Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

$
0
0
 WANITA BERWAJAH PERSIS BARBIE DOLL MASUK PASAR

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBIE DOLL MASUK PASAR | Agak-agak bagaimana perasaan korang bila ternampak seorang wanita berwajah persis Barbie Doll masuk kedalam pasar untuk membeli barang dapur? Mesti menjadi suatu keanehan pada hidup korang kan? hahahaha.

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Itulah yang patik lihat apabila melihat satu post instagram daripada seseorang yang bernama @izubielazaffmarekan apabila dengan beraninya mengenakan pakaian berbaju labuci berona hitam dan dipadankan dengan skirt tutu berwarna pink dan ditambahkan dengan perincian bebola pelangi  ke Pasar Besar Awam TTDI (Taman Tun Dr Ismail) menjadikan penampilan Izubiela Rasi atau Bella, 29 menjadi bahan tontonan kepadanya malah ada yang memberikan respon pandangan yang agak aneh. 


Apa yang patik lihat pada video yang berdurasi  1 minit yang dimuat naik di akaun Instagram milik wanita berwajah seakan Barbie Doll, beliau turut disapa beberapa peniaga di pasar berkenaan yang begitu terkesima dengan penampilan beliau bilamana dengan beraninya berpenampilan sedemikian. 

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Apa yang menariknya, skrit kembang berwarna pink lembut yang diperincikan dengan bebola pelangi itu yang dikenakan oleh Bella ini adalah salah satu koleksi #poparteikl rekaan tukang jahit tersohor Malaysia iaitu Ezuwan Ismail, yang khabarnya telah dipersembahkan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018, Ogos lalu. Ko ade baju designer bawa masuk pasar?!

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Bagi mereka yang mungkin pernah nampak wajah Bella yang merupakan pemilik produk Putih Gebu DBella ini yang pernah tular menerusi artikel terbitan akhbar Metro Ahad yang bertajuk "Susuk 1 Juta"yang telah terbitnya pada 14 Oktober lalu. 

Bila ditanya kenapa berpakaian sedemikian ke pasar awam tu? Beliau menjelaskan sebenarnya beliau ada urusan lain selepas itu dikawasan sekitar pusat membeli-belah berdekatan selain ingin melihat reaksi orang ramai bila ke pasar dengan berpakaian glamor seperti itu. Jadi memang benarlah ianya ternyata seakan pelik dan tak kurang juga minta untuk bergambar bersama. 

WANITA BERWAJAH PERSIS BARBY DOLL MASUK PASAR

Walau bagaimanapun, Bellaakui dia gemar berfesyen dan tidak pernah keluar rumah tanpa mengenakan solekan atau dalam keadaan tidak bersiap. Apa yang melucukan, ada segelintir netizen tidak boleh menerima baik caranya berpakaian ke pasar sehingga dikecam ‘over’. Bagi patik 

Apa pun patik suka melihat keanehan yang ditunjukan oleh Bella dan apa yang boleh patik katakan, Bella sikit pun tidak melatah dengan apa yang beliau hadapi dan menganggap semua ini adalah sebagai pelangkap dalam sebuah kehidupan. 


PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA DI VIETNAM, YOODO ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA !!

$
0
0
ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

PENYOKONG BOLA SEPAK MALAYSIA DI VIETNAM, YOODO ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA !! | Bersempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki dimana Harimau Malaya dari Malaysia dan juga pasukan Naga Emas dari Vietnam, patik ingin kongsikan kepada korang yang Yoodo telah memberi keistimewaan dimana bagi penyokong Malaysia yang kini berada di Vietnam, korang boleh menggunakan roaming secara PERCUMA selama 2 hari sepanjang berada di sana.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Dengan add-on Yoodo’s Roam Like Home Plus, korang yang berada di Vietnam akan mendapat 2 hari bonus untuk roaming tanpa caj atau lebih mesra dipanggil PERCUMA apabila berada disana nanti. Ianya bermula dari Jumaat (14 Disember) hingga Sabtu (15 Disember). Jadinya korang boleh mendapatkan perhubungan selama 2 hari secara PERCUMA

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Untuk mendapatkan keistimewaan ini, pengguna Yoodo hanya perlu mengaktifkan pass dari aplikasi Yoodo dengan memilih Vietnam sebagai destinasi pilihan dan menikmati roaming antarabangsa secara PERCUMA selama 48 jam. Setiap pas 24 jam perlu diaktifkan secara berasingan semasa lawatan mereka dengan syarat mereka mempunyai pelan Yoodo tempatan yang aktif.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan ini, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata jenama itu gembira dengan prospek Malaysia merangkul trofi berprestij itu dan dengan senang hati berkongsi keseronokan dengan memberi promosi istimewa seperti ini. “Ketika pengguna Yoodo berada di Stadium Nasional Mỹ Đình untuk menyaksikan perlawanan akhir yang mendebarkan antara Malaysia dan Vietnam, mereka kini mempunyai sebab lain untuk meraikan dengan adanya roaming antarabangsa percuma,” katanya.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Beliau juga menambah bahawa Roam Like Home Plus adalah ciri baru yang dilancarkan untuk penggunanya. Roam Like Home Plus adalah pelan unik yang membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan harga RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini meliputi 53 negara.

ROAMING PERCUMA BAGI PENGGUNA YOODO

Akhir kata TAHNIAH buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya sampai ke perlawanan akhir dan semoga Piala AFF Suzuki berjaya dibawa pulang ke Malaysia selepas perlawanan esok. Bagi penyokong yang berada di Vietnam, rebutlah peluang ini kerana ianya PERCUMA ok !!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi roamingPERCUMA ini korang boleh layari website dibawah ini.

>> WEBSITE<<

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

$
0
0
MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN | Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Apa kata patik cadangkan korang untuk datang ke Tapak Ekspo Bandar Dato Onn kerana Johor Land Berhad (JLand) menganjurkan Festival JLand 2018 @Bandar Dato Onn bermula14 hingga 16 Disember 2018.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Untuk pengetahuan korang Festival yang bertemakan "Raikan Kemeriahan, Lestari Kehidupan" ini bertujuan untuk mempromosikan produk hartanah dan kawasan kediaman yang dibangunkan oleh JLand selain menjadi platform membina membina hubungan dengan pelanggan setia syarikat serta jaringan sosial dan profesional dikalangan ageni kerajaan berkaitan,pihak swasta dan juga masyarakat.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Festival tersebut juga diadakan sempena meraikan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Johor Corporation. Pengunjung boleh hadir seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Banyak rupanya pengisian yang mereka terapkan sepanjang program ini antaranya adalah pameran dari syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Johor Specialist Hospital dan  Waqaf An-Nur Corporation Berhad; serta agensi kerajaan dan swasta termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia, Proton Edar Sdn Bhd dan Jalen Distributors Sdn Bhd.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Selain pameran yang menarik, festival tersebut turut menekankan kepada majlis ilmu dengan slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana. 

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Yang menariknya Festival JLand 2018 ini, pelbagai aktiviti menarik dan unik untuk seisi keluarga turut diadakan seperti belon udara panas, e-Sports Challenge, Green Run dan jualan Food Truck. Pada masa sama, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah selain turut membuat penampilan khas maskot Angry Birds Activity Park serta Didi & Friends buat pengunjung kanak-kanak.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Pada sebelah malanya pula, korang berpeluang untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan korang seperti Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah dalam Konsert Festival JLand. Jadi apa tunggu lagi, luangkan masa korang untuk datang ke Festival JLand 2018 sehingga Ahad nanti.

MENARIKNYA FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn, sila layari laman Facebook rasmi Festival JLand 2018 atau hubungi talian 07-2221767.

PENGALAMAN MELANCONG DI VIETNAM KINI MUDAH DENGAN FAYFAY.COM

$
0
0
PENGALAMAN MELANCONG DI VIETNAM KINI MUDAH DENGAN FAYFAY.COM

PENGALAMAN MELANCONG DI VIETNAM KINI MUDAH DENGAN FAYFAY.COM | Bila sebut Vietnam patik sudah membayangkan beberapa tempat menarik seperti Ho Chi Minh atau pun Hanoi. Bila cerita dengan kawan-kawan yang suka travel ni, Vietnam adalah antara lokasi menarik yang boleh kita lawati bersama keluarga atau pasangan. 

PENGALAMAN MELANCONG DI VIETNAM KINI MUDAH DENGAN FAYFAY.COM

Berbalik kisah melancong ke Vietnam, seorang rakan blogger patik telah berkongsi dengan patik berkenaan wujudnya sebuah website yang memudahkan sekiranya korang ingin melancong ke Vietnam. Fayfay.com adalah website yang patik maksudkan. Fayfay.com merupakan sebuah platform e-dagang bersepadu khusus yang menawarkan pengalaman pelancongan di Vietnam kini dilancarkan di Malaysia bersandarkan kepada permintaan pengembara yang tinggi di negara ini.

PENGALAMAN MELANCONG DI VIETNAM KINI MUDAH DENGAN FAYFAY.COM

Pengasas kepada portal ini, Kingston Lai berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk memperkenalkan portal ini di pasaran lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan menjelang tahun depan. Beliau berkata lagi, pertumbuhan dalam sektor ekonomi digital di rantau Asia Tenggara menjadikan pihaknya melihat ia sebagai peluang untuk memperkenalkan platform kembara ini.

Siapa sangka dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, portal ini menerima kira-kira 400,000 kunjungan pelawat yang merancang untuk melancong ke Vietnam. Peningkatan pelancong Malaysia ke Vietnam antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Jadi pilihan untuk melancarkan portal ini di negara ini adalah tepat,” katanya pada majlis pelancaran Fayfay.com di sini, semalam. Portal berkenaan bukan saja menawarkan pelancongnan ke destinasi utama seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, malah ia meliputi semua destinasi dan bandar di Vietnam.

Tambahan lain di website Fayfay.com menawarkan pelbagai tawaran pakej kembara dan pelancongan di Vietnam dan ia adalah pusat sehenti bagi mereka yang ingin mencari kesesuaian dalam perancangan untuk melancong di negara terbabit.

Bagi korang yang bercadang-cadang untuk melnacong ke Vietnam, Fayfay.com memberi pilihan kepada korang untuk meneroka lokasi lain seperti di Dalat, Mui Ne, Phuo Quoc, Ninh Binh dan Hoi An.

Secara peribadi bagi patik, ianya adalah sebuah website yang sangat membantu mereka-mereka yang ingin melawat ke Negara Vietnam dengan mudah. Mana tidaknya bila patik buka jee websita dia sudah tertera segala apa yang perlu seperti penyediaan visa, tempat menarik, lokasi penginapan dan juga pengankutan yang memudahkan korang disana.

Jadi apa tunggu lagi. Lawati www.fayfay.com untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan negara indah Vietnam

BAGAIMANA NAK DAPATKAN GIGI YANG CANTIK? KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL TEMPATNYA

$
0
0

BAGAIMANA NAK DAPATKAN GIGI YANG CANTIK? KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL TEMPATNYA | Betul orang kata, keadaan gigi sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk keperibadian orang. Cuba bayangkan apabila korang memiliki wajah yang cantik tetapi mempunyai masalah terhadap gigi samada keadaan gigi yang tidak tersusun betul, warna yang tidak cantik atau gigi yang sepatutunya nampak dek masyarakat telah tiada ditempatnya. Ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan keyakinan korang untuk berhadapan dengan hinaan maysarakat bukan?

Berbalik isu yang patik kongsikan tadi, bagaimana nak dapatkan gigi yang cantik?  Please tolong beri perhatikan kepada gigi korang. Kerana gigi akan memberi perspektif yang sangat hebat kepada orang lain. 

Untuk perkongsian kali ini, patik ingin berkongsi bagaimana nak dapatkan gigi yang cantik. Jom teruskan pembacaan korang.

1. BERUS GIGI DENGAN DISIPLIN


Dengan memberus gigi secara kerap dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan korang rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.

Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Itu sudah memadai. Paling penting, sebelum tidur jadikan rutin untuk memberus gigi kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.

2. GUNAKAN PENCUCI MULUT YANG BERFLORIDA


Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.

Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

3. JAGA PEMAKANAN


Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.

Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

4. BUAT PEMERIKSAAN GIGI SECARA BERKALA


Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.


Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul.



Berbalik kepada pemilihan doktor gigi yang betul, patik sekarang ni memang setia dengan Klinik Pergigian Qaseh Dental yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.


Ramai orang menganggap berjumpa dengan doktor adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Yaaa itu patik akui semasa patik dialam kanak-kanak. Teringat bila van Klinik Kesihatan Kerajaan memasuki ruangan sekolah, jantung patik adalah organ yang paling aktif bekerja mengepam darah. 


Kenapa patik memilih Qaseh Dental ini adalah kerana tempatnya yang sangat selesa dan tidak terlalu kelihatan seperti sebuah klinik. Itu sedikit sebanyak membuang persepsi patik terhadap klinik gigi yang tradisional. 


Klinik yang dikendalikan oleh Dr. Norhuda Daud ini bukan sahaja menawarkan rawatan pemutihan gigi, bahkan pelbagai rawatan estetik pergigian yang lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung).


Dibuka pada setiap hari termasuk cuti kelepasan am (secara temujanji), Klinik Pergigian Qaseh Dental menjanjikan harga rawatan yang cukup kompetitif. Sebut harga diberikan sebelum pelanggan memulakan rawatan dan ini bermakna tiada caj tambahan atau caj tersembunyi yang akan dikenakan sebaik proses rawatan berakhir.

Yang menariknya, pada setiap Rabu korang boleh melakukan pemeriksaan gigi secara PERCUMA. Sambil menunggu untuk sesi temujanji, korang boleh menggunakan kemudahan WiFi dan juga hidangan minuman ringan untuk sebagai menggunakan masa terluang. 


Secara keseluruhan, patik memang berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian di Qaseh Dental ini bermula dari penerimaan sebagai pesakit sehinggalah proses consultancy, pemeriksaan sehinggalah ke proses yang sepatutnya. Apa yang patik perasan, doktor disini bukan seperti "kemaruk duit". Sekiranya rawatan itu tidak perlu dilakukan mereka tidak akan lakukan sehingga menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Yeaayy itu best !!


Bagi korang yang tinggal disekitar Bandar Baru Untuk temujanji dan info lanjut mengenai rawatan-rawatan yang disediakan, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut. 

Klinik Pergigian Qaseh Dental 
 21 GF Seri Bangi,
Jalan 8/35, Seksyen 8
43650Bandar Baru Bangi

TELEFON:
03-89127609
013-9927609


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

LIRIK LAGU AIDA JEBAT - TEMBERANG

$
0
0

LIRIK LAGU AIDA JEBAT - TEMBERANG | Hangat diperkatakan tentang lagu terbaru daripada Ayda Jebat ini cuba meniru K-Pop tapi akhirnya ada berbaur konsep dangdut didalamnya. Even banyak kata-kata yang patik dengar dengan penampilan terbaru daripada Ayda Jebat terhadap lagi baru ini, patik suka dengan konsep dan juga melodi lagu ini. Senang untuk didengari dan sangat mesra telinga. Itu yang lebih penting.


Bila menonton video klip yang sudah dilancarkan di YouTube, patik sangat suka dengan konsep yang dibawakan. Sangat menarik dan juga sangat berwarna warni. Patik sangat gemar dengan warna-warna yang ditonjolkan didalam muzik video tersebut. 


Lirik Lagu Aida Jebat - Temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku apa kau mahu
Mahu diriku dekat-dekat tapi engkau malu
Katakan saja ku yang kau punya
Janji bahagia jangan biar tunggu lama-lama

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam-malam ku mimpi kan kamu

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang


Apa pun tahniah buat Ayda Jebat untuk perlancaran lagu terbaru beliau bertajuk Temberang ini. Semoga dengan terlancarnya lagu baru ini akan memberi kelebihan kepada Ayda Jebat untuk pergi lebih jauh didalam industri ini. 

MASALAH KENCING TIDAK LAWAS? JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU

$
0
0
JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS

MASALAH KENCING TIDAK LAWAS? JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU | Tidak ramai yang mengetahui ramai masyarakat kita yang mengalami masalah kencing tidak lawas. Ianya lebih ketara dikalangan lelaki berbanding wanita. 

Patik ada terbaca melalui carian di Google mengatakan, anggaran sebanyak 30-40% lelaki mengalami masalah ini. Risiko mendapat gejala ini bertambah dengan peningkatan umur seseorang. Jadi golongan lelaki perlu mengambil langkah pencegahan dari mengalami masalah kencing tidak lawas ini. 
JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
Jadi sebagai langkah pencegahan, patik telah diperkenalkan oleh rakan mengenai Jus Glamohealth yang khabarnya boleh membantu mereka yang mengalamai masalah kencing tidak lawas. Sebenarnya Jus Glamohealth ni bukan sahaja membantu mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas, tetapi banyak lagi kebaikan yang boleh dibantu.

JUS GLAMOHEALTH

Jus Glamohealth ini adalah sejenis minuman tambahan yang diakstrak daripada buah lemon, ubi bit merah, daun dukung anak, selasih, madu, kurma, buah delima, daun durian belanda dan daun pegaga. Campuran semua ekstrak ini boleh membantu menangani masalah kencing tidak lawas. Selain boleh membantu masalah kencing tidak lawas, Jus Glamoheath ini boleh membantu masalah lain seperti masalah batu karang, mengawal darah tinggi, melegakan pedih hulu hati dan banyak lagi.

JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
Kira ini adalah rawatan alternatif untuk merawat segala penyakit yang patik sebut diatas tu haa. Nak kata ajaib tu, patik tengok sudah ramai yang memberi respon positif terhadap produk kesihatan ini dan apa kata kita cuba dan kita rasa sendiri keberkesanan Jus Glamohealth ini.

Hmmm nampaknya ianya memang sangat semulajadi dan patik sendiri sudah ada sebotol dirumah untuk patik amalkan sendiri. Orang kata, jangan dengar kata orang. Baik kita cuba sebotol untuk mengetahui kesan pada badan sendiri. Cara untuk mengamalkan Jus Glomahealth ini adalah: 

  1. Mulakan dengan Bismillah dan niat untuk kesembuhan, minum dalam keadaan duduk (lebih baik) sebelum tidur.
  2. Jangan minum air sejam sebelum dan selepas ambil Jus Glamohealth
  3. Tidur seperti biasa.
  4. Minum air yang banyak pada keesokan hari seelok-eloknya sebanyak 4 Liter.
  5. Ulang sehingga 14 hari berturut atau sehingga batu karang keluar melalui saluran kencing atau apapun masalah penyakit yang dihadapi mulai susut. 
Apa pun patik ingin sarankan disini, Jus Glomahealth ini adalah sebagai produk alternatif dan bukan produk ajaib. Jika istiqomah didalam penggunaan dan berharap kesihatan yang baik, insyaAllah kita akan diberikan yang terbaik.

JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
JUS GLAMOHEALTH BOLEH MEMBANTU MASALAH KENCING TIDAK LAWAS
Bagi mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas dan ingin mencuba Jus Glamohealth ini, patik sarankan korang untuk mendapatkan informasi seperti tertera:


GLAMOHEALTH CUSTOMER SERVICE
012-226 6953
013-691 8656

Email:
glamohealth@gmail.com

>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM<<









KAYA DUNIA, KAYA AKHIRAT? JOM "KUMPUL HARTA" DUNIA & AKHIRAT DI BEANAHOMEQURAN

$
0
0
Kelas Mengaji BeanaHomeQuran

KAYA DUNIA, KAYA AKHIRAT? JOM "KUMPUL HARTA" DUNIA & AKHIRAT DI BEANAHOMEQURAN | Bila sebut kumpul harta dunia & akhirat pada suatu masa, patik rasa semua orang pasti inginkan benda yang sama. Harta dunia ni kita kumpul untuk kelangsungan hidup dan harta akhirat ni kita kumpul untuk kehidupan disana nanti. Tapi kalau dapat keseimbangan itu yang lebih seronok kann. Hehehe 

Kelas Mengaji BeanaHomeQuran

Korang yang ingin "kumpul harta" dunia sambil-sambil mengumpul harta akhirat, BeanaHomeQuran khabarnya sedang mencari tutor yang boleh mengajar mengaji secara SEPARUH MASA. Sebenarnya sebelum patik kongsikan kepada korang tentang BeanaHomeQuran ni, patik sempat laa singgah ke website mereka di www.beanahomequran.com sebab nak tengok bagaimana website ini beerfungsi. 
Kelas Mengaji BeanaHomeQuran
Sekali buka wesbite dia memang wowwww. Siapa sangka sekarang ni nak buat tempahan orang mengajar mengaji pun hanya dengan menggunakan website. Memang sangat mengikut arus kemodenan hari ini laa diorang ni haa. 

SKOP KERJA SEBAGAI TUTOR MENGAJI DI BEANAHOMEQURAN

Ok berbalik kepada pencarian tutor mengaji, pihak BeanaHomeQuran begitu teliti dalam pencarian tenaga pengajar disini. Mereka mencari korang diluar sana yang boleh mengajar bagi kelas-kelas berikut:

  1. Kelas Asas Al-Quran dan Asas Fardhu Ain
  2. Kelas Asas Hafazan
  3. Mengajar Dalam BM atau BI
  4. Mengajar Kelas Advance
Kelas Mengaji BeanaHomeQuran

Penekanan mereka adalah dalam kelompok yang kecil kerana bagi BeanaHomeQuran, mereka lebih gemarkan pengajaran yang berkonsep fokus kepada pelajar. Jadi bagi pandangan patik kelas seperti ini memang sesuai untuk mereka tidak kira tua atau muda untuk mula belajar mengaji dan disinilah tempat yang patik rasa sesuai untuk korang bermula proses mengaji. 

KELAYAKAN MENJADI TENAGA PENGAJAR DI BEANAHOMEQURAN

Kelas Mengaji BeanaHomeQuran

Bagi korang yang mencari peluang pekerjaan tidak kira korang yang masih bergelar pelajar IPT atau yang baru sahaja tamat belajar atau korang yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar SEPARUH MASA di BeanaHomeQuran, korang boleh memohon untuk menjadi tenaga pengajar dengan kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 20 tahun ke atas
  3. Memiliki sekurang-kurangnya diploma pengajian islam atau apa-apa sijil yang diiktiraf
  4. Mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
  5. Memiliki kenderaan untuk memudahkan pergerakan
  6. Memiliki telefon bimbit
Kelas Mengaji BeanaHomeQuran

Menariknya bagi korang yang menjadi tenaga pengajar di BeanaHomeQuran, korang akan menerima elaun mengajar sebanyak RM30/SEJAM selain akan menerima beberapa keistimewaan lain seperti:

  1. Anda berhak menyusun jadual kerja anda sendir
  2. Bekerja dengan waktu yang fleksible
  3. Mengajar disekitar tempat anda sahaja KL/SELANGOR/PUTRAJAYA SAHAJA
  4. Elaun yang lumayan
  5. Reward Tutor Bulanan
  6. Latihan dan konsultansi diberikan
  7. Penyata elaun disediakan
  8. Insentif BELIAN KERETA& MENUNAIKAN UMRAH
Haaa nampak betapa menarik bukan keistimewaan sekiranya korang menjadi keluarga BeanaHomeQuran.

Jadi bagi korang diluar sana yang mencari peluang menjadi tenaga pengajar disini, korang boleh dapatkan segala informasi seperti yang tertera dibawah ini.

TELEFON:
011-3739 190 (Cik Sofea)

EMAIL:
info.beanahomequran@gmail.com

Atau korang boleh melihat segala keterangan berkenaan BeanaHomeQuran ini di sosial media mereka seperti tertera:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE<<



Kredit foto: www.bebelancikmin.com



VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 ANJURAN PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA (MVM) MERIAH !!

$
0
0
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 ANJURAN PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA (MVM) MERIAH !! | Bila sebut persatuan sukarelawan yang ada di Malaysia, patik yakin korang mesti mengenali banyak nama-nama persatuan di Malaysia. Tapi adakah korang kenal Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)?

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) ini bertindak sebagai platform membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim, belia malah peniaga kecilan. Kiranya MVM bertindak sebagai pusat sehenti bagi membantu menyalurkan bantuan kepada orang ramai.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Tempoh hari, patik telah berkesempatan ke majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA) yang telah diadakan dengan meriahnya di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang . Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 dan juga memberi penghargaan kepada sukarelawan, keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan rakan Media yang telah memberi sokongan penuh kepada pembangunan jenama MVM.

PENGISIAN MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

Pelbagai acara menarik yang disusun baik sepanjang majlis berlangsung. Untuk permulaan, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden MVM, Encik Muhammad bin Jantan dan sekaligus merasmikan VAA 2018. Yang menariknya, Encik Muhammad telah memperkenalkan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM. Nampak agak menarik selepas mendengar informasi yang diberikan oleh Encik Muhammad itu.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)


PUSAT TUISYEN SALAM

Pusat Tuisyen Salam merupakan satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi.

SUMBANGAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM AUTO DEBIT

Sistem Auto debit pula merupakan salah satu alternatif lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation.

PROJEK #PENAMVM

Projek #PenaMVM pula merupakan satu projek penulisan bagi mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.

KEMUNCAK MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sebagai kemuncak kepada majlis ini adalah majlis penyampaian anugerah kepada mereka yang berjasa kepada pertubuhan ini. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Selain itu, 5 anugerah khas telah diberikan kepada sukarelawan yang begitu komited didalam kerja yang dilakukan, keluarga asnaf MVM dan anugerah Sukarelawan MVM iaitu anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sambil-sambil melihat penerima anugerah, majlis ini tidak lupa bagi mereka yang tidak bernasib baik di Syria sana. Dengan itu mereka telah melancarkan kutipan yang dinamakan slot “5 minutes that counts” di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0. Pada penghujung majlis, dana yang berjaya dikumpulkan pada malam VAA 2018 ini telah mencapai RM4,755.70. 

PERSEMBAHAN ARTIS DI MAJLIS VAA 2018

Bagi memeriahkan malam VAA 2018, artis popular seperti Lah Ahmad dan juga Kumpulan INTEAM tampil memeriahkan majlis pada malam tersebut. 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Sesiapa yang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Lah Ahmad& Kumpulan INTEAM pasti boleh menyanyi bersama lagu-lagu alunan mereka. Meriah sangat malam tersebut. 

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM)

Apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) kerana menjemput patik dan rakan blogger lain ke majlis yang indah ini. Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertubuhan ini dan ingin memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini, berikut adalah infromasi yang boleh korang gunakan. 

Email: 
salam@mvm.org.my

Telefon: 
+603-8074 0434

Alamat: 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, 
Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor

Akaun Sumbangan:
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER<<


MINUMAN TENAGA TURBO 3 MILIK AZLAN (TYPEWRITER) DILANCARKAN DENGAN MERIAH

$
0
0
MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

MINUMAN TENAGA TURBO 3 MILIK AZLAN (TYPEWRITER) DILANCARKAN DENGAN MERIAH | Bila sebut minuman tenaga yang berada dipasaran hari ini patik yakin korang boleh senaraikan beberapa jenama yang menjadi kelaziman kita meminumnya.

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Tapi korang tahu atau tidak produk minuman tenaga daripada anak Malaysia sendiri? Haaa ni haa patik nak perkenalkan dengan korang minuman tenaga yang baru dilancarkan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi iaitu Turbo 3.

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Tempoh hari patik telah sama-sama hadir ke majlis pelancaran minuman tenaga baharu dan juga pelancaran musik video untuk minuman tenaga ini serta lagu terbaru daripada Azlan (Typewriter) yang berlokasi di WOW KL.

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Untuk pengetahuan korang minuman tenaga Turbo 3 ini dikeluarkan oleh Azlan (Typewriter) menerusi syarikat Maxfinity Ventures (M) Sdn Bhd dimana ianya bertindak sebagai memberi tenaga pantas kepada orang ramai yang meminumnya. 

Ilham untuk melancarkan minuman tenaga Turbo 3 ini adalah kerana masih kurang orang tempatan kita menghasilkan minuman tenaga dan baginya ianya suatu peluang untuk menghasilkan dengan citarasa Malaysia sendiri. 

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Apa yang patik maklum, minuman ini telah menjalani penyelidikan selama 3 tahun sebelum Azlan (Typewriter) membuat keputusan untuk melancarkannya pada hari ini dan ianya adalah produk 100% produk keluaran anak tempatan.

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Didalam majlis ini juga, Azlan (Typewriter) juga melancarkan lagu baharu ciptaannya sendiri dengan bantuan komposer Manusia Putih yang berjudul Kukuh dan juga musik video Turbo 3 kolaborasi bersama King Lotha. Pelancaran ini telah dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perlancongan) YBhg Dato Haslina Abdul Majid.

MINUMAN TENAGA TURBO 3 DILANCARKAN

Apa pun patik telah rasa sendiri minuman tenaga ini dan yeesss sedap dan memang membari tenaga selepas meminumnya. Turbo 3 ini boleh didapati di kedai-kedai runcit, shopping mart dan hypermarket di seluruh negara pada harga RM3.50 - RM3.80 setin yang bersaiz 325 ml

Untuk lebih informasi mengenai minuma tenaga Turbo 3 ini, koran boleh dapatkannnya seperti berikut: 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA SEDIA KONSEP DALAM TAMAN

$
0
0
EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA

EVENT SPACE DI PUCHONG: LUGAR DE LA BODA SEDIA KONSEP MAJLIS DALAM TAMAN | Bila menyinggah ke lokasi majlis perkahwinan ni haa, patik mesti teringat zaman-zaman patik dan isteri bersanding. Masa patik tu, patik lebih senang menggunakan khidmat semuanya didalam 1 harga. Dewan, pelamin, makan tetamu, menu makan beradap, DJ semuanya diuruskan oleh pihak dewan. 

Patik masih ingat lagi zaman-zaman abang patik nak nak buat majlis perkahwinan. Semuanya  dilakukan sendiri dan tempahan secara berasingan. Pelamin lain, khemah lain, makan lain. Haaa kan susah kan dan mungkin akan memakan bajet yang berlebihan.

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Alhamdulillah tahun demi tahun, patik perasan sekarang ni sudah banyak event space yang boleh kita lakukan pelbagai majlis termasuklah majlis perkahwinan termasuklah yang terbaru yang sempat patik hadir tempoh hari yang terletak di Puchong, iaitu Lugar De La Boda

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Untuk pengetahuan korang. Lugar De La Boda merupakan lokasi event space terbaru milik Hanana Group Sdb Bhd dimana sebelum ini mereka telah melancarkan event space yang terdapat di Putrajaya diberi nama Ambassador Putrajaya. Atas permintaan ramai lokasi kedua yang terletak di Puchong ini telah dirasmikan dengan meriah.

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Berlainan dengan Ambassador Putrajaya yang lebih kepada dekorasi moden, Lugar De La Boda ini menekankan konsep terbuka dan disuntik elemen taman didalamnya. Kiranya kalau korang menempah sebarang majlis disini, korang akan dapat pakej lengkap bagai membuat majlis didalam sebuah taman yang indah.  

PERASMIAN EVENT SPACE LUGAR DE LA BODA DAN SESI FOOD TESTING 


LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Pengumuman perasmian event space Lugar De La Boda, Puchong ini telah disempurnakan oleh pemilik Hanan Group Sdn Bhd iaitu Puan Norazlin Abdul Ghafar dan juga diraikan oleh ibu dan ayah serta keluarga yang sangat menyokong perniagaan pengurusan majlis ini.

Bercakap mengenai menu yang ditawarkan disini, patik sangat berpuas hati dengan menu utamayang dihidangkan dan juga menu tambahan lain yang disusun dengan konsep gerai-gerai disekeliling dewan makan mengikut permintaan pengunjung. 

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG
LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Menu seperti sambal sotong dan juga daging masak hitam mereka menjadi kegemaran patik bila setiap kali kalau pihak Hanana Group Sdn Bhd menjemput patik ke majlis food testing mereka. 

Gerai yang disedikan adalah menu tambahan kepada menu utama. Menu seperti kambing bakar, apam balik, ayam potong, char kuaw tiaw, kuih muih dan menu lain akan disediakan bergantung kepada tambahan didalam pakej yang disediakan oleh pihak Hanana Group Sdn Bhd

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG


Apa pun tahniah patik ucapkan kepada Puan Norazlin Abdul Ghafar atas kejayaan pembukaan Lugar De La Boda, Puchong iaitu cawangan kedua event space selepas Ambassador Putrajaya. Patik dan rakan lain tumpang bangga dengan kejayaan ini. 

LUGAR DE LA BODA EVENT SPACE DI PUCHONG

Jadi bagi korang sekitar Puchong yang ingin mencari space event untuk majlis perkahwinan atau apa jua majlis, korang boleh datang terus kesini atau korang boleh gunakan informasi yang diberikan dibawah bagi tujuan tempahan. 

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4
Lake Vista, 47100 Puchong
Selangor Daruk Ehsan

Pejabat Urusan:
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak
Persiaran Diplomatik Presint 15
62050 Putrajaya

Tempahan / Contact Person:
Farah 016-6700 457
Hanis 016-6700 752
Rezza 016-6700 473
Liana 016-4318 434


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU? INI JAWAPANNYA

$
0
0
SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TIDAK BEST UNTUK BERBULAN MADU? | Sebagai pengantin yang boleh patik so called "Pengantin Baru", setelah banyak duit dah kehabisan sepanjang majlis yang berlangsung, kini adalah masa untuk mencari duit kembali. Jadi cara untuk bermanja berdua adalah mencari tempat yang mampu milik untuk kali lepak santai bersama.

Tempat yang paling dekat bagi patik adalah Kuala Lumpur. Siapa kata Kuala Lumpur tak best untuk meluangkan masa bersama isteri kan??

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Tempoh hari patik telah merancang dengan isteri patik untuk meluangkan masa untuk check in di  hotel dibwah seliaan Zenrooms yang terletak di Expressionz By KL Suite yang khabarnya berlatar belakang bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan juga KLCC. Sangat mudah hanya buat tempahan dengan menggunakan laman web mereka jeee dan masa untuk patik tinggal disana.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Setiba dibilik yang patik telah tempah, ianya sangatlah diluar jangkaan patik. Bagi korang yang biasa menggunakan perkhidmatan Zenrooms, mereka menyediakan penginapan bagi mereka yang gemarkan konsep santai dan lebih kepada traveler dan bagi patik dengan harga yang sangat murah, patik dapat bilik yang sangat hebat dan sangat mewah. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU
SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Bilik yang patik tempah ini bukan sekadar bilik biasa tetapi korang tengoklah apa yang sedang patik kongsikan ini. Ruang bilik yang luas dan juga ruang tandas yang sangat selesa dan dekorasi yang kelihatan bukan bilik "bajet".

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Berkonsepkan ruang bilik yang minimalis menjadikan bilik yang patik tempah ini luas dan tidak mengganggu ruang bilik lain. Kiranya kalau korang nak meluangkan masa berdua dengan pasangan korang, ruangan ini sangat sesuai dengan korang. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Yang bestnya, bila korang mengadap kelluar jendela, korang boleh melihat pemandangan KLCC dan juga Menara Kuala Lumpur dengan jelas. Memang sangat indah. Patik dan isteri sangat suka dengan persekitaran ini. 

Berbalik pada konsep percutian patik yang singkat ini, patik mencadangkan kepada isteri patik yang konsep percutian kita kali ini adalan 100% menggunakan kenderaan awam. Jadi kami menggunakan LRT, Monorel dan juga GRAB untuk memudahkan perjalanan kami. 

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Patik masih teringat yang patik pernah berjanji dengan isteri patik bila kita sudah menjadi suami isteri, patik nak bawa beliau pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur kerana beliau tidak pernah meluangkan masa untuk melihat Kuala Lumpur pada waktu malam. Maklumlah masa sebelum kahwin, orang kata tidak manis bawa anak dara orang keluar sampai lewat malam dan malam ini patik telah melunaskan apa yang pernah patik janji.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Benda pertama yang isteri patik nak lihat adalah River of Life yang memang cantik disepanjang sungai yang telah dinaik taraf menjadi cantik pada waktu malam. Mana tidaknya, korang boleh melihat air pancut dan juga betapa warna-warninya disepanjang sungai ini.

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Selain meronda di River of Life, kami sempat meluangkan masa untuk ke Dataran Merdeka secara dekat. Kemain suka isteri patik bila berpeluang untuk sampai ke Dataran Merdeka yang selalunya kita hanya akan lalu jee sekiranya untuk masuk ke Kuala Lumpur

SIAPA KATA KUALA LUMPUR TAK BEST UNTUK BERBULAN MADU

Apa pun yang boleh patik katakan, tidak salah untuk meluangkan masa ke Kuala Lumpur dan melihat sendiri apa yang menarik yang ada di dalam Kuala Lumpur itu sendiri. Sekali lagi terima kasih kepada Zenrooms kerana memyediakan penginapan yang sangat selesa pada harga yang sangat murah. 

Siapa kata Kuala Lumpur tak best untuk berbulan madu? Datang sendiri dan korang akan alami keindahan Bandaraya Kuala Lumpur yang indah. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK? INI PENJELASANNYA

$
0
0
SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK? INI PENJELASANNYA | Bila tiba jee musim cuti, patik yakin korang mesti berangan-angan nak ke mana-mana kan macam nak ke Turki, Europe, Australia, Bali. Tapi patik nak tanya laaa, berapa ramai antara kita yang ada angan-angan nak bercuti dalam Malaysia? Hahahahaha

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Haa ni patik nak khabar kat korang semua yang dekat Ipoh, Perak ni ada satu tempat yang menarik untuk korang bawa family atau bersama rakan taulan pergi bercuti. Kat mana tu agak-agak korang? Sudah semestinya Lost World of Tambun yee kawan-kawan.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Sebenarnya banyak best places to visit in Malaysia dan Lost World of Tambun ni adalah salah satu lokasi menarik yang korang dan keluarga boleh luangkan masa. Didalamnya terdapat taman tema, hotel dan juga kolam air panas didalam satu tempat. Pakej kan? So kat Lost World of Tambun ni ada banyak jenis theme park, antaranya ialah Lost World Water Park, untuk korang nak bermandi manda kan. Bila sebut kolam mandi, sudah tentu ada etika pakaian untuk menjaga hygiene, yela kan banyak penyakit yang berjangkit melalui air tapi disebabkan pihak pengurusan sini peka dengan kesihatan pengunjung yang datang untuk bersuka ria disini.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Jadi jom bawalah anak-anak kecik korang enjoy kat taman tema ni. Bukan anak kecil, patik yang besar ni pun suka dengan taman ini. Selain ombak buatan, Adventure river, Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer, dan juga Tube Raider. Ni semua nama-nama tempat yang ada dalam wet park ni yang korang boleh explore. Konsep dia mandi dan enjoy. Hahaha. Ombak buatan tu kadang-kadang boleh naik sampai 3 kaki tinggi so korang cuba bayangkan yeee dan sudah semestinya korang boleh surf sekali bagi yang jenis suka meluncur air.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Bagi korang genmarkan taman tema yang kering, patik boleh cadangkan dekat korang Lost World Amusement Park. Walaupun korang minat taman tema basah, korang boleh juga berseronok ditaman ini. Dekat sini sesuai untuk bawa budak-budak sebab didalamnya terdapat Adventure Express, keretapi yang boleh bawa anak-anak korang pusing-pusing satu taman.

Setiap theme park mesti ada roller coaster so kat sini juga ada roller coaster yang pertama kat Perak yang korang boleh cuba, namanya Lupe’s Adventure. And of course mesti ada kuda mainan yang pusing-pusing biasa korang nampak kat mana-mana theme park dan fun fair or even kat shopping complex, Perak Parade.

Ada banyak lagi yang korang boleh naik, agak adventure sikit macam Stormrider, Giddy Galleon, dan Dragon Flight. Terbaik kannnn. Haunted Chambers pun ada untuk yang minat nak menakutkan diri atau menjerit terkejut. Haha. 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Lost World Tin Valley pula merupakan tempat yang penuh dengan cerita sejarah. Perlombongan timah adalah salah satu industri tertua di Malaya dan Ipoh "The City that Tin Built", menjadi titik pertemuan dan pusat komersil Lembah Kinta. Kat sini korang boleh belajar banyak benda macam sejarah pasal perlombongan bijih timah. Kan banyak dalam buku sejarah dulu yang penjajah datang ke Tanah Melayu masa tu sebab nak cari bijih timah. Korang boleh juga belajar pasal cara-cara nak mencari bijih timah dengan mendulang. Aku promise it would be great experience for u guys.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Ada tak peminat harimau kat sini? Mesti la ramai kan, kita kan Harimau Malaya punya fans. Hahaha. Bagi yang tak kenal tu start la tengok game bola Malaysia ya. Baru tau siapa tu Harimau Malaya. Hehehe. So kat sini jugak ada Lost World Tiger Valley, ada Siberian Tiger yang korang boleh tengok. Yang bestnya korang boleh tengok trainer kat sini bagi makan kat Harimau tu. Baru korang tau tinggi rendah langit kan. Aummm. Selain harimau ada jugak binatang lain kat Lost World Petting Zoo. Ada lebih kurang 55 jenis binatang yang korang boleh tengok, and bagi makan sekali. Interesting kan? 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Bagi korang yang sukakan alam, Lost World Adventure Park adalah lokasi yang sesuai boleh patik cadangkan. Korang boleh buat aktiviti-aktiviti berkonsepkan teamwork. Kat sini ada 6th Mile Tunnel, Zip Line, Kayak Mania, dan korang boleh jugak camping. And ada juga a few games sesuai untuk aktiviti ramai-ramai. Great place kalau nak buat Teambulding punya program. Waktu malam pulak korang jangan risau, still ada aktiviti untuk korang.

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Lost World Hot Spring Night Park, tempat yang paling seronok masa waktu malam. Masa ni la korang boleh berendam dalam kolam air panas, bagus untuk kesihatan. Sangat cantik, dengan pencahayaan lampu yang berwarna-warni membuatkan korang tak sunyi sepanjang korang bersantai sambil berendam. 

SERONOK KE BERCUTI DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

So The Lost World of Tambun ini adalah lokasi yang terbaik untuk korang luangkan masa samada bersama rakan taulan ataupun bersama keluarga. Jadi apa kata jom ke Lost World of Tambun, Ipoh Perak.



RUHAINIES KINI DUTA PRODUK KOREA GUERISSON

$
0
0

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK KOREA GUERISSON | Bila sebut produk kosmetik daripada Korea, ramai rakan patik sangat bersetuju bahawa produk kosmetik yang dihasilkan disana adalah sangat terbaik untuk kegunaan kita masyarakat Malaysia. Sebutkan jee jenama apa, pasti ramai yang percaya pada jenama dari Korea ini.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Terbaru produk Guerisson dari Korea ini telah masuk ke pasaran Malaysia dengan melantik Ruhainies sebagai duta untuk jenama ini. Patik sempat singgah ke SaSa IOI City Mall, Putrajaya untuk melihat secara dekat produk ini.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Siapa tidak kenal dengan pelakon popular yang sangat meningkat naik iaitu Ruhainies. Selepas Guerisson melantik pelakon popular Korea iaitu Lee Kwangsoo, Ruhainies pula telah diangkat sebagai duta Guerison di Malaysia. Bertuahnya Ruhainies ni, kerana ini merupakan kali pertama jenama produk kecantikan Korea yang popular melantik artis Malaysia sebagai duta mereka.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Untuk pengetahuan korang, kedai kosmetik SaSa merupakan outlet tunggal untuk mengedarkan produk daripada Guerisson ini dan terbaru mereka telah memperkenalkan kepada hadirin yang datang adalah Bright Me Cream yang khabarnya boleh memberi impak pemutihan dengan kadar segera. 

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Apa yang patik perasan, solekan sederhana Korea merupakan trend terkini yang popular. Sesetengah rakyat Malaysia menggunakan solekan yang tebal dan tidak mampu melindungi kecelaan kulit wajah mereka. Oleh itu, kami syorkan Guerisson iaitu jenama produk kecantikan yang popular di Korea untuk rakyat Malaysia memiliki kulit yang cantik seperti warga Korea. Apa yang penting adalah penjagaan kulit yang baik untuk menikmati kehalusan kulit seperti mereka.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Pelantikan duta Malaysia merupakan pencapaian industri kecantikan Korea. Objektif YIT dan Claires Korea melantik Ruhainies sebagai duta Guerisson selepas Lee Kwangsoo bertujuan menyebarkan mesej bahawa warga Malaysia juga boleh memiliki kulit yang cantik seperti warga Korea, dan kepentingan penjagaan kulit yang baik. 

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Kini, solekan sederhana Korea adalah trend yang popular, tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak berani mencuba solekan sederhana ini disebabkan keadaan kulit mereka. Guerisson adalah pilihan produk yang terbaik untuk membantu memperbaiki keadaan kulit anda. Walau bagaimanapun, cara penggunaan produk yang betul juga amat penting, kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan produk itu.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Apa pun tahniah patik ucapkan kepada Ruhainies atas lantikan sebagai duta produk Guerisson dan tahniah kepada Guerisson atas kemunculan produk Bright Me Cream mereka yang terbaru.

RUHAINIES KINI DUTA PRODUK GUERISSON

Bagi korang yang ingin mencuba rangkian produk Guerisson ini, korang boleh datang ke SaSa Outlet untuk mendapatkan produk ini dengan harga promosi khabarnya sedang berlangsung.

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

$
0
0
KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD | Seronok bila melihat msjlis perkahwinan yang ada tema. Patik masih ingat lagi majlis persandingan patik yang bertemakan songket tradisonal dengan berlatar lagu gamelan. Perghhhh memang sangat teringat. Sama juga dengan majlis yang patik sempat hadiri tempoh hari iaitu persandingan Syida Melvin & Shafiq Shaheen yang berlangsung begitu meriah di Dewan Besar Tun Rahah Kuala Lumpur.

Sebenarnya patik dan beberapa rakan blogger lain telah dijemput oleh pihak Felda DSaji Sdn Bhd untuk bersama-sama melihat sendiri kemeriahan majlis resepsi pasangan mempelai Syida Melvin (adik kepada Syatilla Melvin dan Ipar kepada Shaheizy Sam) dengan pasangan pilihan hati iaitu Shafiq Shaheen (anak kepada Allahyarhamah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid - Iron Lady Malaysia).

Selesai tamat waktu bekerja, patik mengambil keputusan untuk menaiki MRT kerana kos yang lebih rendah berbanding memandu sendiri dan boleh berehat sementara sampai ke lokasi dari stesen MRT Kajang terus ke stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX). Perjalanan patik mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai kesana. Yeaayy memang seronok jeee naik MRT ni. Setibanya di stesen MRT Tun Razak Exchange patik tertacap dengan susuk bangunan yang tinggi yang khabarnya ilham pencetusnya adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia dulu. Cantik susuk bangunan tersebut dan sangat tinggi.

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Patik dan rakan lain sampai ke lokasi lebih kurang jam 7.15 malam dan just nice kerana majlis dijangka akan bermula jam 8.30 malam. Jadi sempat laaa kami menjalankan kerja kami sebagai blogger yang bermutu tinggi. Hehehe.

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Melangkah masuk kedalam dewan yang diselenggara oleh pihak Felda Dsaji Sdn Bhd ini memang sangat mengkagumkan. Mana tidaknya, korang tidak payah menyangkal dengan jenama katering ini yang begitu sinonim dengan pelbagai jenis majlis termasuklah majlis perkahwinan. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Untuk majlis kali ini yangbertemakan bollywood pihak Felda DSaji telah memberi mood bollywood terhadap ruang dewan yang besar ini. Untuk makluman korang, dewan milik & dibawah pengurusan Felda Dsaji ini mampu memuatkan sehingga 500 orang didalam satu masa. Kiranya just nice laa dengan kapasiti dewan ini.

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Susun atur yang sangat kemas memang tidak dapat disangkal lagi dengan pemilihan Felda DSaji sebagai antara pengendali katering terbaik di Malaysia. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Patik sangat tertarik dengan dekorasi meja makan beradap yang dihias dengan tema bollywood memang kena dengan tema keseluruhan Dewan Besar Tun Rahah ini. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

PAKEJ PERKAHWINAN FELDA DSAJI DI DEWAN BESAR TUN RAHAH 


KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD


Untuk korang yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan katering Felda DSaji ini, mereka menawaran harga yang merangkumi semua dibawah:

JENIS HIDANGAN
Makanan dan Minuman dihidang secara BUFFET atau DOME

MASA MAJLIS ( dibahagikan kepada dua (2) sesi :-
Sesi Satu ( 1 ) Majlis Makan Tengahari - 11:00 Pagi hingga 03:30 Petang
Sesi Dua ( 2 ) Majlis Makan Malam - 06:30 Petang hingga 11:30 Malam

TAMBAHAN HIDANGAN DI MEJA “HI-TABLE”
Hidangan Khas tambahan tiga (3) hidangan di meja hi-table (meja pengantin) ditentukan oleh Chef Felda D’saji

MEJA KHAS
Penyediaan empat (4) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat, Overlay dan set peralatan sajian. (Tambahan meja berhidang akan di caj RM200.00 setiap satu meja) 
*maximum sepuluh (10) meja*

MEJA HI-TABLE & HIASAN
Hiasan dan gubahan bunga untuk hi-table dengan bilangan maksima 10 pax.
“ Chair Cover and Ribbon “ untuk semua kerusi tetamu majlis tertakhluk kepada warna yang kami ada sahaja.

BASIC PELAMIN & HIASAN
Penyediaan “Basic” Pelamin oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji Sdn Bhd.
1 Unit - Asas Pelaminan @ Wedding Dias
1 Set - Bunga Segar Meja Pengantin
2 Nos - Bunga Segar Untuk Rostrum
1 Nos - Hiasan Kain Tepi Pentas (Scallop)

BUSANA - UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA
Busana bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan beserta aksesori dari DEWAN BESAR TUN RAHAH.
Fitting 1 bulan sebelum majlis
Pickup busana 3 hari sebelum majlis dan penghantaran semula busana mestilah 3 hari selepas majlis.

MAKE UP- UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA
1 Sesi make up majlis resepsi oleh professional make up artis menggunakan barangan make up yang berjenama.

PHOTOGRAPHY- UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA
5 Jam Coverage
1 X Professional Photographer
30 Gambar yang diedit
Percuma potret photoshoot selepas majlis ( Hari yang sama )
Gambar Shoot tanpa had
1 Pendrive
Raw Photo akan di upload ke cloud selepas 7 hari

KARPET MERAH
Laluan karpet merah ke pelamin dan hi-table.

TIGA (3) TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga (3) tingkat kek Dummy kek perkahwinan untuk aturcara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan aturcara majlis perkahwinan.

PRAMUSAJI
Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji yang lengkap beruniform dan berpengalaman dalam industri makanan

SESI “ FOOD TASTING “
Bagi memberi kepercayaan dan kepuasan kepada pelanggan, satu sesi “ Food Tasting” untuk 6 -10 orang disediakan selepas 50% bayaran diterima oleh pihak Felda D’saji Sdn Bhd.

SESI RAPTAI ( ditetapkan seperti berikut )
Satu sesi raptai akan diadakan pada hari yang sama sebelum majlis berlangsung untuk memastikan majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Sekiranya sesi raptai selain hari majlis surcaj sebanyak RM500.00 dikenakan.
*Pindaan tertakhluk dari masa ke masa

KERUSI, MEJA DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Dewan, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet berserta alas meja dan alas kerusi secukupnya dengan hiasan secara Basic Dekorasi.

PINTU GERBANG PERKAHWINAN
Standard Gerbang Perkahwinan disediakan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu dan pasangan pengantin.

BILIK PERSALINAN
3 Buah Bilik Persalinan untuk persediaan pengantin 2 bilik dan 1 bilik menunggu VIP (3 BILIK)

PUBLIC ADDRESS” (PA SISTEM & ROSTRUM)
Basic “public Address” ( Sistem P.A ) dan rostrum untuk kegunaan jurucara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD dengan kebenaran berbayar dari MACP (Music Author’s Copyright Protection) dan PPM ( Public Perfomance Malaysia).

LCD PROJEKTOR & WHITE SCREEN
Penggunaan 1 Unit “ White Screen” & LCD Projektor dan LCD TV 6 unit sepanjang majlis berlangsung

TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta di Basement 1,2 dan 3, Menara Yayasan Tun Razak - 460 Lot Parking 

Kiranya korang yang akan menggunakan perkhidmatan Felda DSaji Sdn Bhd ini tidak perlu memikirkan apa kerana semuanya tersedia didalam 1 dewan yang sangat selesa ini. 

MAJLIS RESEPSI BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Tepat jam 8.30 malam, pasangan ini telah berarak masuk dengan diiringi kumpulan pemuzik banghra. Memang sangat sesuai dengan tema bollywood yang mereka cuba ketengahkan. Apa yang patik perasan, boleh dikatakan kesemua tetamu yang datang semua memberi sokongan dengan mengikuti arahan pemakaian iaitu bollywood dan mereka mengenakan pakaian seperti yang diarahkan. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Sekali lagi patik sangat tertarik dengan keluasan pelamin yang dibina di Dewan Besar Tun Rahah ini. Binaan pelamin yang besar bagi patik sangatlah penting kerana ianya membantu ketika korang yang datang secara beramai-ramai untuk mengambil gambar. Dengan keluasan yang sesuai, gambar yang terhasil juga akan kelihatan cantik. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Apa pun patik ucapkan tahniah buat pasangan Syida Melvin dan Shafiq Shaheen diatas perkahwinan ini. Semoga mahligai yang dibina ini akan kekal selamanya hingga ke Syurga. Amin. Bila tengok majlis mereka ni, patik tiba-tiba teringatkan majlis patik yang lalu. Sangat mengimbas memori laaa yeee. Hehehe. 

KATERING FELDA DSAJI KENDALI MAJLIS PERSANDINGAN KELUARGA MELVIN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH KUALA LUMPUR BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Oh yaaaa, lupa patik nak ingatkan semula, selain Dewan Besar Tun Rahah ini, terdapat 8 lagi lokasi yang dikendalikan oleh Felda DSaji Sdn Bhd yang boleh korang pilih iaitu:
  1. Carpet Avenue, Strand Mall
  2. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  3. Dewan Merak Kayangan
  4. Dewan Perdana Felda
  5. Laman Warisan Putrajaya
  6. Dewan Residensi UTMKL
  7. Banquet Hall, Menara Felda
  8. Orchard Villa Gombak
Sebarang pertanyaan atau tempahan dewan, korang boleh hubungi terus dengan nombor yang tertera dibawah. InsyaAllah mereka ini akan membantu korang dari A-Z yeee.


ZAIDI ABU BAKAR: 019 - 2974800
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM: 012 - 921 4691
MUHAMMAD RUDDY SELONG (Supervisor): 019 - 285 1692
PEJABAT: 03 – 2698 8302





PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

$
0
0
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

MAJLIS PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK | Bila melihat majlis perkahwinan orang, patik mesti senyum sendiri bila melihat majlis dan persekitaran majlis perkahwinan yang berlangsung. Nak jadi kisah patik telah menghadiri majlis perkahwinan Syed Naquib dan Balqiss yang berlangsung di Orchard Villa Gombak. Sebenarnya patik pernah sampai kesini tak silap beberapa tahun lepas dan bila patik sampai kesini, ianya masih sama dan masih indah.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Terima kasih kepada pihak pengurusan Felda DSaji Sdn Bhd kerana menjemput patik dan rakan blogger lain bagi menyaksikan kemeriahan persandingan konsep yang berlangsung disana.

Bila nak memasuki kawasan Orchard Villa Ombak ini, korang akan menyeberangi sungai yang bagi patik sangat cantik. Bila dengar deruan air sungai ni membuatkan patik rasa sangat tenang. Siapa yang sukakan deruan air sungai, patik akan faham apa yang patik cuba sampaikan.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Untuk pengetahuan korang, Orchard Villa Gombak ini adalah milik penuh syarikat katering yang sangat popular iaitu Felda Dsaji Sdn Bhd. Kiranya Orchard Villa Gombak ini adalah dibawah pengurusan pihak Felda Dsaji sendiri. Jadi bab masakan makanan tidak perlu disangkal lagi. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Patik tiba disana lebih kurang jam 11 pagi dan waktu ini patik melihat keluarga pengantin sedang sibuk membuat persiapan terakhir bersama-sama dengan pihak pengurusan Felda DSaji bagi menjadikan kesemua majlis nanti akan lebih lancar apabila tibanya tetamu yang hadir.

Tema bagi majlis kali ini adalah hijau dan sudah tentu bila patik memasuki laluan karpet merah menuju kepelamin, patik sudah melihat kerawang-kerawang indah menghiasi pelaminan singahsana dan sudah pasti ianya bertemakan tradisional.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Apa yang menariknya apabila menggunakan perkhidmatan katering Felda DSaji ini, korang akan dapat kesemua dalam 1 harga. Kiranya korang sebagai tuan rumah tidak perlu memikirkan apa yang patut sedia, bagaimana susunan meja dan sebagainya kerana semua itu sudah "terbayar" dengan bayaran yang telah pihak tuan rumah langsaikan.

Bukan apa, patik sendiri sudah berpengalaman mengadakan majlis dirumah dan juga majlis di dewan dan apa yang seronoknya bila buat didewan, korang tidak perlu sibuk nak kemas rumah, nak pikir berapa khemah nak kena pasang, siapa yang akan masak, menu apa yang kita nak hidangkan dan seumpanya kerana pihak dewan telah sedia tahu kerja dan kehendak pelanggan.

Begitu juga dengan perkhidmatan yang pihak Felda DSaji sediakan dimana mereka akan menguruskan apa kehendak pelanggan yang ingin mengadakan majlis ditempat mereka pada satu harga.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Dengan keluasan yang sangat maksima, menjadikan Orchard Villa Gombak ini antara lokasi pilihan warga kota khususnya mereka yang berada disekitar Gombak untuk mengadakan majlis dalam skala yang besar jemputanya. Korang tengok jee laaa susun atur meja yang ada disini. Memang banyak dan ianya disusun dengan sangat kemas dan teratur.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Berbalik kepada tatarias majlis yang diadakan di Orchard Villa Gombak ini, patik sangat berkenan dengan dekorasi meja makan beradap yang disediakan oleh pihak Felda DSaji ini. Mereka kalau boleh ingin memberikan semuanya yang terbaik dan terbukti apabila bungaan yang disediakan ini adalah daripada bungaan yang segar yeee. Patik sangat suka yeee bunga-bunga segar ni. Hehehehe

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA OMBAK

Untuk korang yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan katering Felda DSaji ini, mereka menawarkan harga yang merangkumi semua dibawah:
  • JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  • TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  • MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
  • MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi, alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya. 
  • 3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN :"Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
  • SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  • PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji 
  • STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD 
  • TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
  • RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.
PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Oh yaaaa, lupa patik nak ingatkan semula, selain Orchard Villa Gombak ini, terdapat 8 lagi lokasi yang dikendalikan oleh Felda DSaji Sdn Bhd yang boleh korang pilih iaitu:

  1. Carpet Avenue, Strand Mall
  2. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  3. Dewan Merak Kayangan
  4. Dewan Perdana Felda
  5. Laman Warisan Putrajaya
  6. Dewan Residensi UTMKL
  7. Banquet Hall, Menara Felda
  8. Dewan Besar Tun Rahah

Tepat jam 12.30 tengahari, pasangan mempelai yang diraikan mula memasuki dewan dan terus ke pelaminan indah. Melihat pakaian yang mereka kenakan ini, teringat majlis resepsi patik yang juga mengenakan busana melayu tradisional. 

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Busana hijau yang tampak mewah ini khabarnya hasil rekaan pereka tersohor. Khabarnya mahal harganya. Hehhee. Apa pun patik ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Syed Naquib dan Balqiss yang telah selamat dijabqabulkan dengan begitu meriah sekali.

PAKEJ PERKAHWINAN DI ORCHARD VILLA GOMBAK

Bagi koran yang sedang mencari-cari lokasi indah untuk majlis perkahwinan atau apa jua majlis, Orchard Villa Gombak mungkin lokasi yang sesuai untuk anda. Unutk sebarang pertanyaan atau tempahan dewan, korang boleh hubungi terus dengan nombor yang tertera dibawah. InsyaAllah mereka ini akan membantu korang dari A-Z yeee.


ZAIDI ABU BAKAR: 019 - 2974800
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM: 012 - 921 4691
PEJABAT: 03 – 2698 8302


PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

$
0
0
PUDING RAJA PEKAN  MENU ASLI PAHANG

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG KINI DI FOOD MARKET, KUALA LUMPUR | Bercerita tentang manisan bagi sesebuah negeri, patik yakin korang akan mengenali beberape manisan yang popular seperti di Negeri Kelantan yang begitu popular dengan Kuih Akok, Jala Emas dan sebagainya. Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang begitu sinonim dengan manisan popular.

Melihat di Negeri Pahang, patik yakin korang pernah mendengar nama manisan yang dipanggil Puding Raja bukan? Apa yang patik tahu, Puding Raja dahulunya adalah makanan golongan atasan dimana khabarnya hanya golongan atasan yang boleh menikmati hidangan manisan ini kerana cara penyediaannya agak memerlukan kos yang agak mahal dan tidak mampu bagi golongan biasa. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Zaman berganti zaman, akhirnya Puding Raja akhrinya boleh dinikmati oleh golongan biasa dan kalau korang buat carian di Google, patik yakin banyak resepi Puding Raja yang boleh korang dapatkan dan korang boleh cuba sendiri dirumah dengan menggunakan bahan apa yang ada dirumah.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Respek gila mereka yang sangat rajin masuk dapur nak buat semua ni sebab patik pernah dengar orang kata nak sediakan menu ini sangat menguji kesabaran sebab melibatkan beberapa peringat sehingga ianya selesai. Bermula dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastar. Haa nampak gambaran cara penyediannya. Jadi bila fikir balik patik tak segigih orang lain nak sediakan sekadar nak melepaskan nikmat tekak jeee. Jadi misi mencari Puding Raja perlu patik lakukan.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Food Market yang terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras adalah lokasinya. Khabarnya dekat sini menghimpunkan pelbagai jenis produk IKS dari seluruh Malaysia dibawah 1 tempat. Masuk jeee kedai Food Market ini, patik suke dengan konsep mereka. Berlatarkan lukisan yang sangat cantik didinding dengan motif tarikan wajib datang sekiranya berkunjung ke negeri-negeri di Malaysia. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Korang tengok laa produk yang mereka jual disini memang lengkap dan memang menguji iman bagi sesiapa yang memasuki kedai ini. Sebut jee nak makan apa? Serinding? Sambal Hitam? Kerepek? Kudapan? Semuanya tak payah korang khabar dah. Semuanya ada disini. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET
PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Selain produk makanan kering, Food Market juga menyediakan produk makanan yang disejukbeku. Kuih Bakar, Pau, Kek, Roti Pratha dan banyak lagi semuanya ada didalam peti sejuk disini. Korang hanya perlu balik dan panaskan untuk menikmatinya. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Berbalik kepada kempunan tekak untuk makan Puding Raja, yesssss disini juga terdapat Puding Raja Pekan yang bagi patik sangat cantik cara pembungkusannya. Kiranya presentable laaa konsepnya. Boleh dijadikan hadiah atau untuk makan sendiri. 

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Apa yang boleh katakan rasa memang cukup rasa dan tidak terlalu manis. Dengan harga RM9.90, bagi patik ianya berbaloi dari segi persembahan makanan, kekemasan bungkusan Puding Raja Pekan ini dan juga rasa yang memang sesedap tekak patik jeee.

PUDING RAJA PEKAN MENU ASLI PAHANG DI FOOD MARKET

Bagi korang yang jenis macam patik yang teringin makanan aneh diseluruh Malaysia seperti contoh Puding Raja Pekan ini, patik sarankan korang datang ke Food Market di Cheras dan lihat sendiri apa yang menarik disana.

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

$
0
0
PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN | Bila sebut badan NGO di Malaysia ni, patik rasa terlalu banyak muncul kumpulan NGO yang tampil membantu mereka-mereka yang mengalami masalah. Rasa sangat mulianya mereka yang tampil ingin membantu ini. Kalau nak mengharapkan seratus peratus kepada pihak kerajaan, patik rasa sudah tentu agak sedikit memakan masa danalhamdulillah kumpulan NGO ini ada membantu mereka yang memerlukan. 

Sebut sahaja kumpulan NGO, patik teringat dengan kumpulan NGO yang pernah bekerjasama dengan patik tempoh hari iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan tak sangka kerjasama itu membuatkan kita boleh meneruskan kerjasama seterusnya. 

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang dikendalikan oleh mereka yang bagi patik lebih kurang sebaya dengan patik yang sangat begitu optimis dengan kerja sukarelawan ini telah melakukan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka yang memerlukan. Program anjuran mereka yang dipanggil PURE HEART telah memberi banyak impak kepada mereka sebagai kumpulan NGO. 

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

PURE HEART merupakan sebuah program berfasa yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah seisi keluarga agar dapat meneruskan kehidupan harian. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.

Dengan program PURE HEART ini, pada tahun 2016 mreka telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 - Anugerah Perdana Menteri. Jadi memasuki tahun 2019, sudah 4 tahun mereka menjalankan program PURE HEART ini. Untuk pengetahuan korang, program ini akan berlangsung selama 10 bulan bermula bulan Februari sehingga Disember setiap tahun. 

SIAPA YANG BERHAK TERIMA BANTUAN PURE HEART INI

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Apa yang patik dapat tahun sepanjang 4 tahun menjalankan program ini, sebanyak 3790 orang yang telah mereka bantu dan jumlah ini sangat-sangat menujukkan masih ramai orang diluar sana memerlukan bantuan daripada mereka yang berkemampuan. 
  • 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
  • 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
  • 2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
  • 2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

Nampak sangat program PURE HEART yang dilakukan oleh MVM ini boleh membantu banyak keluarga yang berpendapatan RM 1,500 dan kebawah bagi isi rumah. Bagi mendapatkan maklumat mereka yang memerlukan, pihak MVM bekerjasama dengan Pusat Zakat Selangor bagi mengenal pasti mereka yang betul-betul memerlukan. 

BANTUAN PURE HEART

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Secara umumnya, PURE HEART terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa bantuan asas, fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitmen. Jom kita lihat satu persatu fasa dengan lebih jelas.

a) Fasa Bantuan Asas

Dalam fasa ini, MVM memfokuskan keperluan barangan asas kepada penerima bantuan. Lazimnya, penerima bantuan akan mendapat kotak PURE HEART yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Bukan sahaja kepada keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini yang berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah.

b) Fasa Bantuan Kemahiran

Bagi memastikan golongan asnaf ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan golongan lain seiring dengan cabaran ekonomi, MVM telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skill dan kemahiran. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain.

c) Fasa Bantuan Komitmen

MVM melihat ada antara keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Justeru, MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan. Selain itu, MVM turut menawarkan peluang menunaikan umrah kepada keluarga yang paling komited dalam program PURE HEART sepanjang tahun.

Menariknya pada tahun 2019 ini, MVM juga meneruskan usaha untuk membawa keluarga asnaf untuk mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang memberi komitmen penuh sepanjang program PURE HEART ini berlangsung.

KELAINAN PURE HEART 2019

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Bersempena tahun baru 2019 ini, MVM telah tempil dengan beberapa idea baru sebagai membantu penambahbaikan idea yang sedia ada seperti Kempen Lunch Box Junior, Kempen Dapur Berasap Keluarga Bahagia dan Kempen Wakaf Buku Si Cilik. Jommm patik terangkan apa kelainan kempen ini.

a) Kempen Lunch Box Junior
Untuk tahun ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.

b) Kempen Dapur Berasap Keluarga Bahagia
Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk berinfak sedikit barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut :

Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Landmark: Berdekatan stesen LRT Puchong Prima

 Waze: K3 Farmasi / Luni Collection

Telefon: 012 235 6854 (Azizi) 

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik
Kempen khas untuk PURE HEART pada bulan Februari 2019 ini yang bertajuk Wakaf Buku Si Cilik adalah sesuatu pembaharuan ygang dibawakan oleh MVM. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. 

Kempen ini dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. Orang awam boleh wakafkan buku-buku terpakai yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak atau Al-Quran dan Muqaddam.

Korang yang ingin menyumbang bolehlah menghantar atau pos buku-buku tersebut ke:

HQ Muslim Volunteer Malaysia
12-1 Jalan Merbah 2, 
Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong,
Selangor.

Waze : Muslim Volunteer Malaysia

Telefon: 012 235 6854 (Azizi) 

SUMBANGAN ANDA UNTUK ASNAF PURE HEART

PURE HEART ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

Bagi korang yang ingin menyumbang untuk asnaf PURE HEART ini, pihak MVM membuka peluang kepada korang untuk menyumbang. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan keperluan harian untuk diberikan kepada keluarga asnaf PURE HEART.

Barangan bantuan ini akan dibungkus dalam kotak PURE HEART khas. Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :

  • Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
  • Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.

Maklumat tajaan :
• 1 tajaan Kotak PURE HEART = RM80 untuk 1 keluarga.
• Sasaran = 250 keluarga
• Jumlah sasaran = RM 20,000 /sebulan atau RM 200,000 /10 bulan

Selain korang boleh membuat sumbangan dalam bentuk barangan, korang juga boleh menyumbang dalam bentuk kewangan. Ini adalah beberapa pilihan tajaan sumbangan:

Tajaan Sebulan:
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaa atau ingin menyumbang terus kepada pihak MVM, ini adalah informasi yang boleh patik kongsikan dekat korang. Semoga ianya sedikit sebanyak membantu sebaran ini.

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Email: fund@mvm.org.my
Telefon: +603-8074 0434 / 012 235 6854


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER


PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY SEDIA HADIAH LUMAYAN

$
0
0
PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY SEDIA HADIAH LUMAYAN | Bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah pada 15 April 2019, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif untuk menganjurkan satu Pertandingan Vlog MBMB 2019.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Pertandingan menggunakan Vlog dipilih seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini. Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.

Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City berkonsepkan empat elemen iaitu Makan-makan @ Melaka City, Jalan-jalan @ Melaka City, Jom shooping @ Melaka City dan Culture @ Melaka City Melaka

SYARAT PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019

Bagi korang yang ingin turut serta bagi pertandingan ini, ni haaa patik sediakan syarat Pertandingan Vlog MBMB 2019.

  1. Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019
  2. Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
  3. Yuran Penyertaan : Warganegara : RM 100.00 | Antarabangsa : USD 50

Bayaran atas nama: 
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67

Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan. Bagi bagi hadiah tempat kedua , wang tunai RM5000.00, penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan manakala bagi hadiah tempat ketiga merupakan wang tunai berjumlah RM3000.00 penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Selain hadiah yang patik sebutkan diatas, turut diberikan juga hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

MENARIKNYA PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019

Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit SAHAJA ini akan dimuat naik ke platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan juga Youtube. Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik  makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka.

PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang

Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share kat social media.

Menerusi vlogging ini juga, ianya akan memudahkan semua orang mendapat lebihi informasi dan juga tempat-tempat yang menarik di Melaka menerusi platform media sosial yang patik sebutkan tadi bagi sama-sama membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka 2019 secara khasnya.

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.

1. Norhaszurah
2. Shahida
3. Akmal

>> WEBSITE<<


PERTANDINGAN VLOG MBMB 2019: THE UNIQUENESS OF MELAKA CITY

Jadi apa lagi, patik menyeru pada korang yang mempunyai bakat didalam membuat vedio untuk turut serta didalam Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City.

#vlogMBMB
#vlogMBMB
#theuniquenessofmelakacity
#visitmelaka2019

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS? PEMUDA INI BERKONGSI PANDANGAN

$
0
0
PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS? PEMUDA INI BERKONGSI PANDANGAN | Tidak ingin sekadar mengikut trend. Menjadi event coordinator adalah amanah berat yang digalas penuh tanggunjwab bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis dan memelihara maruah tuan rumah dimata para tetamu.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Tidak hanya cukup sekadar berpakaian cantik dan menjadi "props hidup" dalam majlis, tetapi event coordinator wajib menguasai kemahiran asas seperti, komunikasi beretika, kemahiran mengurus risiko, empathy, peka dengan ketidakbiasaan, serta berpengetahuan tentang protokol, adat dan tatacara pengandalian acara sesuai majlis yang dilangsungkan.

Sesiapa yang memohon untuk menyertai team coordinator kami perlu melalui proses penilaian asas dan advance untuk memastikan individu yang berkelayakan sahaja dipilih dan kemudian diberikan latihan serta simulasi.

Kordinator pula dibahagikan kepada beberapa bahagian penting termasuk teknikal, pengurusan tetamu, pengurusan keluarga, pengurusan rombongan, pengurusan pengantin dan pengurusan tetamu kenamaan berprotokol. Ini belum diambil kira yang akan terlibat langsung dengan pengurusan pentas, kawal selia trafik, jemputan berRSVP dan lain-lain hal yang tidak cukup untuk dijelaskan disini.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Majlis perkahwinan pula dilihat sebagai sebuah acara “reunion” keluarga dan jambatan bagi menyatukan dua buah keluarga besar, bahkan mampu mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang sekian lama tidak bertemu dan berkumpul, yang jauh mahupun yang sedia dekat.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Maka dengan sebab itulah, singa selaku perancang majlis perkahwinan dan event manager wajib mengambil peranan menerangkan dan meyakinkan pihak tuan rumah tentang apa yang menjadi kebiasaan dan apa yang mungkin tidak wajar dilakukan dalam sesebuah acara perkahwinan.

Dari pengalaman terdahulu saya ambil ikhtibar dan pengajaran. Dari kekurangan dan kesilapan kita perbaiki dan masih mencari ruang untuk jadi lebih baik dari diri kita yang sebelumnya.

Saya percaya bahawa pengurusan majlis yang cekap dan bersistem, akan memberi imej baik buat tuan rumah serta mampu menjadikan pasangan pengantin juga keluarga tersenyum gembira atas pelaburan yang dibuat untuk mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.

PERLU KE EVENT COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Saya sudah serasi dipanggil #singaevent dalam kalangan rakan bisnes bahkan pelanggan sendiri kerana memang posisi saya selaku event manager setiap kali sesebuah majlis dilangsungkan menuntut saya bersikap lebih tegas dan bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat bagi pihak tuan rumah untuk sebarang situasi termasuk situasi luar jangka.

Ramai yang mengambil kesempatan hari ini dengan menggelar diri mereka event coordinator tanpa memahami dan melaksanakan tugas sebagaimana yang sepatutnya, sesuatu yang amat menyedihkan dan tidak bertanggunjawab mengikut hemat saya.

Saya sendiri sebelum mengambil keputusan menubuhkan kumpulan coordinador ini, diberikan saya kesempatan dan masih berguru dengan individu yang amat saya hormati kerana ilmu yang beliau curahkan, dan beliau amat berpengalaman luas dalam bidang pengurusan acara, pengurusan adat dan majlis.

Saya ikuti secara dekat banyak majlis berprofil tinggi melibatkan protokol. Saya sendiri membuat permohonan khas untuk menghantar coordinator saya yang diketuai Pari, berkursus etika dan protokol di INTAN, kursus yang sama dihadiri pegawai pengelola adat dan protokol badan kerajaan dan istana.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Semuanya dilakukan demi memastikan apa yang saya jalankan adalah yang terkini dan mengikut garis panduan.

Mufti, Imam besar dan ahli agama juga turut menjadi rujukan kami untuk pastikan bahawa adat resam Melayu yang dipraktikan dan yang dilangsungkan tidak bercanggah dengan tatacara agama.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Ini semua tanggunjawab dan komitmen kami dalam memastikan semuanya tepat bukan rekaan mahupun syok sendiri. Bukan mudahla seperti yang awak semua sangkakan.

Apa pun, kami amatlah berbangga dapat berkhidmat dan menjayakan serta memberi kelainan yang cukup istimewa juga meninggalkan kesan pada setiap majlis yang kami kendalikan.

PERLU KE COORDINATOR BAGI SESEBUAH MAJLIS

Penulisan dan perkongsian ini langsung tidak menjadikan kami lebih baik dari sesiapa, malah prinsip kami di Adala Concept, semakin banyak yang kami pelajari semakin bodoh semakin kerdil rasa kami ketandusan ilmu.

Ebit Adal aConcept 
Principle Consultant,
Adala Concept.

Kredit petikan daripada Ebit Adala Concept
Viewing all 468 articles
Browse latest View live