018

Apa pun pujian harus diberikan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atas penganjuran INSPITARI 2018 dimana bagi patik ia adalah satu platform pengumpulan budaya Malaysia untuk dikenang oleh generasi akan datang. 

Kredit foto: www.dikbee.com

ANTA PERMANA LAGU TERBARU DATO SRI SITI NURHALIZA

$
0
0

ANTA PERMANA LAGU TERBARU DATO SERI SITI NURHALIZA | Siapa penggemar yang sering mengikuti perjalanan karier Dato Sri Siti Nurhaliza sudah tentu perasan beliau ada memuat naik dimedia sosialnya berkenaan lagu terbaru beliau yang agak unik bagi patik bertajuk Anta Permana.


Anta Permana adalah kosa kata daripada arab yang bermaksud "tidak terkira" ini hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Hussaini. Sesuatu buah tangan yang uni dari mereka.

Lirik Lagu Anta Pernama

Komposer & Lirik: Hael Hussaini & Ezra Kong

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Ohhhhh....
Kau tiada pengganti......


Now patik tak sabar untuk menonton muzik video daripada Dato Sri Siti Nurhaliza ini. Patik yakin beliau akan lahirkan sesuatu yang terbaik untuk bahan tontotan umum. Tahniah Dato Sri !!


PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK UNTUK SEORANG SAHABAT

$
0
0
PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK UNTUK SEORANG SAHABAT | Kekangan masa kadangkala membuatkan ingatan kepada seseorang teman, rakan, keluarga atau pasangan akan hilang dan sedikit sebanyak hubungan juga akan dingin atau akhirnya akan berjauhan. Jadi bagaimana untuk mengekalkan hubungan ini? Caranya korang boleh memberikan sedikit kejutan untuk mereka yang korang ingati.

Bila fikir nak buat kejutan ni, patik macam berkira-kira siapa yang membuat perkhidmatan penghantaran kejutan kepada kawan patik yang kebetulan hari lahirnya telah berlalu lama tapi patik tidak sempat untuk celebrate dengan beliau.

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Cari punya cari, patik teringat dengan perkhidmatan penghantaran kejutan yang pernah patik gunakan untuk penghantaran kejutan buat Cik Tunang patik suatu ketika dulu. Tak lain tak bukan, Teddy Prank laaa yang membantu patik merialisasikan permintaan patik.

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Berurusan dengan Teddy Prank ni memang mudah since patik pernah berurusan dengan mereka sebelum ini. Korang akan dilayan dengan memberikan segala alamat dan segala infirmasi penerima dan mereka akan uruskan semua penghantaran.

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Untuk sahabat patik ni, patik telah memilih gubahan coklat since kawan patik ni seorang lelaki dan aneh pulak kalau patik berikan jambangan bunga. Berbaur pula dilihat oleh masyarakat. So kita tambah kegemukkan beliau. 

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Seperti yang dirancang, pihak Teddy Prank terus berurusan mengikut informasi yang telah patik berikan semasa membuat tempahan. Haaaa tergamam nampaknya kawan patik apabila menerima jambangan kejutan yang patik berikan. 

Sebenarnya perkenalan patik dengan beliau ini sangat pelik yang hanya bermula dengan perkenalan di Facebook dan akhirnya bertemu di Terengganu. Kisah perkenalan tu bukan sahaja habis di Terengganu, tetapi beliau telah diminta untuk membuat tugasan di Bangi dan akhirnya kami menjadi kawan rapat dan akhrinya beliau dimurahkan rezeki untuk bertugas di Cyberjaya. 
PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Apa pun patik ucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat patik, Azizan. Semoga terus sukses didalam kerjaya dan diberikan semua yang baik-baik belaka. Terima kasih sebab menjadi kawan patik. Melihat jatuh bangun patik dari dulu masa mula-mula kenalan sehingga sekarang. Sebenarnya patik malu nak kawan dengan ko tapi ko terima patik seadanya. 

PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY MURAH DARIPADA TEDDY PRANK

Terima kasih Teddy Prankatas perkhidmatan pernghantaran kejutan ini. Bagi korang yang sedang mencari-cari perkhidmatan penghantaran kejutan seperti patik ini, korang boleh terus mendapatkan segala informasi seperti berikut. Yang bestnya penghantaran diseluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Haaa sangat mudah kan. 


TELEFON:

🎈 019-7564019
📞 http://www.wasap.my/60197564019


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<

PERKHIDMATAN SEPANTAS 32 SAAT UNTUK TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

$
0
0
PERKHIDMATAN SEPANTAS 32 SAAT UNTUK TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

PERKHIDMATAN SEPANTAS 32 SAAT UNTUK TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE | Korang pernah tak mengalami masalah untuk menempah lori? Nak pindah rumah, nak bawa barang dari 1 tempat ke tempat yang lain kadang kala memerlukan kenderaan yang lebihn besar untuk mengangkut barang korang kan?

TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

Sekarang ni korang tidak perlu risau lagi untuk membuat penghantaran yang jenis besar-besar sebab LALAMOVE telah menambahbaik perkhidmatan mereka dengan mempunyai lori yang korang sekarang ni boleh menghantar barang yang besar dengan mudah. 

TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

Dengan aplikasi LALAMOVE ini korang boleh menempah lori dengan muatan 1 tan dan 3 tan secepat 32 saat masa padanan. Maksud masa padanan yang patik cuba sampaikan ini bermakna apabila korang mula membuat permintaan, masa padanan yang paling cepat yang telah dicatat adalah secepat 32 saat. Nampak ke tidak yang mereka begitu pantas untuk berkhidmat dengan korang. 

TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

Jangan risau kerana lori-lori LALAMOVE ini memang bersedia memberikan khidmat yang terbaik sekaligus memudahkan kerja korang untuk mengangkut barangan yang besar samada barangan rumah, barangan yang korang beli dari pihak luar atau apa jua barang dan mereka ada untuk menyelesaikan perminataan korang. 

Antara kebaikkan sekiranya korang memilih perkhidmatan lori LALAMOVE:

  • Kos efektif: Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3 tan, bergantung kepada jarak 
  • On-demand: Lori-lori boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak 
  • Fleksibel: Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik dengan Lalamove
  • Cekap: Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori Lalamove dan kemudahan untuk          mendapatkan pemandu dalam seminit 
  • Terjamin: Penjejakan GPS di dalam sistem Lalamove untuk tujuan penjejakan barangan korang 
  • Responsif: Sokongan yang berterusan dari pihak Lalamove bagi memastikan semua  penghantaran anda tiba pada masa yang ditetapkan 
  • Pengkhususan perkhidmatan: Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran korang
TEMPAHAN LORI DARI LALAMOVE

Gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM50 untuk penghantaran dengan lori. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh  digunakan untuk penghantaran lori sahaja. 

Bagi korang yang sedang mencari perkhidmatan sewa lori atau mengangkut barang, patik cadangkan korang boleh menggunakan aplikasi LALAMOVE ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmtan ini, ni haa patik kongsikan butiran lanjut untuk memudahkan korang.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK>>

APPLIKASI CANNIS BAKAL TERSENARAI DI NASDAQ

$
0
0


APPLIKASI CANNIS BAKAL TERSENARAI DI NASDAQ  | Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat. Sangat hebat bukan !!


Tempoh hari patik telah turut serta melihat majlis meraikan pengguna aplikasi Cannis ini. Untuk pengetahuan korang, sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. 



Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Ching Eu Boon semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.


Dato Ching Eu Boon juga menambah, pada suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

MOD MAYA-REALITI YANG MENGGABUNGKAN DENGAN MOD O2O


Untuk makluman korang Aplikasi Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

RAKAN STRATEGIK CANNIS


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif, Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.


Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Bagi koorang yang inginkan informasi lajut berkenaan aplikasi Cannis ini, korang boleh dapatkan semuanya seperti berikut:

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


MAKEOVER DEQASA STUDIO ICITY SHAH ALAM SEMPENA BACHELOR PARTY

$
0
0
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

MAKEOVER DEQASA STUDIO ICITY SHAH ALAM SEMPENA BACHELOR PARTY | Sebenarnya perkongsian patik kali ini setelah patik bertukar status daripada bujang kepada suami. Agak sedikit kekok tapi kehidupan berkeluarga kecil mesti patik teruskan dengan gembira. 

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya patik teringin sangat untuk mengadakan majlis seperti "Bachelor Party" yang kebanyakan orang buat untuk mereka yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Begitu juga dengan patik. Patik teringin sangat untuk membuat majlis seperti ini dalam keadaan sederhana. 

Akhirnya patik telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis ini disebuah sudio apartment yang terletak di Shah Alam. DEQASA STUDIO yang terletak dikawasan ICity Shah Alam memang sangat ohsem. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Memasuki unit DEQASA STUDIO ini patik rasa sangat IN dengan jiwa. Unit yang sederhana besar untuk mereka yang baru berkeluarga ini memang sangat cantik persis sebuah hotel yg mewah tetapi harganya sangat berpatutan. Kalau korang stay dekat hotel, harganya pun dah 1 hal. Tapi kalau dekat ini, korang bagaikan dapat sebuah rumah yang sangat lengkap dengan kemudahan seperti penapis air, penapis udara, ruang masak yang sempoi dan juga bilik yang memang selesa.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Unit studio homestay ini mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air yang dikongsi sama. Tu yang patik kata, unit ini amat sesuai bagi korang yang berkeluarga kecil atau datang untuk berbulan madu bersama pasangan korang. Since tujuan patik adalah untuk mengadakan "Bachelor Party" dengan rakan terdekat, jadi unit ini sanagtlah sesuai untuk majlis patik nanti.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Korang boleh lihat sendiri dekorasi bilik mandi yang sangat moden dan juga memang selesa. Patik kalau masuk hotel atau mana-mana lokasi, tandas adalah benda pertama yang akan patik semak sebelum patik menikmati keindahan ruangan lain. Indah dan bersih tandas, maka indahlah kehidupan korang terhadap tempat itu. Hehehee. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Untuk pengetahuan korang, unit studio homestay ini juga memang menyediakan ruang kolam mandi bagi penduduk yang tinggal disini. Jadi kalau korang tinggal di DEQASA STUDIO ini, korang juga boleh merasai untuk mandi dikolam tersebut yang berada ditingkat 1 bangunan tinggi ini. Selain itu pada sebelah malam korang boleh menikmati keindahan ICity Shah Alam yang jaraknya hanya dengan berjalan kaki sahaja. Memang studio homestay ini terletak bersebelahan dengan ICity Shah Alam. 

MAKEOVER DEQASA STUDIO MENJADI RUANGAN SEBUAH MAJLIS "BACHELOR PARTY"


Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Berbalik pada tujuan asal dimana patik teringin sangat untuk adakan majlis "Bachelor Party" ini, DEQASA STUDIO adalah lokasi yang sangat sesuai untuk korang yang ingin membuat majlis yang ringkas tadi meletopp !!

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Naaahhh selepas berjam-jam membuat persiapan, maka ini adalah hasilnya. Berkonsepkan kuning dan patik rasa beruntung kerana dikelilingi kawan-kawan yang sangat membantu dan sangat menyokong dengan apa yang patik inginkan. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Siapa sangka, apa yang patik bayangkan didalam kepala akhirnya terjadi juga dengan segala dekorasi yang bagi patik sangat wowww !! Terima kasih SAHABAT yang sentiasa ada dengan patik. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Memang terserlah dengan hiasan belon helium dan juga gambar-gambar patik dan isteri patik bertebaran disana-sini memenuhi ruang DEQASA STUDIO ni haaaa. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Tak dapat patik nak gambarkan bila semuanya terjadi depan mata. Apa yang patik bayangkan hanya didalam kepala akhirnya muncul depan secara visual. Sangat indah dengan apa yang telah siap.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Alhamdulillah, apa yang patik bayangkan semuanya menjadi kenyataan. Nak merasa orang sambut "Bachelor Party" konsepnya dan sekarang patik sudah rasai. Apa pun patik nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Mek Onie, Khai Artzfar dan juga saka patik, Saliff yang begitu setia dengan patik dari zaman patik bujang sampai patik sudah berumahtangga. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Oh yaaa sekali lagi, bagi korang yang mencari homestay DEQASA STUDIO yang berkonsep "mewah" untuk sebarang majlis peribadi pada harga yang mampu milik, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Telefon / Whasapp:
+6019 647 6200 - Aizul Marcello

>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<



TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS

$
0
0
TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS | Bila sebut taman tema, patik yakin ramai antara korang memang gemarkan taman tema yang ada di Malaysia. Sebut jeee segala jenis taman tema, memang seronok kalau korang datang bersama keluarga lebih-lebih lagi korang yang anak-anak, merekalah orang yang paling seronok.

Malaysia Animation Park Studio (MAPS) Perak adalah sebuah taman tema Malaysia pertama yang memaparkan animasi air tangan anak-anak Malaysia. Jadi, MAPS Perak ini menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, MAPS Perak telah melancarkan tarikan terbaru yang akan diberikan kepada pengunjung iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus. Patik yakin bagi korang yang berkeluarga, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak-anak sangat tertunggu-tunggu tarikan terbaru ini.

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Tempoh hari patik telah sama-sama dengan pihak MAPS Perak bagi sesi pengenalan bagi tarikan terbaharu ini yang akan mula dibuka kepada umum sempena cuti sekolah nanti. Memandangkan cuti sekolah pun bakal tiba, patik rasa perkongsian patik ini akan memberi manfaat kepada korang yang mungkin bercadang-cadang untuk mencari tempat percutian bersama keluarga. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Menurut CEO MAPS Perak, selain berseronok dengan permainan terbaru, korang juga boleh membeli barangan ekslusif daripada Boboiboy yang terdapat hanya di kedai cenderahati Boboiboy Collectible.

Bila dah seronok bermain, korang sudah tentu lapar bukan? Jangan risau kerana kafeteria Boboiboy sedia menghidangkan lebih 20 pilihan buffet untuk pengunjung dan anak-anak yang dibina berhampiran dengan Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus

Patik yakin bagi anak-anak, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot Boboiboy Galaxy dan kawan-kawan kerana maskot ini akan muncul untuk menghiburkan korang sekeluarga disana nanti. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Buat julung-julung kalinya, MAPS Perak akan membawa sebuah pementasan yang bagi patik agak hebat. Dari sebuah filem, ianya dijadikan sebuah teater musikal. Filem Hantu Kak Limah telah diangkat menjadi sebuah pementasan teater yang akan dipentaskan secara ekslusif di MAPS Perak pada bulan Disember 2018 nanti iaitu Hantu Kak Limah The Musical

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Menurut pelakon Filem Hantu Kak Limah, Delimawati, pemenatasan ini akan berlangung pada 24 - 31 Disember 2018 dengan bayaran tiket sebanyak RM90 sekepala termasuk bermain didalam MAPS Perak ini. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Apa pun patik dah rasa tidak sabar untuk melihat pementasan teater Hantu Kak Limah The Musical dan juga bermain Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus di MAPS Perak sempena cuti sekolah dan sehingga hujung tahun ini. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Bagi korang yang ingin berseronok di MAPS Perak, patik cadangkan korang beli terus tiekt dengan konsep kombo kerana ianya lebih murah dan lebih berbaloi daripada korang beli tiket terus dikaunter. Orang kata, nak berhibur kena berhibur secara bijak !! Hehehehe. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Jom korang untuk datang ke MAPS Perak dan rasai sendiri keseronokkan permainan terbaru disana. Bagi korang yang inginkan sebarang informasi tambahan, ini ada patik sediakan link untuk korang dapatkan segala keterangan.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

$
0
0
PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU | Bila sebut Negeri Terengganu, patik sangat suka dengan persekitaran disana. Kalau diberi peluang untuk bercuti, patik lebih seronok untuk memilih Negeri Terengganu sebagai lokasi percutian.

Bila sebut percutian dan Negeri Terengganu, patik teringat yang patik belum kongsikan lokasi percutian yang terdapat di Negeri Terengganu iaitu Resorts World Kijal yang terletak di daerah Dungun Terengganu.

Sebenarnya ini adalah kali pertama patik sampai ke Resorts World Kijal Terengganu. Berbanyak terima kasih patik ucapakan buat rakan blogger patik PenaBerkala kerana mengajak patik untuk sama-sama bercuti disana.

Percutian patik kali ini dibawakan oleh pihak Resorts World Genting dengan menariki kenderaan mereka yang sangat selesa. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam memang menyeronokkan sebab yang joint trip kali ini adalah dikalangan rakan blogger juga. Jadi memang seronokkk sangat !

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Patik sangat suka dengan dekorasi resort ini yang membuatkan patik teringat akan sebuah hotel yang terdapat di Melaka. Bila melihat anjung atap bangunan ini memang sangat menakjubkan. Mana tidaknya kalau korang tengok, bangunan gah ini menggunakan kekisi besi untuk menyambungkan besi-besi menjadi atap. Sangat wowww.

Memasuki bilik tidur patik, patik sangat suka dekorasi bilik ini yang memang berkonsepkan tepi pantai dengan cadar katil yang bermotifkan cengkerang yang berwarna-warni.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU
PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Korang yang datang untuk berbulan madu memang sesuai untuk datang kesini. Bukan sahaja sangat selesa tapi suasananya memang sangat mendamaikan. Patik secara peribadi memang suka dengan dekorasi yang sangat santai dan memang IN laaa dengan konsep pantai. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Beralih kebahagian luar Resorts World Kijal ini, apa yang korang boleh lihat adalah kolam renang yang sangat besar dan memang cantik. Melihat bangunan ini mengingatkan patik dengan sebuah kapal cruise iaitu Superstar Libra Starcruise. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Bila dah berada dipantai, patik rasa sangat rugi kalau korang tidak meluangkan masa untuk lepak-leoak ditepi pantai sambil menghirup udara segar. Memang sangat berlain tau korang lepak ditepi pantai dengan tempat lain. Sapa yang orang kata "orang laut" akan menggemari suasana seperti ini.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Berbalik kepada tujuan patik sampai kesini yang dibawakan oleh Resort World Genting, sebenarnya kami kesini atas tujuan untuk melihat dan berkongsi dengan semua rakan maya apa yang menarik yang korang boleh korang lakukan di Resorts World  Kijal ini.

Untuk pengetahuan korang yang mencari tempat untuk melakukan program "team buiding", patik boleh cadangkan korang boleh datang ke Resorts World Kijal ini kerana mereka memang menyediakan perkhidmatan "team buiding".

Patik sempat mencuba beberapa permaian yang disediakan yang memang agak menguji kesabaran dan yang menariknya semua aktiviti ini dilakukan berhadapan dengan laut. Sejukkk woii mata memandang bila menghadap laut ni.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Bila dah hati tu memang sukakan laut, setiap inci nak diabadikan didalam gambar. Mujur laa 2 manusia ni jenis yang suka melayan dan sama naik bergambar disana sini. Memang cantik laaa pantai dipersisiran Resorts World Kijal ni haa. 

Selain aktiviti "team buiding" yang korang boleh lakukan disana, mereka juga menyediakan aktiviti selain itu seperti aktiviti menanam telur penyu dan juga melepaskan anak penyu kelaut. 

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Patik sempat merasai pengalaman melepaskan anak penyu keluat. Ya ampunnn sangat comel anak-anak penyu yang kecil ini dan terbayang dikepala patik bagaimana mereka ni bila berada dilautan yang luas.

PERTAMA KALI DI RESORTS WORLD KIJAL TERENGGANU

Apa pun pengalaman yang seronok yang akan patik tinggalkan didalam blog maya ini untuk perkongsian korang nanti. Bukan sahaja bilik yang indah, fasiliti terbaik, makan yang sedap dan segalanya bagi patik adalah cukup untuk korang datang menginap di Resorts World Kijal, Terengganu ini. 



Ini ada sedikit video yang patik ambil daripada channel You Tube Pena Berkala untuk korang dapat gambaran secara jelas bagaimana aktiviti yang kami lakukan disana.

Bagi korang yang terasa nak menginap di Resorts World Awana Genting, Terengganu ini, ini ada informasi yang mungkin berguna untuk korang.


Resorts World Kijal,
KM 28, 24210, Jalan Kemaman,
Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100, Kijal Terengganu, Malaysia






Selamat bercuti!



KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

$
0
0
KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL | Bila bercakap pasal Koir Kebangsaan Malaysia, patik kalau boleh tidak akan melepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka. Sebenarnya patik telah dengar kehebatan lantunan suara daripada kumpulan ini agak lama tapi patik buat pertama kali menonton persembahan mereka semasa mereka mengadakan konsert CLASSIQUE pada tahun 2014 [Baca disini].

Sejak pada itu, sekiranya kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia membuat persembahan patik akan cuba untuk menontonnya secara langsung. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Baru-baru ini patik dan rakan blogger lain berpeluang menonton Konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang bertemakan 9 Koleksi Terunggul yang telah diadakan di Auditorium Perdana , RTM Angkasapuri KL. Ini merupakan persembahan yang ditonton oleh isteri patik setelah kami bernikah. Hehehhe

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Konsert 9 Koleksi Terunggul ini menghimpunkan konsert yang telah dilakukan oleh kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia bermula tahun 2009 sehingga 2017. Jadi konsert pada tahun 2018 ini adalah untuk melestarikan muzik koral tempatan ke peringkat yang lebih tinggi melalui gabungan karya lagu terbaik hasil susunan komposer tempatan yang mendapat tempat dihati masyarakat. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Untuk Konsert 9 Koleksi Terunggul ini, mereka akan mendendangkan lagu terpilih dalam siri konsert yang pernah Koir Kebangsaan Malaysia lakukan seperti In Love With Peace (2009, 2010, 2011), Dri (2010, 2012), No Wrong Notes (2011), Kembara Muzikal Teater & Filem (2013), Classique (2014), In Love With Rock (2015, 4th Bali International Choir Festival (2015), Wajah (2016) dan WARNA (2017)

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Sebanyak 21 buah lagu telah dipersembahkan kepada pengemar irama koir termasuklah lagu popular tempatan dan luar negara dibawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat dengan membawa pelbagai genre seperti acapella, rock, pop, pop rock, balada, tradisional, latin dan hindi.

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Siapa sangka sebuah karya tradisional Mek Mulung, Datuk Syafinaz Selamat telah mengilhamkan "Song Cycle" yang menggabungkan irama tradisi dan juga elemen klasik barat yang sangat menakjubkan bagi patik bila mendengarnya. Memang sangat unik bila 2 elemen ini bergabung. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Yang menarik bagi konsert kali ini, segmen "Pak Ngah Dalam Kenangan" turut diselitkan dimana didalam segmen ini, karya terbaik Pak Ngah yang telah menjuarai kategori Irama Malaysia melalui 3 lagunya iaitu Cindai, Manira dan Dondang Dendang telah ditarikan oleh Permata Seni Tari dan 2 buah lagu telah didendangkan Alif dan Wawa, artis budaya JKKN dengan lagu Dikir Puteri dan Bergending Dang Dong.

Seperti biasa persembahan daripada Permata Seni Tari adalah persembahan terbaik yang patik suka tengok. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Konsort 9 Koleksi Terunggul ini boleh ditonton pada 24 November 2018 dan juga 8 Disember 2018 nanti.  

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Sekali lagi patik ucapkan tahniah dan penghargaan kepada kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia kerana begitu komited dengan persembahan dan memberikan persembahan yang bagi patik TERBAIK dan sangat menghiburkan dengan tarian selain alunan suara yang sangat harmoni. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Secara keseluruhan, patik sangat-sangat berpuas hati dan sangat seronok menonton Konsert 9 Koleksi Terunggul daripada Koir Kebangsaan Malaysia ini. Bagi korang yang ingin menonton semula, korang boleh tonton Konsert 9 Koleksi Terunggul ini pada 24 November 2018 dan juga 8 Disember 2018 di RTM.

Terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atas kesempatan dan peluang untuk menonton bagi menonton persembahan yang sangat hebat ini. 

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE

$
0
0
SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE | Betul orang kata, alam perkahwinan memang indah belaka. Mana tidaknya kalau dulu kita seorang tetapi sekarang kita sudah ada peneman dirumah dan dimana sahaja. Sebut sahaja perkahwinan, semua orang akan mengatakan betapa gembiranya bila kita berumahtangga kerana semuanya tiada halangan.

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE
Gambar sekadar hiasan
Bila sebut perkahwinan, patik yakin korang yang sudah berkahwin ni kan akan menikmati keseronokkan berumahtangga. Maaf sekiranya penulisan patik kali ini agak berbaur lucah kerana kalau patik berselindung bahasa, korang akan benak bahasa dan tidak faham bahasa dengan penggunakan perkataan yang cuba patik sorok.

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE

Lumrah bagi pasangan yang sudah berumahtangga untuk melakukan hubungan kelamin bersama pasangan mereka. Itu adalah normal bagi pasangan berumah tangga. Yang tidak normalnya apabila ada kes yang pernah patik terbaca apabila si suami mempunyai keinginan seperti seekor kuda yang orang kata "membantai" isteri tanpa rasa belas kasihan dan penuh kasih sayang.

Patik pun baru jeee menjengah kealam rumah tangga dan bila nak "meminta" tu, mintalah dengan kasih sayang dan bukan jenis arahan. Benda kita nak pakai lama kan. Jadi bertimbang rasalah dengan pasangan kita. 

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE

Patik penah terbaca ada pasangan yang berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai suami yang bersifat buas, ganas apabila berada diranjang. Ada sang suami meminta sampaikan si isteri tidak larat untuk memenuhi permintaan si suami yang meminta bagai tiada istilah esok untuk mereka dapat "kesedapan" suami isteri itu. Akibat daripada perbuatan yang memaksa itu menyebabkan masalah kelamin si isteri yang menyebabkan kecederaan pada alat sulit dan menyebabkan sakit-sakit.

Selepas mengetahui kes seperti ini yang dikatakan sehingga membawa kemudaratan fizikal dan mental, rupanya pihak wanita punya hak dalam mendapatkan keadilan dimana "perpisahan" boleh dilakukan mengikut syarak tetapi beberape prosedur perlu dilakukan sebelum terjatuhnya talak antara pasangan. Itu hak yang perlu kaum wanita pertahankan.

Pendapat peribadi:

SUAMI BERNAFSU KUDA, ISTERI BOLEH TUNTUT KEADILAN - PEGUAM SYARIE
Gambar sekadar hiasan
Pada pendapat patik sebagai orang baru dalam dunia rumahtangga ni, kesefahaman, komunikasi, belas ihsan itu sangat penting kerana bagi patik isteri kita sepatutnya dilayan seperti manusia dan bukan seperti sebuah patung yang tiada nyawa. Bila dapat "balun" habis naik lunyai dibuatnya haaaa. Itu sangat tidak baik layanan seperti itu.

Sayangi isteri, berikan kasih sayang dan layani kaum wanita dengan kelembutan dan bukan diberikan kekasaran dan bertindak diluar kawalan kepada mereka kerana mereka berhak untuk mendapat kesempurnaan terhadap seorang lelaki. 

Apa yang patik kongsikan ini adalah sekadar pendapat patik jee tau. Lebih baik korang yag mengalami masalah seperti ini boleh dapatkan nasihat dan konsultansi daripada Peguam Syarie yang lebih pakar sebab kes-kes macam ni yang bagi patik agak rumit dan merangkumi undang-undang dan hukum syarak. Kalau korang nak terus bertanyakan soalan pertanyaan, boleh terus 


Telefon/ Whatsapp:
+6012 6676200 
Faiz Adnan
-Peguam Syarie-

Website:


MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

$
0
0
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018 | Bila sebut pameran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) patik yakin korang akan terbayangkan kemeriahan lokasi yang bernama MAEPS yang terletak Serdang Selangor. Lokasi dimana berhimpunnya pelbagai aktiviti yang berlangsung disana.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Seperti tahun ini MAHA 2018 kembali lagi dan patik seperti biasa akan cuba melawat ke tapak lokasi MAHA 2018. Untuk ke MAHA 2018, patik cadangkan korang datang awal untuk berebut parking dengan pengunjung yang lain. Patik bersama isteri yang buat pertama kali sampai ke MAHA ini sudah terpacak seawal 9.45 pagi.

Seperti yang dijangk,trafik untuk masuk kedalam MAEPS Serdang agak sesak dengan pengunjung yang sama-sama ingin melihat sendiri apa yang menariknya MAHA kali ini.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Siapa yang biasa dengan MAHA, terdapat banyak laman yang mempamerkan setiap aktiviti pertanian dan penternakkan di Malaysia seperti Laman Padi, Laman Ternakan dan pelbagai jenis laman yang ada di MAHA 2018. 

Patik sempat berkunjung ke Dewan A dimana khabarnya terdapat ruang pameran milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang begitu sinonim dengan aktiviti penanaman padi di negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Untuk pengetahuan korang, MADA ni salah satu agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi kluster Agro Pelancongan sempena MAHA 2018 kali ni. Selain dari kluster Agro Pelancongan, MADA juga terlibat dalam menjayakan Laman Padi dan Pavillion Negeri.

Untuk edisi kali ini, MADA tampil dengan keunikkan dimana mereka telah membawa Kampung Pulau Pisang datang terus ke MAHA 2018. Kenapa Kampung Pulau Pisang ini menjadi pilihan berbanding kampung-kampung lain?

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Kampung Pulau Pisang ni sebenarnya merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Kalau korang nak tahu, Kampung Pulau Pisang ni sekarang telah menjadi  lokasi inap desa dimana pelancong atau pengunjung boleh datang kesini dan menginap ala-ala bertemakan desa. Haaa seronok bukan?

Yang menariknya, pakej inap desa kat sini sebab kita boleh tinggal dalam rumah yang unik dengan senibina Melayu dan berlatar belakangkan sawah padi. Bukan menginap dan menghayati pemandangan bendang je tapi pengunjung kat sini boleh jugak turut sama melakukan pelbagai aktiviti pertanian yang dijalankan.

Ok berbalik pada MAHA 2018, patik agak terkesima kerana korang akan dapati sebuah perkampungan yang seperti sebuah perkampungan tersergam indah ditengah-tengah Dewan A yang dimilik oleh MADA sendiri.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Disini korang jangan aneh yee kerana ruang-ruang disini telah diberi nama sempena nama yang sangat sinonim dengan Negeri Kedah sendiri sepertgi Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang. Wah memang meriah!

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Dekat Gelanggang Pantai Merdeka ini terdapat pelbagai aktivit yang korang dan keluarga boleh lakukan seperti memanah, mewarna dan macam-macam lagi. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Di  Warung Ulu Sedaka ini korang boleh dapatkan pelbagai menu tradisi masyarakat Kedah seperti Kuih Serabai, Pulut Mangga, Pulut Pekasam dan bermacam menu lain yang sangat dekat dengan masyarakat Negeri Kedah.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Wakaf Mahsuri pula menyediakan ruang dimana korang boleh dapatkan pelbagai produk perubatan yang sangat sinonim dengan Pulau Langkawi seperti minyak gamat dan pelbagai produk lain. Korang yang sakit-sakit kaki ke bolehlah datang ke Wakaf Mahsuri ini untuk mendapatkan perkhidmatan urutan. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Sebenarnya banyak lagi ruang pameran MADA di Kampung Pulau Pisang ini yang patik yakin korang akan seronok untuk berada disini. Patik sempat meluangkan masa lebih kurang 3, 4 jam disini dengan melakukan pelbagai aktiviti dan juga bermain dengan binatang yang dipamerkan di Kampung Pulau Pisang ini. 

KHEMAH AGROTRADE 1

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Berdekatan dengan Dewan A, korang boleh masuk ke Khemah Agrotread 1, kerana disana korang boleh melihat ramai pengusahan perniagaan kecilan dibawah selaiaan MADA membuaka gerai jualan mereka masing-masing.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Bagi korang yang datang kesana, sila bersiap sedia kerana setiap booth akan menghampiri korang dengan produk makanan mereka masing-masing sebagai perasa sebelum korang membuat keputusan samada membeli atau tidak produk-produk mereka. 


LAMAN PADI

Selesai membeli belah di Khemah Agrotread 1, patik sempat ke Laman padi. Untuk pengetahuan korang, Laman padi juga dibawah seliaan MADA ini memperkenalkan kepada pengunjung aktiviti penenaman padi, penjagaan padi dan juga apa-apa berkenaan dengan penghasilan beras kepada pengunjung. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Patik dan rakan lain sempat melihat sendiri cara pihak MADA membantu para penanam padi dari pelbagai segi termasuklah khidmat nasihat penanamn dan juga bekalan benih dan baja yang baik supaya penghasilan padi yang baik dapat dijana dan sekaligus menaikkan jumlah hasil padi untuk pasaran tempatan dan juga eksport luar. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Di Laman Padi ini juga patik belajar sesuatu dari sebuah muzium padi yang dibina disana. Penyakit padi, bagaimana padi disemai sehinggalah dituai dan bermacam-macam ilmu yang patik rasa dapat patik pelajari. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Apa pun patik puas pusing-pusing MAHA 2018 walaupun masa agak mencemburui dan ruang MAHA 2018 yang sangat luas, tapi niat patik untuk melihat keunikkan MADA di MAHA 2018 sangat wowww.

Semoga MADA tampil dengan idea-idea yang menarik dan lebih segar bersesuaian dengan keadaan semasa yang inginkan sesuatu yang indah dan segar.

Jadi korang yang belum sempat datang ke MAHA 2018 lagi, jemputlah datang dan lihatlah sendiri kehebatan Kampung Pulau Pisang di Dewan A, MAEPS Serdang sehingga 2 Disember 2018.

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

$
0
0
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES | Bila sebut bisnes dan media sosial, orang pernah tanya patik tentang kepentingan media sosial untuk bisnes. Bagi patik secara peribadi, patik akui media sosial sangat-sangat membantu didalam memperkenalkan produk bisnes kepada masyarakat. 

Lazim mengetahui kuasa media sosial sekarang ini sangat hebat dimana semua orang hari ini menggunakan media sosial didalam kegiatan harian. Facebook, Instagram, Twitter adalah medium utama orang menggunakannya. 

KENAPA PENTINGNYA MEDIA SOSIAL?

1. Tarik Pelanggan

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Percaya atau tidak kuasa media sosial hari ini boleh menarik pelanggan dengan mudah. Dengan menggunakan gambaran iklan yang menarik dan juga ayat penerangan produk yang jelas, produk korang mudah untuk mendapat tempat dihati pelanggan diluar sana dan mudah untuk tarik pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk korang

Bila sudah dapat menarik minat orang terhadap produk kita, korang sudah boleh mengumpul sasaran pelanggan yang korang inginkan. 

2. Komunikasi Dua Hala Lebih Efektif

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Yang bagusnya media sosial untuk bisnes korang adalah korang boleh menggunakan medium tersebut untuk berkomunikasi dengan lebih efektif. Sebagai contoh sekiranya pelanggan ingin mengetahui produk korang, komunikasi penerangan adalah lebih mudah dan korang tidak perlu berjumpa dengan pelanggan secara berdepan dan bagi patik teknik ini adalah lebih baik dan memudahkan kedua-dua belah pihak. 

3. Akses Mudah

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Seperti yang patik terangkan dari awal, media sosial ini sangat mudah. Mana tidaknya. Korang boleh akses apa yang korang inginkan dimana dan pada bila-bila masa sahaja. Patik yakin semua orang didunia umumnya dan Malaysia khasnya mempunyai media sosial tidak kira Facebook, Instagram atau Twitter. Jadi tiada istilah TIDAK TAHU atau TIDAK BOLEH TENGOK informasi dengan hanya dihujung jari. 

Mudah kan dengan adanya media sosial didalam bisnes? Bukan dapat informasi jeee. Proses jual beli juga mudah. hehehe

4. Sebaran Maklumat

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Selain mempromiskan produk perniagaan korang secara langsung. Korang juga boleh menggunakan kuasa media sosial untuk menyebarkan maklumat tambahan. 

Sebagai contoh korang menjual produk kesihatan menggunakan daun kunyit. Korang boleh kongsikan kehebatan daun kunyit didalam kehidupan korang dan sambil-sambil tu korang boleh selitkan kehebatan produk korang yang menggunakan daun kunyit sebagai bahan pembuatan. 

5. Kos Pemasaran Rendah

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Percaya atau tidak, kos pemasaran untuk bisnes adalah sangat murah dengan menggunakan medium media sosial didalam memperkenalkan produk korang. Apa yang penting korang kena menggunakan media sosial ini pada masa tertentu dan pada target market yang betul supaya korang dapat menjual produk korang tepat pada orangnya.

Banyak teknik promote bisnes di Instagram yang boleh korang aplikasi kan dalam bisnes korang seperti pa

PENGLIBATAN DENGAN MEDIA SOSIAL

Sebenarnya patik juga telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama yang menggunakan patik sebagai medium pengantara bagi memperomosikan produk mereka. Ini adalah diantara jenama yang pernah bekerjasama dengan patik bagi memberi pengenalan produk kepada umum.

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Tidak kira produk korang itu baru atau telah lama dipasaran, kuasa media sosial memang sangat-sangat membantu dan boleh memberi impak kepada perniagaan korang samada jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Jadi bagi patik media sosial memang adalah suatu medium terbaru untuk para peniaga atau sesiapa sahaja memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat. 

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Kalau semua langkah yang patik kongsikan ni agak membebankan korang para peniaga, patik nk cadangkan korang dengan REKAMOTION. Korang pernah dengar tak REKAMOTION? REKAMOTION adalah salah satu agensi digital milik bumiputera di Malaysia yang menyediakan servis pengiklanan dan pemasaran digital termasuklah di media sosial.

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL UNTUK BISNES

Perkhidmatan mereka termasuklah memberi khidmat promosi bisnes melalui influencers dan bloggers atau servis Instagram Ads & Facebook Ads juga dikendalikan oleh Rekamotion. Servis lain yang disediakan oleh Rekamotion ialah website design, corporate branding, graphic design, infographic, poster, Augmented Reality & Virtual Reality. 

REKAMOTION

Telefon:
03-76240836

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

Viewing all 468 articles
Browse latest View live