BUAIAN GANTUNG DENGAN IDEA SENDIRI | Teringat zaman-zaman dulu patik pernah berkeras dengan ayah patik supaya beliau boleh buatkan patik 1 buaian gantung dirumah patik. Akhirnya permintaan patik dikabulkan dengan membeli buaian besi dan masih utuh sehingga sekarang.
Patik pernah berangan untuk memiliki buaian gantung bertali ni dirumah. Tapi dek beberapa masalah dan masalah utama adalah patik tidak memiliki perkakas yang baik, jadi semuanya terkubur.
Tetiba emosi hari ini adalah mencari contoh pembuatan buaian gantung dengan idea sendiri menjadi bila patik terlihat entri di http://dalinali.com
Untuk tutorial pembuatan buaian gantung ni barang yang diperlukan adalah sangat ringkas. Patik yakin korang pasti boleh dapatkan tanpa sebarang masalah.
Barang yang diperlukan:
Sekeping papan
Tali penggantung yang tebal
Skru untuk menggantungkan tali
Alatan:
Mesin gerudi lubang
CARA MEMBUAT BUAIAN GANTUNG
Kayu yang ingin dijadikan alas tempat duduk dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Ikutlah berapa panjang yang korang inginkan. Jangan terlalu pendek atau terlalu panjang yee.
Dengan menggunakan mesin gerudi lubang, buat 4 lubang dihujung bucu untuk dijadikan lubang menggantungkan tali nanti
Dengan menggunakan tali dan juga skru ini maka penyediaan buaian gantung hampir selesai.
Dengan menggunakan saiz penebuk lubang yang sesuai, dinding akan ditebuk dan skru kemudiannya akan dimasukkan dan ikat skru sehingga kukuh. Pastikan ianya kukuh kerana keseluruhan beban badan akan jatuh kepada dia. Jadi ianya mesti kukuh.
Tadaaaa.. maka selesailah penyediaan buaian penggantung. Pastikan paras papan dengan lantai besesuaian dan tidak berbahaya untuk kanak-kanak juga.
-------
Nampak kan sangat mudah untuk membuat buaian gantung ini. Hanya memerlukan beberapa bahan dan juga alatan menggerudi korang boleh menyiapkan semua ini. Alatan menggerudi juga mestilah yang jenis tahan kerja berat dan patik memilih mesin menggerudi jenama Metabo.
Untuk pengetahuan korang, jenama Metabo ini boleh didapati dibawah Jasa Kita kerana mereka menjadi pengedar alatan seperti ini di Malaysia. Jenama Metabo ini bukan sahaja boleh digunakan untuk golongan profesional malahan ianya juga sesuai untuk kerja-kerja kecil yang biasa kita buat dirumah.
Yang seronoknya jenama Metabo ini adalah jenis wireless dimana alatan korang tidak melibatkan wayar yang mengganggu pergerakkan korang untuk bekerja dimana ianya dilengkapi dengan bateri yang diberi jaminan 36 bulan terhadap baterinya.
Bagi korang yang ingin mengetahui informasi mengenai alatan dibawah jenama Metabo ini, korang boleh dapati seperti berikut.