Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

PENGALAMAN MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

$
0
0
GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

PENGALAMAN MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK | Bila diberi peluang menginap secara glamping, patik pun pelik bagaimana rasanya menginap secara glamping. Glamping tu apa sebenarnya ye?

Pada mulanya patik membayangkan korang akan menginap didalam sebuah khemah yang kecil sepertu zaman sekolah dan memang "kurang" selesa. Itu adalah bayangan pertama patik.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tambun lebih kurang 2 jam 30 minit penuh dengan keseronokkan bersama kawan-kawan yang sekepala. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Selepas meninggalkan kenderaan, perjalanan kami 7 rakan blogger ini dibawa masuk dengan menggunakan buggy khas. Buggy khas ini adalah untuk mereka yang menginap secara glamping. Patik pun agak pelik, kenapa ekslusifnya mereka yang memilih penginapan secara glaming ini dilayan seperti VIP?

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Setiba dikawasan penginapan glamping ini, barulah patik tahu bagaimana rupa bentuk penginapan yang dibangunkan oleh pihak The Lost World of Tambun, Perak sebagai memberi pilihan baru kepada pengunjung yang datang kesini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Bayangan patik yang mengatakan konsep khemah kecil dan segala apa itu semuanya meleset bila mana patik melihat konsep glamping di The Lost World of Tambun Perak ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Masih berkonsepkan khemah tetapi tetalh dinaikkan taraf kepada yang lebih selesa dan secara keseluruhan patik sangat berpuas hati dan memang selesa. Sangat unik untuk konsep yang boleh diketengahkan kepada umum.

 KEMUDAHAN PENGINAPAN BERKONSEP GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN

Untuk pengetahun korang, untuk penginapan berkonsep glamping ni, korang boleh memilih beberapa pakej yang ditawarkan disini seperti

PAKEJ A - 2 Dewasa

PAKEJ B - 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak

PAKEJ C - 2 Dewasa + (dewasa / kanak-kanak)

Untuk kali ini, geng lelaki datang berempat manakala geng perempuan datang bertiga. Jadi apa yang boleh patik bagitahu, khemah ini mampu menampung semaksima 4 orang didalam suatu masa. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Keadaan luaran yang sangat tenang dan dihias dengan konsep taman yang memang cantik. Patik pasti kehidupan malam pasti lebih cantik dengan lampu-lampu taman yang akan menyala. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

2 katil single ini disediakan untuk mereka yang datang bersama 2 rakan dewasa lain ataupun untuk 2 kanak-kanak. Walaupun berkonsep khemah, keselesaan jelas terbayang untuk keseronokkan pengunjung.  

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Katil king dan bantal yang sangat selesa seperti didalam sebuah bilik hotel disediakan untuk pengunjung beradu memang mengundang keseronokkan penginapan berkonsep glamping ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Korang jangan sangka tidur dalam khemah ini akan merasa panas sebab didalam khemah ini disediakan kipas berdiri yang akan menambahkan keselesaan korang sepanjang berada didalam khemas walaupun disiang hari.

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Korang jangan terkejut ye sebab didalam khemas ni juga disediakan plug untuk mengecas segala alat elektronik yang korang bawa. 

Oh yaa bagi korang yang memilih untuk menginap secara glamping ni, patik nak ingatkan yang bilik air adalah terletak diluar kawasan yee. Jadi korang perlu berjalan kaki untuk ke bilik air. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Untuk lebih merasai keseronokkan penginapan berkonsepkan glamping ni, korang boleh membuat tempahan termasuk dengan makan malam BBQ yang akan disediakan oleh pihak The Lost World of Tambun Perak ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Nampak kan betapa selesanya berada didalam khemah glamping ini. Sangat unik dan sangat memberi pengalaman lain dari yang lain. 

KEHIDUPAN MALAM BILA MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN

Bila malam menjelma adalah masa yang seronok untuk bersantai dengan rakan-rakan sambil bersembang. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Sebenarnya pemandangan pada malam hari dikawasan glamping kami ini sangat cantik. Oh yaaa untuk pengtahuan korang, kawasan glamping kami ini adalah tempat yang boleh patik kelaskan sebagai kawasan peribadi. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Masa beginilah sesuai untuk kita santai lepak sampai gelak-gelak. Kawasan penginapan kami penuh dengan lampu-lampu taman yang sangat cerah.

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Oh yaaa diawal entri patik tadi patik ada beritahu berkenaan ruang mandi.Untuk pengetahuan korang yang menginap di glamping ini, ruang mandi adalah berasingan dan korang perlu berjalan kaki sedikit untuk urusan tersebut. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Tadaaaa tempat beradu patik untuk malam tersebut. Memang selesa dan boleh patik kategorikan sebagai hotel 5 bintang yang berbumbungkan bintang dilangit. Tudiaahh. Hahahah

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Bagi korang yang nak merasai pengalaman seperti patik dan rakan blogger lain rasai, korang boleh dapatkan informasi penginapan berkonsepkan glamping seperti berikut. Harga bermula dengan RM388 untuk 2 orang termasuklah kemudahan yang lengkap didalam khemah dan juga pass untuk masuk kedalam The Lost World of Tambun Perak

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



MEE KARI RESEPI WARISAN BONDA PERCUBAAN PERTAMA KALI

$
0
0
Resepi Mee Kari

MEE KARI RESEPI WARISAN BONDA PERCUBAAN PERTAMA KALI | Untuk pertama kalinya bagi permulaan tahun 2017, dan selepas arwah mak patik pergi meninggalkan kami, patik cuba mengingati bagaimana beliau pernah buat mee kari yang pernah kami rasai dahulu.

Sebenarnya menu mee kari ini adalah menu permintaan ayah patik dimana beliau tetibe teringin untuk makan mee kari. Demi tidak mengecewakan beliau, patik cuba untuk menghasilkan mee kari air tangan patik sendiri. 

Untuk kali ini, patik teringin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan mee kari versi patik punya yang boleh patik kelaskan sebagai paling mudah dan sememangnya berkonsep bujang bila didapur. 

Bahan-bahan:

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili Blender

Ayam
Kentang
Bebola ikan
Kek Ikan (fish cake)

Garam
Gula
Asam Keping
Daun Kari
Bunga Lawang
Kayu Manis
Serbuk Kari
Santan

Timun
Sawi Celur
Telur
Cili Merah


Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia & cili blender) kedalam periuk. Masak sehingga agak garing. Bancuhkan serbuk kari dengan air panas dan masukkan kedalam periuk. Masukkan sekali daun kari, bunga lawang & kayu manis. Masak sehingga mesra kesemuanya. 
  2. Masukkan bahan basah (ayam & kentang) kedalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak sehingga semuanya empuk. Kemudian masukkan bebola ikan dan juga fish cake.
  3. Akhiri penyediaan kuah kari dengan memasukkan santan, sedikit gula & garam serta asam keping bagi menambah rasa sedikit masam. 

Resepi Mee Kari

Untuk penyediaan, korang boleh hias mee kari korang dengan hirisan timun, cili merah, sawi yang dicelur dan sepotong telur rebus seperti gambar yang patik telah sediakan contoh.

Secara keseluruhannya patik berjaya menyediakan mee kari& respon daripada ayah patik adalah terbaik. Yeaayy patik seronok !!


S E L A M A T M E N C U B A



KENIKMATAN DIM SUM DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

$
0
0
DIM SUM

KENIKMATAN DIM SUM DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Sebenarnya patik adalah penggemar makanan cina terutamanya dim sum. Banyak lokasi dim sum yang telah patik cuba. Ada yang bos patik belanja dan ada juga yang patik makan bersama rakan-rakan lain. 

Bila sekali patik cuba bersama blogger dari Projek Travel[SINI] di RESTORAN HARMONI, HOTEL BANGI PUTRAJAYA, patik terus terpikat dan sejak pada itu patik akan terus mencadangakan kepada rakan kenalan terdekat untuk menikmati buffet dim sum dan menu masakan cina pada 1 harga.

Baru-baru ini patik dan rakan pejabat patik telah sekali lagi datang ke Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya untuk menikmati dim sum yang bagi patik sangat berbaloi. Jom sama-sama baca perkongsian patik ni yeee. 

DIM SUM

Kenapa patik begitu bersungguh berkongsi bersama pembaca blog patik ini? Ini kerana lokasi makanan yang sangat ekslusif dan selesa serta layanan yang sangat pantas dari staf restoran. Maklumlah restoran hotel kan, memang patut menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggannya. 

Jom kita lihat antara menu yang termasuk didalam buffet makan tengahri dim sum ini. Untuk pengetahuan korang, menu yang dihasilkan disini adalah 100% HALAL dari chef yang telah patik jumpa tempoh hari. 

Selain itu menu yang dihasilakan adalah sangat menepati cita rasa tekak melayu patik. Kadang tu kalau banyak sangat herba menyebabkan tekak patik jadi tidak boleh terima dan sememangnya menu disini sangat mesra tekak. Hahahaha

DIM SUM
 Antara menu goreng-goreng yang ada disini

DIM SUM
Dim sum yang berkonsep kukus dan juga goreng

DIM SUM

Secara keseluruhan apa yang boleh patik kongsikan adalah ianya berbaloi dengan harga RM55 nett, korang boleh makan kesemua dim sum dan juga makanan goreng pada 1 harga. Kalau patik tengok harga bagi 1 set dim sim ini sudah RM10. Jadi memang sangat berbaloi dengan harga RM55 nett, patik makan hampir kesemua jenis dim sum dan menu gorengan mereka. 

DIM SUM

Bagi korang yang ingiin mencuba merasai sendiri menu dim sum dan menu gorengan lain yang berkosnepkan makanan cina, korang boleh datang ke Hotel Bangi Putrajaya dan terus masuk ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya ini. 

Disediakan juga informasi yang mungkin membantu korang untuk kesini. 

Isnin - Sabtu :
Dim Sum Buffet Makan Tengahari
12.00 tengahari - 2.30 petang


Ahad & Cuti Umum:
Dim Sum Buffet Makan Tengahari
11.00 am - 2.30 pm

Harga Dim Sum buffet lunch :
RM55 nett dewasa
RM27.50 nett kanak-kanak

Telefon :
03-8210 2222


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


HOMESTAY MELAKA YANG BERKONSEP MEWAH TETAPI BERBALOI UNTUK MENGINAP

$
0
0

HOMESTAY MELAKA YANG BERKONSEP MEWAH TETAPI BERBALOI UNTUK MENGINAP | Kadangkala percutian dengan menggunakan perkhidmatan penginapan berkonsep homestay lebih berbaloi berbanding dengan menginap dihotel yang banyak disesuatu tempat tidak kira hotel yang berkonsep bajet atau yang berkonsep mewah. 

Seperti patik sekiranya bercuti dengan rakan mahupun keluarga patik lebih suka menggunakan perkhidmatan homestay kerana harga yang boleh dikatakan berbaloi dan kita akan dapat pelbagai kemudahan didalamnya. 

Baru-baru ini patik dan rakan blogger lain telah meluangkan masa untuk bercuti di Melaka. Bila datang masa hujung minggu, benda yang menjadi masalah di Melaka adalah harga yang tidak masuk akal untuk bilik-bilik hotel termasuklah hotel bajet yang bersepah di Melaka


Bincang punya bincang akhirnya kami telah sepakat untuk mengunakan perkhidmatan homestay milik Idaman Villa

HOMESTAY IDAMAN VILLA yang terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka merupakan kawasan strategik di tengah-tengah bandar Melaka. Dengan hanya 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa, dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka menjadikan kami telah bersepakat untuk menginap disini. 

Kenapa kami memilih HOMESTAY IDAMAN VILLA? Nanti patik ceritakan 

HOMESTAY IDAMAN VILLA MELAKA

Setiba di homestay yang dimaksudkan, patik bagaikan teruja kerana banglo 3 tingkat yang tersergam indah dihadapan mata patik adalah homstay yang akan patik dan rakan-rakan lain akan menginap. Wowwww sangat cantik ok.


Melangkah masuk kedalam homestay ini, ianya bagai sebuah rumah keluarga yang sangat lengkap. Dengan susun atur ruang tamu dan keluasan ruang bawah yang selari dengan dapur menjadikan ianya sangat selesa. 


 Ruang makan yang bersambung dengan ruang dapur .


Ruangan dapur yang luas dan kelengkapan masakan yang mencukupi termasuklah, pinggan mangkuk, kuali segala, dapur, peti sejuk dan juga bahan-bahan asas didapur. Kiranya kita boleh datang untuk memasak dan boleh menjimatkan belanja sepanjang penginapan disini.

Jom kita beralih ke ruangan bilik di homestay banglo 3 tingkat ini. Patik yakin korang pasti teruja kerana patik dan kawan-kawan lain pun bagai nak tercampak sebab cantik sangat. Sangat tak sangka homestay yang sangat lengkap dan selesa.




HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

Untuk pengetahuan korang semua, homestay ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan lebih 50 siaran di ruang tamu, TV dengan lebih 20 siaran untuk bilik master bedroom di tingkat 1 dan 2. Selain itu demi kemudahan pengguna homestay ini, WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps.

Haaa nampak kan betapa lengkapnya kemudahan yang disediakan disini. Sangat sesuai untuk korang yang datang ke Melaka dengan keluarga atau rakan yang ramai.



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<




NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI

$
0
0
RESTORAN WARUNG KITA

NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI | Sebenarnya patik ni jenis yang suka mencuba makanan baru lagi-lagi ianya kalau jarang diketahui ramai dan sedikit pelik. Hahaha

Untuk entri kali ini patik ingin berkongsi dengan korang semua lokasi yang baru patik jumpa iaitu Restoran Warung Kita yang terletak di Sungai Tangkas Bangi. Khabarnya restoran ini telah membuka banyak cawangan seperti di Klang dan Sungai Buluh dan di Bangi adalah cawangan terbaru. 

Sebenarnya restoran ini memang dekat dengan rumah patik jeee. Jadi mudahlah lepas ni mencari tempat makan sedap di sekitar Bangi

Untuk pengetahuan korang, restoran ini hanya menyediakan 3 jenis menu SAHAJA untuk korang nikmati iaitu Nasi Manggey, Nasi Lemak Ikan Tongkol, Nasi Berlauk Ikan Tongkol. Nampak kan perniagaan mereka sangat fokus dan tidak campur bermacam-macam menu lain. 

RESTORAN WARUNG KITA

Disebabkan patik datang untuk sarapan pagi, patik dan rakan patik memilih untuk menikmati menu Nasi Manggey dimana ini adalah signature mereka. 

Dihidangkan diatas daun pisang dan dengan nasi kukus panas serta ayam goreng potong kecil yang garing dan panas dan disiram denagn kuah kari menjadikan ianya sangat menyelerakan. Sangat ringkat dan ditambah nikmat dengan sambal belacan yang akan menaikkan paras kepedasan Nasi Manggey ini. Makan memang berpeluh ok !! Kira cukup rasa nikmat. 

RESTORAN WARUNG KITA

Bagi patik lokasi Restoran Warung Kita Bangi ni memang sesuai untuk korang lepak santai dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Dengan restoran yang luas dan memang boleh memuatkan ramai orang dalam suatu masa.

Kata orang kalau korang datang dalam tengahari, korang kena beratur untuk mendapatkan Nasi Manggey yang sangat digilai orang ramai.

RESTORAN WARUNG KITA

Secara keseluruhan, patik sangat suka konsep yang mereka perkenalkan iaitu menu yang ringkas dan mereka fokus dengan menu mereka yang sangat signature.

Menu makanan:
Nasi Manggey
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Nasi Berlauk Ikan Tongkol

Menu Minuman:
Coconut Shake
Air Kelapa Baldi
ABC Oreo

Apa yang patik kongsikan ini adalah menu pilihan dan signature kepada Restoran Warung Kita ditambah dengan harga yang sangat berpatutan dan patik pasti korang akan menjadikan Restoran Warung Kita ini sebagai lokasi makan-makan pilihan korang. 

Bagi korang yang ingin mencuba menu yang sangat sederhana tapi sedap ini, korang boleh singgah ke Restoran Warung Kita Bangi yang terletak di Sungai Tangkas. Ini patik ada kongsikan maklumat yang mungkin boleh membantu korang untuk sampai kesana. 

Waze: 
Warung Kita @ Bangi

Waktu Operasi: 
7 pagi-10 malam ( setiap hari)

Infoline: 
03-8912 2526 / 014-2111197


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<



NUR SAJAT KONGSI CERITA VIDEO "KUIH KOCI" DAN "NASI LEMAK"YANG MENJADI VIRAL

$
0
0

NUR SAJAT KONGSI VEDIO "KUIH KOCI" DAN "NASI LEMAK" YANG MENJADI VIRAL | Kalau korang perasan sejak dua menjak ni video bebelan daripada pengusaha produk dan juga Jutawan Muda produk kecantikan Let's Cantik& Jangan Mengata telah menjadi viral di media sosial. Perkongsian video ini telah melebihi ratusan ribu tontonan.


Tempoh hari patik dan beberapa blogger dan media telah bertemu dengan pengusaha produk kecantikan yang patik maksudkan untuk memberi penjelasan berkenaan beberapa video yang sedang hangat viral di media sosial 


Sebenarnya video yang dirakam itu hanyalah sekadar memberi kesedaran kepada kaum wanita berkenaan penjagaan aset wanita yang sangat penting untuk kaum wanita.

Rangkaian produk Let's Cantik dan Jangan Mengata

Rangkaian produk Let's Cantik dan Jangan Mengata 

Semenjak bergelumang dengan dunia kecantikan, banyak masalah yang dialami oleh wanita kini dan melalui perkongsian pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician dan akhirnya terhasillah video yang menjadi viral ini.

NUR SAJAT KONGSI CERITA VIDEO "KUIH KOCI" DAN "NASI LEMAK"

Seperti yang diceritakan tempoh hari, kehidupan dan fizikal beliau yang sering ditohmah, dihina dan dikeji sehingga kehari ini menjadikan wanita ini kuat membina empayar jenamanya sendiri iaitu Let's Cantik dan juga Jangan Mengata serta Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang. 

NUR SAJAT KONGSI CERITA VIDEO "KUIH KOCI" DAN "NASI LEMAK"

Sepanjang kejayaan penglibatannya didalam dunia kosmetik ini yang banyak didorong oleh ibu bapanya yang merupakan seorang peniaga pasar malam dan beliau bercita-cita untuk mengubah kehidupan mereka sekeuarga. 

NUR SAJAT UMUM BELI RUMAH DATO ALIFF SYUKRI


Bukan senang nak jadi senang...nak jadi macam saya,bukan mudah sayang...sebelum saya nak kecapi semua ini...saya kena lalui semua benda,di herdik,dihina,dicaci,difitnah,diaibkan dan macam macam lah..saya bukan keluarga orang2 kaya,saya anak orang biasa sahaja..mak saya bekas pembantu makmal dan ayah saya bekas seorang Navy...saya belajar berniaga ini,dari mak dan ayah saya..mak ayah saya dulu berniaga di pasar malam sekitar lumut,manjung,sitiawan dan cengkat lada...saya sedar diri,saya bukan seorang sempurna..saya tahu kecacatan saya..tak bermakna saya tak boleh berjaya dalam kehidupan..saya senang di atas usaha saya sendiri..bermulanya bermodal berniaga Rm500 sahaja,dan boleh kecapi semua ini dalam masa 2 tahun 2 bulan..saya bukan gila gilakan kereta2 mewah,saya lebih sukakan aset property dan tanah...lihat sini sayang!!! Anda yang mana mengkutuk saya,setakat boleh kutuk...tapi,saya dah bukti saya boleh berjaya dalam apa saya lakukan sekarang..rezeki ini,bukan tengok darjat,pangkat,kaya,,cantik,helok atau sebagai nya..rezeki ini sebenarnya dalam erti usaha kita dan target kita..kalau saya boleh buat,anda di luar sana pun boleh buat...nak tahu rahsia kejayaan saya...betul betul ker nak tahu,dan mempunyai niat nak tukar cara hidup dari susah terus jadi senang...jom sertai saya sekarang....join seminar saya,saya bukan propah..tapi ini kenyataan....tanya diri,bukan tanya orang patut ker aku berjaya dan masuk kelas dia..tak mahal pun,rm50 jer...kalau nak,jom join,kalau tak nak..tak payah nak tag2 bagai,atau nak kondem2 bagai..apa apa pun,call Puan wati +60 11 1193 8834 @nurnilam_sari80 Miss sherina 017 291 0719 @zetaisabella Seminar tour satu MALAYSIA termasuk SABAH DAN SARAWAK .....🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾,anda bayar daftar,nanti kami akan update di mana kami buat seminar,tempat,lokasi,waktu dan date..seminar bermula di johor..dan di akhiri di sabah....tak join..memang rugi besar lah👅👅👅👅👅👅 Kita nak senang,sebab diri kita,bukan sebab orang lain..nak berjaya kena gigih,bukan kena kondem...apa apa pun...jangan mengata❤️ #joinseminar #semangat #gitew #kelasko
A photo posted by Nur Sajat (@nursajat02) on

Melalui perkongsian dilaman sosial isntagram Nur Sajat berkenaan pembelian rumah Dato Aliff Syukri kepada Jutawan Muda, Nur Sajat ini, beliau mengesahkan kebenaran itu dan secara jujurnya beliau sangat terharu apabila idolanya didalam bidang perniagaan telah menawarkan kepada Nur Sajat sendiri untuk membeli aset tersebut.

Selepas berfikir panjang,maka akhirnya beliau membuat keputusan untuk membeli banglo tersebut pada harga yang dirahsiakan. 

NUR SAJAT KONGSI KEJAYAAN DIDALAM SEMINAR BICARA USAHAWAN 


NUR SAJAT KONGSI KEJAYAAN DIDALAM SEMINAR BICARA USAHAWAN

Nur Sajat boleh patik kelaskan sebagai usahawan muda yang sangat berjaya ini akan berkongsi kisah kejaan beliau didalam Seminar Bicara Usahawan yang akan menjelajah seluruh Malaysia bermula Mac 2017nanti bermula di Johor Bharu. 

NUR SAJAT KONGSI KEJAYAAN DIDALAM SEMINAR BICARA USAHAWAN

Yang seronoknya berkenaan seminar ini adalah ini adalah penglibatan Nur Sajat dikhalayak sebagai penceramah utama selepas banyak perkara yang dititik beratkan dan harga yang ditawarkan adalah sangat murah serendah RM50 untuk program selama 4 jam program. 

Bagi korang yang ingin turut serta, korang boleh buat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.


Bagi korang yang inginkan lebih informasi berkenaan Seminar Bicara Usahawan, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | INSTAGRAM<<


STREET CHURROS BUKA CAWANGAN BARU DI BERJAYA TIMES SQUARE

$
0
0
STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

STREET CHURROS BUKA CAWANGAN BARU DI BERJAYA TIMES SQUARE  | Makanan luar yang datang masuk ke Malaysia telah menjadi fenomena didalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

Bila dah terlalu banyak makanan / minuman / manisan luar yang datang masuk  ke Malaysia ni, patik sebagai pelanggan rasa sangat seronok sebab banyak pilihan yang boleh dicuba dan itu yang sangat patik gemari. Hahahaha

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Terbaru patik telah mencuba manisan yang dibawa khas dari Korea iaitu selesksi churros dibawah jenama Street Churros. Berlokasi di Lower Ground (LG) Berjaya Times Square berhampiran dengan tangga muzik, outlet terbaru dari Street Churros telah dibuka. 

Untuk pengetahuan korang, Street Churros ini adalah sebuah jenama yang sangat popular di Korea dan melalui penceritaan rakan blogger patik, Street Churros ini hanya terdapat di tepi-tepi jalan disekitar Korea dan di Malaysia ianya dibina dengan element yang boleh patik kelaskan sebagai urban dan sesuai untuk masyarakat Malaysia yang gemarkan kecantikkan. 

Apa yang menarik di Street Churros ni haa? Jom patik kongsikan.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Terdapat pelbagai jenis churros yang boleh korang pilih iaitu Churros, Filling-Chu dan Ah-Chu. Untuk pengetahuan korang resepi churros ini adalah asli daripada Korea dan ianya dimasak terus dan dihidangkan terus kepada anda.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Orang Malaysia ni kalau sebut masak panas-panas memang sangat menjadi kegilaan. Begitu juga dengan Street Churros ini. Hehe

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Sebenarnya ini adalah pertama kali patik nak cuba rasa sejak jenama ini dibuka di IOI City Mall Putrajaya tempoh hari since rumah patik memang dekat dengan IOI City Mall Putrajaya tu haaa. Tapi bila sudah alang-alang datang ke Berjaya Times Square ini, patik pun sempat mengambil peluang untuk mencuba kesemua pilihan yang ada.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Churros - RM 4.90

Churros yang dibentuk dengan bentuk ladam kuda ini datang dengan 3 perasa yang ada iaitu perasa Kayu Manis (cinemon), Keju dan juga Coklat. Secara peribadi patik lebih gemarkan perasa Coklat.

Selain boleh dimakan begitu sahaja, korang boleh memilih 4 jenis pencicah samada Coklat, Cheese, Strawberry dan Blueberry sebagai penambah rasa dengan harga setiap satunya RM 1.50.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Filling Chu - RM7.90

Filling Chu ini adalah sama seperti churros yang biasa tetapi churros ini diisi ditengahnya dengan filling. Terdapat 3 jenis filing yang ada iaitu Coklat, Cheese atau Blueberry

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Ah Chu - RM8.90

Kombinasi yang terbaik antara panas dan sejuk dimana churros yang panas selepas dimasak digabungkan dengan aiskrim ais krim  yang sejuk dengan 3 pilihan perasa iaitu  Original, Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Selain pelbagai jenis churros yang korang boleh pilih dan rasa, Street Churros juga mempunyai pelbagai pilihan minuman antaranya Latte, Choco Latte, Green Tea Latte dan Milk Tea Latte, juga Fresh Lemonade dan Passion Fruit sebagai minuman pilihan.

Patik lebih suka dengan minuman Passion Fruit yang sangat segar bila korang dapat rasa sendiri. Dengan rasa hampas daripada buah markisa tu membuatkan korang akan lebih merasai buah markisa yang jarang kita rasa. 

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Secara keseluruhan, patik sukakan rasa Street Churros yang menampilkan pelbagai pilihan rakyat Malaysia.


Bagi korang yang ingin merasai pelbagai jenis churros dan juga minuman di Street Churros, korang boleh datang terus ke cawangan terbaru Street Churros, Berjaya Times Square.


STREET CHURROS
Lot LG-36, Lower Ground Floor Central
Berjaya Times Square

Land Mark:
Berhampiran tangga piano







MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA MERIAH

$
0
0
PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA MERIAH | Berlokasi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara Kuala Lumpur sebuah sejarah telah tercipta dimana Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah selamat dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan.

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Untuk majlis pelancaran ini, patik telah hadir dan melihat sendiri perjalanan majlis ini berlangsung. Sangat meriah dengan kehadiran ribuan peneraju industri berlatar belakangkan industri IT dan E-Dagang.

Dalam kemeriahan majlis ini, GT Dollar Malaysia telah melancarkan produk baharu yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.

APPLIKASI GT DOLLAR

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Aplikasi GT Dollar ini adalah berkonsepkan aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" dimana ianya bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Berkonsepkan e-wallet menjadikan ianya sedikit sebanyak membantu mereka yang sentiasa sibuk dan dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Bila korang memuat turun dan mendaftar, korang akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar dan korang boleh menikmatinya terus. Haaa nampak seronok bukan. Cuba tengok apa yang patik sudah dapat. Banyak bukan?

Yang bestnya mengenai aplikasi ini adalah komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

GT ROBOT

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Bagi melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot telah dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi dengan manusia. Patik sendiri telah melihat sendiri keupayaan GT Wonder Boy berkomunikasi dengan manusia dengan bertanyakan beberapa soalan pengetahuan am dan GT Wonder Boy mampu menjawab dengan baik. Sangat teruja ok !

Selain GT Robot dan juga Aplikasi GT Dollar yang patik sebutkan tadi, GT Dollar juga memperkenalkan GT Mobile dan juga GT Watch untuk dimanfaatkan oleh semua. 

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Tahniah patik ucapkan kepada GT Group atas pelancaran GT Dollar Malaysia dengan menampilkan pelbagai perati yang sangat berguna untuk rakyat Malaysia khususnya dimasa hadapan. 

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web GT Dollar yee. 

>> WEBSITE<<




BROWNIES SEDAP DARIPADA "LA RULLYS BROWNIES"

$
0
0

BROWNIES SEDAP

BROWNIES SEDAP DARIPADA "LA RULLYS BROWNIES" | Bila datang jemputan sebarang majlis kenduri atau keramaian, benda yang paling patik rungsing adalah apa yang perlu patik hadiahkan sebagai buah tangan, 

Tiba-tiba tekak pun macam meronta nak makan brownies sedap. Selak punya selak, patik tertangkap dengan instagram yg diberi nama La Rullys Brownies ni haaa. 

BROWNIES SEDAP

Mujur ada nombor untuk dihubungi. Apa lagi dengan sepantas kilat patik terus berhubung dengan tuan punya instgram untuk bertanyakan perihal kehendak patik.

Bila apa yang patik inginkan dapat dipenuhi oleh di empunya instagram, maka pembikinan dibuat dan tadaaaaa brownies dengan pelbagai topping.

BROWNIES SEDAP

Seronok sangat bila brownies yang patik tempah selamat sampai dan sangat mencapai apa yang patik inginkan.

BROWNIES SEDAP
Chocolate chip topping Brownies

BROWNIES SEDAP
Colourfull rice topping Brownies 

BROWNIES SEDAP
Almond slices topping Brownies

BROWNIES SEDAP
Butterscotch topping Brownies 

BROWNIES SEDAP

Jadi inilah dia 4 topping yang patik inginkan didalam 1 brownies. Memang sangat memahami betul si pembuat brownies ni haa.

BROWNIES SEDAP

Bagi korang yang mencari brownies sedap untuk dijadikan makan-makan biasa atau pemberian kepada orang terdekat, La Rullys Brownies adalah cadangan patik kepada korang. 



>> INSTAGRAM | FACEBOOK<<




MAJLIS PERKAHWINAN GLAMOUR DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL, KOTA DAMANSARA

$
0
0
PAKEJ PERKAHWINAN FELDA DSAJI

MAJLIS PERKAHWINAN GLAMOUR DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL, KOTA DAMANSARA | Seperti biasa korang yang akan bergelar pengantin pasti sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia korang kan. Bermula dari pelamin, baju pengantin sehinggalah kepada pakej katering untuk majlis korang nanti. 

Ada bakal pengantin masih pening untuk membuat persiapan semua tu ni haaa patik cadangkan korang menggunakan khidmat daripada Felda D'Saji yang sudah semestinya sangat terbaik dalam menyediakan kelengkapan untuk majlis korang.

Tempoh hari patik sempat ke suatu lokasi kendalian Felda D'Saji iaitu di Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Selalunya lokasi kendalian Felda D'Saji ni adalah dikawasan perumahan, kawasan restoran tetapi dilokasi ini ada sedikit kelainan. 

"MAJLIS PERKAHWINAN DIDALAM KAWASAN PUSAT MEMBELI BELAH"... Biar betul??

Korang boleh bayangkan tidak. Kalau masih kabur lagi bayangan korang tu, jom patik kongsikan.

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

Haaa.. nampak sangat glamour kan lokasi majlis perkahwinan dibawah seliaan Felda Dsaji ni haaa, Ini baru suasana siang. Korang belum tengok lagi suasana bila tiba waktu malam.

Bila tibanya waktu malam, kawasan Red Carpet Avenue Encorp Mall, Kota Damansara ini menjadi sangat cantik dengan warna-warni lampu yang menaikkan lagi seri kawasan majlis ini.

FELDA DSAJI

FELDA DSAJI
 
FELDA DSAJI

FELDA DSAJI

HARGA YANG DITAWARKAN DI RED CARPET AVENUE (WEST WING) DAN RED CARPET AVENUE (EAST WING) ADALAH :

Buffet Siang (Min.1000pax) - RM25/head 
Premium (Min.1000pax) - RM30/head
Dome (Min.500pax) - RM45/head
Dome Premium (Min.500pax) - (RM50/head)

p/s: harga ini telah ditulis pada 11 Feb 2017. Sekiranya berlaku perubahan boleh korang boleh call pihak jualan Felda D'saji ( 03-2698 8302)

💖 JENIS HIDANGAN
Makanan dan hidangan disediakan secara Buffet @ Dome

💖 TAMBAHAN MENU HIDANGAN PENGANTIN
Tambahan 3 hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji

💖 MEJA HI-TABLE DAN HIASAN
Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan Maksimum 10pax. Hiasan bunga segar turut disediakan.

💖 MEJA KHAS
Penyediaan 4 set meja berhidang Heated Dome untuk tetamu VVIP lengkap dengan riben kerusi, alas meja bulat, overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

💖 TIGA TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga tingkat dummy cake perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.

💖 SESI FOOD DISCUSSION
Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan kami, satu sesi Food Discusion untuk 10pax akan dijalankan.

💖 PARKING
Tempat letak kereta disediakan secara percuma untuk 10 kereta. Parking berbumbng juga disediakan di Encorp Strand Mall.

💖 PRAMUSAJI
Setiap majlis akan diuruskan oleh Pramusaji yang lengkap beruniform.

💖 KERUSI, MEJA TETAMU DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Chiavari, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet beserta alas meja secukupnya dengan hiasan secara dekorasi asas dan karpet merah.

💖 STANDARD PA SISTEM
"Public Address" (Sistem PA) dan rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD

💖 BILIK PERSALINAN, SURAU DAN TANDAS
Sebuah bilik persalinan untuk persediaan bakal pengantin serta kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih serta turut disediakan.

💖 PELAMIN ASAS
Pelamin asas ini datangnya dari BUSAINNAHOUSE, penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji. (Puan Noorhidayah Noordin 012-924 6227)

💖 BUSANA & ANDAMAN (untuk pakej premium sahaja)
Sepasang baju L/P
Make up 1x
Aksesori Pengantin

💖 FOTOGRAFI (untuk pakej premium sahaja)
Senior Photoghrapher 1x
Story Album min 20m/s
CD - Unlimited shoot
Outdoor session

FELDA DSAJI

MAKLUMAN BAGI PENEMPAHAN:-

💦Bayaran tambahan untuk setiap tambahan unit Heated Dome sebanyak RM150.00/unit . Maksima penggunaan Dome ialah sebanyak 8 unit sahaja.

💦Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% (GST ID: 0001 8366 4640)

💦Sebarang urusan berkenaan PA sistem hendaklah berurusan terus dengan Encik Zuraimi 019-305 5745

💦Sebarang urusan berkenaan pelamin hendaklah berurusan dengan Puan Hidayah (Busainna House : 012-924 6227)

Jamuan Makan Tengahari: 11.30 pagi - 3.30 petang

Jamuan Makan Malam: 7.30 malam - 10.30 malam

Bagi korang yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis samada majlis perkahwinan atau majlis tertutup, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut: 

ENCORP STRAND MALL
JALAN PJU 5/22,
ENCORP STRAND PUSAT PERDAGANGAN KOTA DAMANSARA,
KOTA DAMANSARA, PJU 5, 
47810 PETALING JAYA

Hubungi:
Nurul Adnie Binti Zulkifli Kamal: 019- 242 4775
NorZaidi Bin Abu Bakar: 019-297 4800
Jabatan Jualan Felda D'Saji: 03-2698 8302




>> WEBSITE | FACEBOOK<<




MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DI D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

$
0
0
D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DKAYANGAN DI SHAH ALAM | Bagi korang yang tercari-cari lokasi steamboat & grill disekitar Shah Alam, ni patik ingin berkongsi pengalaman menikmati keenakan menu tersebut di Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill.

Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni menyediakan ruang tempat makan yang berhawa dingin dan juga berkonsep terbuka yang terletak diluar restoran. Kiranya kalau korang inginkan ruang yang santai, ruangan terbuka adalah lebih baik.

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Ruangan berhawa dingin

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Ruangan terbuka 

Bila sebut steamboat dan grill, patik pasti korang akan dibanjiri dengan pelbagai jenis bahan untuk membuat steamboat & grill tersebut termasuklah pelbagai jenis sayuran, mee, bahan untuk direbus yang boleh patik anggarkan lebih daripada 100 jenis menu.

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis sayuran

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis mee

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis bebola dan juga makanan laut lain

Selain menu untuk steamboat & grill, mereka juga menyediakan menu goreng-goreng dan lauk tambahan untuk korang nikmati. Antara menu yang disediakan adalah mee goreng, bee hoon goreng, nasi goreng kampung, keropok ikan, rendang ayam dan juga beberapa menu lain. 

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Bagi korang yang gemarkan daging kambing, mereka juga menyediakan kambing bakar dan semua

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Oh yaaa. Sedikit informasi tambahan. Sepanjang bulan Februari 2017 ini, Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ada menyediakan PROMOSI kepada para pengunjungnya di mana harga yang ditawarkan adalah:

Isnin hingga Khamis 
RM 28.90 untuk dewasa
RM 12.00 untuk kanak-kanak

Jumaat hingga Sabtu 
RM 35.00 untuk dewasa 
RM 18.00 untuk kanak-kanak

Tetapi pada hari Ahad iaitu 'Sunday Family Day', HARGA RUNTUH diadakan.
RM 22.90 untuk dewasa 
RM 9.90 untuk kanak-kanak

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Bagi korang yang merasai steamboat & grill disini, korang boleh terus kesana atau ini patik ada sediakan sedikit maklumat untuk membantu korang kesana.


Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam

Waktu Operasi : 
 5.00 petang – 2.00 pagi


Nombor Telefon : 
0355234979 / 012-2971091

Facebook : 
Steamboat BBQ D’Kayangan

Email : 
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my


KL CARNIVAL BUKIT JALIL LOKASI BELI BELAH TERBESAR DI ASIA BERKONSEPKAN KONTENA PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
KL CARNIVAL BUKIT JALIL

KL CARNIVAL BUKIT JALIL LOKASI BELI BELAH TERBESAR DI ASIA BERKONSEPKAN KONTENA PERTAMA DI MALAYSIA | Tak sabar patik rasa untuk menunggu dimana KL Carnival Bukit Jalil akan menjadi lokasi beli belah berkonsepkan kontena pertama di Malaysia dan terbesar di Asia. 

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Tempoh hari patik telah sama-sama memeriahkan majlis ramah mesra bersama artis sempena pembukaan lokasi beli belah berkonsepkan konstena dinamakan KL Carnival Bukit Jalil.

Untuk pengetahuan korang lokasi yang boleh patik kategorikan sebagai uptown / downtown  atau lebih mesra dipanggil bazar ria ini menggunakan kontena sebagai ruang niaga disana. Nampak unik bukan?!!

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Berlokasi dibelakang Stadium Hoki Bukit Jalil, bazar ria KL Carnival Bukit Jalil ini akan berlangsung pada 24 Mac 2017 yeee.

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Menurut Pengasas KL Carnival Bukit Jalil, Encik Mohamad Rustam Roshandin, KL Carnival Bukit Jalil ini adalah sebagai penjenamaan semula KL Downtown Cheras yang sangat popular suatu ketika dahulu dan terpaksa ditutup pada April tahun lalu setelah 10 tahun beroperasi disana atas sebab pembangunan dikawasan tersebut.

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Konsep perniagaan dalam kontena yang cuba dibawa ini adalah segar dan ingin menarik pengunjung tidak kira arga muda atau vateren untuk merasai pengalaman membeli belah secara santai dan berkonsep yang lain dari yang lain.

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Mengikut perancangan sebanyak 300 buah kontena pelbagai rekaan dan juga 300 khemaah dibuka uintuk para peniaga meniaga.

KL CARNIVAL BUKIT JALIL
KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Bazar ria KL Carnival Bukit Jalil ini terbahagi kepada perniagaan basah (makanan dan minuman) dan juga yang kering (pakian, aksesori rumah dan lain-lain) dan yang seroinoknya peniaga berhak untuk menonjolkan kreativiti terhadap kontena masing-masing.

KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Jadi apa tunggu lagi untuk ramai-ramai datang ke KL Carnival Bukit Jalil yang akan dibuka secara meriahnya pada 24 Mac 2017 nanti. Patik pun secara peribadi akan menjadikan lokasi ini sebagai lokasi hujung minggu bersama sahabat handai untuk bersantai. 

Bagi korang yang inginkan informasi berkenaan jualan booth khemah dan juga kontena ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | FACEBOOK<< 



ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN

$
0
0
PORTAL BELIAN ATAS TALIAN ROOPAWAN

ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN | Sebenarnya patik jenis yang suka menggunakan konsep belian atas talian kerana sangat mudah dan berbaloi. Kiranya apa yang patik inginkan hanya perlu menggunakan konsep carian didalam enjin carian. 

Terbaru portal belian atas talian iaitu ROOPAWAN telah diperkenalkan dan ianya fokus kepada pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. 

Untuk pengetahuan korang ROOPAWAN telah dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2016 bersempena Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik. Banyak tu !!

PORTAL BELIAN ATAS TALIAN ROOPAWAN

Menempatkan jenama seperti Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang agak popular dikalangan selebriti.

PORTAL BELIAN ATAS TALIAN ROOPAWAN

Selain label dikalangan selebriti, ROOPAWAN juga menawarkan tempat untuk mereka yang ingin menggunakan khidmat perniagaan melalui talian. Untuk pengetahuan korang label patik yang fokus kepada jualan kurta lelaki iaitu FAKLjuga turut tersenarai antara salah satu vendor yang menggunakan khidmat ROOPAWAN. Hehehe. So sila laaa membeli belah disana. 

PORTAL BELIAN ATAS TALIAN ROOPAWAN
“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, ROOPAWAN yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” – Mohd Fuad Mohd Noor (Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd).
“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, ROOPAWAN tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” – Siti Amalina Ariffin (Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd)
Jadi apa tunggu lagi, lawati www.roopawan.com dan korang boleh mula untuk melihat apa yang mereka berikan kepada dan mungkin ada antara produk mereka yang korang berkenan. 

Bagi korang yang inginkan lebih informasi, korang boleh dapatkan seperti berikut:


Roopawan Marketing Sdn Bhd
Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC ADAKAN JUALAN GUDANG TERBESAR SERENDAH RM 5

$
0
0
BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC

BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC ADAKAN JUALAN GUDANG TERBESAR SERENDAH RM 5 | Kalau yang terperasan sejak dua menjak sibuk orang berkata tentang Jualan Gudang Terbesar Benang Hijau dan Butik MCC

Sebenarnya apa yang dikatakan melalui hebat tersebut adalah BENAR!!Benang Hijau dan Butik MCC akan mengadakan jualan terbesar pada 25 dan 26 Februari 2017 (Sabtu dan Ahad).

BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC

Yang seronoknya mereka menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga yang paling murah iaitu serendah RM 5. Nampak tak betapa murahnya harga yang mereka tawarkan ni kan?!!

Bukan itu sahaja. Sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazo juga akan dijual dengan harga serendah RM 35 dan RM 50 pada 2 hari yang patik bagitahu tadi. Patik yakin korang mesti akan seronok dengan tawaran yang mereka berikan ini. 

Selain dengan tawaran yang meletop ini, Benang Hijau dan Butik MCC akan memperkenalkan tudung terbaru yang akan dijual pada harga yang cukup istimewa bagi korang datang pada 2 hari ini. Memang gila-gila seronok bagi korang yang menggemari jenama ini. 

BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC

Bagi korang kaum wanita yang datang bersama anak-anak dan suami, korang jangan risau kerana mereka juga adakan aktiviti lain seperti pertandingan mewarna, councy castle, cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150 serta penampilan khas maskot Didi and Friends yang patik rasa anak-anak korang pasti gembira dengan semua ini. 

BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC

Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk datang pada 25 dan 26 Februari 2017 ini, ni haa patik juga sediakan senarai personal shopper yang boleh korang hubungi dan minta bantuan daripada mereka untuk mendapatkan koleksi apa yang korang inginkan. 

BENANG HIJAU DAN BUTIK MCC

Heeyyy ape tunggu lagi. Set tarikh 25 dan 26 Februari 2017 untuk datang beramai-ramai untuk merebut peluang jualan terbesar Benang Hijau dan Butik MCC ni haaa yang diadakan di HQ Butik MCC BANGI di Bandar Baru Bangi. 

BUTIK MCC BANGI
No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan.

>> WEBSITE<<



THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG TERBAIK

$
0
0
THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG TERBAIK | Sekali sekala seronok juga bercuti didalam Kuala Lumpur. Jalan-jalan sambil melihat keindahan Kuala Lumpur dan paling seronok bila dapat melihat warna-warni Kuala Lumpur pada waktu malam. Memang sangat cantik ok !!

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Sebenarnya patik nak berkongsi kisah percutian patik di sekitar Kuala Lumpur dan menginap disalah sebuah hotel terbaik di Kuala Lumpur iaitu The Saujana Hotel Kuala Lumpur, hotel gaya resort 5 bintang yang terletak di 160 hektar hutan tropika yang subur menghijau dan sememangnya dikelilingi oleh alam semula jadi. Kiranya korang yang jenis sukakan kesegaran kehijauan yang tenang sangat sesuai untuk datang kesini.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

The Saujana Hotel Kuala Lumpur mempunyai 250 bilik penginapan yang sangat elegan, cantik dan cukup selesa. Di setiap bilik juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti WIFI, TV berskrin leper, peti sejuk mini, coffee maker, charging points untuk multiple devices dan meja kerusi.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Deluxe Room

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Executive Room

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Superior Room

Apa yang lagi best, di setiap bilik menawarkan permandangan taman landskap yang subur, tasik yang tenang atau padang golf yang hijau terbentang luas. Memang rasa awesome sangat bila dapat menikmati keindahan alam macam ni. Selain untuk percutian keluarga dan rakan-rakan ataupun urusan perniagaan, resort ni juga sangat sesuai untuk korang yang mahu berbulan madu.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Tambahan lagi, terdapat juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan hanya di resort ini saja. Antaranya, korang boleh berbasikal di sekitar kawasan resort ni, berenang, bermain golf, bermain tenis, melakukan urutan spa ataupun berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan di tepi tasik. Seronok bukan?

TARIKAN THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Sebenarnya banyak tarikan sekiranya korang melawat disekitar Kuala Lumpur. Jadi ni haaa patik senaraikan lokasi yang boleh korang lawat disekitar Kuala Lumpur.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Jika korang minat dengan sejarah, patik boleh cadangkan korang untuk berkunjung ke tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Tugu Negara, Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Bagi yang jenis kaki shopping, kotaraya inilah syurga korang. Pelbagai jenis barangan ada dijual di sini. Daripada yang berjenama hinggalah ke barangan yang murah. Agak-agak rasa macam nak cuci mata dengan barangan berkualiti dan berjenama, korang bolehlah ke Suria KLCC, Pavilion dan Midvalley.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Tapi kalau sekadar nak membeli-belah secara bajet saja, korang boleh pergi ke Plaza GM, Kenanga Wholesale yang menjual barangan secara borong atau di bazar dan uptown seperti Petaling Street dan Jalan Masjid India. Memang seronok bagi patik kalau dapat datang kesini. 

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai taman-taman rekreasi yang menarik seperti Taman Tasik Perdana, Taman Burung Kuala Lumpur ataupun nak lagi seronok korang boleh singgah ke Aquaria KLCC untuk melihat pelbagai jenis kehidupan laut. Yeah! Sangat sesuailah kepada mereka yang cintakan alam semulajadi. 

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Taman-taman tema untuk hiburan keluarga pun ada juga seperti Berjaya Time Square, Desa Waterpark ataupun Sunway Lagoon. Haaa, kalau korang ada anak-anak, patik yakin mereka akan merasa seronok dan puas. Yelah, dapat main air sambil berhibur dengan pekbagai jenis permainan. Siapa yang tak suka kan. Silap-silap, bapak budak dengan mak budak pun yang terlebih suka kan. Hehehe.

DENGAN TRAVELOKA, PERCUTIAN MENJADI LEBIH MUDAH

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Traveloka
Nampak tak bila dah tahu apa aktiviti yang boleh dibuat sepanjang bercuti di Kuala Lumpur, patik pun apa lagi terus book Saujana Hotel sebagai tempat penginapan untuk percutian kali ni.

Selain tempatnya strategik, resort ni juga berdekatan dengan Subang Airport dan ia juga menjadi salah satu tarikan pelancong luar negara untuk bermalam di sini. Bagi korang yang malas nak drive jauh-jauh tu, bolehlah naik flight. Kemudian boleh saja terus check in dekat sini. Macam patik yang berdekatan hanya perlu memandu terus kesini. 

Sebelum ni patik hanya dengar cerita daripada kawan-kawan tentang penginapan ni. Walaupun komen mereka sangat positif tapi selagi patik tidak merasainya sendiri, selagi itulah rasa tak puas kan? Jadi tidak hairanlah ramai yang suka stay dekat sini sebab suasananya memang sangat chill and cool. Apa yang patik boleh komen, it was a great place to relax & chill

Jadi tunggu apa lagi, patik sudah merasai pengalaman menginap di Saujana Hotel. Anda bila lagi??



PERKHIDMATAN BEKAM PROFESIONAL DARI DR HIJAMA

$
0
0

PERKHIDMATAN BEKAM DR HIJAMA MEMANG TERBAIK | Secara jujur patik tidak pernah cuba untuk melakukan sebarang jenis rawatan bekam. Bila sebut bekam patik terbayangkan kulit kita akan lebam dan darah akan banyak keluar. Agak fobia.

Sebenarnya banyak kebaikan sekiranya kita berbekam. Ini adalah antaranya yang patik jumpa:
  • Sebagai sunnah Rasulullah SAW
  • Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
  • Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
  • Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah 
  • Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
  • Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
  • Meringankan otot-otot yang tegang
  • Merawat & menyembuhkan masalah stress
  • Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
  • Sebagai awet muda

Terlalu banyak kebaikan bila kita buat rawatan secara bekam ni. 

BEKAM PROFESIONAL DR HIJAMA



Dr Hijama adalah sebuah premis yang mengendalikan pelbagai jenis rawatan bekam sekaligus sebagai rawatan alternatif untuk kesihatan semua. Selain melakukan rawatan bekam, mereka juga menyediakan khidmat nasihat yang khusus berkenaan bekam dan rawatan resdung secara profesional 

RAWATAN BEKAM DR HIJAMA

⇨ BEKAM KLINIKAL


Bekam jenis ini dijalankan dengan kaedah klinikal, bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit. Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot. 



Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu anda sepanjang tempoh rawatan.


⇨ BEKAM KOSMETIK



Bekam kosmetik di Dr Hijama memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Korag tidak perlu risau dengan kesan lebam bekam kerana mereka menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut.

Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik:

Mengurangkan masalah jerawat yang teruk
Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam
Membantu mengurangkan masalah resdung
Meransang keanjalan kulit secara semulajadi
Menjadikan kulit lebih segar dan berseri


⇨ RAWATAN RESDUNG 


Rawatan resdung bioherbs menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung menggunakan herba khas. 

Ianya sesuai untuk korang yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat.  

Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1, sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun. 

MENARIK TENTANG DR HIJAMA


KONSULTANSI:
Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan.

PEMERIKSAAN KESIHATAN:
Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula.

MEMENTINGKAN KEBERSIHAN & STERILITI ALATAN:
DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas

MENYEDIAKAN PERAWAT LELAKI & WANITA: 
Kami mempunyai tim perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional.

TEMPAT RAWATAN:
Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat.

HARGA YG BERPATUTAN
Harga yang ditawarkan bersesuaian dengan khidmat yang diberikan. 


Diskaun 20% untuk rawatan di DR Hijama sempena ulang tahun ke -2. Jangan lupa untuk book temujanji anda sekarang!


Bagi korang yang ingin mendapatkan rawatan bekam dan rawatan resdung, ni informasi untuk korang terjah ke DR Hijama

DR Hijama
Putra Walk, Jalan PP 25, 
Taman Pinggiran Putra, 
43300 Seri Kembangan, 
Selangor


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


BENARKAH SEMUA PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN JUS D'RIA DAN GGM ??

$
0
0

BENARKAH SEMUA PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN JUS D'RIA DAN GGM ?? | Patik ni jenis yang terlalu skeptical terhadap produk kesihatan yang terlalu banyak dipasaran ni haa yang khabarnya boleh mengubati penyakit itu ini dan macam-macam lagi kebaikan yang boleh diberikan. 

Tempoh hari patik telah diperkenalkan dengan 2 produk daripada MediHerba iaitu Jus D'Ria dan juga GGM. Mula-mula tu patik rasakan agak was-was. Adakah produk ini sama macam produk yang pernah patik amalkan dulu atau akan memberikan lebih kebaikan. 


Tapi orang kata, kalau kita tak kenal, manakan kita nak cinta bukan. Inilah produk Jus D'Ria dan juga GGM yang patik maksudkan tadi.


Untuk pengatahuan korang Mediherba atau Mediherba Solutions merupakan pengeluar dua produk makanan tambahan iaitu GGM dan Jus D’ria yang kini sangat laris di pasaran sejak 9 bulan yang lepas. 

Diterajui Pengarah Urusan MEDIHERBA SOLUTIONS, Puan Rohasniza atau dikenali sebagai Yaya Rosli, menurut beliau kedua- dua produk yang di keluarkan oleh Mediherba ini merupakan produk pertama di Asia Tenggara menggunakan bahan seperti buah-buahan,tumbuhan- tumbuhan bunga dan pokok yang di gabungkan bersama pati herba. So memang bagus untuk kesihatan!

GULA GULA MAGIC



Sebenarnya patik adalah pengguna kepada produk ini yang dahulunya dipanggil Gula Gula Magic kerana kebaikannya membolehkan si pengguna boleh kurus dan juga putih. Korang boleh baca entri tulisan patik di GULA-GULA MAGIC PRODUK KECANTIKAN UNTUK SEMUA

Untuk kali ini Gula-Gula Magic telah diberi nama baru menjadi GGM yang patik rasa lebih mudah disebut dan tidak terlalu panjang. 


Jika dahulu Gula Gula Magic datang dengan 3 perasa iaitu putih (susu kambing + apricot + kurma), hijau (epal + madu) dan coklat (coklat + promegnates). Pertama kali patik merasai gula-gula yang memberi kebaikan untuk kesihatan. 



Terkini ianya tampil dengan 2 warna dan diperkaya dengan campuran Habbatus Sauda yang sangat baik untuk kesihatan kita. Selain itu GGM juga memberi kebaikan lain seperti:

Mencerahkan dan menganjalkan kulit 
Melawaskan pencernaan
Anti - Oxida 
Meningkatkan metabolisme badan 
Menguatkan tulang 
Merawat penyakit resdung 
Menghilangkan sengugut bagi perempuan 
Menyuburkan dalaman lelaki dan perempuan 
Anti Stress 

Untuk pengetahuan korang produk GGM ini diadun dengan menggunakan Susu Kambing yang diimport dari New Zealand, Kurma, Madu, Buah Delima, Habbatus sauda dan Teh Hijau. Macam patik yang memang sedikit anti dengan bau kambing, patik rasakan GGM ni sesuai untuk patik gunakan kerana tiada bau hamis kambing dan memang sedap. 

JUS D'RIA



Jus D'Ria adalah satu lagi produk keluaran MediHerba. Sebenarnya Jus D'Ria dianggap "Ibu Segala Khasiat"ini boleh membantu banyak penyakit seperti masalah lelah, resdung dan ekzema. Selain itu Jus D'ria ini dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit seperti:
  • selsema / batuk 
  • menghilangkan kahak 
  • merawat masalah gatal kulit / alergi 
  • merendahkan kolesterol 
  • menguatkan ketahanan badan 
  • membantuk sistem pencernaan badan 
  • membaik pulih luka dengan cepat 
  • menjadikan kulit lebih cantik dan sihat 
  • menghilangkan parut lama seperti jerawat dan luka kecil
  • mengurangkan tekanan darah
  • melindungi jantung 
  • menguatkan daya ingatan 
  • membantu menurunkan paras gula dalam darah
Walaupun rasanya yang manis, yang penting ianya daripada manisan yang dibenarkan dan tiada bahan pewarna digunakan didalam penghasilan Jus D'Ria ni haaa. Patik pun dah mula mengamalkan 2 kali sehari dalam aktiviti harian patik. 



Selain ianya sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan kita, harganya yang berpatutuan juga akan memjadikan produk GGM dan Jus D'Ria ini mesti ada didalam stok patik. 

Harga  JUS D’RIA:
 RM88.00 (Semenanjung Malaysia) 
RM98.00 (Sabah dan Sarawak) 

Harga GGM: 
RM69.00 (Semenanjung Malaysia) 
RM79.00 (Sabah Sarawak)



Bagi korang yang inginkan informasi lebih, ini patik sediakan sedikit informasi bagi tujuan rujukan korang dimasa depan.

Mediherba Solutions
46-2, Jalan Taman Damai 2, 
Taman Damai Utama, 
47180 Puchong 
Selangor 

Hotline : 
018 - 6610104 

Puan Yaya :
+60126460210 

Encik Syahrul : 
+60129484420

Email : 
info@mediherba.my 


>> FACEBOOK | INSTAGRAM GGM | INSTAGRAM JUS D'RIA | INSTAGRAM MEDIHERBAHQ<<



Dan jangan lupa gunakan hashtag berikut sekiranya korang sudah menggunakan rangkaian produk mereka. 

#mediherba 
#yayamediherba 
#yayajusdria
#yayaggm


CARA MUAT TURUN VIDEO DARI FACEBOOK

$
0
0

CARA MUAT TURUN VIDEO DARI FACEBOOK | Mesti korang pernah tengok video yang menarik di Facebook dan dalam hati korang teringin untuk muat turun vedio tersebut untuk tujuan kolksi simpanan korang tapi korang tidak tahu bagaimana untuk memuat turun video tersebut.

Mehhh sini patik ajarin korang cara muat turun video dari facebook. 

LANGKAH PERTAMA: COPY LINK URL DARI FACEBOOK


Disini anda kena pastikan bahawa video tersebut adalah di hosted dari facebook. Bukannya ia copy link dari Youtube, Keek, Vimeo dan sebagainya. Jika tidak tutorial ini tidak menjadi bagi anda.

Bagaimana nak copy URL video dari facebook?

CARA MUAT TURUN VEDIO DARI FACEBOOK

Caranya adalah anda klik kanan mouse “Right Click” pada mouse dan akan keluar senarai option. Lepas itu, anda klik pada “Show Video URL”. Untuk lebih jelas, sila lihat gambar di bawah.

CARA MUAT TURUN VEDIO DARI FACEBOOK

Yang petak merah tu korang boleh copy link tersebut. 


LANGKAH KEDUA: FACEBOOK VIDEO DOWNLOADER

Untuk mula memuat turun video, korang boleh ke [SINI] untuk mula memuat turun dan korang akan nampak seperti gambar dibawah. 

CARA MUAT TURUN VEDIO DARI FACEBOOK

Korang copy link dari Facebook tadi dan korang isikan link tadi didalam kotak tersebut dan kemudian tekan DOWNLOAD.

CARA MUAT TURUN VEDIO DARI FACEBOOK

Kemudian korang akan lihat gambar seperti ini dan korang tekan "DOWNLOAD THE VIDEO IN HD". Video orang akan dimuat turun dengan sendirinya. 

Yeayyy. Patik berjaya untuk download video yang patik inginkan dan boleh dikongsikan dengan orang lain. 

Semoga perkongsian patik ni berguna untuk korang diluar sana yee. 


PAK PONG SEBUAH FILEM KOMEDI FANTASI

$
0
0


PAK PONG SEBUAH FILEM KOMEDI FANTASI | Tempoh hari patik telah berpeluang untuk menonton filem pertama arahan daripada Fauzi Nawawi berjudul Pak Pong. Filem yang memakan masa 5 tahun ini akhirnya menemui penonton pada 23 Feb 2017 nanti.

SINOPSIS FILEM PAK PONG

Filem Pak Pong ini mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri. Bagaimana pengakhirannya? Korang kena tengok sendiri dipawagam terdekat.


Filem yang bergenrekan fantasi komedi ini merupakan arahan sulung dari Fauzi Nawawi. Watak 'Muda' lakonan Hairul Azreen adalah peneraju utama dalam filem ini.  Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Fauzi Nawawi, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Izreen Azminda dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.

REVIEW DUNIA PATIK 

Secara keseluruhan ini adalah filem pertama arahan Fauzi Nawawi dan ianya telah disimpan selama 5 tahun sebelum ditayangkan. Apa yang boleh patik berikan adalah penambahbaikan untuk bahagian CGI yang boleh kita nampak terlalu teknikal. 

Pelakon semuanya berpengalaman dan jalan cerita tiada masalah bagi patik dan filem agak ini menghiburkan untuk tontonan korang semua. Apa pun patik seronok memonton setiap babak yang ditonjolkan. 


Jadi patik berikan

3 / 5
BINTANG

Selamat berjaya untuk filem Pak Pong ini !!



TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA

$
0
0
TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA

TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA | Kalau korang perasan sejak 1 Januari 2016, harga tiket tiket train ERL telah dinaikkan dari RM 35 ke RM 55. Bila kenaikan ini berlaku sudah tentu pengguna tegar perkhidmatan awam ini akan terasa lebih-lebih lagi korang yang kaki travel kan?

Untuk kali ini patik nak berkonsi satu tips yang boleh patik kelaskan sebagai jimat yang secara jujurnya patik sendiri sudah cuba praktikkan setiap kali ingin travel mengunakan train ERL sebagai pengangukutan utama ke KLIA atau KLIA2.

Selain tidak menyusahkan orang yang menghantar ke KLIA / KLIA2 yang patik anggap sangat jauh dari rumah patik, ianya sebenarnya boleh menjimatkan wang dan juga masa memandu anda kesana. 

Bagaimana caranya? Ini adalah caranya.

  1. Dari KL Sentral, korang beli tiket train ERL Transit ke Putrajaya. (Kos RM 14.00)
  2. Setiba di stesen Putrajaya, korang keluar dari dan beli tiket ke KLIA /KLIA2. (Kos RM 9.40) 
  3. Tunggu train ke KLIA / KLIA2 yang mengambil masa menunggu dalam 10 - 15min. 
  4. Tiba di KLIA / KLIA2 dengan selamat dan lebih jimat

Penjimatan yang sangat berbaloi iaitu  RM 14 + RM 9.40 = RM23.40 sekiranya korang menaiki train ERL transit berbanding train ERL yang jenis direct yang memakan kos RM 55. Jadi korang boleh jimat sebanyak lebihi 50% iaitu RM31.60.

Korang hanya perlu korbankan masa menunggu dan masa korang terbayar dengan penjimatan yang sangat berbaloi dengan kaedah yang patik praktikkan ini.

Jadi apa tunggu lagi. jom praktikkan yee. Hehehe.


Viewing all 468 articles
Browse latest View live