Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016

$
0
0

BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016 | Sebenarnya patik sudan lama tidak menjejakkan kaki ke Negeri Melaka walaupun jarak diantara Bangi - Melaka itu bukan jarak yang jauh. Tapi kesempatan masa dan keadaan tu belum sampai.

Nak dijadikan patik telah berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama kenderaan Jepun yang bagi patik adalah impian patik iaitu kenderaan jenama Honda.

Honda Jazz, Honda HRV dan Honda City

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, patik berpeluang untuk merasai pengalaman 2 hari 1 malam memandu 3 kenderaan hebat Honda yang menjadi penyumbang 70% keuntungan datang daripada 3 jenis kenderaan ini iaitu Honda Jazz, Honda HRV dan juga Honda City

BERKUMPUL DI RAIL CANTEEN 


Rail Canteen, Sunway Nexus, Kota Damansara

Seawal 10.00 kami berkumpul di Rail Canteen untuk pendaftaran dan juga minum pagi serta sesi penerangan sebelum kami bertolak ke Melaka.

Sesi penerangai daripada pihak Honda Malaysia

Semasa sesi penerangan ini, kami diberitahu berkenaan spesifik 3 jenis kenderaan yang popular dikalangan pengguna iaitu Honda Jazz, Honda HRV dan juga Honda City. Yang seronoknya kami akan berpeluang untuk memandu kenderaan ini dengan warna baru iaitu Dark Ruby Red Pearl (Honda HRV dan City) dan Carnival Red (Honda Jazz).

HONDA HUNT 2016


Honda Hunt 2016 bermula
Honda Hunt 2016 bermula

Untuk edisi Honda Hunt 2016 ke Melaka ni, kami rakan blogger diberi 3 jenis kenderaan iaitu Jazz, City dan HRV. Setiap kenderaan dipandu oleh 2 orang. Patik dan juga rakan blogger patik Abang Rosli berpeluang membawa Honda Jazz.

Honda Jazz dengan warna Carnival Red
Honda Jazz dengan warna Carnival Red

Perjalanan dengan 6 buah kenderaan dengan 12 orang blogger serta dikawal oleh kenderaan hadapan dan belakang menjadikan perjalanan kami sentiasa terjaga dan selamat.

Tujuan kami dibawa ke Melaka adalah untuk merasai pengalaman memandu sendiri jarak jauh 3 jenis kenderaan yang berbeza keluaran Honda ini dan melakukan beberapa aktiviti yang dirangka disana. Apa yang patik perasan adalah aktiviti "memuatkan barangan didalam kenderaan" selain sesi makan-makan dan bersantai.

INTERIOR DALAMAN HONDA JAZZ


Honda Jazz dengan warna Carnival Red
Honda Jazz dengan warna Carnival Red

Bila menjengah kenderaan yang boleh patik kategorikan sebagai kenderaan kompak, patik sangat suka dengan interior dalaman kenderaan ini. Ringkas tetapi mewah sesuai dengan status terbaik kenderaan buatan Jepun ini dan warna terbaru Honda Jazz ini adalah warna Carnival Red.


Menarik bagi kenderaan Honda Jazz ini, semua kekunci radio hanya dikawal pada stering kenderaan. Jadi korang tidak perlu mencapai apa jua kekunci radio pada panelnya. Sangat mudah bukan.

Smart Key untuk Honda Jazz
Smart Key untuk Honda Jazz

Teknologi menggunakan konsep "tiada kunci" ini menjadikan ianya sangat ekslusif dan mewah. Honda Jazz menggunaakan konsep remote dimana korang boleh menghidupkan kereta ini apabila remote ini berada dengan unit kenderaan. Ini bermaksud hanya pemilik sahaja boleh menghidupkan kenderaan pada butang merah ENGINE START/STOP ini. Nampak lebih selamat dan hebat !!

Interior hadapan Honda Jazz
Interior hadapan Honda Jazz

Untuk Honda Jazz ini ianya terdapat 3 jenis variasi iaitu Variasi S, Variasi E dan juga Variasi V. Beza ketiga-tiga jenis ini adalah pada rekaan luar badan dan saiz roda kenderaan ini. Keseluruhan kempuan bagi 3 jenis variasi ini adalah sama.

Slot USB memudahkan pengguna
Slot USB memudahkan pengguna

Menyediakan 2 slot USB menjadikan pemanduan Honda Jazz ini sangat mudah. Sebagai blogger dan juga sosial media yang aktif, patik amat memerlukan lebihan cas elektrik untuk mengecas segala peralatan termasuklah telefon, bowerbank dan sebagainya.

Ruangan hadapan yang ringkas Honda Jazz
Ruangan hadapan yang ringkas Honda Jazz

Interior ruang hadapan Honda Jazz
Interior ruang hadapan Honda Jazz

Interior belakang Honda Jazz
Interior belakang Honda Jazz

Bagi patik yang mempunyai ketinggian yang lebih, Honda Jazz mampu memberi ruangan duduk belakang dengan selesa. Pendek kata bagi orang yang tinggi-tinggi ni, korang tiada masalah untuk duduk dengan selasa bagi perjalanan jauh.

Ruangan bonet belakang Honda Jazz
Ruangan bonet belakang Honda Jazz

Bukaan luas bonet belakang Honda Jazz ini mampu menampung keluasan barang yang ingin dibawa. Sekiranya korang ingin membawa banyak barang dan memerlukan ruangan yang luas, nanti patik ceritakan kehebatan Honda Jazz ni.

RUANGAN DALAMAN YANG LUAS


Untuk pengetahuan korang, 3 jenis kenderaan ini mempunyai kehebatan masing-masing. Seperti korang perasan, Honda Jazz kelihatan mempunyai ruangan yang agak kecil. Tapi siapa sangka, sekecil-kecil kenderaan ini ianya mampu memuatkan pelbagai jenis barang didalam satu kenderaan.

Ruangan belakang Honda Jazz
Ruangan belakang Honda Jazz

Pandangan keseluruhan Honda Jazz
Pandangan keseluruhan Honda Jazz

Honda Jazz mempunyai kelebihan bagi mereka yang gemar aktivti suka. Pendek kata segala barang yang berasakan sukan korang boleh masukkan kedalam kenderaan ini dengan mudah. Seperti yang korang lihat, patik telah cuba memasukkan barang besar seperti basikal, set golf, bola yoga, tikar yoga dan keadaan masih lagi lega dan masih selesa.

Berbanding Honda City dan juga Honda HRV, mereka juga hebat !! Honda City yang berkonsepkan Keluarga dan anak-anak manakala Honda HRV berkonsepkan pengembaraan.

Secara keseluruhan konsep 3 kenderaan Honda ini adalah:

Honda Jazz - Sport
Honda City - Family & Kids
Honda HRV - Travel

KESIMPULAN AKTIVITI HONDA HUNT 2016


Bonet Honda City yang sangat luas
Bonet Honda City yang sangat luas

Secara keseluruhan apa yang boleh patik simpulkan adalah aktivti Honda Hunt 2016 yang dianjurkan oleh Honda Malaysia adalah sesuatu yang menarik dan memberi ruang kepada kami untuk berkongsi pengalaman memandu dan memberitahu orang ramai diluar sana bahawa kenderaan Honda adalah yang terbaik.

Perbezaan antara Honda City dan jenama lain
Perbezaan antara Honda City dan jenama lain

Bermula dengan aktiviti pemanduan dengan jarak jauh dengan penggunaan minyak yang jimat ditambah dengan aktiviti sumbat dan susun barang didalam kenderaan yang patik sendiri rasa kagum dan juga sesi penerangan dan demonstrasi penyusunan dengan jenama saingan lain.

Bagi korang yang ingin informasi lebih berkenaan jenis-jenis kenderaan keluaran Honda, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<




NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40

$
0
0

NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40 | Seperti kebiasaan sempena Istiadat Konvokesyen UPM Kali Ke 40, aktiviti seperti pesta konvo akan menjadi festival bagi memeriahkan istiadat tersebut. 

Kali ni patik berpeluang menjadi salah seorang petugas bagi pameran yang terletak di Bukit Ekspo UPM Serdang


Sepanjang seminggu kami telah membahagi-bahagi tugas untuk menjaga booth dibawah nama fakulti patik iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM

Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di Pesta Konvo Kali Ke 40 ni antaranya booth pameran lebih daripada 10 buah fakulti dibawah Universiti Putra Malaysia, pameran ternakan dan juga jualan hasil pertanian daripada UPM sendiri dan banyak lagi. 


Untuk tahun ini jabatan patik telah dipilih oleh pihak fakulti untuk menjadi penyelaras booth sepanjang minggu Pesta Konvo Kali Ke 40 ini. Untuk kali bertemakan "Mengungguli Petanian, Menggapai Reputasi Antarabangsa" memberi peluang kami sama-sama berkongsi idea untuk mengikut tema yang diberikan. 

Sebenarnya ada pertandingan booth terbaik sepanjang minggu Pesta Konvo Kali Ke 40, Jadi Ketua Jabatan patik kalau boleh inginkan sesuatu daripada pertandingan ini. 


Inilah booth yang kami hasilkan. Cerita disebalik booth patik ini adalah berkonsepkan kesedaran tentang pertanian. Selalunya kita terlalu ekstrim menghasilkan pertanian terbaik dan kadang kala terlupa terhadap isu persekitaran yang boleh menyumbang kepada kesihatan.


Sebenarnya patik secara peribadi tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang apa-apa didalam persembahan booth terbaik. Tapi Ketua Jabatan patik sangat bersungguh mengatakan kita ada menang nanti. Patik hanya senyum dan mengiyakan pendapat beliau.


Alhamdulillah akhirnya masin mulut Ketua Jabatan patik yang booth kami dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM memenangi tempat ke 2 sebagai booth terbaik diantara fakulti. 

Walaupun tidak banyak hadiah yang diberikan, diharap ianya sebagai batu loncatan untuk jabatan patik sebagai penyelaras dipandang tinggi oleh jabatan-jabatan lain. 


Demikianlah kisah patik dan rakan-rakan berkampung selama seminggu di Bukit Ekspo UPM Serdang sempena Pesta Konvo Kali Ke 40

Sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan dengan idea dan juga pendapat yang lebih hebat sekaligus menaikkan nama fakulti ketempat yang lebih tinggi.

PRODUK KECANTIKAN BERASASKAN KUNYIT DARI MR & MRS SCRUB WITH LOVE

$
0
0

PRODUK KECANTIKAN BERASASKAN KUNYIT DARI MR & MRS SCRUB WITH LOVE | Tempoh hari patik sempat google mencari kehebatan tumbuhan semulajadi sebagai pengganti lambakan produk kecantikan dipasaran. Antara tumbuhan hebat adalah kunyit

Kunyit sangat hebat yang boleh membantu untuk perawatan kulit seperti boleh mengubati jerawat wajah, mengatasi kulit berminyak, mengatasi kulit kering, membantu mengurangkan tanda-tanda penuan, mengatasi stretch mark, mengurangkan pigmentasi dan banyak lagi. 


Nak jadi kisah satu produk daripada Mr & Mrs Scrub With Love begitu fokus menghasilkan produk wajah berasakan kunyit. Yeaaayyyy patik dah jumpa produk yang akan memudahkan patik untuk bersiap.  


Produk scrub daripada Mr & Mrs Scrub With Love ini telah siap sedia dan korang hanya perlu membancuhnya dan bolehlah disapu keseluruh wajah atau bahagian yang korang perlukan. 


Secara peribadi patik sangat suka scrub ni haa sebab bila kita sapu dekat muka, ianya akan mengering dan akan membuatkan wajah korang cekang dan menegang. Tak tahu patik nak kate macam mana. Memang seronok laa kalau kita gunanya setiap hari sebab ianya berasaskan bahan-bahan tradisional seperti kunyit, beras pulut, 



Untuk pengetahuan korang produk berasakan kunyit ini sediit sebanyak boleh membantu patik untuk tampil dengan elok didepan masyarakat sebab kulit patik ni jenis kulit berminyak dan bekas-bekas jerawat. Semoga dengan penggunaan ini boleh membantu patik dan juga orang ramai diluar sana untuk lebih baik. 

Bagi korang yang ingin mencuba produk scrub daripada Mr & Mrs Scrub With Love ni, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.


>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<



1825 GALLERY HOTEL MELAKA MENYEDIAKAN PENGINAPAN YANG SERBA MEWAH DITENGAH BANDAR MELAKA

$
0
0


1825 GALLERY HOTEL MELAKA MENYEDIAKAN PENGINAPAN YANG SERBA MEWAH DITENGAH BANDAR MELAKA | Sekiranya ke Melaka patik gemar mencuba hotel-hotel yang berkonsep berbanding hotel yang biasa ditengah-tengah bandar seperti Equitorial Hotel Melaka, Hatten Hotel Melaka dan sebagainya. 

Untuk sesi jalan-jalan ke Melaka kali ini, patik berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di sebuah hotel yang kelihatan mewah tapi mengekalkan unsur klasik didalamnya iaitu 1825 Gallery Hotel.


Untuk pengetahuan korang, 1825 Gallery Hotel ini berlokasi sebaris dengan Hard Rock Cafe Melaka yang hanya memerlukan korang berjalan kaki sahaja.

Lokasi yang terletak betul-betul ditengah Bandaraya Melaka ini sesuai untuk korang lepak dan menginap kerana berdekatan dengan semua tumpuan seperti Menara Taming Sari, Jongker Walk, Menara Jam Besar dan banyak lagi. Hanya dengan berjalan kaki. 


Siapa sangka hotel yang berkonsep mewah ini berlokasi dibelakang Sungai Melaka dimana bangunan lama sepanjang sungai ini dinaiktaraf menjadi hotel yang hebat di tengah-tengah Melaka

RUANG LOBI TEMPAT MENUNGGU

Melangkah masuk ke ruang lobi 1825 Gallery Hotel Melaka patik sangat suka dengan persekitaran yang ditawarkan disini. 


Ketenang yang diberikan dengan suasana bagai berada disebuah spa. Sangat cantik bagi patik kerana keunikkan bangunan lamayang dinaik taraf menjadi sebuah hotel yang berkonsepkan mewah dan ditambah dengan unsur etnik tradisional lama didalamnya.


Perabut-perabut yang digunakan diruangan lobi menjadikan ianya lebih santai dan sangat ekslusif dan tenang.


Korang boleh tengok keadaan ruang lobi ini. Sangat tenang dengan ribunan pokok dan juga kolam ikan koi yang besar. Begitu menenangkan.



Berjalan ketingkat-tingkat atas memberikan suatu suasana yang patik sendiri tak tahu nak gambarkan. Untuk pengetahuan korang, hotel ini mempunyai 3 tingkat yang dekorasinya memang sangat cantik.


Dekorasi bersawang ini memang unik. Bagaikan sebuah hotel yang telah lama tinggal dan ianya dipelihara oleh Frankenstein. Hahahahha 




Setiap tingkat pasti akan meninggalkan dekorasi yang sangat cantik. Boleh dikatakan setiap ruangan 1825 Gallery Hotel Melaka ini boleh diabadikan didalam gambar.


Secara keseluruhan dekorasi di 1825 Gallery Hotel Melaka ini dsangat berlainan dan unik. Siapa yang gemarkan hiasan unik, patik akan geram melihatnnya., 

DEKORASI BILIK YANG BERKONSEP MEWAH TAPI KLASIK

Melangkah masuk kedalam bilik ini patik bagaikan rasa berada disorga dunia. Bilik yang patik duduk ini sangat luas dan memang kelihatan mewah tapi disuntik sedikit unsur tradisional lama.



Korang boleh tengok pada penggunaan perabut didalam bilik ini. Almari baju, meja belajar dan meja sisi semuanya bagai menggunakan perabut lama tetapi sebenarnya ianya adalah baru.





Penggunaan perabut berkonsep lama menaikkan keunikkan hotel ini. Korang tengok pada almari baju ini yang sangat berkonsepkan tradisi nyonya.


Penggunaan meja tepi katil yang kelihatan perabut lama menaikkan seri bilik ini. Perabut lama menjadi signature kepada bilik mereka.


Keadaan bilik yang patik duduk sepanjang berada di Melaka. Memang sangat dicadangkan kepada korang untuk merasai menginap disini. 


Bilik ini bagi patik sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu dengan pasangan sangatlah sesuai. Kiranya memnuhi citarasa patik.


Haaa ini baru patik tunjukkan bilik, belum lagi bilik mandi yang sangat ohsem ok. Jom kita jengah masuk kebilik mandi pula.

BILIK MANDI YANG SUNGGUH EKSKLUSIF



Bila buka pintu bilik mandi selalunya benda yang patik akan cari adalah bathtub dan yeayyyy bilik mandi ini mempunyai bathtub dan yang paling best bathtub ini mempunyai sistem jakuzi. 



Perkakas mandian asas juga disediakan bagi memudahkan pengunjung yang datang menginap disini. Memang memudahkan patik sebab tak perlu membawa macam-macam khazanah dari rumah. 



Haaaa agak-agak korang ade menggeletis tak untuk merasai pengalaman menginap dihotel seperti ini? Kalau nak apa kata korang luangkan masa datang kesini kerana hotel ini sangat dekat dengan lokasi tarikan untuk melawat. Hanya dengan berjalan kaki sahaja. 


Bagi korang yang datang ke Melaka dan ingin mencuba hotel seperti yang patik menginap ni, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.

1825 Gallery Hotel Melaka
27, Jalan Bunga Raya, 
Kampung Jawa, 
75100 Melaka

Telefon:
+60 6288 2868


>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<



STEVIA GLAMOHEALTH BAIK SEBAGAI PENGGANTI GULA PASIR

$
0
0


STEVIA GLAMOHEALTH BAIK SEBAGAI PENGGANTI GULA PASIR | Isu gula sering menjadi kisah dikalangan rakyat Malaysia. Bila sebut gula jeee, korang mesti dengar pelbagai jenis impikasi daripada gula termasuklah penyakit yang dibawa daripada gula.

Patik juga sejak dua menjak ni cuba mencari solusi pengganti kepada gula ini. Patik terjumpa satu jenama yang dinamakan Stevia GlamoHealth.


Stevia GlamoHealth ini adalah solusi kepada pengganti gula dimana ianya TIDAK PAHIT, TIADA RASA PELIK dan TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN TIRUAN. Ini bermaksud ianya terhasil daripada 100% ekstrak daripada pokok stevia


Ini adalah pokok daun stevia dimana ianya adalah 100x lebih manis dari gula. Walaupun ianya lebih manis daripada gula, ianya selamat dan sihat untuk digunakan sebab ianya TIADA KALORI, TIADA CARBOHIDRAT, TIADA GYCEMIC dan ianya sangat sihat.


Patik secara peribadi sedang mengamalkan didalam kegiatan harian patik. Stevia GlamoHealth ini boleh ditambah didalam masakan atau minuman sebagai pengganti gula pasir. 




KEBAIKAN STEVIA GLAMOHEALTH

  •  Menurun dan mengimbang kadar kandungan gula dlm badan
  •  Menurunkan kadar gula dalam darah, pesakit diabetes dan hypoglycaemia
  •  Melawaskan pembungan air kecil
  •  Meningkatkan tenaga dlm badan
  •  Membantu sistem penghadaman makanan
  •  Membantu mereka yg mengalami masalah insomnia
  •  Berupaya mengawal berat badan (Obesiti)
  •  Mengurangkan masalah keradangan
  •  100% dari tumbuhan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang



Untuk menggunakan Stevia GlamoHealth, korang hanya perlu mengikuti arah semuada ABC ini, Hanya buka penutup dan tuangkan kebanyak 2 atau 3 titis kedalam minuman korang atau masakan korang. 

Bagi korang yang inginkan kehidupan yang lebih sihat, korang boleh cuba sendiri Stevia GlamoHealth dan dapatkan informasi seperti berikut.

Telefon:
+60 13-673 2012 / 0102826344

Harga:
RM55 - Semenanjung
RM60 - Sabah & Sarawak


>> WEBSITE | FACEBOOK  <<


BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI "NEO GLADIATOR" SEMPENA MALAYSIA FASHION WEEK 2016

$
0
0

BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI "NEO GLADIATOR" SEMPENA MALAYSIA FASHION WEEK 2016 | Bila sebut fesyen, patik adalah penggemar fesyen yang sedikit berlainan dan sesuai digayakan diluar sana. Lebih-lebih lagi fesyen untuk lelaki.

Gladiator untuk lelaki. Kredit pic www.aizulmarcello.com

Patik teringat suatu masa dulu bilamana musim pemakaian gladiator untuk lelaki sangat meletop dan masing-masing teringin untuk memilikinya. Begitu juga dengan patik yang begitu teruja dengan gladiator.

Terbaru Bianco Mimosa tampil berani dengan koleksi Neo Gladiator sempena Malaysia Fashion Week 2016 tempoh hari. Tema "Neo Gladiator" yang cuba dibawakan adalah bagi mengangkat dan mengembalikan kehebatan bumi Rome yang begitu sinonim dengan pemakaian gladiator didalam kegiatan seharian. 

Menurut pereka fesyen yang juga pengasas kepada Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha, koleksi Neo Gladiator diilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.
Apa yang patik lihat, koleksi yang ditampilkan berinspirasikan bumi Rome dimana gaya fasyen yang mereka tunjukkan boleh diangkat dan diberi nafas baru sesuai dengan peredaran zaman kini.


Untuk koleksi "Neo Gladiator" ini, Bianco Mimosa tampil dengan 10 rekaan merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain dengan sentuhan formal ala New Rendition. Semuanya berinspirasikan kehebatan bumi Rome dan pemakaian Gladiator.


Bila sebut penggunaan fabrik, Bianco Mimosa menggunakan fabrik yang bermutu tinggi yang diimport dari luar negara terutamanya dari Negara Eropah. Ini semua demi menjaga kualiti nama jenama Bianco Mimosa itu sendiri. 


Walaupun fabriknya di import, tapi teknik rekaan dan isnpirasinya adalah daripada pemilik Butik Bianco Mimosa iaitu Dato Ida Suraya sendiri dimana setiap perincian menggunakan batuan Swarovski dan juga manik terpilih hasil buatan tangan yang menjadi pelengkap busana juga adalah insiprasi daripada Dato Ida Suraya sendiri. Anak tempatan Malaysia sendiri. Bangga kejap patik dengan usaha beliau.

Untuk melihat sendiri koleksi dari Bianco Mimosa ini, patik sediakan video daripada YouTube untuk korang saksikan sendiri konsep yang ditampilkan oleh mereka.


Bagi korang yang inginkan informasi terkini berkenaan koleksi "Neo Gladiator" atau koleksi lain bagi Butik Bianco Mimosa, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik berikan berikut.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


MASALAH KULIT WAJAH LELAKI BOLEH DIRAWAT DALAM MASA 5 HARI DENGAN PRODUK DEEJA COSMETIC

$
0
0

MASALAH KULIT WAJAH LELAKI BOLEH DIRAWAT DALAM MASA 5 HARI DENGAN PRODUK DEEJA COSMETIC | Masalah kulit dan lelaki adalah sangat normal bagi semua orang termasuklah patik sendiri. Kulit wajah patik pun bukan seindah yang disangka didalam gambar-gambar yang dipaparkan dilaman sosial.


Oleh sebab itu patik masih mencari dan telah mencuba pekbagai produk yang dirasa sesuai dengan kulit wajah patik. Terbaru patik sedang mencuba produk yang juga sesuai untuk lelaki iaitu produk Deeja Cosmetic dimana ianya boleh membantu merawat wajah kulit lelaki dalam masa 5 hari.

Kiranya bagi korang yang berumah tangga ke kan, produk ni boleh dikongsi korang laki bini. Haaaa lebih jimat dan dua-dua akan lebih meletop dalam masa 5 hari.

Untuk pengetahuan korang, produk Deeja Cosmetic ini dirumuskan dengan pelbagai bahan semulajadidan herba yang terpilih.Jadi korang tidak perlu risau takut untuk mencuba kerana ianya daripada bahan semulajadi. Selain itu ianya sudah semestinya mendapat sijil HALAL dan juga asli buatan Malaysia.

SABUN PEMBERSIH MUKA



Sabun pembershih muka dari Deeja Cosmetic ini mengandungi bahan seperti lobak merah, susu dan juga air mawar. Air mawar ini akan memberikan kesegaran pada wajah selepas mencuci. Untuk sabun ini, patik kerat menjadi 4 supaya lebih jimat. Hehehe. (Harga: RM12.00 WM / RM15.00 EM)

TONER NANO



Campuran air mawar dan juga aleo vera boleh membantu kulit wajah yang kusam, mengekalkan kelembapan kulit, mengecilkan pori-pori wajah, agent anti penuaan,mengatasi masalah bawah mata dan masalah kulit kering. 

Selepas mencuci muka, korang boleh menepek-nepek wajah korang dengan Toner Nano dari Deeja Cosmetic ini. (Harga: RM22.00 WM / RM25.00 EM)

KRIM MALAM



Krim Malam yg dirumus khas dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA), vitamin E, Retanioc Acid dan Gliserin ini diperakui dapat meningkatkan produksi kolagen, memperbaiki lapisan kulit, melembutkan dan menghaluskan kulit.

Krim malam ini korang boleh sapukan selepas mencuci muka dengan Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic. (Harga: RM28.00 WM / RM30.00 EM)

KRIM NANO



Krim yang berwarna oren ini adalah gabungan kunyit dan juga minyak jojoba dimana semua sedia maklum bahawa kunyit memang baik untuk kulit wajah kerana boleh menghilangkan jerawat, meninggalkan kulit mati , memudarkan parut jerawat dan menaikkan seri wajah. (Harga: RM28.00 WM / RM30.00 EM)

KRIM SIANG



Gabungan buah almond, biji tomato dan juga aleo vera telah menghasilkan Krim Siang yang sangat baik untuk merawat kulit wajah.

Ianya boleh disapukan pada wajah selepas korang mencuci wajah dengan Sabun Pembersih Muka dan ianya adalah untuk waktu siang sahaja. (Harga: RM28.00 WM / RM30.00 EM)


TIPS PENGGUNAAN PRODUK DEEJA COSMETIC

SIANG
  • Cuci wajah dengan Sabun Pembersih Muka
  • Keringkan wajah dan sapukan Toner Nano dengan kapas muka
  • Sapukan Krim Siang secara nipis keseluruh wajah

MALAM
  • Cuci wajah dengan Sabun Pembersih Muka
  • Sapukan Krim Malam secara nipis keseluruh wajah


Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensetif,berjerawat, pigmentasi, berminyak di zon T, black head dan bintik-bintik diwajah, patik anjurkan korang cuba menggunakan produk ini.



Rangkaian produk Deeja Cosmtic ini didatangkan dengan pakej dimana kesemuanya didatangkan dalam pek dengan harga RM85 untuk semenanjung dan RM90 untuik Sabah dan Sarawak.


Bagi korang yang inginkan informasi lanjut, korang boleh dapatkannya dibawa ini. 

Telefon:
019-6945950


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH

$
0
0


DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH | Patik bila disebut kepah tu, patik hanya tahu beli dekat pasar dan sedia untuk masak apa jua menu. Tapi bila kata nak mengutip sendiri memang sejujurnya patik tidak pernah dan tidak berpengalaman mengutip sendiri. 

Tempoh hari semasa lawatan ke Negeri Terengganu, patik dan rakan blogger lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman mengutip kepah dilaut. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Sebanyak 20 buah bot nelayan telah disediakan oleh Tourism Terengganu untuk membawa kami ke kawasan lautan yang sedikit cetek bagi aktivit ini. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Patik dan blogger Mawardi Yunus, Amir Nawawi, Pena Berkala dan juga Emas Putih telah menaiki boat laju untuk kelokasi yang dikatakan banyak kepah. 

Perjalanan menariki boat laju ini memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Didalam fikiran patik bagaimana cara untuk mengutip kepah ditengah laut sebabnya kepah biasanya akan berada didalam pasir laut.

Setiba dilokasinya yang dimaksudkan, rupanya andaian patik adalah salah kerana lokasi untuk mengutip kepah adalah cetek dan memang tidak dalam langsung. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Kami diberi seorang satu bakul digunakan untuk mengisi kepah yang dikutip tadi. Rupanya bukan mudah untuk mengutip kepah kerana kedudukan kepah tersebut didalam pasir laut. Jadi korang kena menggunakan tulang empat kerat iaitu 2 tangan dan 2 kali untuk mengorek-ngorek pasir sambil meraba keduduakan kepah tersebut. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Konsep patik adalah dengan duduk dan cuba meraba kedalam-dalam pasir. Ini adalah hasil kutipan patik untuk masa 2 jam. Bukan mudah rupanya untuk mengutip kepah ni. Tapi pengalaman mengutip ini sangat-sangat berguna. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Kalau dah ramai-ramai tu, masa nilah digunakan untuk merakam kenangan untuk dikongsi bersama pembaca blog patik ni. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Jadi bagi korang sekiranya berpeluang untuk datang ke Negeri Terengganu, jemputlah datang ke Daerah Setiu dan rasai pengalaman untuk mengutip kepah dipersisiran pantai seperti patik dan rakan-rakan sudah lakukan. 

Pengalaman yang mungkin korang tidak boleh beli tapi korang kena rasai sendiri dan hargai sendiri. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu dan juga Gaya Travel kerana membawa kami ke lokasi yang jarang dikunjungi oleh orang ramai dan merasai pengalaman mengutip kepah disini. 



NASI AYAM BEBOLA HALAL DI MELAKA HANYA DI RESTORAN EE JI BAN

$
0
0

NASI AYAM BEBOLA HALAL DI MELAKA HANYA DI RESTORAN EE JI BAN | Bila sebut jeee Melaka, patik sangat seuka akan negeri tersebut. Selain banyak lokasi sejarah yang tidak jemu dilawati, banyak lokasi makan yang sedap-sedap di Melaka. 

Apa yang masih menjadi wish list patik adalah nak merasai makan nasi ayam bebola yang heboh orang cerita. Tetapi ramai kate kebanyakkan nasi ayam bebola yang di Melaka adalah tidak halal kecuali di Restoran Ee Ji Ban yang terletak di Taman Melaka Raya tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka.  


Tempoh hari semasa jalan-jalan patik ke Melaka bersama team Honda, patik dan rakan blogger lain dibawake restoran ini untuk merasai menu nasi ayam bebola yang HALAL.



Melangkah masuk kedalam ke Restoran Ee ji Ban Nasi Ayam Bebola, patik terkejut kerana pengunjung telah mula memenuhi restoran ini untuk makan malam. 

Restoran yang dimilik oleh seorang Cina Muslim ini menyajikan semua jenis nasi ayam biasa dan juga nasi ayam bebola beserta dengan pelbagai lauk sampingan yang sangat menyelerakan. 


Apa yang patik perasan dekorasi restoran ini banyak memaparkan keratan akhbar berkenaan pengunjung yang berpengaruh dan juga selebriti yang telah berkunjung dan merasai makanan mereka. 


Akhirnya patik berjaya merasai bagaimana rasanya nasi ayam bebola dari Restoran Ee Ji Ban Nasi Ayam Bebola ini. Rupanya seperti nasi ayan yang dimasak lembik dan kemudian dikepal menjadi bebola dan dimakan dengan menu sampingan lain seperti ayam bakar / kukus, sambal udang, sambal sotong, sup bebola ikan dan bermacam lagi. 

Patik juga sempat merasai nasi ayam mereka yang bagi patik lebih sedap dan mengenyangkan berbanding nasi ayam bebola ini. Apa pun bergantung kepada perut dan tekak masing-masing kan. Hehehee.

Bagi korang yang ingin mencari nasi ayam bebola HALAL di Melaka, korang boleh datang ke Restoran Ee Ji Ban Nasi Ayam Bebola ini dan nikmatilah dengan seronok !!


Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya.


RESTOCK SEMULA KURTA LELAKI TERKINI BYFAUZIARYAAN

$
0
0

KURTA LELAKI TERKINI BYFAUZIARYAAN | Berkonsepkan TRENDY . MODEN . SOPAN, koleksi daripada ByFauziAryaan ini menjadi pilihan ramai penggemar kurta yang bermotifkan moden dan santai untuk digunakan 



Bagi mereka yang ingin melihat sendiri koleksi-koleksi dari label patik, ByFauziAryaan boleh terus ke:


Instgram: 
@byfauziaryaan

Facebook page:

Email:
fauziaryaan@gmail.com

Telefon: 
019-6072961 (ByFauziAryaan)

Label patik hanya mengeluarkan kurta lelaki moden yang berkonsepkan 
. TRENDY . MODEN . SOPAN .

Itu lah ByFauziAryaan

PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1

$
0
0

PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1 | Rancangan "Walla - Menu Kita" terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersiaran untuk musim ke-2 dimana siarannya setiap hari Ahad jam 12.30 tenghari di TV1.

Kenapa patik tiba-tiba berbicara kisah rancangan ni? Ini sebab patik adalah salah seorang blogger jemputan bersama-sama dengan pengacara yang sangat petah berbahasa melayu iaitu Chef Brian atau lebih mesra dipanggil Abang Brian


Ada yang bertanya patik bagaimana patik dipelawa untuk muncul didalam rancangan tersebut. Sebenarnya patik telah "dilamar" melalui email oleh pengurus rancangan untuk menyatakan hasrat mempelawa patik sebagai rakan pengacara untuk episod tertentu.

Sebagai mengutip pengalaman baru, patik terima cabaran ini untuk digandingkan dengan pengacara keletah bagi menjayakan episod tersebut.


Berlokasi di Restoran MaxandCarl Kitchen yang terletak di Ampang Selangor, patik telah tiba dilokasi yang dinyatakan. Pada masa ni tuhan jeeee tahu betapa gemuruhnya untuk petik berjumpa dengan semua team rancangan "Walla" dan merasai sendiri bekerja dihadapan kamera. 


Bertemakan menu "percik" patik harus menghafal sedikit sebanyak skrip yang diberikan termasuklah menghafal serba sedikit bahan-bahan masakan yang digunakan untuk memasak menu yang brasaskan percik. Memang memerlukan ingatan yang agak kuat. 


Barulah patik tahu bukan mudah untuk muncul dihadapan TV seperti yang kita sangka. Melihat kerjasama team Walla yang sangat profesional dan memang sudah biasa dengan tugas masing-masing menjadikan ianya lebih mudah lancar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan oleh setiap petugas.

A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Sebelum memulakan pengambaran sebenar, patik diberi peluang untuk membuat lakonan percubaan. Memang kekok wehh bila penerbit sebut 'action'. Hahahahaha. Sedikit cuak tidak terkecuali.

A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Bila dah menjadi pengacara rancangan makan-makan, patik diajar dan diingatkan untuk tidak makan dengan sopan. Kita perlu tunjukkan keenakkan dan kesedapan kepada penonton supaya ekspresi wajah kita akan mempengaruhi orang ramai untuk turut sama datang ke restoran ini. 

Jadi apa yang korang akan lihat nanti MUNGKIN BUKAN tindakan seorang insan bernama Ahmad Fauzi Aryaan. Hahahahaha. Apa pun sila saksikan nanti. 

A video posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Hahahahah.. bila dapat cakap, habis abam kawww ceramahkan Abang Brian dengan segala resepi dan cara memasak menu yang dihidangkan di Restoran MaxandCarl Kitchen ni haaa. Tapi bagi patik Abang Brian memang pelengkap patik sebagai pembantu pengacara bagi rancangan ini. Beliau sangat berbakat ok !!


Sebenarnya patik sangat respek dengan pemilik Restoran MaxandCarl Kitchen rupanya gabungan 2 rakan kongsi iaitu Encik Mahmud dan juga Encik Haikal maka terjadilah MaxandCarl Kitchen


Untuk makluman korang pembaca blog patik, sebenarnya restoran ini merupakan cawangan kepada Restoran Suriani Nasi Kukus yang sangat popular di Kelantan. Keenakkan masakan di Restoran Suriani Nasi Kukus telah dibawa oleh anaknya sendiri ke Kuala Lumpur


Patik sangat teruja dan berbesar hati apabila dapat digandingkan dengan Chef Brian atau lebih mesra dipanggil Abang Brian untuk episod kali ini. 


Terima kasih kepada pemilik Restoran MaxandCarl Kitchen kerana sudi memberi ruang dengan patik dan juga Abang Brian serta tenaga kerja "Walla" untuk episod menu berasaskan "percik" ini. 


Jadi bagi korang yang ingin melihat hasil penggambaran yang patik dan team "Walla" dah lakukan, korang boleh nantikan pada Ahad, 27 Nov 2016 pada jam 12.30 tenghari di TV1.


Ini adalah iklan promo yang telah sedia untuk dipertontonkan kepada umum. Sebenarnya patik segan dan jujur patik rasa takut untuk melihat diri patik sendiri ditonton oleh semua keluarga dan rakan-rakan.

Tapi tidak apa kerana pengalaman hari ini mengajar kita untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan. InsyaAllah.

Rancangan:
Walla - Menu Kita

Tarikh dan Masa:
27 Nov 2016
12.30 tengahari

Saluran:
TV1

>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


PERCUTIAN BAJET LEBIH MUDAH DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY

$
0
0

PERCUTIAN BAJET LEBIH MUDAH DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY | Sejak dua menjak ni patik perasan orang ramai sibuk berlawan nilai percutian mereka. Bila sebut percutian bajet masing-masing akan bertanya berapa "bajet" bercutian yang telah dihabiskan semasa bercuti. 

Kalau patik pun, patik lebih suka mencari percutian yang berbajet rendah dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa menentu tetapi keinginan untuk bercuti membuak-buak. Jadi patik akan mencari agensi yang boleh memberikan nilai percutian bajet tetapi kepuasan bercuti tu akan memberi makna. 

Belek punya belek,patik terperasan website www.touristguide.com.my yang boleh memberi pakej percutian yang boleh patik katakan "bajet".

PELANCARAN LAMAN WEB WWW.TOURISTGUIDE.COM.MY



Berlokasi di The Westin Hotel Kuala Lumpur majlis pelancaran laman web www.touristguide.com.my telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. 

Untuk pengetahuan korang, Touristguide.com.my ni telah bertapak dialam maya lebih kurang 5 tahun bermula tahun 2011 dimana ianya menyediakan platform untuk korang yang suka mengembara secara bajet diluar sana. 

Setakat ini seramai 3000 orang telah mendaftar di Touristguide.com.my dan misi mereka adalah mengumpul database traveler sehingga 100,000 orang sebelum mereka mengembangkan misi mereka keluar Malaysia. 


Majlis pelancaran ini telah selamat dilakukan oleh Encik Mohd Akbal Setia, Pergarah Tourim Malaysia Kuala Lumpur, Encik Devan Kumar, Pengarah Urusan Touristguide.com.my dan duta kepada jenama ini iaitu Akim Ahmad.

Apa yang patik dapat tahu banyak promosi percutian "bajet" yang disediakan untuk korang diluar sana. Ini adalah promosi yang sedang berlangsung kepada korang yang mendaftar di www.touristguide.com.my. Ohh yaaa pendaftaran sebagai ahli adalah PERCUMA !!

Percutian ke Maldives

Percutian ke Mauritius

Percutian ke Taj Mahal

Percutian ke Kerala

Percutian ke Hong Kong

Haaaa nampak kan 5 pakej yang patik kongsikan ni. Pakej ini akan sah sekiranya korang daftarkan diri secara PERCUMA di laman web yang patik sebutkan tadi dan korang boleh menempah sehingga 30 November 2016 untuk menikmati harga promosi yang sangat hebat ini.  

Promosi sehingga 50% yang akan korang nikmati ini akan membolehkan korang memilih masa diantara 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2018. Kenapa korang perlu bercuti dengan Touristguide.com.my akan terjawab dengan singgah ke blog Projek Travel[SINI] ini.


Bagi korang yang inginkan lebih informasi, ni patik sediakan sedikit latar belakang dan cara untuk menghubungi syarikat tersebut. Yang penting korang kena daftar di www.touristguide.com.my secara PERCUMA tau !!


INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
-
Talian Bebas Tol: 
1800 38 3338

Waktu Pejabat: 
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


PROGRAM CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA MERIAH DI CENTRAL MARKET

$
0
0

PROGRAM CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA MERIAH DI CENTRAL MARKET | Tempoh hari patik dan rakan blogger lain telah dijemput oleh pihak Nescafé Malaysia untuk sebuah program dipanggil "CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA" yang berlangsung di Central Market Kuala Lumpur



Majlis yang berlangsung dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh wakil pihak Nescafé Malaysia Cik Venessa Lim


Berkonsepkan ala-ala "Explore Race" dimana semua peserta dikehendaki mengharungi 5 cabaran untuk melengkapi cabaran ini. 

Cabaran yang berlangsung akan melibatkan kawasan sekitar Central Market dan beberapa tempat yang memerlukan kita berjalan kaki ke tempat cabaran berlangsung. 


Bersempena acara ini, pihak Nescafé Malaysia memperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan Nescafé Tarik  didalam tin pertama di Malaysia. 

Siapa sangka sebuah jenama antarabangsa menghasilkan Nescafé Tarik dalam tin khas untuk orang Malaysia. Lepas ni tak payah laaa tempah Nescafé Tarik kalau lepak minum diluar. Hehehe. 

CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA

Acara yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia ini adalah sebagai kesinambungan mempromosikan minuman terbaru mereka iaitu Nescafé Tarik. Sambil mempromosi, kita berkativiti. 

Jadi aktiviti cabaran ini memerlukan semua peserta melakukan beberapa cabaran sebelum diumumkan sebagai pemenang. 

Seawal pagi patik dah set minda yang patik datang hanya untuk suka-suka kerana patik ada kisah hitam bila turut serta didalam acara ala-ala Explore Race.

Untuk aktiviti ini, patik telah berada didalam kumpulan merah. 


Tugasan pertama kami bergerak ke UTC Pudu. Disini kami hendaklah mencari orang ramai dan meminta mereka untuk mencuba minuman terbaru ini dan mengambil gambar bersama mereka sambil minum.

Pada mulanya memang susah untuk kita mendekati orang ramai kerana mereka mesti ingatkan kami ni penjual air kot. Tapi fiuhhh lega ada juga yang sudi membantu kami. YESSS !

Tugasan kedua kami adalah menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek dimana kami dikehendaki melakukan cabaran #MannequinChallange bersama-sama Nescafé Tarik didalam tin. 

Tak sangka ini adalah pengalaman patik melalukan cabaran #MannequinChallange ini bersama rakan-rakan lain. 


Cabaran ketiga kami adalah di Petaling Street dimana kami dikehendaki melakukan tarian singa dan menggunakan prop Nescafé Tarik didalam tin sebagai bahan utama dalam tarian singa kami.

Pengalaman yang patik tidak boleh lupa kerana ini adalah pertama kali patik menyarung kepala singa dan merasai betapa payah juga untuk mengendalikan kepala singa dan melakukan tarian singa. YESSS SELESAI !!


Cabaran keempat adalah kami perlu kembali ke Kasturi Walk dan mengambil gambar dan beraksi seperti seorang yang tengah menarik air. Setiap orang perlu melakukan serupa seperti didalam gambar yang diberikan. YESSS SELESAI !!


Seterusnya cabaran kelima dimana kami kena bergerak ke Clock Tower, Jalan Medan Pasar dan menggunakan prop yang ada untuk menghasilkan gamabr yang kreatif dan mengikut tema Nescafé Tarik Mana-Mana. Agak susah dengan masa yang diberikan tapi kami cuba berikan yang terbaik. 


Sebagai pengakhiran kami perlu Merchant's Lane untuk menamatkan cabaran. Untuk cabaran ini kami telah menggunakan khidmat google maps untuk mencari lokasi Merchant's Lane.

Rupanya Merchant's Lane ni adalah sebuah restoran lama yang diberi nafas baru dan menjadi restoran hipster ditengah-tengah KL.


Dihujung acara, kumpulan KUNING telah menjuarai cabaran Nescafé Tarik Mana-Mana kali ini. Tahniah buat kumpulan KUNING !!

Ini patik selitkan video daripada blogger Uncle Zuan untuk korang rasai bagaimana kami seronok dengan aktiviti yang disusun.


Apa pun patik seronok berhujung minggu dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan sambil kita belajar sesuatu yang baru dalam di Kuala Lumpur. 

Terima kasih Nescafé Malaysia atas penganjuran kativiti seperti ini dan jangan lupa untuk korang dapatkan Nescafé Tarik terbaru didalam tin dipasaran sekarang !!

HIDANGAN BUFFET SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS 2016 DI RESTORAN FLAVORS SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCE

$
0
0

HIDANGAN BUFFET SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS 2016 DI RESTORAN FLAVORS SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCE | Malaysia ni memang bertuah kerana kita mempunyai pelbagai perayaan yang boleh disambut bersama. 

Dalam masa terdekat, perayaan Krismas 2016 akan berlangsung. Bersempena datangnya sesuatu perayaan sudah pasti pelbagai jenis makanan tradisi akan keluar. Itu lumrah bila kita menyambut sebarang perayaan. 


Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence yang terletak di Jalan Pudu, KL juga tidak kurang hebat dengan sambutan Krismas 2016. Sajian mereka sudah pasti fokus pada sambutan perayaan Krismas 2016.



Bila menyambut perayaan Krismas, tidak sah kalau tidak menyajikan hidangan menu berasaskan ayam turki dan korang boleh menempah ayam turki panggang ini dengan harga RM 200 bermula 1 - 31 Disember 2016. 

SAJIAN BUFFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 2016


Seronoknya bila ada hidangan jenis buffet ni haaa. Kalau patik pun lebih suka hidangan jenis buffet kerana kita boleh memilih menu yang terhidang dengan gembira. Hahahaa.


Di Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence juga menyediakan buffet sempena perayaan ini. Pada harga RM98nett untuk dewasa, dan RM45nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, korang boleh menikmati pelbagai jenis menu yang dihidangkan termasuklah manisan dan kek yang cantik.


Oh yaaaa. Lupa patik nak bagitahu. Pada 24 Disember 2016 bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam, korang boleh menikmati hidangan buffet istimewa sempena sambutan malam Krismas 2016

Sekiranya korang buat tempahan sebelum 15 Disember 2016, korang akan dapat potongan diskaun 15% pada harga  RM98nett untuk dewasa, dan RM45nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Lebih jimat dan lebih bermakna bukan?

SAJIAN BUFFET HI-TEA SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 2016



Sehingga 24 Disember 2016 ini bagi korang yang ingin mengadakan mesyuarat atau sekadar lepak santai dalam masa 12.00 Tengahari sehingga 4.00 PetangRestoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence turut menyediakan hidangan Hi-Tea pada harga RM88nett untuk dewasa dan RM44nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun


Tempahan sebelum 25 Disember 2016 untuk hidangan buffet Hi-Tea, korang layak menikmati potongan diskaun 25%. Memang berbaloi dengan diskaun semua ni haaa. 


Jadi apa lagi tunggu, jom kita rasai menu untuk sambutan Krismas 2016 di Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence dengan membuat tempahan disini.

Bagi korang yang ingin merasai sepertimana patik rasai, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik berikan ini. 

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


UJI KEHEBATAN DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL KUALA LUMPUR

$
0
0

UJI KEHEBATAN DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL KUALA LUMPUR | Kalau ke NU Sentral silalah berkunjung ke BREAKOUT dimana korang akan merasai suatu pengalaman yang sangat tidak boleh dilupakan.
 

Tempoh hari patik dan rakan-rakan blogger lain telah meluangkan masa untuk merasai pengalaman "terkurung" didalam bilik-bilik bertema yang ada di BREAKOUT. Kenapa patik kata "terkurung" sebabnya korang perlu menyelesaikan persoalan yang sangat mencabar fikiran korang sebelum korang "dilepaskan" dari bilik tersebut. 


Untuk pengetahuan korang dekat sini terdapat 7 bilik "kurungan" yang boleh korang cuba iaitu The War for Rembrandt, Dreadnaught, The Testament of Tesla, Materia Medica, Terraform, The Secret of Hocus, Perpetual (bilik terbaru dari BREAKOUT).

Patik dan rakan lain telah mencuba 2 bilik iaitu The Testament of Tesla dan Perpetual. 

Untuk bilik The Testament of Tesla korang kena menyelesaikan persoalan untuk mengembalikan cahaya untuk orang ramai. Ibaratnya kalau korang tak dapat nak selesaikan masalah, seluruh manusia akan kegelapan. Agak menarik bukan cabaran ini.


Untuk bilik Perpetual pula, ini adalah bilik terbaru yang direka oleh BREAKOUT untuk korang cuba. Dibilik ini korang perlu menyelesaikan tugasan untuk mencuri artifak yang disimpan oleh pemiliknya didalam bilik keselamatan.


Sebelum bermula permainan, korang akan diberi peneringan ringkas oleh staf BREAKOUT termasuklah penerangan keselamatan sebelum bermain dengan cabaran didalam bilik-bilik "kurungan"


Untuk kali ini patik berkumpulan dengan Dik Bee, Uncle Zuan, Pena Berkala dan Amir Nawawi. Masing-masing diberikan tugas yee. Bukan suka-suka mengangkang masuk dalam tu yeee adik-adik sekalian. 


Semasa didalam bilik "kurungan", korang akan diberikan 45 minit untuk menyelesaikan cabaran didalam sebuah bilik sehingga korang akan keluar dari bilik kurungan tersebut. Korang dibenarkan untuk meminta klu dan 1 watak korang akan terkorban demi 1 klu.


Secara overall, bilik The Testament of Tesla dan Perpetual adalah memang susah. Memang mencabar daya kesabaran dan pemikiran kami semua. 


Sekiranya korang ingin cuba merasai cabaran hebat ini, ini patik sediakan informasi untuk korang boleh rujuk. Ingat yeee, lokasinye dekat NU Sentral yeee. 


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<






KEMERIAHAN BERADA DI MAHA 2016

$
0
0

KEMERIAHAN BERADA DI MAHA 2016 | Kemeriahan dan kesesakkan manusia yang membanjiri MAHA 2016 yang hangat berlangsung sehingga 11 Disembaer 2016. Mana tidak nya, patik yang hari nak datang ke pejabat selalu merah dek kerana masing-masing yang beratur nak masuk kedalam MAHA 2016

Bila dah masing-masing sibuk dengan kesesakkan tu, patik pun telah merancang untuk menjengah apa yang menarik sampai sesak jalan masuk ke Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang terletak bersebelahan dengan pejabat patik. 

Jadi entri kali ni patik akan kongsikan pengalaman patik sepanjang berada di MAHA 2016 siang tadi. 

PAVILION NEGERI 



Apa yang seronok bila beradad disini adalah kita dapat melihat kebudayaan dan juga jualan produk hasil negeri masing-masing. Terdapat 14 buah negeri masing-masing mempamerkan dan memperkenalkan kehebatan negeri masing-masing.

Bila dah meronda dari 1 rumah ke 1 rumah sudah pasti macam-macam produk yang mereka beri untuk dirasa. Lama-lama naik kenyang patik pada hujung perjalanan.

Dekat sini patik pasti korang akan luangkan banyak masa untuk memastikan setiap ruang korang akan korang lawati lagi-lagi korang kuat dengan sifat kenegerian. Hahahaha


NAFAS CUBE 



Kemudian patik singgah ke NAFAS CUBE dimana ianya dimiliki oleh Pertubuhan Peladang dan menggunakan tanah milik MARDI untuk membina sebuah lokasi penginapan yang bagi patik sangat unik. 

Sebenarnya patik pernah nampak konsep ini disebuah lokasi di Janda Baik, tapi alhamdulillah konsep ini telah dibina didalam MARDI dan mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di dalam kelongkong atau khemah berkonsep glamour dan juga jenis kontena. 


Sebelum meneruskan perjalanan, jom kita menikmati sarapan pagi disini. Konsep mereka ini juga unik bagi patik. Menggunakan bekas makanan jenis kitar semula dan juga bekas minuman didalam mentol menjadikan sarapan pagi patik sangat comel. Hahaha


Bila dah kenyang menjamah makanan yang dihidangkan, bolehlah patik meneruskan perjalanan pusing.


Nampak tak lokasi penginapan yang sangat unik. NAFAS CUBE menyediakan bilik-bilik penginapan seperti khemah, tube dan juga kontena. 


LAMAN PERIKANAN



Kemudian patik sempat menjengah ke Laman Perikanan dimana disini korang boleh melihat pelbagai jenis ikan daripada jenis yang boleh dimakan sehinggalah yang jenis perhiasan. 


Patik juga terkejut melihat ikan yang termahal juga dipamerkan disini. Ikan termahal yang patik lihat adalah Ikan Empurau berharga RM1800 untuk 1 kilogram. Wowww mahal sungguh harganya. 


Diakhir lawatan kami sempat merasa produk hasil daripada ikan tuna. Sate tuna dan juga roti flost ikan tuna. Apa yang patik dimaklumkan,ikan tuna kaya dengan Omega 3 yang baik untuk kesihatan. 

PADI



Seterusnya patik sempat singgah ke Laman Padi dimana disini bagi korang yang jenis anak bandar boleh melihat sendiri pokok padi dan juga aktiviti bermain bola sepak bendang.


Disini juga turut dipamerkan cara penanaman padi yang terdahulu sehinggalah yang terkini. Mesin yang digunakan terkini juga turut disediakan. 

NANAS



Di Laman Nanas pula korang boleh merasai sendiri kemanisan nanas baka terbaru iaitu nanas jenis MD2. Patik sebenarnya agak pelik kenapa nanas ni begitu popular.

Dulu masa kecil, mak patik potong nanas dan patik tahu makan je. Tidak hirau dengan jenis dan segala ape tu haaa dan akhirnya lidah gatal, Hahaha


Barulah patik tahu yang nanas jenis MD2 ini mempunyai asid sitrik yang lebih rendah berbanding nanas lain yang menyebabkan ianya tidak gatal pada lidah. Memang sedapp wooo !!

LAMAN ARMADA JENTERA



Patik juga sempat menjengah ke Laman Armada Jentera dimana disini dipamerkan jentera berteknologi tinggi untuk kemudahan pertanian. 


Disini boleh patik simpulkan mereka yang suka kearah teknologi tertanian memang sesuai untuk datang ke laman ini. Selain melihat kehebatan jentera pertanian, korang boleh dapat informasi untuk meningkatkan pertanian korang dengan cara penggunaan teknik yang betul.

TERNAKAN



Bila sampai ke Laman Ternakan, benda pertama yang orang ramai suka adaah melihat "lembu sado". Pertama kali patik melihat dengan mata kepala sendiri dan perkataan pertama yang keluar dari mulut patik adalah "Wowww".

Memang sangat terkejut dengan baka lembu tu.


Secara keseluruhan apa yang boleh patik katakan adalah MAHA 2016 adalah sebuah acara yang sangat besar yang diadakan di Malaysia. 

Untuk menghabiskan keseluruhan MAHA 2016 yang berkeluaan 400 hektar ini mungkin memerlukan 3 hari untuk korang cover.

Bagi korang yang masih belum pergi ke MAHA 2016, korang silalah berkunjung ke sini dan rasai pengalaman dan kemeriahan disini. Khabarnya catatan pengunjung adalah seramai 3.5 juta orang. Haaa nampak tak bagaimana meriahnya. 


HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2016 KUMPUL SEMUA AHLI KETURUNAN

$
0
0

HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2016 KUMPUL SEMUA AHLI KETURUNAN | Minggu lepas patik sempat menghadirkan diri untuk program yang dianjurkan oleh AJK Keluarga Haji Hamzah iaitu keluarga besar patik.


Majlis hari keluarga ini telah dilaksanakan di rumah Pak Anjang patik yang terletak di Banting Selangor. Jadi patik sempat balik ke kampung dan terut serta program yang dianjurkan oleh pihak penganjur.


Pendaftaran peserta program telah diadakan seawal jam 8.30 pagi dan kemudian patik pun sempat menjamah sarapan pagi yang dihidangkan oleh pihak urusetia. Menu nasi lemak sotong menjadi menu untuk sarapan pagi tersebut. 


Untuk program pertama iaitu Treasure Hunt, kami telah setiap keluarga hendaklah menghantar 5 orang wakil sekurang-kurangnya tetapi atas kelewatan adik patik, jadi patik bersama 2 abang patik sebagai wakil bagi keluarga patik. 


Sepanjang aktiviti Treasure Hunt ini, banyak informasi baru yang patik belajar berkenaan salasilah keluarga besar patik bermula dari moyang sampailah kepada sepupu sepapat. Selain daripada salasilah keluarga besar patik, banyak lagi cabaran yang kami perlu lakukan seperti solat dhuha, mengira tapak kaki dan langkah menuju ke surau, mencari rumah lama di kampung patik dan sebagainya. 


Bila ada cabaran selfie bersama rumah lama, patiklah yang paling seronok dengan cabaran ni haaa. Hahahaha.


Selesai aktiviti pertama, kami teruskan aktiviti dengan aktiviti sukaneka. Sukaneka yang dimaksukan adalah bowling buah kelapa. 


Yang uniknya pin bowling yang digunakan adalah yang sebenar yang digunakan ditempat bowling. Entah mana urusetia dapatkan pun patik tidak tahu. Rupanya pin bowling ni memang besar jugak dan sesuai dengan bola bowling yang digunakan sebagai pembaling. 


Aktivit seterusnya adalah bagi patik antara yang mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab didalam permainan ini, korang perlu menyeimbangkan bola diatas papan bulat dan tali yang diberikan adalah tidak sama panjang. Itu adalah cabaran sangat besar buat semua keluarga.


Selesai aktiviti, majlis penyempaian hadiah dihujung program turut dilakukan. Untuk edisi kali ini, piala untuk treasure hunt turut menjadi taruhan. Mana tidaknya, selalu hanya hamper jee kan. Jadi kali ini kita sediakan piala sebagai kenangan. 


Hadiah-hadiah lain seperti hamper, peralatan rumah dan juga hadiah peralatan sekolah juga turut disediakan. Sesuai sangat untuk persediaan untuk masuk kesekolah tahun hadapan. 



Untuk acara Treasure Hunt tadi, keluarga patik memenangi tempat ketiga.


Tempat kedua dimenangi oleh keluarga Pak Ngah


Juara disandang oleh keluarga Pakcik 


Apa yang boleh patik simpulkan adalah aktiviti seperti ini sangat bagus selain boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga, ianya boleh menjadikan kita kenal setiap daripada saudara mara semua. 

Semoga aktiviti ini dapat dilakukan ditahun-tahun hadapan dengan jayanya. Yang penting patik dapat macam-macam hadiah untuk dibawa pulang. Itu lagi penting. Wakakaka

 Jumpa lagi ditahun hadapan 2017 yee keluarga Haji Hamzah !!


KURTA LELAKI BERLENGAN PENDEK TERKINI DARI FAKL

$
0
0

KURTA LELAKI BERLENGAN PENDEK TERKINI DARI FAKL | Fauzi Aryaan Kuala Lumpur (FAKL) tampil dengan koleksi terbaru kurta lelaki untuk gaya yang lebih santai. 

Koleksi dipanggil Koleksi Aryaan ini menginspirasi nama pemilik yang sudah berkecimpung didalam penghasilan kurta lelaki moden lebih kurang 2 tahun  


kurta lelaki
Aryaan 1

kurta lelaki
Aryaan 2

kurta lelaki
Aryaan 3

kurta lelaki
Aryaan 4

Terdapat 4 jenis warna yang menjadi pilihan orang ramai untuk dipakai tidak kira masa. Bagi patik koleksi kali ini adalah lebih santai untuk lelaki kini menggunakannya untuk beriadah keluar bersama keluarga atau ke majlis-majlis yang separa formal atrau formal bergantung pada keadaan majlis. 

kurta lelaki

Bagi anda yang ingin memiliki koleksi kurta lelaki berlengan pendek ini, korang boleh lihat di:

Instgram: 

Facebook page:
FAKL 2015

Email:
fauziaryaan@gmail.com

Telefon: 
019-6072961 (FAKL2015)

Label FAKL2015 hanya mengeluarkan kurta lelaki yang berkonsepkan 
. TRENDY . MODEN . SOPAN .

Itu lah ByFauziAryaan

kurta lelaki

Oh yaa, lupa patik nak sampaikan yang kurta patik ini boleh dibeli secara online:

Website:

Instagram:


MINYAK TENANG ANAKANDA KELUARAN NING SALMAH BANTU ANAK KEMBUNG PERUT

$
0
0


MINYAK TENANG ANAKANDA KELUARAN NING SALMAH BANTU ANAK KEMBUNG PERUT | Kebiasaan bila akan ada ahli baru didalam keluarga patik, persiapan untuk menerima kehadiran bayi baru akan dibuat. 

Mengikut pengalaman abang-abang dan adik patik, segala persiapan perlu disediakan untuk memastikan apabila kehadiran bayi tersebut tiada apa yang kita perlu kejar-kejarkan termasuklah pakaian dan juga ubat-ubatan yang diperlukan untuk keselesaan si kecil nanti.  


Untuk kali ini patik ingin kongsikan sedikit pengalaman dalam persiapan menerima kehadiran anak buah baru dalam keluarga patik. 

Selain penyediaan pakaian dalaman dan luaran baru serta segala keperluan bayi, penekanan juga diberikan kepada penyediaan ubatan luaran seperti minyak angin yang selalu digunakan samada selepas mandi atau pun apabila bayi dalam keadaan tidak selesa. 


Terbaru patik baru terjumpa minyak angin tenang anakanda keluaran Ning Salmah yang sangat-sangat membantu bayi yang mengalami kembung perut kerana masuk angin dan juga sembelit.


Campuran minyak kayu putih, minyak buah pala, minyak cengkih dan minyak daun pudina menjadikan minyak angin tenang anakanda ini menjadi pilihan adik beradik patik untuk anak-anak mereka kerana baunya yang sangat menyenangkan dan menenangka dan tidak memeritkan dan memanaskan seperti minyak angin biasa. 


Hanya berharga RM53 dengan berat 100 ml menjadikan penggunaan sehingga 2 -3 bulan bergantung kepada lama penggunaan. Memang jimat dan berbaloi. 


Bagi korang yang ingin memiliki minyak angin ini sebagai pengganti minyak angin untuk bayi anda yang biasa, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


No Telefon:
 012-699 2604


>> WEBSITE | FACEBOOK<<



AHMAD FAUZI ARYAAN BAKAL BERGELAR DOKTOR?

$
0
0

AHMAD FAUZI ARYAAN BAKAL BERGELAR DOKTOR? | Hai semua pembaca blog Dunia Patik ni haaa. Sebenarnya patik sudah lama tidak berkongsi kisah peribadi patik yang lebih bersifat dekat dengan diri patik sejak dua menjak ni. Mungkin sebab patik terlalu sibuk dengan menghadiri jemputan luar dan membuat sedikit review untuk bebepa produk dan juga tempat perlancongan. 

InsyaAllah lepas ni patik rasa kisah-kisah yang lebih bersifat kisah hidup akan patik perkongsikan dengan pembaca patik didalam blog ini. 

Oh yaaa untuk pengetahuan korang semua, patik akan kembali menjadi insan berstatus pelajar. 

Selepas 4 tahun melalui pelbagai pengalaman didalam bidang kerjaya. 


Jatuh bangun kehidupan dek pelbagai isu ekonomi, kewangan diperingat dalaman dan segala apa yang berlalu sepanjang hampir 4 tahun, akhirnya patik tekad untuk menyambung pengajian diperingkat seterusnya iaitu Philosophy of Doctorate (PhD) didalam bidang sains.

Untuk peringkat awal ni, patik telah diberi tugasan menyediakan persediaan seperti menyediakan Problem Statement, Hypothesis Study dan juga Methodology. Semoga perjalanan baru patik akan sampai penghujungnya. InsyaAllah. Amin

Doakan patik yeee. Hehe


Viewing all 468 articles
Browse latest View live