Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

REVIEW TELEFON GT MOBILE GT-888 KELUARAN SINGAPURA

$
0
0
TELEFON GT MOBILE


REVIEW TELEFON GT MOBILE GT-888 KELUARAN SINGAPURA | Sebagai blogger dan juga rakan social media influencer, patik sebenarnya patik amat memerlukan telefon pendua sebagai memudahkan kerja patik didalam kerja seharian.

Kebetulan baru-baru ini patik telah menerima sekotak barang dari jauh dan ibarat kata pepatah "bagai orang mengantuk disorongkan bantal", patik telah menerima telefon jenis android dibawah jenama GT Mobile

TELEFON GT MOBILE

Selepas mentelaah segala apa yang ada didalam kotak, patik telah menerima set telefon jenis android berwarna kelabu. Agak cantik warnanya dan juga bentuknya yang patik sangat suka sebab mudah digenggam dan skrin yang luas bersaiz 5.5 inci yang sangat selesa untuk segala aktiviti dan menonton video. 

TELEFON GT MOBILE

Sistem bunyi bagi GT Mobile GT-888 ini bagi patik agak memuaskan bila patik memainkan sebarang laju atau video. Tidak terlalu nyaring dan boleh patik katakan secukup rasa.

TELEFON GT MOBILE

Mempunyai sistem kamera 8.0MP 4th Generation Camera OV8865 yang boleh patik anggapkan sebagai baik untuk si kaki gambar. Jujur patik rasa yang kamera daripada telefon ini memang menghasilakn gambar yang sangat cantik lebih-lebih lagi sekiranya pencahayaan yang cukup.

Banyak gambar didalam blog patik ini menggunakan 100% kamera daripada GT Mobile GT-888 ini haaa. Memang sangat memuaskan hati patik sebagai pengguna. 

TELEFON GT MOBILE

Selain sistem kamera yang best, bateri yang berkekuatan 2550 mAh ini sangat cepat untuk dicas. Ianya memakan masa lebih kurang 30 minit untuk mengecas secara penuh bateri tersebut. 

TELEFON GT MOBILE

Selain itu lubang pengecasnya yang terletak diatas dan juga lubang pengambung eyephone yang terletak bersebelahan memudahkan patik untuk membuat live sambil mengecas telefon. 

TELEFON GT MOBILE

Butang on off dan juga pelarasan bunyi juga berdekatan dan memudahkan patik sebagai pengguna telefon GT Mobile GT-888 ini. 

TELEFON GT MOBILE

Selain itu telefon ini mempunyai dual sim kad bagi memudahkan patik yang menggunakan lebih dari 1 nombor unutk berhubung. Jadi patik tidak perlu untuk membawa lebih daripada 1 telefon dalam kegiatan harian patik.  

SPESIFIKASI GT MOBILE GT-888

Secara kesimpulannya, apa yang patik boleh simpulkan berkenaan spesifikasi telefon GT Mobile GT-888 adalah seperti berikut:

Model : Metal Grey
Dimensions : 158.9 x 77.5 x 8.6
Weight : 160gb
Operating System : Pre-Install Android 5.1 Lillipop
CPU : 64 Bit MTK MT6735P processor quad core 1.0CHz CPU
GPU : Mali T720-Mpl 600 Mhz
RAM : 2GB / 1 GB
ROM : 16GB
Battery : 2550mAh
Charging : Fast Charging

Size : 5.5 inch
Resolution : HD 1280*720 pixels
Type : IPS OGS (New 2.5D Arc Screen)
Material : Corning  Gorilla Glass 3

Rear Camera : 8.0MP 4th Generation Camera OV8865
Front Camera : 5.0 MP  OV5648
Video : 1080p , 2K , 4K

Network : GSM , WCDMA, FDD-LTE
Sim : Dual Sim, Micro Sim, Standard Sim
WiFi : Wifi 802.11 a/b/g supports dual band wifi (2.4Ghz/5Ghz)
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Positioning : GPS, A-GPS, Digital Compass,  Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor


TELEFON GT MOBILE

Rasanya itu sahaja perkongsian untuk telefon android daripada GT Mobile GT-888 untuk bahan bacaan korang diluar sana. Manalah tau sekiranya korang nak beli ke kan, ini adalah pandangan patik untuk telefon tersebut. Harap berguna laa yee


Kredit gambar:www.amirnawawi.com


HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

$
0
0
HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

NURSAJAT BIRTHDAY CELEBRATION BERTEMAKAN BOLLYWOOD | Tempoh hari patik dan rakan blogger lain telah dijemput ke majlis hari jadi jutawan kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Nur Sajat

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Pada mulanya majlis ini akan berlangsung dikediaman rumah Nur Sajat, tetapi ditukar pada saat akhir ditukar ke Hotel De Palma Ampang disebabkan rumah yang diduduki sekarang sedang mengalami pengubahsuaian.

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Bila patik post gambar seperti ini di Facebook dan Instagram ramai yang kecam patik sebab mereka mengganggap patik akan menggunakan kasut tinggi tersebut untuk sambutan hari jadi tersebut sebaliknya ianya adalah prop. hehehe.

Sebenarnya ini adalah kali pertama kali patik turut serta didalam majlis serupa ini. Mana tak nye patik dan rakan blogger lain beriya mencari baju supaya kami IN dengan majlis. Tak de laa orang maki kita tak hormat tema majlis. 

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Konsep bollywood ni rupanye memerlukan kita bermain dengan warna. Lagi meriah warna korang, lagi meriah korang berbusana. Korang tengok jee laa kami semua berbusana ni haaa. Hahaha. Seronok wehhh. 

Dah jom bergerak ke lokasi majlis iaitu di Hotel De Palma Ampang.

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian daripada Nursajat sendiri. Apa yang patik boleh katakan beliau memang seorang penghibur. 

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Liuk lentuk beliau memang menghiburkan. Ramai yang terpukau dengan persembahan beliau. Patik sebenarnya ada mengikuti perkembangan beliau dimana beliau sedang melakukan persembahan untuk majlis hari jadinya.Tak sangka persembahannya persis wanita hindutan. Hehehe.

Selesai ucapan terima kasih atas kehadiran kepada semua tetamu, majlis memotong kek. Didalam mjlis ini, Nursajat telah memperkenalkan kepada umum ibu dan ayahnya yang begitu menyokong didalam kegiatan harian beliau. 

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Rasanya ini adalah majlis dimana pertama kali beliau memperkenalkan ayah dan ibu kepada umum. Apa jua tohmahan, fitnah dan juga kejian yang beliau terima, ibu ayah dan juga keluarga yang banyak menguatkan Nursajat dalam mengharungi kehidupan beliau, 

Dihujung majlis ini, Nursajat sendiri mengumumkan beberapa anugerah kepada tetamu termasuklah yang Tetamu Paling Havoc, Tetamu Paling Meletop dan banyak lagi termasuklah anugerah Best Outfit

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Benda yang paling patik tak sangka. Patik diumumkan sebagai pemenang Best Outfit pada malam tersebut. Sebenarnya patik pun tak tahu dimananya yang bestnya untuk outfit patik ni. Tapi patik berbangga sebab dapat berdiri sama pentas dengan Nursajat yang tengah menjadi viral sejak dua menjak ini. 

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Ini adalah outfit yang patik gayakan dan akhirnya memenangi Best Outfit pada malam tersebut. Sebenarnya outfit ni patik sewa jee dengan sebuah butik di Batu Caves. Mungkin dah namanya rezeki kan. Hehehe. 

HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD

Secara keseluruhan kami berterima kasih kepada pihak pengurusan Nursajat kerana terus menjemput kami sebagai rakan media sekaligus sebagai rakan kemajlis beliau ini. Inilah kami rakan blogger yang pernah menulis mengenai Nursajat tempoh hari. Entrinya korang boleh baca disini [DISINI]

Hari Jadi Nursajat

Semoga Nursajat terus berjaya didalam bidang yang diceburi dan juga didalam perniagaan yang beliau usahakan. Semoga terus kuat dalam mengharugi hari-hari dan terus membantu masyarakat. 

Sekiranya korang ingin mengikuti perkembangan Nursajat termasuklah kegiatan harian dan apa jua kisah, korang boleh lihat gelagat beliau di instagram beliau.


>> INSTAGRAM<<



TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA DI MALAYSIA | Semua orang pasti ingin memiliki rumah sendiri bukan? Begitu juga dengan patik. Patik teringin nak ada rumah sendiri supaya dimasa depan senang bila sudah berkeluarga. 

Sebagai orang yang pertama kali untuk memiliki rumah, patik yakin korang mesti berkira-kira dan kadang tu berdebar untuk terjun kedalam proses pemilikan rumah kan? Jika tersilap langkah banyak yang akan terkorban termasuklah kewangan anda. Tu yang paling dirisaukan.

Jadi untuk perkongsian patik kali ini, patik ingin kongsikan tips untuk memiliki rumah pertama di Malaysia.

TIPS MEMILIKI RUMAH PERTAMA 

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
1. Pilih lokasi terbaik yang anda boleh cari, seperti yang dikatakan olehThe Malay Mail Online. Ia bermaksud, mencari hartanah yang dekat dengan tempat anda bekerja atau rumah yang berada di kawasan strategik, yang mempunyai banyak kemudahan dan mudah untuk diakses. Tidak kira sama ada anda perlu membeli di kawasan berhampiran hab pengangkutan awam atau membeli rumah berdekatan pasar raya, apa yang penting ia mudah diakses. Korang boleh menggunakan laman hartanah seperti PropertyGuru Malaysia untuk new property launches atau hartanah baru.

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
2. Ketahui takat kos perumahan anda. Bila korang ingin membeli rumah, korang bukan saja perlu menyimpan untuk bayaran pendahuluan dan juga perlu memikirkan bayaran bulanan gadai janji anda. Korang perlu ada simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan, ini termasuklah bil api dan air, makanan, pengangkutan, dan lain-lain perbelanjaan. 

Korang juga perlu ambil kira bayaran premium insurans perumahan bulanan dan ditambah pula dengan ansuran kereta dan bayaran gadai janji, perbelanjaan anda akan kian meningkat. Ini belum lagi dengan kos meterai yang anda perlu tanggung bila anda membeli rumah atau kos ubah suai. Yuran kesatuan perumahan mungkin tampak tidak penting, tetapi jika anda terlepas beberapa kali, kos yang anda ada pasti akan meningkat. Ini hanyalah sebahagian kecil yang anda perlu lalui semasa anda membeli rumah. Jadi pastikan anda bersedia dari sudut kewangan untuk menguruskan kos-kos yang disebutkan tadi.

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
3. Pilih jenis perumahan yang tepat. Korang boleh pilih jenis perumahan, menurut Global Property Guide, daripada rumah teres atau banglo mewah hinggalah rumah berkembar atau separa berkembar. Utamakan keperluan dan keluarga. Ini akan memudahkan korang untuk memilih jenis perumahan yang sesuai untuk korang dan keluarga. Korang juga boleh senaraikan perkara wajib yang perlu ada di senarai semak untuk hartanah yang korang mahu. Tinjau ciri yang ada pada setiap unit yang anda lihat. Apabila anda telah teliti semuanya, anda akan dapati unit yang ditanda dengan banyak menepati ciri-ciri yang anda mahu. 

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
4. Ketahui matlamat pembelian. Anda perlu jelas dengan sebab anda mahu membeli hartanah. Ini disebabkan ia akan akan mempengaruhi pilihan anda dan akan menetapkan perjalanan anda. Jika anda membeli hartanah untuk kegunaan anda, anda akan ada keperluan lain yang perlu dipenuhi berbanding jika anda membeli untuk pelaburan.

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
5. Peraturan asas pelaburan. Semasa anda masih muda, anda masih boleh mendapat pendapatan jadi ia sangat baik untuk anda fokus usaha anda dalam membeli rumah yang memberi nilai terhebat. Bagaimanapun jika anda menghampiri usia emas anda, melabur di hartanah yang boleh memberi pulangan sewa adalah pili.

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
6. Pembiayaan. Jangan buat kesilapan dengan melihat hartanah sebelum memastikan kewangan anda selamat. Jika anda tahu berapa anda boleh belanjakan untuk hartanah, itu adalah langkah pertama yang penting supaya anda tahu hartanah mana yang anda boleh lihat. Jika anda hanya jangka berapa yang boleh ditanggung oleh pihak bank, anda akan buang masa jika bank hanya boleh menanggung di bawah jangkaan anda. Ia akan membantutkan anda, dari sudut emosi, kerana anda telah melihat rumah yang berada di luar kemampuan anda. Elakkan ini daripada berlaku. Pastikan pembiayaan anda sudah diluluskan sebelum anda mula membeli rumah.

TIPS UNTUK MEMILIKI RUMAH PERTAMA
Gambar sekadar hiasan
7. Jangan gerakkan wang anda. Simpan wang di satu tempat. Peminjam biasanya akan melihat kredit dan kewangan anda. Jika anda terlalu banyak menggerakkan wang anda, ia akan menjejaskan peluang pinjaman anda. Simpan wang anda di satu tempat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum permohonan pinjaman. 

Naahhh jadi korang sudah dapat kan sedikit perkongsian daripada patik untuk kegunaan korang dimasa hadapan. Mana tahu informasi ini boleh korang jadikan panduan untuk memiliki rumah pertama untuk korang nanti.


KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODY DREAM COCO S

$
0
0
KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S | Secara jujur patik dah terlalu takut dengan lambakan produk untuk kurus di Malaysia ni haaa. Setiap produk masing-masing akan berlumba-lumba memastikan produk mereka adalah yang terbaik dan boleh mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat.

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Tempoh hari patik telah dijemput untuk turut serta didalam cabaran kurus dalam masa 15 hari, Pada mulanya patik agak skaptikal dengan program yang cuba dianjurkan. 15 hari boleh kurus? Biar betul?

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Untuk pengetahuan korang, minuman daripada Body Dream iaitu Coco-S ini adalah minuman yang dipercayai boleh membakar lemak secara semulajadi TANPA perlu berlapar dan juga TIDAK akan menyebabkan sakit perut. Itu yang penting ok !!

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Selain berperisa coklat, korang boleh jadikan minuman ini sebagai sarapan pagi dan yang seronoknya korang TIDAK PERLU berpantang atau berlapar. Jadinya korang boleh makan apa sahaja yang korang inginkan.

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Seperti kata pengasas minuman Bodydream Coco S, Sarah dan juga suaminya Hafiz, minuman ini diformulakan sesuai dengan keadaan orang Malaysia yang inginkan bentuk badan yang ideal.

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Sepanjang 15 hari menggunakan minuman Bodydream Coco S, patik sangat berpuas hati kerana berat patik sudah mencapai yang patik inginkan. daripada berat sebanyak 79 kg menjadi 77 kg dalam masa 15 hari. 

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

KEBAIKAN MINUMAN BODY DREAM COCO S


KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Secara peribadi patik sukakan rasa Body Dream Coco S ni yang berasaskan coklat dan sedkiti pun tidak rasa seperti produk untuk kurus. Selain rasa coklatnya, minuman ini juga tidak terlalu manis untuk dinikmati. 

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Selain rasa minuman ini yang patik sembangkan tadi, ni haaa bahan lain yang korang perlu tahu ada didalam minuman ini yang boleh membantu meningkatkan kesihatan korang. 

Kandungan Swiss Coco, Felxseed (Biji Rami), Biji Anggur, Garnicia Cambogia (Asam Gelugur) mempunyai kebaikan untuk memberikan efek untuk kurus. So korang boleh baca kebaikan seperti didalam gambar ni haaa. 

KURUS DALAM MASA 15 HARI DENGAN MINUMAN BODYDREAM COCO S

Selepas 15 hari, patik sangat berpuas hati dengan keberkesanan kerana produk ini berjaya menurunkan berat badan patik sebanyak 3kg dalam masa 15 hari. Agak terbaik bagi patik. Tapi 1 jeee patik nak pesan. Kalau ingin keberkesanan, banyakkan minum air masak dan lakukan aktiviti sihat seperti senaman. 

Bagi korang yang ingin mencuba minuman coklat dan boleh kurus ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.



>> WEBSITE | INSTAGRAM<<


THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

$
0
0
THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI | Tempoh hari patik meronda-ronda disekitar Bangi untuk mencari cermin mata baru. Kononnya untuk menjadi cermin mata gantian. Ronda punya ronda patik tertacap dengan sebuah kedai di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Sejujurnya ini adalah pertama kali patik terperasan kedai cemin mata yang diberi nama The Eye Shop. Sebuah kedai cermin mata yang diusahakan oelh orang melayu. Tengok dari luar agak unik dengan menggunakan ikon burung hantu sebagai lambang kepada The Eye Shop.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Melangkah masuk kedalam kedai The Eye Shop ini, patik bagai tergamam kerana kedai cemin mata ini bukan seperti kedai cermin mata yang biasa patik pernah masuk. Kedai ini boleh patik kelaskan sebagai butik cermin mata. 

Apa yang membuatkan patik selesa berada didalam butik cermin mata ini kerana patik bagai rasa dijemput sangat sebagai tetamu bila masuk kerumah. Begitulah perasaan patik walaupun pada mulanya patik hanya sekadar untuk melihat-lihat sahaja. 

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Sekeliling patik bagai dihujani dengan pelbagai jenis cermin mata berjenama dan cantik-cantik. Boeh naik gila tengok macam-macam jenis bingkai cermin mata yang terdapat di The Eye Shop ini.

Yang membuatkan patik selesa dengan kedai cermin mata ini adalah perkhidmatan yang mungkin lain dari yang lain. Kenapa patik berkata macam ni? Korang kena teruskan membaca entri ini sampai habis yee.

PERKHIDMATAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI THE EYE SHOP 


Seperti biasa pemerriksaan akan dimulakan dengan menggunakan mesin seperti ini. Patik tak tahu apa nama sebenarnya. Tapi mesin ini akan memberikan nilai kekauatan rabun mata korang secara awal sebelum korang diuji dengan alat yang sepatutunya didalam bilik khas. 

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Sebenarnya patik pun banyak tahu informasi daripada pakar mata iaitu Puan Fairus atau lebih dikenali dengan Kak Fair. Beliau banyak menceritakan perihal mata dengan lebih jelas termasuklah penggunaan kanta lekap dan juga prosedur lasik untuk mata.

Rupanya seram jugak yeee prosedur pembedahan lasik yeee. Beliau mencadangkan untuk tidak melalukan sebarang pembedahan pada organ mata sekiranya tidak perlu atau kata lain gunalah cemin mata selagi boleh.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Selepas sesi penerangan tu, patik pun dibawa ke bilik khas untuk pemeriksaan lanjut. Yang menariknya kedai cermin mata ini adalah perkhidmatan yang diberikan berlainan dengan kedai cermin mata yang pernah patik lalui.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Disini terdapat mesin yang boleh memeriksa tahap kesihatan biji mata korang. Patik lupa nama mesin ini tetapi fungsinya memang hebat. Jadi korang dapat informasi tahap kesihatan bebola mata korang dengan mesin ini.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Bile semua keputusan untuk tahap kerabunan korang dikeluarkan, masa untuk memilih bingkai cermin mata korang. Yang ni patik sangat suka sebab terlalu banyak dan korang akan rambang mata untuk memilih 1 daripada beratus bingkai disini.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Selepas bingkai dipilih, mereka menggunakan sejis aplikasi yang khas untuk mengukur kanta yang akan terhasil dengan bebola mata kita. Kiranya cermin mata yang terhasil nanti akan sesuai dengan wajah korang.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Dengan bantuan staf di The Eye Shop ini, korang akan dibantu bermula dari pemeriksaan sehinggalah korang kelauar daripada premis ini. Patik sangat selesa dengan bantuan mereka.

Sambil korang sembang dan memilih, korang akan dijamu dengan potongan kek dan juga minuman sebagai pemanis penghilang dahaga.

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Terima kasih kepada The Eye Shop atas bantuan sepanjang patik berada di kedai cermin mata ini. Bagi korang yang nak datang dan tengok sendiri pelbagai koleksi bingkai cermin amat yang terbaik mehh sini datang ke The Eye Shop.

The Eye Shop
G-6,Seri Bangi Jalan 8/35,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Telefon:
+603-8925 2871

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

THE EYE SHOP TAWARKAN LAYANAN 5 BINTANG BAGI PEMERIKSAAN MATA DI BANGI

Yeaayyyy.. selepas seminggu patik pun sudah dapat cemin mata yang dibuat di The Eye Shop yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


KULIT WAJAH LELAKI LEBIH SIHAT DENGAN PRODUK DARI LVA BEAUTE

$
0
0
PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

KULIT WAJAH LELAKI LEBIH SIHAT DENGAN PRODUK DARI LVA BEAUTE | Patik teringat zaman sekolah dulu patik adalah salah orang yang mengalami masalah kulit bermasalah. Kadang-kadang tu patik dengki dengan kawan-kawan patik yang mempunyai kulit wajah yang tiada sebarang cela. Tak adil rasanya dunia dengan diri patik ni. Hehehe

Teringin mendapatkan kulit yang sihat, pelbagai jenis produk kulit wajah sudah patik cuba daripada yang murah sehingga yang agak mahal.

Tahun demi tahun alhamdulillah kulit patik lama-kelamaan sudah sembuh dari kulit berjerawat dan hanya tinggal parut-parut yang perlu patik usahakan untuk dibaiki. Hahahah dah macam nak buat rumah patik rasa. 

RANGKAIAN PRODUK WAJAH LVA BEAUTE

Untuk set bagi lelaki ini terdapat 4 jenis produk iaitu Cleansing Gel, LVA Men Toner, UV Perfect Water Cream dan Regenerist Night Cream. Bagaimana produk ini berfungsi? Meh sini patik kongsikan. 

CLEANSING GEL

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
  • Memiliki tekstur yang lembut tidak melekit.
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A,C,E dan juga ekstrak buah-buahan.

LVA MEN TONER 

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Cleanser.
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul.
  • Menutup liang pori untuk menghalang kotoran daripada masuk ke dalam.

UV PROTECT WATER CREAM

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

  • Menghalang sinaran UV daripada matahari. 
  • Menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. 
  • Diformulasikan daripada minyak bunga matahari, rose placenta dan ekstrak buah-buahan.


REGENERIST NIGHT CREAM 

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

  • Merawat dan merehatkan kulit muka.
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner.
  • Diformulasikan dengan rose placenta, vaccinium myrtillus dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E.
  • Mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari.

Empat produk ini sangat membantu patik dalam memperbaiki stuktur kulit patik yang bermasalah kepada lebih baik.

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

Sejujurnya kulit patik ni pernah mengalami masalah pada zaman remaja dengan kemunculan jerawat yang teruk dan alhamdulillah semakin elok dan hanya tinggal bekas-bekas jerawat yang perlu dibaiki. Alhamdulillah dengan set LVA Beaute ini sedikit sebanyak membantu patik untuk merawat kulit ni haa.

Bagi korang lelaki diluar sana dan mencari-cari produk apa yang baik untuk kulit korang, patik cadangakan LVA Beaute ini untuk korang.

PRODUK WAJAH DARI LVA BEAUTE

Bila dah ada produk ini, sudah tentu korang nak tahu bagaimana patik amalkan penggunaannya kan? Haa meh sini patik kongsikan untuk 3 langkah mudah untuk gunakan produk ini sebagai panduan korang semua. 
Langkah 1:
Basahkan muka dengan air suam. Pastikan semua bahagian muka jadi basah dan terkena air. Letakkan sedikit Cleansing Gel ni kat kulit muka korang. Calitkan gel sedikit di pipi, dahu dan dagu dan urut dengan manja sambil membelai kulit wajah korang. Biarkan dalam masa 1 minit untuk ianya bertindak lebih jauh kekulit korang. Akhir sekali basuh muka korang dengan air bersih.
Langkah 2:
Keringkan muka yang baru dibilas tadi dengan kain tuala yang bersih. Ambil kapas muka dan tuangkan sedikit LVA Men Toner ni kat atas kapas tadi. Sapukan kapas tadi pada keseluruh wajah. Biarkan ianya meresap kering. 
Langkah 3:
Pada WAKTU PAGI, letakkan sedikit UV Perfect Water Cream pada hujung jari. Calitkan kewajah dan urut muka menggunakan jari. Yang bestnya UV Perfect Water Cream ni sebab ianya berwarna biru. Cantik warnanya.
Manakala pada WAKTU MALAM pulak, ulang langkah 1 & 2. Cuma penutup kali ni gunakan Regenerist Night Cream. Pap pap pap sapu dan selesai.

KULIT WAJAH LELAKI LEBIH SIHAT DENGAN PRODUK DARI LVA BEAUTE

Sekiranya korang inginkan informasi lanjut berkenaan produk ini korang boleh lawati informasi yang patik sediakan dibawah.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA ONLINE DI HAQQI.COM.MY

$
0
0
BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA ONLINE DI HAQQI.COM.MY | Tempoh hari patik serabut mana nak cari outfit untuk satu majlis berbentuk islamik. Patik bertanya kawan-kawan website apa yang mudah untuk patik cuci mata sebelum patik dapatkan secara fizikal.

Akhirnya patik diperkenalkan dengan portal yang menjual produk muslim iaitu HAQQI. Bila patik masuk ke www.haqqi.com.my, benda yang pertama adalah diskaun RM20 untuk korang yang mendaftar sebagai ahli di HAQQI

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Rupanya website HAQQI ni menghimpunkan pelbagai jenis jenama selain jenama dibawah HAQQI itu sendiri seperti produk daripada Izzue Islam, Nora Danish, Nur Fathiah, Elfira Loy dan banyak lagi.

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Seperti niat patik pada mulanya untuk mencari kurta lelaki yang sesuai dan menarik dimata patik, patik sempat melihat produk lelaki lain dari jenama-jenama lain. Memang cantik-cantik dan memang berpatutuan. Yesss itu yang patik inginkan. Hahaha

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY
Selain produk lelaki, produk wanita seperti telekung dan pelbagai jenis tudung dan jubah dijual juga disini. Kira senang laa semuanya dibawah 1 bumbung.

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Di HAQQI ini, korang juga berpeluang untuk membeli produk untuk keperluan haji dan umrah termasuklah barang harian untuk kegunaan semasa melakukan haji dan umrah. Seronoknye laa haiiihh. 

Macam jenis patik, patik suka jalan-jalan cuci mata dulu dan kemudian baru patik cuba mencari butik fizikal untuk melihat dengan lebih jelas. Jadi tempoh hari patik sempat ke butik fizikal HAQQI yang berlokasi di Seksyen 7 Shah Alam

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Menjengah kedalam butik HAQQI yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, sederet dengan Jakel Shah Alam, patik selesa dengan dekorasi dan juga suasana dalaman butik ini. 

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Nampak tak betapa lengkapnya produk muslim yang ditawarkan disini. Jenis patik sekiranya ingin membeli belah adalah dengan selidik dahulu produk tersebut dan kalau produk tersebut mempunyai butik, patik akan gagahkan ke butik tersebut. 

Tapi kalau tiada, patik akan terus beli melalui online. Tetapi di Haqqi ni, patik sudah sudah intai-intai di www.haqqi.com.my dan barulah patik membuat pembelian di butiknya. 

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Memang mudah berurusan dengan laman web HAQQI dan juga kakitangan pihak BUTIK HAQQI. Agak-agak korang macam manalah rupa kurta yang menjadi pilihan patik?

Tadaaaa...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
\/

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

BELI BELAH PRODUK MUSLIM SECARA DI HAQQI.COM,MY

Ini adalah kurta yang menjadi pilihan patik untuk menghadiri majlis yang akan datang. Kurta daripada IzzueXclusive ini memang selesa dan yang paling penting muat dengan bentuk tubuh badan patik. Itu yang lebih penting bagi patik. Hehehe

Bagi korang yang ingin mencari produk pakaian muslim dan apa jua barangan umrah dan haji, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.


HAQQI
67, Jalan Plumbum P7/P, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)

No. Telefon: 
+60 3-5523 4798



>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<



LIRIK LAGU MENAHAN RINDU WANY HASRITA

$
0
0
LIRIK LAGU MENAHAN RINDU WANY HASRITA

LIRIK LAGU MENAHAN RINDU WANY HASRITA | Hari tu patik terdengar lagu yang bagi patik sangat sedap untuk halwa telinga patik. Lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita ni sejak dua menjak ini menjadi pilihan orang ramai. 

Jadi disini patik kongsikan Lirik Lagu Menahan Rindu Wany Hasrita untuk kita sama-sama menyanyi.

Lirik Lagu Wany Hasrita – Menahan Rindu

Sejenak Ku Termenung,
Awan Pun Mulai Murung,
Tiada Siulan-siulan Burung-burung,
Menemani Hariku Menemani Sepiku,
Tersiksa Angkara Menanggung Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini.

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini,
Oh Hati Kau Sedarilah Kenyataan Ini,
Agar Dapat Ku Gagahi Dan Terus Berdiri.

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu,
Menahan Rindu.

Penyanyi: Wany Hasrita
Lagu: Ibnu & Gouffran
Lirik: Ibnu & Gouffran


Jadi jom kita sama-sama nyanyi sambil suka-suka dengan lagu yang tengah jiwa dengan patik ni haa. Patik akan kongsikan lagi sekiranya lagu yang patik suka lepas ni dekat blog patik ni haa. 



BENARKAH RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH SELEPAS DIKECAM?

$
0
0
RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

BETUL KE FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH? Tahun lalu kecoh apabila Restoran milik Fizo Omar dan Mawar iaitu FizoMawar Kitchen yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi itu telah menjadi viral dek penulisan seorang blogger kerana khabarnya menu yang diberikan sangat tidak berbaloi dan perkhidmatan layanan yang boleh dikatakan sangat teruk.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Sebenarnya apabila kisah tu hangat diperkatakan, patik telah datang bersama blogger Mawardi Yunus dan juga Penaberkala untuk merasai apa yang diperkatakan oleh blogger tersebut. Jujur patik kata apa yang dikatakan oleh penulis blog tersebut memang benar. Mungkin baru dalam dunia perniagaan makanan & minuman jadi agak kurang memuaskan dari semua segi. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Selepas setahun kisah tu berlalu, patik sekali lagi datang ke restoran ini sebagai "orang awam" kerana ingin melihat bermula dari menjemput tetamu masuk kerestoran, ambil order, menyediakan makanan dan akhir sekali sesi penghantaran menu yang ditempah. Itu biasanya kriteria yang akan patik lihat apa bila membuat dan memberikan pendapat terhadap sesebuah restoran. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Berbalik kepada kisah Restoran Fizomawar Kitchen ni, tempoh hari tiba-tiba patik rasa nak singgah untuk cuba 2, 3 jenis menu yang ada disini. Nak tengok adakah pembaharuan terhadap komen viral dahulu sudah ditambah baik atau sebaliknya. Jadi jom bersama patik.

Untuk kali ini patik telah datang lebih kurang jam 2.00 petang dimana waktu ini adalah boleh patik katakan waktu puncak bagi sesebuah kedai makan. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Perasaan pertama bila patik masuk ke restoran ini adalah keadaan restoran yang agak berlainan daripada setahun lalu dan penyambut tetamunya menjemput dengan baik. Itu ekspresi pertama patik sebagai "orang awam" dan bukan sebagai blogger. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Ini adalah menu yang menjadi pilihan patik untuk makan tengahri pada hari tersebut. Untuk pengetahuan korang menu yang terhidang ini adalah menu yang menjadi pilihan tekak patik sendiri dan bukan dari kaca mata pemilik restoran. Jadi menu Nasi Rebus, Kau Mok Khai, Tomyam Bangkok, Daging Salai dan minuman seperti Mojito, Ice Green Tea, Chocolate Blanded, Grape Smoothy& Sweety Mawar. Untuk manisan mulut patik memilih Kuih Akok sebagai penutup.

Untuk pengetahuan korang. selalunya bila patik dan rakan blogger lain datang untuk membuat ulasan untuk restoran, pemilik restoran akan mengeluarkan menu yang dipanggil "terbaik" bagi mereka untuk kami blogger merasainya. Tetapi kali ini tiada siapa tahu akan kehadiran patik.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Nasi Rebus
Nasi Rebus ini atau boleh patik panggil nasi kukus ini uniknya pada ayam goreng berempah bagi patik sebab sangat rangut dan memang sedap dimakan begitu saja. Ditambah pula dengan kuah kari yang memang berempah. Menang kena dengan tekak patik yang sukakan pedas. Ini terbaik !

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Kau Mok Khai
Kau Mok Khai ini juga enaknya pada ayam goreng yang digoreng panas dan ditambah dengan nasi basmathi yang asli dari Thailand. Patik sempat menjamah semulut dua dan rasanya memang sedap ditambah dengan sos yang dikatakan homemade dan bukan dari botol sos yeee. Hehehe

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Set Tomyam Bangkok
Set Tomyam Bangkok ini bagi patik memang terbaik sebab portion dia memang besar dan itu yang patik suka. Kemudian rasa tomyam dia memang korang tak boleh dapat dikedai-kedai makan melayu rasenya dengan kepekatan kuahnya dan rasanya memang korang akan bayangkan berada di Thailand.

Khabarnya menu ini adalah asli dari Bangkok dan memang telah diturunkan kepada Fizo sendiri untuk meneruskan di Malaysia. Memang sedap !!

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Daging Bakar
Daging Bakar ini memang menjadi pilihan tekak patik sebab kelembutan dagingnya yang memang sangat empuk dan dibakar dengan rempah yang memang sedap dan dapat pula dicecah dengan sos yang dicipta sendiri.

Apa yang diberitahu, sos yang disediakan tu dicampurkan dengan beras bakar dan bila kita nak cicah dagging bakar tu, kita kena makan sekali dengan beras tersebut. Baru kena orang kata. Hehehe

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Ice Green Tea, Mojito &Chocolate Blanded

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Grape Smooty & Sweety Mawar
Untuk minuman pula, patik telah cuba 5 jenis minuman iaitu Ice Green Tea, Mojito, Chocolate Blanded. Grape Smooty dan juga Sweety Mawar.

Sebenarnya dulu minuman ni ada sedikit masalah bagi tekak patik kerana terlalu manis bagai boleh potong kaki patik katakan. Sangat manis dan kali ini mereka lebih berhati-hati kerana mungkin sudah ramai yang memberi komen terhadap minuman ini.

Yang paling patik suka adalah Mojito dan juga Grape Smoothy ni haaa. Memang sedap dan patik suka laa senang cite. Hahaha

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Kuih Akok
Kuih Akok bila dimasak panas-panas menang sedap woooi. Untuk kali ini kuih akok ni memang segar dari oven boleh patik katakan. Rasa dia memang asli dari Kelantan.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI


Secara keseluruhan banyak yang sudah berubah bermula dengan keadaan restoran, servis yang diberikan dan juga menu yang sudah sedap dan menepati tekak patik.

Berikut adalah kesimpulan ulasan patik bagi Restoran Fizomawar Kitchen yang mungkin boleh membantu korang mencari lokasi makan-makan berkonsepkan masakan Thailand. 

Makanan: 
Sesedap tekak patik sebagai pelanggan

Harga: 
Ada yang murah dan ada yang mahal (korang kena tengok pada bajet korang)

Minuman:
Manis-manis buah (kalau dulu memang boleh potong kaki manisnya)

Persekitaran:
Ruang resotran bersih dan tersusun kemas

Pekerja:
Ramah & agak pantas dalam kerja


Bagi korang yang ingin merasai menu yang berkonsepkan masakan asli Thailand, korang boleh datang dan cuba rasa sendiri makan dan bersantai di Restoran Fizomawar Kitchen yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi


FIZOMAWAR KITCHEN
Website : No 7& 9, Jalan 8/1 Seksyen 8
Bangi, Malaysia

Telefon:
019-908 0909


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<


HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION™ SEMPENA ULANG TAHUN KE 15

$
0
0
HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION™ SEMPENA ULANG TAHUN KE 15

HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION SEMPENA ULANG TAHUN KE 15 | Sekali lagi HOMEDEC kembali bermula bulan April 2017 di Pulau Pinang, kemudian akan bergerak ke Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan terakhir di Johor Bharu dengan jualan hebat sempena ulang tahun ke 15 dipanggila HOMEDEC SALEBRATION™ dengan pelbagai jenis idea rumah dan keperluan hiasan dalaman untuk korang.

HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION™ SEMPENA ULANG TAHUN KE 15

Korang sebagai pemilik rumah boleh membeli perkakas rumah dengan tawaran ekslusif daripada HOMEDEC dengan pelbagai rangkaian rumah seperti peralatan rumah, perabut dan juga kelengkapan lain dengan harga yang istimewa.

Korang boleh semak pelbagai tawaran hebat HOMEDEC di http://bit.ly/HDExclusiveDeals

HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION™ SEMPENA ULANG TAHUN KE 15


Yang seronok untuk jualan kali ini adalah korang berpeluang untuk memenangi hadiah lebih daripada RM300,000 termasuklah jongkong emas, hadiah wang tunai dan banyak lagi untuk korang yang datang memeriahkan sambutan ulang tahun ke 15 HOMEDEC SALEBRATION™ ini.

Bagi korang yang berbelanja RM150 didalam satu resit berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Selain itu korang yang berbelanja RM1500 didalam satu resit juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai,produk dan juga baucher selain berpeluang membawa pulang sekeping bar emas seberat 50 gram yang bernilai RM10,000. Wowww agak lumayan kan sekiranya korang berbelanja disana nanti.

Kepada pengunjung bertuah, korang juga berpeluang untuk memenangi 10 bar emas berjumlah RM150,000 sepanjang HOMEDEC SALEBRATION™ !

Dimana dan bila HOMEDEC SALEBRATION™ ini akan berlangsung? Ni haaa informasi yang boleh patik kongsikan untuk korang sebagai panduan.

HOMEDEC Penang:
7 – 9 April 2017 (Jumaat – Ahad) SPICE Arena, Penang
11.00 pagi – 9.00 malam

HOMEDEC Kota Kinabalu
21 – 23 April 2017 (Jumaat – Ahad) 1Borneo, Kota Kinabalu

HOMEDEC Kuala Lumpur:
28 April – 1 May 2017 (Jumaat – Isnin) Kuala Lumpur Convention Centre
10.00 pagi – 8.00 malam

Oh yaaa sebelum tu korang boleh membuat pendaftaran awal di http://bit.ly/HOMEDECpreregister01untuk memenangi baucer daripada Francodan pemanas air Rinnai bernilai RM4500. Best kan?!!

HOMEDEC ADAKAN JUALAN HOMEDEC SALEBRATION™ SEMPENA ULANG TAHUN KE 15

Jadi apa tunggu lagi. Korang boleh bersedia untuk sedia terjah jualan sempena ulang tahun ke 15 HOMEDEC SALEBRATION™ yang akan bermula bulan April 2017 nanti.


KURTA MODEN JENAMA CIRGARO MEMANG PUAS HATI

$
0
0
KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO MEMANG PUAS HATI | Secara jujurnya patik memang seorang penggemar kurta lelaki yang berkonsep santai yang orang kata tidak terlalu kelihatan untuk ke masjid atau ke kenduri yang berkonsepkan islamik. Jadi pemakaian kurta tu boleh patik gunakan bila-bila masa sahaja termasuklah dibawa ke pejabat.

Tempoh hari patik jalan-jalan di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam iaitu sebuah Shopping Mall yang bersebelahan dengan Hotel Concorde tu jeee haa dengan tujuan mencari pakaian baru untuk patik gunakan disuatu majlis. Tiba-tiba patik ternampak butik yang diberi nama CIRGARO. Sedikit pelik nama butik ni tapi lantakkanlah lalu patik pun jengah masuk kedalam butik tersebut.

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Berkonsepkan merah menyala ni membuatkan patik sangat membara untuk masuk dan memilih pakaian yang sesuai disini. Oh yaaa baru patik tahu yang butik ini baru beroperasi secara fizikal butik pada 1 April 2017 yang lalu. Butik pakaian yang fokus pada pakaian sopan dan muslim. Itulah CIRGARO. Haaa cenggitu. 

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Bila melangkah masuk kedalam Butik Cigaro ini patik nampak kesngguhan mereka walaupun mereka baru didalam indutri fasyen in lebih kurang 2 tahun. Kalau korang tengok koleksi mereka, korang boleh tengok mereka begitu berhati-hati didalam memilih material kain dan juga jahitan mereka yang halus. 

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Selain kurta lelaki, mereka tidak lupa kepada penghasilan pakaian untuk kaum wanita yang memang sangat suka berfesyen. Jadi kurta dan jubah untuk kaum wanita juga disediakan. Kalau korang tengok koleksi mereka, mereka gemar menghasilkan dalam bentuk sepasang. Jadi sambil-sambil kaum wanita mencari pakaian mereka, kaum lelaki juga boleh grab sepasang untuk sedondon dengan pasangan mereka. 

Dalam banyak-banyak koleksi patik sangat berkenan dengan koleksi Neo yang khabarnya adalah koleksi terbaru sempena kehadiran Hari Raya yang akan kita raikan nanti. Corak yang menarik memang menjadi keutamaan patik untuk memilikinya. 

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Yang bestnya semua koleksi kurta dripada CIRGARO ini tidak panjang seperti kurta yang dipakai oleh mereka yang berbangsa India atau Pakistan atau seangkatannya. Ianya lebih pendek dan nampak seperti kemeja lepas. Nampak lebih santai bukan?!

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Dibahagian leher pula mereka menggunakan konsep kolar manderin dan dilengkapkan dengan penggunaan zip yang berkualiti. Nampak sangat letopkan rekaan mereka ni kann.

KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

Material kain yang mereka gunakan ni juga bukan dibeli di Kedai Kain Ela Kak Timah yee. Hehehe. Kain ni diorang bawa masuk dari Korea ok. Nampak tak betapa mereka menjaga kualiti pakaian mereka. 

Selain itu korang yang bersaiz plus size juga jangan menagis tepi bucu katil yee sebab mereka di Butik Cirgaro sangat memahami kehendak korang yang bersaiz besar untuk melawa. Saiz mereka bermula S sehingga XXXL. Wooowww hebat !!


KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

KURTA UNO– Fabrik Cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan paling simple disasarkan utk golongan muda remaja. Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 mereka akan lancarkan Kurta UNO version 2. 

>> WEBSITE<<


KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

KURTA BANGSAWAN– Kurta paling hot selling. Tak silap kurta ini sudah keluar sejak dari awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan ini masih tetap dikeluarkan dengan warna baru diperkenalkan setiap 2 bulan. Cantiknye. 

>> WEBSITE<< 


KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

KURTA SAFARI – Kurta khas untuk peminat fabric denim di Malaysia. Tapi korang jangan salah anggap kain dia tebal. Cirgaro mengunakan fabric denim yang khas. Dimana fabric mereka sejuk dan sangat selesa untuk dipakai. 

>> WEBSITE<<


KURTA MODEN JENAMA CIRGARO

KURTA NEO – Kurta paling best dan meletop di bumi Malaya setakat ini. Hehehe. Mengunakan fabric yang direka khas oleh team Cirgaro. Rasanya kat Malaysia tak ada pemgusaha lain buat seperti ni kan. Asyik plain jemu laaa. Acah Mak Enon jeeee. Hehehe

>> WEBSITE<< 


Haaa nampak tak betapa bestnya bila korang membeli belah di Butik Cirgaro untuk kurta yang moden tetapi masih ade kesopanan disitu. Bagi korang yang ingin memiliki sebarang kurta lelaki atau sebarang kurta & jubah bagi perempuan, ni ade informasi yang boleh patik kongsikan untuk korang. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<






LIRIK LAGU WANY HASRITA DAN TAJUL DISANA CINTA DISINI RINDU

$
0
0


LIRIK LAGU WANY HASRITA DAN TAJUL DISANA CINTA DISINI RINDU | Heboh haritu patik layan lagu Wany Hasrita yang bertajuk Menahan Rindu. Memang behantu ok lagu tu. Terasa nak dengar setiap hari dan setiap masa. Hehehe

Terbaru Wany Hasrita tampil dengan lagu terbaru bersama Tajul berjudul Disana Cinta Disini Rindu. Dengan itu mari sini dengarkan lagu terbaru mereka. Hmmm sedap dan teringat irama zaman 90an 


Lirik Lagu Disina Cinta Disini Rindu - Wany Hasrita dan Tajul

Sejak ku dengar persaan ini
Tidak ku sangka jiwa terganggu
Apa kurngnya suara manjamu
Menyentuh hati membawa mimpi

Kamu wanita cantik sekali
Lirik matamu membawa mimpi
Kamu lelaki pandai memuja
Hingga hatiku memawar rindu

Bila hatiku hilangnya resah
Disini cinta disana cinta
Disana rindu disini rindu
Sejiwa

Disini sayang disana sayang
Orang disana orang disini
Sama memadu rasa
Cinta tak dapat di duga

Cinta hanya dapat dirasa
Senada dalam cinta
Disini cinta disana cinta
Disana rindu disini rindu

Sejiwa
Disini sayang disana sayang
Orang disana orang disini
Sama memadu rasa

Cinta tak dapat diduga
Cinta hanya dapat dirasa
Senada dalam cinta

Irama indah
Semoga hilang kesunyian
Semoga hilang kesunyian

Penyanyi: Wany Hasrita dan Tajul
Lagu: Patrick Kamis
Lagu: Patrick Kamis


Jadi jom kita sama-sama nyanyi lagu terbaru nyayian Wany Hasrita dan Tajul - Disana Cinta Disini Rindu yang boleh katakan tengah In dengan jiwa patik. InsyaAllah dimasa depan patik akan kongsikan lagi sekiranya lagu yang patik suka lepas ni dekat blog patik ni haa.


MAKANAN PANTAI TIMUR DI ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

$
0
0
ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

MAKANAN PANTAI TIMUR DI ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI |  Bila sebut makanan yang berasal dari Pantai Timur, patik sudah mula membayangkan keenakkan Nasi Dagang, Naasi Kerabu, Nasi Dingin, Satey Lokceng dan macam-macam lagi. 

Tapi dekat Bandar Baru Bangi ni mana restoran yang menyajikan makanan yang berasal dara Pantai Timur ek? Selidik punya selidik patik dapat tahu di Bandar Baru Bangi ada restoran yang menyajikan menu dari Pantai Timur.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Orked Lavender Kafe yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi adalah jawapannya. Kafe yang dikatakan menyediakan menu makanan asli daripada Pantai Timur. Haaa ni yang patik datang nak mencuba menu yang sedap ni. Haaaa. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Melangkah masuk kedalam kafe ini, korang akan disambut dengan lukisan mural yang sangat cantik yang melambangkan kafe ini. Lukisan yang boleh patik katakan seperti bunga orked yang hidup.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI


Patik macam tidak percaya kafe ini menyediakan menu berkonsepkan makanan Pantai Timur sebab persekitaran dia macam sebuah kafe yang menyediakan menu berkonsep barat. Memang cantik lokasi kafe ni. Haaa macam tu laaa

Berkonsepkan santai dan bagai berada disebuah taman berkonsepkan Inggeris. Memang best laaa wehhh.
Bila korang dh lihat persekitaran kafe yang bagai berada di kebunan bunga orked, sekarang ni masa untuk patik belanja mata korang dengan menu yang patiuk sendiri cuba di Orked Lavender Kafe ini.

CADANGAN MAKANAN DI ORKED LAVENDER KAFE

Jom patik kongsikan menu makanan yang menjadi pilihan patik di Orked Lavender Kafe Bandar Baru Bangi ni haaa. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Nasi Dagang - Menu yang menjadi pilihan tekak patik untuk makan tengahari tempoh hari. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Laksa Johor - Portion dia memang banyak dan yang paling best sebab kuah laksanya yang pekat dan memang sedap.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Nasi Berlauk/Nasi Air Dingin - Untuk pengetahuan korang Orked Lavender Kafe juge menyediakan beberapa jenis nasi seperti Nasi Berlauk, Nasi Air Dingin yang dikatakan diubawa terus dari Kelantan dan dihidang secara segar keesokkkan.

Jika korang tidak mahu menu yang agak berat, korang juga boleh memilih kek dan kuih yang disediakan ebagai pencucimulut untuk semua.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Karipap Inti Sardin - Juadah minum petang yang sanngat cukup sifat iaitu isi ikan yang segar dan juga kulit karipap yang rangup. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Lokching - Sate ikan yang sangat patik gemari. Dibakar dengan menggunakan kayu api menjadikan lokching ini sangat lagenda kepada patik dan sesiapa yang menikmatinya. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Tiramisu Crepe with Ice Cream - Kek coklat crepe ini memang lain dari yang lain sebab keknya dibuat lapis demi lapis dan akhirnya menjadi seketul kek dan dimakan bersama ais krim memang sangat terbaik. Kobinasiy yang tepat. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Ice Cream, Red Velvet Cake Waffle - Pencuci mulut yang sangat seronok bila yang panas bertemu dengan ais krim yang sejuk ditambah dengan potongan kek red velvet.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Pavlova with Vanilla Ice Cream - Manisan yang menjadi rebutan oleh patik dan rakan lain sebab memang sedap. Pavlova dia yang sedikit kenyal tu menjadikan ianya seperti gula-gela getah dan ditambah dengan ais krim yang memang kena dengan keadaan Pavlova tersebut. 

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Teh Wild Berry - Dipenghujung lawatan patik, patik sempat menikmati teh terbaik di Orked Lavender Kafe iaitu mereka sedang mencari orang yang hebat menarik.

ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Nampak kan betapa sorganya menu yang ada disini. Jadi lepas ini kalau tekak jenis nak makan menu dari Pantai Timur boleh jee bawa ke luar. Jadi secara keseluruhannya ulasan patik mengenai makmal dibawah tanggungjawab masing-masing.


Ulasan patik:

Makanan: 5/5
Restoran: 4/5
Harga: 4.5/5
Pilihan Menu: 4/5
Kebersihan: 4.5/5

Bagi korang yang ingin menikmati menu makanan Pantai Timur yang ada disini, korang boleh datang terus ke kafe ni. 

ORKED LAVENDER KAFE
7G Jalan Medan Pusat 2D, 
Bandar Baru Bangi 

WAKTU OPERASI:
Selasa hingga Ahad
12 tengahari - 12 pagi

>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<


TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA

$
0
0

TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA | Tak sangka pejam celik TONTON sekali lagi akan menyambut ulangtahun mereka dengan mengadakan Konsert Jom Tonton yang akan diadakan pada Sabtu, 22 April 2017, Sabtu esok ni haaa. 

Dengarnya banyak artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya Kumpulan Forteen, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.


Selain persembahan artis, sambutan ulang tahun ini juga turut diadakan bazar jualan bagi memeriahkan majlis ulangtahun TONTON ini. 


Dengan tagline "Tonton Macam VIP", majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ratu Tonton iaitu Dato Seri Vida dan juga duta Tonton seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack. 

Jadi apa tunggu lagi, jom set masa korang untuk datang ke The Curve Mutiara Damansara dan memeriahkan Konsert Jom Tonton hujung minggu ini.



Tarikh: 
22 April 2017 (Sabtu)

Tempat: 
The Curve Mutiara Damansara

Masa:
10.00 pagi - 10.00 malam (Konsert & Jualan Bazaar)


InsyaAllah patik akan hadir dan memeriahkan Konsert Jom Tonton ini. Jommm kite layan. Patik tak sabar untuk melihat Wany Hasrita secara depan-depan. Mesti meremang dengan nyanyian secara langsung daripada beliau. 


APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN

$
0
0
APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN | Tempoh hari bertempat di Jibby East, Sunway Montana Kuala Lumpur, patik telah dijemput ke Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Majlis ini telah selamat dilancar dengan begitu meriah.

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Untuk makluman korang, aplikasi Jalan-Jalan Cari Makanini telah lama ada didalam aplikasi Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Google Play tetapi baru sahaja dilancarkan pada 21 April 2017 dengan penmabahbaikan beberapa fungsi baru. 

Aplikasi ini diilhamkan bagi memudahkan si kaki makan mencari lokasi makan terbaik di Malaysia hasil daripada kunjungan produksi Jalan-Jalan Cari Makan itu sendiri. 

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Yang bestnya kerjasama JJCM dengan Offpeak membolehkan pengguna aplikasi menikmati diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi "Offpeak Deal"yang dikemaskini setiap hari.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka. 

Korang hanya pelu  memilih restoran yang mana berkenan, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Korang kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)


Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Yang menariknya korang tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan. Seronok bukan?!!

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Aplikasi JJCM ini juga telah dinaik taraf dengan memperkenalkan carian melalui GPS dimana korang boleh mencari lokasi makan yang menarik berdasarkan carian radius berdekatan korang. Jadi korang boleh mengetahui restoran atau lokasi makan yang berdekatan dengan korang. 


APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Dalam pada Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) itu, kempen yang dipanggil #SeringgitSeribuKebaikan telah diperkenalkan kepada rakan media dan blogger. 

Kempen yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan juga Media Prima Digitalini membolehkan korang menghulurkan sumbangan ikhlas bermula RM1, RM3, RM5 dan juga RM10 dimana sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai 4 rumah kebajikan terpilih sepanjang bulan Ramadan nanti. 

Setiap rumah kebajikan ini akan menikmati juadah istimewa yang akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap hari Isini sehingga Jumaat selama 4 minggu, 4 buah rumah kebajikan ini. 

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikanMedia Prima Digital akan turut ke 2 negeri iaitu Terengganu dan Johor bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini pada 3 dan 10 Jun 2017. Orang kata berkongsi rezeki pada bulan yang bulan keberkatan ini sangat luas rezekinya. 

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki.

Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017.

Jadi apa tunggu lagi untuk memuat turun aplikasi JJCM di Google Play dan juga Apple Store hari ini dan gunakan aplikasi tersebut dalam mencari lokasi makan-makan diseluruh Malaysia dan jangan lupa juga untuk menghulurkan sedikit sumbangan #SeringgitSeribuKebaikan korang dengan menggunakan aplikasi JJCM dan juga CJ Wow Shop sendiri.


Kredit gambar: www.penaberkala.com



KONSERT JOM TONTON SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA MERIAH

$
0
0
KONSERT JOM TONTON

KONSERT JOM TONTON SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA MERIAH | Portal TONTON telah menyambut ulangtahun pertamanya berlokasi di perkarangan pusat membeli belah The Curve Damansara pada hari minggu yang lalu 22 April 2017 dengan mengadakan jualan bazar dan juga konsert yang diberi nama Konsert Jom Tonton.

KONSERT JOM TONTON

Sangat meriah majlis pada hari itu kerana penonton-penonton bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan artis malahan juga ada disediakan juga jualan Street Market di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai diskaun yang hebat.

KONSERT JOM TONTON

Patik sangat teruja bila nama Wany Hasrita tersenarai diantara artis yang akan membuat persembahan. Oleh sebab kekangan waktu, Wany Hasrita tidak dapat membuat persembahan disebelah malam disebabkan komitmen persembahan disaluran TV lain, makan beliau telah membuat persembahan disebelah petang.

Seperti biasa lagu beliau Menahan Rindu menjadi lagu yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung Konsert Jom Tonton.

KONSERT JOM TONTON

Selain Wany Hasrita, Ayda Jebat juga tidak ketinggalan membuat persembahan dengan beberapa buah lagu hit beliau seperti Nakal Nakal Nakal.

KONSERT JOM TONTON

Pada majlis itu, pihak TONTON telah memperkenalkan Duta TONTON yang baharu dan juga Queen of TONTON.  Duta TONTON yang baharu iaitu Ayda Jebat, Redza Fahmi dan juga Thomas.Jack manakala Ratu TONTON iaitu Dato Sri Vida. 

Kemuncaknya pada malam konsert apabila penonton-penonton dihidangkan dengan persembahan daripada selebriti terkenal antaranya Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface

KONSERT JOM TONTON

Konsert Jom Tonton membuka tirai seawal jam 8.00 malam dimana Kaka Azraf tampil dengan beberapa buah lagu yang pernah menaikkan nama Kaka Azraf seperti Bukan Hal Aku. 

KONSERT JOM TONTON

Konsert diteruskan lagi dengan persembahan daripada Sufian Suhaimi. Rata-rata pengunjung begitu tidak sabar untuk melihat Sufian Suhaimi membuat persembahan lebih-lebih lagi peminat perempuan. 

KONSERT JOM TONTON

Lama patik melihat Waris membuat persembahan secara lansung dan malam tersebut dapat juga melihat beliau mendendangkan lagu. 

KONSERT JOM TONTON

Patik baru tahu yang Alvin Chong ni rupanya seorang penyanyi sebab pernah tengok beliau berlakon sebagai Kapten Kapal Terbang dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Sedap juga suara mamat ni yee. Hehehe. 

KONSERT JOM TONTON

Penyanyi Ara Johari yang sangat berhantu dengan lagu Warkah Untukku juga hadir dengan menyampikan 2 buah lagu iaitu Madah Berhelah dan juga Warkah Untukku. Rata-rata memberi pujian terhadap suara tinggi yang dimiliki oleh Ara Johari ini. 

KONSERT JOM TONTON

Siapa tidak kenal dengan Azlan & The Typewriter yang begitu nyaring suaranya. Mereka mempersembahkan bebeapa buah lagu dan pengunjung memang gembira dengan persembahan mereka.

KONSERT JOM TONTON

Sebenarnya patik sudah lama tidak mendengar Ning Baizura membuat persemabahan secara konsert dan pada malam tersebut Ning Baizura mendendangkan lagu kegemaran patik iaitu Awan Yang Terpilu. Memang mengundang kenangan ok lagu tu. Hehehe

KONSERT JOM TONTON

Kumpulan Bunkface memang tidak pernah lekang dengan persembahan yang bertenaga. Lagu mereka seperti Malam Ini Kita Punya dan sebuah lagu baru iaitu Orang Kita berjaya menarik minat orang ramai.

Patik berkenan sangat dengan lagu Orang Kita. Sedikit unik untuk patik dan patik suka lagu tersebut.

KONSERT JOM TONTON

Mendengar konsert dihadapan pentas sambil membuat liputan secara langsung memang sangat menguji patik dan rakan blogger lain. Mana tidaknya nak fokus melihat artis membuat persembahan dan sudah tentu korang yang menjadi follower facebook dan instagram akan melihat update patik tidak henti dari seorang artis ke sorang yang lain. Hehe

KONSERT JOM TONTON

Secara keseluruhan Konsert Jom Tonton tempoh hari memang sangat meriah selain pelbagai aktiviti interaktif bersama penonton sambil diperkenalkan Duta TONTON dan juga Ratu TONTON kepada umum.

KONSERT JOM TONTON

Kepada produksi TONTON patik ucapkan terima kasih atas jemputan dan juga setinggi tahniah kepada kerana penganjuran Konsert Jom Tonton pada tahun ini begitu meriah dan menyatukan komuniti daripada pelbagai kaum menjadi satu.

Kepada korang yang masih belum melanggan dan ingin melanggan sebagai ahli VIP Tonton, boleh lah memilih pelan langganan VIP yang bermula daripada serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


Kredit foto: www.dikbee.com

SEDAP SANGAT KE WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER NI?

$
0
0
WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

SEDAP SANGAT KE WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER NI? | Bila sebut waffle jee, patik sudah membayangkan waffle patik nanti akan berperisa coklat dan juga peanut butter dan bila dimakan bersama makkk oii sangat mengiurkan ok campuran coklat dan juga peanut butter

Sebenarnya patik adalah salah seorang yang meminati waffle dan juga apa jenis coklat. Patik suka waffle bila dimakan panas-panas. Itu adalah keadaan waffle yang dijual dikiosk. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Bila menyinggah di sebuah restoran yang diberi nama WAFFLEMEISTER yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar, patik bagai teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan ianya adalah waffle dan crepe yang khabarnya menggunakan coklat yang terbaik dari Belgium. Sedap ke tak? Jom patik kongsikan.  

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Untuk pengetahuan korang, Restoran WAFFLEMEISTER ini fokus kepada menu pencuci mulut seperti waffle, crepe dan juga minum seperti kopi premium yang sesuai dimakan bersama waffle dan juga crepe. Memang terbaik !!

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Seperti yang patik katakan tadi, Restoran Wafflemeister ini fokusnya adalah pada pencuci mulut seperti waffle, crepe serta kek dan juga minuman shake, kopi dan juga coklat

Yang menarik bila korang datang menikamati menu disini korang akan rasa bagai dihargai. Kenapa patik berkata demikian? Sebabnya ini laaa.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Korang yang datang untuk merasai menu disini, mereka akan menyediakan piring/pinggan yang tertera nama korang diatasnya dengan menggunakan bukan sebarang jenis coklat yee. Coklat mereka adalah didatangkan khas dari Belgium. Patik terus rasa macam dimanjai walaupun hanya dengan terukir nama patik 'Ahmad Fauzi Aryaan' heheheh. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Untuk makluman korang, penyediaan makanan dan minuman disini adalah secara segar dimana pekerja akan menyediakan apa yang korang minta. Jadi tiada istilah penyediaan menu secara awal berlaku. 

Seperti awal yang katakan mereka fokus pada penyediaan waffle, kek dan juga crepe dan ni adalah antara menu waffle dan juga crepe yang patik order. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Marsh mellow Surprise

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Strawberry Heaven

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Cream & Cookies

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Dream Team

Uniknya penyediaan waffle disini adalah mereka menggunakan doh dan adunan doh ini juga mengandungi 'pearl sugar'dimana ianya akan menghasilkan lapisan karemel dan kerangupan diluar dan lembut didalamnya bila korang mengunyahnya. Kira akan krakk krukk laa bunyinya bila korang mula mengunyah. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Berbanding waffle yang sedia patik kenali, ianya menggunakan bancuhan berbentuk cecair sebelum menjadi waffle yang empuk. 

Jadi korang dapat bayangkan bagaimana seketul doh yang diadun dengan 'pearl sugar'tadi menjadi waffle dan rangup. Kemudian dimandikan dengan pelbagai topping. Perghhh memang nikmat.

Selain waffle yang patik ceritakan tadi, Restoran Wafflemeister juga terkenal dengan penghasilan crepe yang pelbagai jenis topping. 

Apa yang akan patik kongsikan didalam blog ini adalah antara yang patik sudah cuba dan rasa sendiri. Memang unik dan yang pasti penggunaan coklat yang berkualiti tinggi dari Belgium. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
British Delight 
 Hirisan buah strawberry bersama pilihan samada Dark/ Milk/ White Belgian Chocolate

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
The Miester 
Dulce De Leche, Belgium Coklat Susu dan taburan kekacang

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Nutella
Sapuan coklat Nuttela dan juga Krim

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Banofee 
Hirisan pisang, Caramel, Sedikir taburan Biskut Halia dan Krim

Oh yaa lupa patik nak kenalkan minuman Thick Shakes yang menjadi antara signature Restoran Wafflemeister ni haa. Antara yang menajdi pilihan pengunjung adalah 4 jenis ini iaitu Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes

Bagi korang yang suka akan ais krim, disini juga menyediakan pelbagai jenis ais krim atau lebih dikenali sebagai Gelato. Bagi patik beza ais krim dan Gelato adalah teskture Gelato adalah lebih halus berbanding ais krim biasa.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Pelbagai jenis Gelato yang korang boleh cuba samada didalam bentuk cawan atau pun dalam bentuk kon. Tapi patik lebih suka makan berama kon yang lebih rangup bila patik kunyah, hehehe.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Korang nak cuba menu waffle dari Restoran Wafflemeister ni? Ni patik nak kongsikan yang mereka mengadakan promosi "Waffle Wednesday"dimana kesemua waffle yang orang tempah akan mendapat diskaun 30%. 

Ianya hanya berlaku pada SETIAP HARI RABU SAHAJA! Hanya untuk WAFFLE SAHAJA yee dengan diskaun 30%. Wowww banyak tu ok !!

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Bagi korang yang ingin merasai seleksi menu waffle, creepe dan juga minuman shake mereka, korang boleh datang terus ke Restoran Wafflemeister yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar yee. Ini ada informasi yang patik boleh kongsikan untuk penduan korang kesana. 


WAFFLEMEISTER 
7, Jalan Telawi 3, 
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon:
+603 2202 1817

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<





SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI BASAH DALAM "AQUA RUN"

$
0
0
SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI BASAH DALAM "AQUA RUN" | Bila sebut Sunway Lagoon, patik pasti semua orang akan kenal dimana ianya sebuah lokasi taman tema yang sangat seronok untuk melakukan aktiviti kekeluargaan pada hujung minggu atau dikala cuti panjang.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Tempoh hari patik dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk turut serta didalam aktiviti yang sudah pasti akan mengundang kebasahan iaitu "Aqua Run" yang berlokasi di Sand Surf Beach Sunway Lagoon.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Jika di Thailand kita ada aktiviti Songkran dimana korang akan beramai-ramai berada didalam aktiviti kebasahan, tetapi disini masih mengekalkan kebasahan tetapi korang akan melalui bebeapa halangan sebelum sampai ke garisan penamat.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Patik dan rakan blogger lain telah sampai seawal pagi kerana khabarnya perlepasan akan berlangsung pada jam 7 pagi. Tetapi atas sebab yang biasa kita lalui, ianya terpaksa ditunda ke jam 7.30 pagi.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Selepas pendaftaran, kami semua dibekalkan dengan sehelai baju program dan diminta untuk menukarnya kepada baju tersebut. Cantik juga rekaan baju AQUA RUN mereka ni haa. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Seperti biasa sebelum berlepas, kami semua diberikan sedikit penerangan undang-undang dan juga sedikit senaman zumba ringkas sebagai pemanas badan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Tepat jam 8.00 pagi kami dilepaskan untuk memulakan larian "Aqua Run". Yang seronoknye korang akan mengalami kebasahan sepanjang halangan yang mereka sediakan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Sebanyak 6 halangan yang disediakan untuk semua peserta. Korang kena hadapi dengan redha kerana korang akan sentiasa dikacau dengan semburan air. Tapi memang seronok.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Apa yang patik ingat antara halangan yang disediakan adalah melalui halangan berlubang dimana korang kena melalui lubang-lubang sambil melangkah satu persatu. Selain itu ada halangan memanjat dimana bila korang sampai ke bawah, korang akan lencun dekkk korang masuk kedalam kolam air. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Disebabkan AQUA RUN ini berkonsepkan larian manja-manja, jadi kami bersepakat untuk hanya berjalan sepanjang untuk sampai 1 halangan ke 1 halangan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Korang yang sampai digarisan penamat akan diberikan pingat menandakan korang telah tamat dengan semua halangan. Comel pingat yang diberikan. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Patik dan rakan lain pun akhirnya sampai kehujung garisan penamat. Bagi patik ini adalah larian yang paling santai yang pernah patik sertai. Tidak sempat berpeluh dan sampai kehujung garisan.

Apa pun patik sangat gembira seronok dengan aktiviti basahan AQUA RUN ni haaa. Semoga ditahun hadapan aktiviti seperti ini akan diadakan lagi. Sebenarnya Sunway Lagoon ni banyak buat aktivit dan juuga promosi yang best. Jadi apa tunggu lagi untuk dapatkan informasi seperti yang tertera.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<



Kredit gambar : www.penaberkala.com

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA UNTUK PENGGEMAR KEK DAN PASTRI

$
0
0
GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA UNTUK PENGGEMAR KEK DAN PASTRI | Patik ni jenis yang suka mencuba kek dan pastri dan pantang sekiranya ada outlet yang mempromosikan kek dan juga pastri. Terbaru patik telah mencuba kek dan pastri daripada Gula Petite yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.

KEPELBAGAIAN JENIS KEK DAN PASTRI DI GULA PETITE 

Menariknya di Gula Petite IOI City Mall Putrajaya adalah terletak pada kepelbagaian jenis kek dan pastrinya. Korang kalau tengok pasti akan mengundang kekecuran air liur. Hehehe.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Bila berkenalan dengan pemiliknya iaitu Cik Arieni barulah patik tahu yang minat beliau pada dunia membuat kek dan pastri bermula apabila beliau minat untuk membantu neneknya membakar kek dan lama kelamaan selepas semakin mahir dalam pelbagai ilmu masakkan.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Arieni tampil dengan Gula Bakery yang mana beliau membuat kek berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Dari situ la bermulanya sejarah perniagaan dalam pembuatan kek dan pastri dan akhirnya akademi Gula Guru juga diperkenalkan untuk kanka-kanak dan juga dewasa bagi yang ingin mempelajari teknik membuat kek dengannya. 

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Apa yang patik difahamkan, dalam banyak-banyak jenis kek dan juga pastri, Kek Pandan Gula Melaka menjadi pilihan orang ramai yang datang samada di Kafe Gula Petite dan juga Gula Cakery.

MAJLIS PEMBUKAAN GULA PETITE DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Kesinambungan dari Gula Cakery sedia ada di Shah Alam, pemiliknya Nor Arieni telah bercadang untuk menambah satu lagi outlet yang bersaiz kecil di IOI City Mall Putrajaya diberi nama Gula Petite

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Kafe Gula Petite telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh tempoh hari. Menurut Arieni, kafe yang baru dibuka ini berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich, minuman panas dan juga minuman sejuk.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Untuk pengetahuan korang, beza antara Gula Cakery dan juga Gula Petite adalah terletak pada menunya. 

Di Gula Cakery mereka menghidangkan menu seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara, dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa. 

Manakala di Gula Petite, hanya pelbagai jenis kek dan juga pastri serta minuman panas dan sejuk SAHAJA yang disediakan untuk pelanggan. Setiap hari mereka akan memastikan sebanyak 13 jenis kek terhidang di kafe. 

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Pada masa yang sama, mereka juga melancarkan buku nota resepi yang turut memuatkan beberapa resepi menu 'signature' Arieni. Kepada pelanggan terawal, korang akan mendapat harga diskaun iaitu RM 75 berbanding harga sebenar RM 85 dan terdapat 9 resepi didalamnya.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Bagi korang yang ingin merasai kek dan pastri yang ada di Kafe Gula Petite, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Gula Petite 
IOI City Mall, Putrajaya

Landmark: Berdekatan dengan kawasan Ice Skating

Email: hello@gulacakery.com


 >> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



PERHENTIANKRAVERS SEDIA PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

$
0
0
PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

PERHENTIANKRAVERS SEDIA PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN | Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Bot Laju Perhentiankravers
Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja. 


Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. 

Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. 

Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. 

Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. 

Ya... 

Sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan. 

Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling.
Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian. 

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

1.Turtle Beach atau Tiga Ruang
2.Turtle Point
3.Shark Point
4.Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5.Lighthouse
6.Romantic Beach

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
“Fish feeding” di Turtle Beach

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.
Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.
Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.
Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian


PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN
Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.
Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

1.8.00 pagi
2.12.00 tengahari
3.4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.

PAKEJ MURAH KE PULAU PERHENTIAN

Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. 

Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. 

Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. 

Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

Telefon:
019-9100986 
(Pejabat Perhentiankravers)

Email: 
hai.perhentiankravers@gmail.com



>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<






Viewing all 468 articles
Browse latest View live