Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

BUKA PUASA DI FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

$
0
0
FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

BUKA PUASA DI FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA | Siapa kata konsep berbuka puasa ditempat terbuka tiada tarikan? Ni haaa patik nak kongsikan satu lokasi berbuka puasa di The Strand Kota Damansara yang dipanggil Felda Dsaji Red Carpet Avenue The Strand Kota Damansara

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Seperti kebiasaan patik dan rakan blogger lain akan meluangkan masa untuk berbuka dan merasai menu terbaru daripada pihak Felda Dsaji dan untuk kali ini patik berpeluang untuk merasai pengalaman berbuka di The Strand Kota Damansara

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STRAND KOTA DAMANSARA

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Bagi korang yang ingin datang kesini, korang boleh terus menggunakan waze sebab bagi patik korang sudah masak jalan untuk menghala ke Damansara adalah sangat hazab lagi-lagi lepas waktu kerja dan hanya waze boleh membantu korang kejaan yang pantas. 

Kalau korang malas memandu kenderaan masing-masing, korang boleh menggunakan perkhidmatan awam seperti MRT untuk sampai kesini. Korang boleh turun di Stesen Surian dan kemudian korang boleh menggunakan perkhidmatan UBER untuk sampai kesini. 

Lokasi Felda DSaji Red Carpet Avenue ini memang betul-betul dipintu masuk ke pusat membeli belah The Strand ni haaa. Ianya terletak disebelah kiri pintu masuk pusat membelibelah tersbut. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Melangkah masuk ke ruangan terbuka di Red Carpet Avenue The Strand ini korang akan lihat lautan susuan meja berwarna putih yang sangat cantik dekorasinya.

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Korang jangan risau bab tempahan kerana insyaAllah tempahan korang akan akan dapat dipenuhi. Bilangan pengunjung yang disediakan oleh pihak Felda DSaji ini mencukupi bagi tempahan yang berskala besar.

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Oh yaaa 1 lagi patik nak kongsikan yee. Walaupun ruangan ini berkonsepkan ruangan terbuka, korang tidak perlu risau sebab mereka menyediakan pendingin hawa bergerak dikiri kanan ruangan ini dan ianya membantu memberi keselesaan kepada korang. Kiranya korang bukanlah makan dalam keadaan berlecak ketiak yeee. Hehehehe. 

BUFFET RAMADAN TERMURAH SERENDAH RM39

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Bagi patik ini adalah lokasi buffet ramadan yang paling berbaloi dan paling murah di Selangor dan Kuala Lumpur dengan hantya RM39+ bagi dewasa dan RM23+ untuk kanak-kanak dengan pelbagai menu yang patik rasa sangat berbaloi dan memang sedap. 

Siapa kenal Felda DSaji, patik yakin korang memang akan kenali dengan keenakkan masakan mereka yang begitu pakar dalam penyediaan masakan bagi katering untuk perkahwinan atau apa jua majlis. 

MENU YANG PELBAGAI DARI FELDA DSAJI  

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Patik kalau menikmati masakan daripada Felda DSaji, lauk yang pertama akan patik terjah dahulu adalah jenis masakan lemak mereka. Bagi patik gulai masak lemak mereka memang terbaik. Cukup rasa seperti masak dirumah.

Terdapat beberapa jenis gulai masak lemak yang mereka sediakan seperti Masak Lemak Patin Tempoyak , Masak Lemak Telur Itik dan juga Masak Lemak Siput Sedut selain menu lauk kampung yang lain yang enak. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Bermula daripada hidangan pembuka selera seperti pecal ini sehinggalah menu utama mereka dan juga menu pencuci mulut semuanya memang mengiurkan. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA
FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA
FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Bila korang singgah ke gerai kuih muih mereka pula, korang pasti akan teringin akan kuih-kuih kampung seperti Tepung Pelita, Kuih Bakar Pandan, Kuih Koci, Kuih Pulut Panggang dan macam-macam jenis kuih kampung yang rata-rata semuanya sedap belaka dan ianya ada disini. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Selain menu yang patik sebutkan diatas, terdapat banyak lagi gerai yang menyediakan menu seperti gerai menu utara dan juga pantai timur, gerai yang berasaskan mee dan juga menu masakan yang dimasak secara langsung seperti masakan mee goreng dan juga kuey teaw goeng. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Selalunya bila korang datang untuk menikmati hidangan buffet ramadan, patik yakin korang akan menunggu-nunggu kambing panggang dan walaupun harganya disini adalah sangat murah, pihak Felda DSaji tidak berkira untuk menghidangkan kambing panggang untuk korang yang berbuka disini. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Ikutkan hati memang patik nak ambil semua makanan yang ada disini, tapi patik kena beringat sebab kebiasaannya lepas berbuka, pasti korang sudah tidak lalu nak makan. Jadinya kita ambil sekadar untuk merasa sudah mencukupi. Hehehe. 

FELDA DSAJI RED CARPET AVENUE THE STAND KOTA DAMANSARA

Jadi apa tunggu lagi. Buat tempahan korang di Felda Dsaji Red Carpet Avenue The Strand Kota Damansara ini kerana inilah lokasi buffet ramadan 2017 paling murah yang pernah wujud dengan menyediakan makanan yang sedap sesuai dengan nama mereka yang arif didalam bidang makanan dan sajian. 

Harga buffet:
RM39+ untuk dewasa
RM23+ untuk kanak-kanak


Telefon:
Cik Hidayu :012 - 921 4691
Pn Nurul : 019 - 242 4775



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<




FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

$
0
0
FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP | Sebenarnya patik tidak pernah dengar kedai serbaneka FamilyMart ni haa sehinggalah patik memuat naik status di Facebook dan rupanya ramai yang telah mengenali jenama ini.

Rupanya jenama ini sangat popular di Jepun dan Korea dan kebanyakan rakan-rakan dimedia sosial patik akan berkunjung ke  FamilyMart untuk mendapatkan barangan termasuklah makanan disini.


Kini  FamilyMart telah membuka cawangan mereka di Malaysia ok rakan sekalian. Rupanya sudah lebih daripada 10 cawangan telah mereka buka di Malaysia. Nampak sangat patik tak ambil endah dengan situasi sekeliling. Hehehehe 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Jadi, tempoh hari patik telah berpeluang untuk sampai dan melihat sendiri perkhidmatan yang diberikan oleh kedai serbaneka FamilyMart ini.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Menjengah masuk kedalam kedai serbaneka ini korang akan dapati kedai ini menjual pelbagai jenis yang lebih kepada makanan untuk pelanggan. Geram pulak patik bila masuk kedalam premis ini sebab korang akan dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman. 

PELBAGAI PRODUK DAN SERVIS YANG ADA DI FAMILYMART

Seperti yang patik katakan tadi, berbanding kedai serbaneka yang lain, mereka lebih fokus kepada jualan pelbagai produk berasaskan makanan dan minuman serta servis yang pelbagai untuk pelanggan mereka. Ini termasuklah sandwich, roti dan pastri, pelbagai jenis kopi, oden, onigiri, makanan panas, masakan kukus, salad, menu bento, ais krim dan juga pencuci mulut. 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Selain makanan yang sedia dimakan, FamilyMart juga membekalkan produk yang datang daripada koleksi FamilyMart sendiri seperti Japanese Biscuits, Cookies dan juga Teh Jepun.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Servis lain yang ditawarkan di semua cawangan FamilyMart adalah seperti currier service, servis cetakkan, pembayaran bil, pembelian topup dan sebagainya bergantung kepada cawangan FamilyMart itu sendiri. 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Selain itu disini juga terdapat produk yang diimport  terdiri daripada bukan makanan seperti make-up remover, manucure set, facial mask dan banyak lagi.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Nampak kan FamilyMart adalah sebuah kedai serbaneka yang serba lengkap dengan jualan pelbagai jenis produk dan juga servis bagi kemudahkan pelanggan. Tiba-tiba patik sudah jantuh cinta pulak dengan konsep yang mereka berikan. Hehehe

PROMOSI "RIANG RAYA" DI FAMILYMART 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Bersempena bulan ramadan dan juga kehadiran hari raya, Family Mart turut menyediakan menu yang patik rasa akan mengimbau kenangan korang menyambut hari raya.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Pelbagai promsi yang diadakan di FamilyMart sempena kedatangan bulan ramadan dan juga hari raya tidak lama lagi.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Promosi Riang Raya yang sedang berlangsung sehingga 11 Julai 2017 menawarkan seleksi menu yang korang boleh dapatkan terus di FamilyMart seluruh Malaysia.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Berkonsepkan Mini Bazar Ramadan dimana menu yang disediakan adalah segar dari dapur mereka untuk korang nikmati semasa berbuka nanti atau semasa sambutan hari raya nanti.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Disini korang boleh memilih menu sejuk beku dan kemudian korang boleh panaskan semula menu tersebut sebelum korang nikmati.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Patik sempat memilih beberapa jenis menu untuk patik bawa pulang dan dinikmati bersama keluarga kecil patik. Terdapat 4 jenis menu ruji yang disediakan iaitu Pulut Kuning, Nasi Impit, Lemang dan Nasi Putih serta 6 pilihan lauk tambahan seperti Sambal Tumis Ikan Bilis, Ayam Masak Merah,Ayam Kapitan, Kari Ayam, Rendang Ayam dan juga Kuah Lodeh untuk korang makan bersama menu ruji yang patik senaraikan tadi.

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Tadaaa sebeg jugalah barang belian patik di FamilyMart yang terdiri daripada menu sejuk beku tadi. Patik juga sempat merasai menu tersebut semasa berbuka. Memang sangat sedap, segar dan cukup dengan rasa tekak patik. 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Ini antara juadah yang sempat patik capai untuk patik kongsikan bersama keluarga dirumah. Ni balik nanti kita panaskan dan kemudian boleh kita nikmati dengan senang hati. Hehehe

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Menggunakan bekas yang mesra alam sekitar dan mudah untuk dipanaskan dengan menggunakan ketuhar micro sahaja. Masukkan kedalam microwave dan sedia dihidangkan. Mudah kan?!!

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Oh yaaa sebelum patik lupa, patik sebenarnya agak pelik dimana setiap orang yang masuk kedalam kedai serbaneka FamilyMart ini akan mendapatkan ais krim dan mereka masing-masing akan mengambil gambar dengan ais krim tersebut. 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Lepas bertanya barulah patik tahu yang ais krim ini sangat popular di FamilyMart di luar negara sana. Jadi peluang yang ada selepas pembukaan di Malaysia ini digunakan oleh penggemar ais krim ini sebagai melepaskan kerinduan pada lawatan mereka diluar negara dahulu. 

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Jadi bagi korang yang rindu dengan FamilyMart diluar negara sana, jangan risau sebab mereka telah membuka 12 cawangan disekitar Lembah Klang yang korang boleh semak dilaman web yang patik kongsikan dibawah ini.


  • NU Sentral, Ground Floor: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Sunway Velocity: 8.30 pagi - 11.00 malam
  • Changkat Bukit Bintang, Ground Floor: 24 jam
  • Jalan Sultan Ismail, Ground Floor: 24 jam
  • Taylor's Lakeside, Ground Gloor: 24 jam
  • Jalan Sultan, Ground Floor: 24 jam
  • My TOWN Shopping Centre, Basement 1: 10.00 pagi - 10.00 malam
  • SS15/8: 24 jam
  • Gateaway @KLIA 1: 24 jam
  • Sg Buloh - Kajang MRT Line [Stesyen TTDI]: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Mid Valley Megamall, Level 1 North Court: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Wisma Lim Foo Yong, Ground Floor: 24 jam


>> WEBSITE | FACEBOOK<<

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

$
0
0
DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA | Tempoh hari patik sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan pelajar dari jabatan patik disebabkan musim peperiksaan pun sudah sampai kepenghujung dan mereka ini akan mula memasuki latihan industri tidak lama lagi.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Untuk kali ini, kami sepakat memilih Dataran Perbadanan Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman Putrajaya dan juga Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi sebagai lokasi untuk kami berbuka puasa kerana dengarnya ramai yang berbuka puasa disini. Konsepnya adalah berkelah dimana korang boleh membawa tikar masing-masing dan membuat lokasi korang sendiri untuk berbuka. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Patik dan rakan sekerja patik bersama beberapa pelajar jabatan tiba disana seawal lebih kurang jam 5.30 petang. Pada waktu persekitaran agak lengang dan bagi patik sangat selesa dan cuaca juga sangat baik untuk kita ramai-ramai berbuka secara terbuka macam ini. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Oh yaaa untuk pengetahuan korang, disana juga sedang berlangsung jualan sempena Hari Raya. Jalan dihadapan Istana Kehakiman ditutup buat sementara waktu untuk jualan tersebut.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Selain khemah besar untuk tapak jualan, korang akan nampak banyak food truck yang sama-sama memeriahkan jualan disana. Memang meriah !

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama patik berbuka dengan konsep sebegini. Maklumlah sejak bermula ramadan, patik memenuhi undangan berbuka puasa didewan-dewan atau hotel disekitar Kuala Lumpur. Jadi apa salahnya sekali sekala merasi pengalaman sebegini. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Kira unik dan rata-rata orang ramai memilih konsep sebegini unutk berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Bila tempah sudah kami pacakkan tanda menandakan itu adalah kawasan kami, patik dan yang lain pun bergerak ke bazar ramadan yang disediakan berhampiran dengan Dataran Perbadanan Putrajaya ini.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Jujur patik kata ini adalah jejak kaki pertama patik masuk kedalam bazar ramadan. Selalunya kalau tidak berbuka diluar, patik lebih suka memasak dirumah. Jadi jom sekala sekali kita tengok perangai manusia berbelanja di bazar ramadan. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA
DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA
DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sepanjang pemerhatian patik, rata-rata penjual menggunakan nama jualan dengan nama-nama unik sebagai penarik kepada pelanggan dan kebanyakkan gerai terlalu ramai orang sehinggakan terpaksa beratur untuk membelinya. Semak pula patik rasa. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sebut pada jualan, harga yang ditawarkan juga bagi patik adalah sangat mahal berbanding harga yang terdahulu. Mungkin dek kerana terdesak, kita sebagai pelanggan terpaksa menerima walaupun peniaga meletakkan harga yang bagi patik agak tidak masuk akal.

Nahhh begitulah keadaan dibazar ramadan Putrajaya. Patik hanya membeli nasi lemak bungkus, roti baghdad, roti john dan juga secawan air. Jadilah sebagai buat makan berbuka.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Bila kembali semula ke dataran, patik sangat terkejut keadaan yang lenggang tadi telah bertukar kepada sesak dengan manusia. Boleh dikatakan setiap ruang kosong dipadang tersebut akan dipenuhi dengan pengunjung yang datang. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Keadaan yang sangat berbeza semasa mula-mula kami sampai. Ini kalau kami tidak tandakan kawasan kami tadi rasanya kami pun boleh sesat sebab umat manusia terlalu ramai untuk berbuka disana. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Inilah kumpulan kami yang akan berbuka bersama sebentar lagi. Nampak ke tidak yang tiada perbezaan usia yang ketara antara patik dan juga pelajar-pelajar ini. Hahahaha

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Korang yang berbuka di Dataran Perbadanan Putrajaya ini boleh terus menunaikan solat maghrib di Masjid Besi yang tidak jauh dari lokasi korang berbuka tadi. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Untuk tidak bersesak dengan jemaah lain, patik sarankan korang tunaikan solat dengan segera selesai azan berkumandang. Nanti kalau korang melantak sampai kesudah dan baru nak tunaikan solat, patik yakin korang akan stress dengan lautan manusia yang berpusu pada waktu yang sama. Jadilah seorang yang bijak menyusun waktu yeee. Kah!

Oh yaaa. Untuk pengetahuan korang, Masjid Besi juga menyediakan jamuan berbuka puasa dimana orang ramai boleh menjamu selesa dengan menu yang disediakan selepas solat maghrib. Nampak menyelerakan lauk-lauk yang disediakan. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Yang patik tidak sangka bila patik sempat terjumpa rakan kerja patik suatu masa dulu. Jadi apa kata kita abadikan didalam blog patik ini. Moga menjadi kenangan dimasa depan ye. Hehehhe

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Selesai kisah di Dataran Perbadanan Putrajaya itu, kami sempat meneruskan aktiviti kami merakam kenangan di PICC dan kemudian kami tamatkan lepak kami ini dengan aktiviti moreh di Mc Donald Putrajaya yang baru dibuka rasa patik. 

Apa pun ini adalah kisah patik yang patik kongsikan dengan budak-budak pelajar dari jabatan patik. Sekali sekala seronok meluangkan masa dengan mereka. 

Siapa kata jurang antara pelajar dan juga staf perlu ada. Bagi patik tiada masalah kita rapatkan jurang itu tetapi berpada-pada terhadap jurang untuk menjadikan rasa hormat itu ada. Apa pun patik seronok dengan aktiviti seperti ini. Semoga ada lagi peluang dimasa hadapan.


-TERIMA KASIH-


SERONOK BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

$
0
0
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

SERONOK BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA | Bila peluang berbuka puasa bersama rakan taulan akan patik gunakan sebaik mungkin. Untuk kali ini patik dan bebrapa rakan berpeluang berkumpul dan berbuka puasa di Hotel The Everly Putrajaya

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Restoran Fuze, The Everly Putrajaya lebih spesifik lokasi tempat patik berbuka. Untuk berbuka disini, korang digalakkan untuk membuat tempahan dahulu sebelum datang kesini bagi mengelakkan lokasi ini penuh dengan pengunjung dan dengan kata lain korang sebagai pelanggan akan lebih selesa sekiranya membuat tempahan awal. Alhamdulillah patik sempat membuat tempahan dan nama patik tertera menandakan patik telah membuat tempahan. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Kalau korang yang membaca entri patik [DISINI], The Everly Putrajaya tahun ini menyediakan menu yang berkonsepkan WARISAN dimana korang akan rasakan bagai korang berada dikampung halaman dengan menu yang mereka sajikan kearah warisan kampung. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Rasanya tidak perlu patik huraikan satu persatu didalam entri kali ini sebab korang boleh tengok segala gambar yang patik sediakan. Semuanya memang mengirukan untuk korang nikmati semasa berbuka disini. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Secara keseluruhan bermula dari suasana tempat sehinggalah kepada juadah menu berbuka yang mereka berikan, patik sangat-sangat puas hati. Dengan makanan yang banyak pilihan dan kita sebagai pelanggan tidak perlu berebut untuk merasai kesemua menu yang ada disini. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Kuih muih kampung turut disediakan selain manisan kearah barat yang semestinya menjadi antara pilihan patik untuk dinikmati. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Jadi sebelum kita mengambil makanan, apa kata kita abadikan sekeping dua gambar sebagai tanda patik dan rakan-rakan telah sampai kesini. Karang nanti ada yang kata patik kuat propa sekadar berkongsi cerita tapi tidak berada dilokasi. Jadi nah amek kawww !!

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Bila dah nak masuk waktu, masa itulah segala benda patik ingin cuba. Sebagai permulaan, patik mengambil laksa penang dan juga gorengan tempura sebagai permulaan. Permulaan laa sangat. Kah !

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Ini baru sikit juadah yang patik ambil. Lepas masuk waktu berbuka dan menjamah menu yang patik sebutkan tadi, tibalah masanya untuk patik dan semua kuncu-kuncu merasai disetiap gerai disana. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Nahhhh amek kawww segala menu yang terhidang kami cuba serba sedikit. Memang rambang mata ok sebab terlalu banyak menu yang dihidangkan disini. Hanya RM98 untuk dewasa, korang boleh menikmati juadah yang boleh patik anggarkan lebih daripada 100 jenis hidangan. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Bila sudah kekenyangan, masa untuk pulang kerumah masing-masing. Akhirnya tercapai juga niat untuk berbuka puasa bersama rakan di Restoran Fuze, The Everly Putrajaya ini. 

Bagi korang yang mencari lokasi berbuka diwaktu-waktu terakhir sebelum berhari raya, patik cadangkan korang datang kesini dan nikmatilah sendiri menu berkonsep warisan dari The Everly Putrajaya. Ini patik sediakan informasi yee. 


Telefon:
03-88922921
03-88922929
 018-2231310 

Email:
norazzah.omar@theeverlygroup.com



>> FACEBOOK | WEBSITE<<


Kredit gambar:www.mekonie.com

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

$
0
0
BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR | Peluang untuk berbuka disebuah hotel yang bertaraf 5 bintang tidak akan patik lepaskan. Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger daripada Projek Travel telah berpeluang untuk berbuka puasa di The Westin Hotel Kuala Lumpur

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Untuk tahun permulaan, Restoran The Living Room, The Westin Hotel Kuala Lumpur cuba membuat experimentasi dengan menawarkan sajian hidangan tradisional dari14 buah negeri di Malaysia. Selain menu tradisi, The Westin Hotel Kuala Lumpur juga ada menyediakan menu masakan barat untuk mepelbagaikan menu disini.


SUSUN ATUR RESTORAN THE LIVING ROOM, THE WESTIN KUALA LUMPUR


BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Sesuai dengan taraf hotel 5 bintang, Restoran The Living Room, The Westin Kuala Lumpur menyediakan suasana ekslusif bagi patik untuk berbuka puasa. 

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

MENU LAZAT DARIPADA THE WESTIN KUALA LUMPUR


Melihat menu yang dihidangkan kepada tetamu, patik rasa macam nak makan semua yang ada disini. Tapi apakan daya, perut hanya mampu menerima tidak semua. Apa yang patik ambil dan rasa semuanya tidak mengecewakan. 

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Bila sudah mengadap buffet ramadan begini, biasanya patik akan cuba elakkan untuk mengambil nasi kerana bagi patik lauk yang sangat banyak mampu memberi kekenyangan kepada patik. 

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Jadi untuk buka puasa pad malam tersebut, patik sempat mencuba beberapa menu lauk seperti ayam percik, gulai dendeng, udang sambal petai, masak lala berlada. masak lemak ikan patin dan banyak lgi.

Yang lebih mengujakan patik apabila korang memasuki suatu ruangan dimana diruang tersebut ditempat pelbagai jenis pencuci mulut berkonsep tradisional hinggalah kepada pencucui berkonsep moden. 

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Harga:
RM158 nett untuk Dewasa
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah makan secara PERCUMA
Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun menerima 50% diskaun

Tempoh:
29 Mei untuk 23 Jun 2017

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Selain menu yang sedia terhidang, terdapat beberapa gerai yang membuat masakan secara langsung seperti gerai roti canai. Jarang sekali kita dapat melihat masakan seperti roti canai dibuat secara langsung, tetapi di Restoran The Living Room, The Westin Kuala Lumpur semua ini akan korang saksikan sendiri. 

Selain gerai roti canai, terdapat gerai pangangan, celur-celuran juga disediakan disini. Kiranya korang akan berbaloi dengan harga yang korang bayar. Semuanya serba lengkap. 

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Sambil makan, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada kumpulan pemuzik ini. Lagu yang dialunkan juga sangat mengundang ingatan kita pada kampung halama. Memang menghiburkan !!

BERBUKA PUASA DI THE WESTIN KUALA LUMPUR

Bagi korang yang mencari lokasi berbuka puasa disekitar Kuala Lumpur, patik cadangakan korang datang ke The Westin Kuala Lumpur dan cuba hidangan berbuka puasa disini. Pasti tidak mengecewakan. 


The Westin Kuala Lumpur 
199 Jalan Bukit Bintang 
55100 Kuala Lumpur 

Telefon:
+603 2773 8338 

Email: 
westindining@westin.com



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH DENGAN REMPAH BRIYANI MAK SITI

$
0
0

RESEPI NASI BRIYANI MUDAH DENGAN REMPAH BRIYANI MAK SITI | Bulan ramadan ni, percayalah segala menu pelik-pelik yang korang tak pernah buat dibulan biasa akan korang cuba untuk buat pada bulan ramadan? Haaa baik mengaku sebab patik pun jenis macam korang yang bila google menu, rasa ingin mencuba itu sangat tinggi. Hehehe.

Jadi untuk kali ini patik ingin berkongsi dengan korang resepi yang mudah bagi patik iaitu Resepi Nasi Briyani yang kalau dimakan dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Timun dan sedikit Kuah Kari akan memberi nikmat yang sangat maksimum. 

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH


BAHAN-BAHAN: 
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gram kismis
100 gram gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR: 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

REMPAH TUMISAN: 
30 gram REMPAH BRIYANI MAK SITI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

CARA MEMASAK: 
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu, goreng buah gajus ditos dan ketepikan. 

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . 

Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

Tadaaaa dengan menggunakan rempah khas daripada Rempah Ratus Mak Siti, patik yakin cara penyediaan masakan korang akan lebih sedap. Bukan patik nak mengangkat jenama ini, tetapi korang kena cuba beli satu paket dan cuba sendiri menyediakan apa jua hidangan dengan menggunakan seleksi pilihan rempah mereka. 

Rempah Ratus Mak Siti

Oh yaaa sebelum patik bercerita lanjut, ni haaa patik nak tunjuk dengan korang kepelbagaian jenis rempah ratus daripada jenama Rempah Ratus Mak Siti ini boleh korang dapatkan dikedai-kedai runcit, pasaraya dan juga hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin

SEJARAH PRODUK REMPAH RATUS MAK SITI

Sebenarnya patik pun baru tahu yang jenama Rempah Ratus Mak Siti ini sudah berada dipasaran hampir 40 tahun bermula pada tahun 1975. Patik pun belum sempat lahir pada tahun ni haaa. Terdapat pelbagai jenis rempah yang boleh korang pilih untuk dijadikan hidangan korang seperti:

  • Serbuk Rempah Kari Daging
  • Serbuk Rempah Kurma
  • Sebuk Rempah Rendang
  • Serbuk Rempah Sup
  • Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
  • Serbuk Rempah Sup Soto
  • Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
  • Serbuk Rempah Kari Ikan
  • Serbuk Rempah Masak Kicap Daging
  • Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
Ya Allah begitu banyak jenis serbuk rempahyang tersenarai. Ini ada lagi yang patik tidak senaraikan. Mau berjela nanti entri ni haaa. Hehehe.

Rempah Ratus Mak Siti

Selain apa yang patik tahu, rangkaian produk Mak Siti ini adalah terdiri daripada produk semulajadi dimana produk ini tidak ditambah dengan pewarna dan perasa lain dan ianya adalah 100% semulajadi dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan vegetarian. Jadi ianya selamat suci dan juga bersih. 

PRODUK TERBARU REMPAH RATUS MAK SITI

Rempah Ratus Mak Siti


Selepas begitu lama dan fokus dalam penghasilan produk rempah ratus yang berbentuk paket, Mak Siti tampil dengan pembaharuan dimana mereka telah mengeluarkan rangkaian produk rempah didalam bentuk botol yang bagi patik lebih senang, kecil dan sangat user friendly bagi mereka yang selalu didapur. 

Secara peribadi, patik yang boleh dikatakan kerap kedapur merasakan dengan adanya pembaharuan seperti ini, ianya begitu dekat dengan pelanggan. Patik sendiri sudah mula jatuh cinta dengan packaging baru ini. Cengitu !

Produk seperti Empingan Cili (Chili flakes), Serbuk Cili, Empingan Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan juga Serbuk Kunyit sudah sedia didalam botol. Nampak tak betapa jenama Mak Siti begitu mementingkan mereka-mereka yang ada didapur dengan menghasilkan beberapa produk baru yang memang penting didalam masakan. 

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELANCARAN PRODUK BARU MAK SITI

Rempah Ratus Mak Siti

Majlis berbuka puasa dan pelancaran produk baru Mak Siti telah berlangsung di Restoran Rempah Ratus Mak Siti yang terletak di Bandar Tun Razak Cheras. Sebenarnya patik baru tahu yang Mak Siti rupanya ada sebuah restoran. Jadi lepas ni kalau rindu dengan rempah Mak Siti, korang boleh datang dan nikmati juadah disana nanti. 


"Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti"

Majlis yang diadakan dengan begitu meriah telah dihadiri oleh tetamu yan terdiri daripadaanak yatim daripada rumah anak yatim dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd, Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan termasuk kami rakan blogger. 

Rempah Ratus Mak Siti

Patik rasa begitu teruja kerana selama ini patik hanya mengenali jenama ini pada paket rempah yang terletak di rak-rak kedai sahaja, tetapi hari ini patik berada sendiri dan melihat sendiri insan disebalik kejayaan pilihan rempah ratus keluaran jenama Mak Siti ni haaa. 

Jadi apa tunggu lagi. Korang yang kaki masak boleh dapatkan kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti dirangkaian kedai runcit, pasaraya dan juga hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin atau korang boleh dapatkan informaso lanjut seperti berikut:



Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Telefon: 
06-9737508 / 509

Whatsapp:
 017-3309330


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


IKLAN RAYA PALING TERSENTUH 2017

$
0
0

IKLAN HARI RAYA PALING TERSENTUH 2017 | Tersentuh patik bila menonton iklan hari raya daripada kumpulan Pelaburan MARA Berhad. Pengisian yang sangat sampai kesanubari patik sebagai penonton. 

Dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Datin Umie Aida, Faizal Hussein, Que Haidar, Ogy Ahmad Daud dan ramai lagi. 

Mengisahkan sekeluarga yang akhirnya terpisah dek kerana kehilangan ayah dan ibu didalam kemalangan jalan raya semasa pulang kekampung. Masalah timbul bila siapakah yang akan menjaga anak yatim piatu ini?

Nahhh korang saksikan dan rasai sendiri bagaimana rasa patik bila menonton iklan hari raya ini. Sebuah iklan yang sangat mendalam dan tersentuh.




Jadi bagaimana korang rasa? Patik sendiri berjujuran air mata melihat iklan raya sebegini. Memang sampai kehati. Terima kasih dan sekalung tahniah buat Pelaburan MARA Berhad atas idea dan juga iklan hari raya yang sangat memberi impak kepada patik sebagai penonton. 

"KASIH SAYANG tidak boleh dijual beli, tetapi KASIH SAYANG boleh dirasa....

-TERIMA KASIH-


JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

$
0
0
JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT  | Bila melihat produk Jus Lutox Dnars ni. sebenarnya patik pernah mendengar pasal Jus Lutox Dnars ni tapi tak pernah tau sangat untuk apa kegunaan dan kebaikannya. Kebetulan tempoh hari patik ada turut serta dalam contest Duit Raya, terus patik sempat mencari dan melihat info pasal Jus Lutox ni. Boleh tahan hebat juga produk ni haa. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif ja semua. Alhamdulillah kan.

JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

Patik bukan apa, dalam bulan puasa ni banyak juga beraktivitinya haaaa. Siang kerja, malam memenuhi undangan majlis berbuka puasa dan kadang tu terus lanjut ke solat terawih. Bila hari minggu menjelma, baisanya patik akan mengemas rumah, basuh baju segala. Biasalah mood nak raya kan. Dekat-dekat nak raya ni lenguh badan sebab dok shopping. Ehhh.. tak banyak pun. Tapi dah memang sesak kan. Kereta sesak sampai asyik tekan brek, dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa berotot pulak tangan ni.

JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang Jus Lutox Dnars ni, meh sini patik kongsikan 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;


  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Bila nak mula meggunakan produk baru biasanya patik akan selidik kandungan produk sebelum menggunakannya. Risau juga takut untuk badan kita kan. Apa lagi patik terus menghubungi admin FB Dnars untuk bertanya lebih lanjut berkenaan produk ini. Lepas di terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi. 

Antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah boleh membantu sebagai penawai penyakit. 

JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Kira bila kita minum tu orang tidak berkata belakang berkenaan produk ini samada hala atau tidak. Jadi bolehlah patik kongsi dengan korang produk ini nanti. 

Bila patik melihat ulasan dan review pengguna yang sudah menggunakan Jus Lutox Dnars ni, ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar patik untuk mencuba produk ni.

Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa sambung ke raya ni memang lagi bertambah la tenaga. Nanti kemeriahan raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Tak sabar rasanya tunggu Jus Lutox Dnars sampai rumah ni haaaa. 

JUS LUTOX DNARS PENAWAR PENYAKIT GOUT DAN SAKIT LUTUT

Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, atok, opah, saudara, sepupu dan kalau ada lebih bolehlah dikongsi dengan tetamu yang datang. Hehehe.

Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus secara ke 2 link yang patik sediakan dibawah bagi mendapatkan info lanjut.



>> WEBSITE | FACEBOOK<<



RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

$
0
0
RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH | Bila hari raya menjelma, patik yakin ketupat akan menjadi menu utama bagi korang yang menyambut hari raya.

Sama seperti patik dan keluarga, ketupat akan menjadi menu utama menymabut hari raya. Tetapi cuba korang bayangkan sekiranya ketupat atau nasi impit tersebut sudah jemu dijamah dan ianya akan tergolek tanpa dihiraukan lagi.

Jadidaripada ianya membazir tidak dimakan, apa kata korang ubah ketupat atau korang menjadi menu yang lebih lazat dipanggil Ketupat Goreng

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH


BAHAN-BAHAN

1 mangkuk ketupat - dipotong dadu
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 genggam ikan bilis
1 cawan kacang panjang
2 biji telur
1 kuib pati ayam
Sedikit kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bawang besar,bawang putih, belacan dan ikan bilis ditumbuk sehingga sekata
  2. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan masukkan ketupat dan gaul rata
  3. Masukkan peas dan kiub ayam serta garam
  4. Akhir sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan di hidang.

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

Tadaaaa.. beginilah rupanya Ketupat Goreng yang patik maksudkan. Sebenarnya menu ini khabarnya menu orang jawa di Negeri Johor. Sebenarnya patik pun belajar makan Ketupat Goreng ni semasa patik berkunjung ke Negeri Johor, rumah kawan patik. 

Jadi ape tunggu lagi. Korang boleh cuba resepi ini sebab ianya sangat mudah sama seperti korang masak nasi goreng jee tapi gantikan nasi dengan ketupat. Mudah kan. Selamat mencuba.


-TERIMA KASIH-


TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH?

$
0
0

TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH? | Jika datang ke Negeri Terengganu atau lebih mudah patik katakan di sekitar Tasik Kenyir,Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah lokasi wajib dilawati sekiranya korang datang melawat ke Tasik Kenyir


Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini terletak berhampiran dengan Sungai Telemong Tasik Kenyir didalam daerah Hulu Terengganu.

Dengan keluasan 256 hektar yang dibina pada tahun 2012 ini menempatkan gajah yang merupakan spesis original yang berasal dari Negeri Terengganu itu sendiri. Maksudnya gajah yang ada disini adalah gajah asli dan bukan gajah daripada kawasan luar dari Negeri Terengganu.

Sasaran Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah memberi "rumah baru" kepada gajah-gajah yang kehilangan tempat tinggal dan yang mengganggu perkampungan orang awam. Selain itu , ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan. Gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan hanya tinggal 1500 ekor sahaja lagi. Kesian kan.

AKTIVITI DI KENYIR ELEPHANT CONSERVATION VILLAGE (KECV)

Selain melihat gajah yang ada disini, aktiviti lain yang korang boleh buat adalah menunggang gajah, mandi bersama gajah, mengambil gambar bersama gajah, memberi makan kepada gajah, persembahan pendidikan gajah dan juga berjalan dijambatan gantung dibawah canopy walk.


Melalui jambatan gantung yang terdapat di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab diatas ni korang boleh melihat melalui pandangan atas keadaan sekeliling tempat pemuliharaan gajah disini.


Selain melihat keadaan gajah disini, korang juga berpeluang melihat gajah-gajah ini mandi manda bersama penjaga masing-masing. Patik rasa seronok melihat gajah-gajah ini bagai kenal siapa tuan mereka dan mereka sangat jinak bermain dengan tuan mereka.

Dengan menggunakan bahasa yang difahami mereka, gajah ini akan mengikut arahan yang diberikan oleh tuan mereka.


Secara keseluruhan, patik sangat suka konsep yang ada di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini kerana persekitaran yang disediakan sangat selesa untuk pengunjung mahupun kepada gajah yang didalam proses pemuliharaan ini. 

Terima kasih dan tahniah kepada pihak Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) atas projek yang sangat membantu memberi sumbangan kepada gajah di Negeri Terengganu

HARGA TIKET KENYIR ELEPHANT CONSERVATION VILLAGE (KECV)




Ni adalah harga untuk korang masuk kedalam Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ni haaa. Harga yang tertera ini TIDAK TERMASUK aktiviti memberi makan kepada gajah dan juga mandi manda bersama gajah. 

Waktu operasi di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah seperti berikut:

Waktu operasi: 
Setiap hari

Masa: 
9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Waktu terakhir masuk: 
5.30 petang

Waktu persembahan gajah: 
11.30 pagi & 3.30 petang setiap hari

Telefon:
+609 858 5588

+6016 345 5605 (En. Azman)
+6012 278 2677 (Carol Ang)

Fax: 
+609 858 4848


>>  WEBSITE | FACEBOOK <<



LIRIK LAGU JAMPI HAEL HUSAINI

$
0
0

LIRIK LAGU JAMPI HAEL HUSAINI | Sebenarnya patik sangat menggemari bakat anak muda yang bernama Heal Husaini sejak beliau menyertai Akademi Fantasia suatu ketika dahulu sebab bagi patik mereka ini adalah kumpulan duo yang boleh pergi jauh. 

Tapi apakan daya apabila nama AZHAEL telah dibubarkan dan masing-masing membawa haluan sendiri selepas kumpulan duo mereka tampil dengan beberapa buah lagu sebelum pembubaran. 

Baru-baru ini Hael Husaini tampil dengan single terbaru berjudul JAMPI yang bagi patik karya yang berhantu untuk beliau. 


Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah

Penyanyi: Hael Husaini
Lagu: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong




Patik makin teruja apabila lagu ini telah menjadi runut bunyi bagi drama yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria 104 dan juga Astro Ria HD 123 setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam berjudul Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha

Sehingga entri ini dipaparkan, sebanyak 3 episod telah ditayangkan. Khabarnya jumlah episodnya adalah sebanyak 24 episod. So jom kita sama-sama saksikan. 

DAYANG NURFAIZAH TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU

$
0
0
ALBUM TERBARU DAYANG NURFAIZAH

DAYANG NURFAIZAH TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU  | Siapa tidak kenal dengan penyanyi bersuara hebat di Malaysia, Dayang Nurfaizah. Beliau kini tampil dengan album terbaru yang ke-8. 

Untuk pengetahuan korang, ini adalah album pertama yang menampilkan konsep album berentak BALADA secara keseluruhan. Kebiasaan kita kenali Dayang dengan lagu berentak R&B dan sangat jarang dengan lagu berentak Balada dan kearah cinta-cinta ni. Jadi ini yang memberi kelainan kepada insan bernama Dayang Nurfaizah.

ALBUM TERBARU DAYANG NURFAIZAH

Album yang membariskan 10 lagu ini disempurnakan dengan tujuh lagu baru dilampirkan bersama tiga buah lagu yang mencipta fenomena tersendiri iaitu DI PINTU SYURGA, TAK PERNAH MENYERAH dan LELAKI TERAGUNG.

  1. Layarlah Kembali
  2. Usah Dibilang Cinta
  3. Lelaki Teragung
  4. Nanti
  5. Di Pintu Syurga
  6. Separuh Mati Ku Bercinta
  7. Takdir 
  8. Dia
  9. Tak Pernah Menyerah
  10. Dalam Diam
  11. Dipintu Syurga LIVE AJL 29
  12. Tak Pernah Menyerah LIVE AJL 30
  13. Lelaki Teragung LIVE AJL 31

Yang bestnya sekiranya korang memiliki album ini, korang boleh mendengar semula kelantangan vokal Dayang Nurfaizah semasa menyertai Juara Lagu yang lalu.

Nama-nama besar dan pengkarya hebat telah bertungkus lumus menjayakan album ini. Antaranya, Ajai, Aubrey Suwito, Tam Spider, Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini, Aizat Amdan, Iman Imran, Hazami, Genervie Kam, Syed Syahmirr dan Aepul Roza.

ALBUM TERBARU DAYANG NURFAIZAH

Secara jujur selepas mendengar berulang kali keseluruhan album Dayang Nurfaizah ini, korang akan rasakan ianya cukup rasa untuk didengari dan dinyayikan bersama. Kesemuanya lagu yang berkosnepkan jiwa yang memang patik suka dengar. Hehehe.


Rata-rata orang mengatakan lagu bertajuk Separuh Mati Ku Bercinta ini dijangka boleh pergi jauh sehingga ke Anugerah Juara Lagu Ke-32 tahun ini. Jadi kita nantikan kehebatan lagu ini di pentas AJL32 nanti yeee. 

Korang boleh dapatkan album terbaru daripada Dayang Nurfaizah disemua kedai muzik seluruh Malaysia hari ini. 


KURTA LELAKI DARIPADA HIJRAH COUTURE UNTUK LEBARAN 2017

$
0
0
KURTA LELAKI

KURTA LELAKI DARIPADA HIJRAH COUTURE UNTUK LEBARAN 2017 | Lebaran 2017 menjelma lagi dan patik yakin seperti biasa korang pasti akan mengenakan pakaian baru untuk menyambut lebaran.

Seperti juga patik, patik juga mencari pakaian baru cukup sekadar memeriahkan lebaran 2017 tahun ini. Untuk tahun ini patik memilih pakaian rekaan daripada Butik Hijrah Couture.

Untuk tahun ini patik menggunakan 2 jenis kurta daripada Hijrah Couture iaitu Kurta Shah Jahan dan juga Kurta Habibie Monica. Seperti yang korang dapat tengok didalam entri ini, 2 jenis kurta yang patik peragakan ini adalah kurta yang patik maksudkan. 

KURTA LELAKI

Kurta Shah Jahan seperti gambar diatas ini adalah jenis kurta cekak musang dengan potogan slim fit dimana patik yakin anak muda sangat gemari potongan jenis ini. Dengan memberikan kelainan pada zip dibahagian bawah menjadikan ianya dikenali milik Butik Hijrah Couture.

Selain zip dibahagian bawah, patik sangat suka rekaan ini dimana ianya dilengkapi dengan butang pada bahagian hujung lengan memudahkan ianya dibuka dan mesra wuduk.  

KURTA LELAKI

KURTA LELAKI

Kurta Habibie Monica yang mempunyai potongan unik ini juga menjadi pilihan patik untuk lebaran 2017. Kurta potongan pada lehernya jenis teluk belanga ini mempunyai potongan serong dibahagian bawah memberikan impak santai dan style bagi korang yang menggemarinya. 

Kalau korang miliki kurta ini, korang akan terkejut sebab kurta ini banyak zip iaitu pada leher yang bertujuan untuk memudahkan menyarung dibahagian kepada dan juga pada hujung lengan yang memudahkan untuk mengambil wuduk. Kesemua zip ini mempunyai tugas mereka masing-masing. 

KURTA LELAKI

Selain boleh dipakai begitu sahaja, Kurta Habibie Monica ini boleh dipakai dengan cara orang Johor memakainya. Memang sangat cantik untuk para jejaka diluar sana. 

Secara keseluruhan patik sangat selesa dengan jenis kain yang digunakan oleh Butik Hijrah Couture. Bukan sahaja selesa, tetapi ianya memang sangat stail dan terkini.

Oh yaaa selain pakaian lelaki, Butik Hijrah Couture ini juga menghasilkan begitu banyak koleksi wanita yang boleh patik katakan korang akan rambang mata melihatnya nanti. Jadi apa tunggu lagi. Jom kesana !! 

Bagi korang yang ingin mencuba 2 jenis kurta seperti patik peragakan ini, korang boleh terus ke Butik Hijrah Couture seperti berikut:

HIJRAH COUTURE
FZ Hijrah, lot 146, Tingkat 1, 
Kompleks PKNS Shah Alam, 
40000 Shah Alam, 
Selangor

HIJRAH COUTURE
G-35-G Jalan Serai Wangi L 16L
Avenue 2, Seksyen 16
40000 Shah Alam
Selangor

HIJRAH COUTURE
No. 6-29-03 (tingkat 2)
Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Telefon: 019-675 7486



>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<



KEKAL BERTENAGA DENGAN JUS LUTOX DNARS

$
0
0
JUS LUTOX DNARS

KEKAL BERTENAGA DENGAN JUS LUTOX DNARS | Kalau korang yang mengenali patik pasti tahu rutin harian patik yang akan bermula hari seawal pagi untuk menyediakan sarapan pagi,kemudian masuk waktu bekerja patik dan terus menyambung kerja dirumah pada sebelah petang. 

Rutin harian ini agak memenatkan bagi patik dan kadangkala patik akan tidur awal sebab terlalu penat. Selalunya malam adalah waktu yang paling seronok bagi patik kerana pada masa inilah masa yang sangat seronok untuk berehat dan untuk diri sendiri. 

Tempoh hari patik telah diperkenalkan dengan suatu produk yang dikatakan baik untuk kembalikan tenaga pada badan dan juga boleh mengubati sakit lutut dan juga gout. Jus Lutox daripada Dnars boleh membantu apa yang patik alami dan juga boleh membantu korang diluar sana.

JUS LUTOX DNARS

Selepas membuat sedikit bacaan berkenaan produk Jus Lutox Dnars ini, terdapat 12 kelebihan dan khasiat utama Jus Lutox ni yang perlu korang tahu

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



Pendek kata, Jus Lutox ini cukup lengkap dan sesuai untuk korang yang rasa kurang bertenaga, sakit badan, sakit lutut, sendi dan juga gout patut cuba produk ini.

KANDUNGAN BAHAN DI DALAM JUS LUTOX DNARS

JUS LUTOX DNARS

Yang bagusnya produk ini tidak hanya dikhaskan untuk lelaki sahaja malahan wanita juga boleh mengambilnya. Jus Lutox Dnars diperbuat daripada 100% buah-buahan dan sayuran segar seperti

  1. Habbatus sauda
  2. Madu 
  3. Pegaga
  4. Manna
  5. Kurma
  6. Kacang buah pinggang
  7. Garam bukit
  8. Cuka lemon
  9. Minyak zaitun
  10. Acai beri 
  11. Halia
Untuk pengetahuan korang Jus Lutox Dnars ini telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL daripada JAKIM dan mendapat sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP). Jadi korang tidak perlu merasa was-was yeee untuk mengamalkan jus ini.

ULASAN PATIK:


JUS LUTOX DNARS

Pengalaman patik sejak menggunakan Jus Lutox ini telah bermula sejak beberapa minggu ini, patik dapat rasakan badan patik bertambah bertenaga. Kalau bangun pagi tu, dahulunya memang malas untuk memulakan rutin harian. Tetapi sejak mengamalkan jus ini, semua nya berubah. Alhamdulillah.

Jadi apa kata korang cuba Jus Lutox Dnars sekarang dan rasai pengalaman perubahan kesihatan pada diri korang sendiri. Patik


Terima kasih Jus Lutox Dnars



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH

$
0
0
 LESEN MEMANDU

TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH | Tempoh hari patik terkejut sebab lesen memandu rupanya sudah lima bulan telah tamat tempoh dan patik dengan sewenang-wenangnya memandu dalam keadaan tiada lesen memandu. Syukur sebab tiada apa yang berlaku sepanjang ketiadaan lesen memandu tersebut. 

Bila sudah tamat tempoh, menggelupur laa patik bertanya kepada rakan terdekat sekiranya dikenakan denda atas kelewatan ini sebab rasanya patik diberitahu, denda akan dikenakan kepada semua pemegang kesen sekiranya telah tamat tempoh. 

Kemudian patik dengan pantas terus menuju ke Pejabat Pos UPM, ni sudah kira yang paling dekat dengan patik untuk bertanyakan berkenaan isu ini. 

 LESEN MEMANDU

Rupanya sekiranya kita telah tamat tempoh dan telah terlajak, secara automatiknya kita dikehendaki membuat terus menjadi 2 tahun sebab tahun pertama telah berjalan. Terima kasih kepada pegawai yag sangat baik bertugas di Pejabat Pos UPM atas penerangan yang terbaik bagi patik. Lega rasanya bila mendengar TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH. Hehehe

HARGA PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU 

Untuk memperbaharui lesen memandu, harga yang telah ditetapkan adalah seperti berikut. 

  1. 1 tahun - RM30
  2. 2 tahun - RM60
  3. 3 tahun - RM90
  4. 4 tahun - RM120
  5. 5 tahun - RM150
Selepas penerangan yang diberikan oleh pegawai disana, patik telah dinasihatkan membuat pembaharuan seminimum 2 tahun. 

 LESEN MEMANDU

Akhirnya selesai juga delima patik selama ini bila hampir 5 bulan patik memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu. Fiuhhh lega oii !!

Korang diluar sana, patik nasihatkan kerap-keraplah untuk membuat semakan terhadap lesen korang. Sekarang ini lebih mudah kerana korang boleh perasan lesen korang akan mati apabila tarikh lahir korang tiba. Bermaksud, sekiranya tarikh lahir korang tiba, ianya sama dengan tempoh lesen memandu korang. Jadi buatlah semakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



-TERIMA KASIH-


KEUNIKAN SATE TULANG SENAWANG MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI

$
0
0
SATE TULANG SENAWANG

KEENAKAN SATE TULANG SENAWANG MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI | Tempoh hari patik dan 3 rakan blogger lain iaitu Emas Putih, Mawardi Yunus dan juga Pena Berkala bercadang untuk menghadiri rumah terbuka dirumah Tatie yang terletak di Seremban 2. Perjalanan kami dari Cheras ke Seremban 2 mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalana. 

SATE TULANG SENAWANG

Selepas menghadiri rumah terbuka tersebut, kami bercadang untuk singgah ke rumah rakan blogger Uncle Zuan yang terletak di Senawang. Tiba-tiba patik teringat akan menu yang sangat popular disekitar Senawang iaitu Sate Tulang Senawang

SATE TULANG SENAWANG

Kami sampai di gerai Sate Tulang Senawang lebihi kurang jam 6 petang. Masa itu patik sempat melihat mereka sedang membakar sate tulang tersebut.

SATE TULANG SENAWANG

Untuk pengetahuan korang, sate tulang ini hanya menggunakan bahagian tetulang ayam untuk dijadikan sate. Secara jujurnya patik rasakan ianya sesuatu yang unik. Dengan rempah perapan yang memang sedap dan memang kena dengan kena dengan kuah kacang yang disediakan. 

SATE TULANG SENAWANG

Kalau dulu kita boleh tengok orang mengipas sate, tetapi sekarang ini semuanya sudah berubah. Dengan menggunakan kipas besar, sate tulang dan juga sate biasa akan dibakar. Sangat mudah hanya perlu mengawal keadaan sate yang dibakar sahaja. 

SATE TULANG SENAWANG
SATE TULANG SENAWANG

Ini adalah rupa sate tulang dan juga sate biasa yang menjadi antara kegilaan sesiapa yang datang ke kawasan Senawang ini. 

SATE TULANG SENAWANG

ULASAN PATIK:

Secara peribadi patik suka dengan rasa dan keunikkan sate tulang ini. Mungkin perapan yang serasi menjadikan ianya suatu yang sedap. Patik pula jenis yang gemarkan bahagian tulang-tulang, jadi sate tulang ini memang seronok kita layan. 

Sate daging dan juga sate ayam juga tidak kurang sedapnya. Memang puas hati laa boleh patik kata. Memang berbaloi korang datang kesini. 

SATE TULANG SENAWANG

Bagi korang yang ingin mencuba sate tulang, korang boleh datang ke Dataran Senawang untuk mencari sate tulang dan juga sate daging dan ayam mereka. Memang berbaloi sedap !!


SATE TULANG JELEBU
Dataran Senawang
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang, 
Negeri Sembilan

Waze: SATE TULANG DATARAN SENAWANG

Waktu Operasi:
6.00 petang - 3.00 pagi


CUTE CARRY TAMPIL DENGAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

$
0
0
 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

CUTE CARRY TAMPIL DENGAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA | Korang pernah atau tidak mengalami masalah untuk memilih pakaian untuk keluar menghadiri sesebuah majlis? Walaupun pakaian korang penuh satu almari, tapi patik pasti korang akan mengalami masalah ini. 

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Jadi apa kata patik cadangkan korang miliki buku tulisan Tuan Hafiz Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cute Carry bertajuk GAYA UNTUK BERJAYA. Sebenarnya patik baru tahu rupanya beliau pernah menjadi blogger suatu ketika dahulu dan kini beliau  

MENARIK BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Apa yang menarik tentang buku ini adalah buku yang bagi patik lengkap dengan penerangan unutk tatarias diri yang betul. Kalau dahulu patik hanya menghadiri program yang dikendalikan oleh penceramah, tetapi dengan adanya buku GAYA UNTUK BERJAYA ni haaaa patik rasa patik boleh menjadikan buku ini sebagai panduan sekaligus boleh patik kongsikan ilmu yang ada didalam buku ini dengan rakan terdekat. 

Buku GAYA UNTUK BERJAYA ini adalah sebuah buku tatarias diri hasil nukilan pertama daripada Cute Carry untuk mereka yang begitu menitikberatkan tatarias diri.

Dilengkapi dengan penerangan konsep A B C D iaitu:

A = Appearance (Penampilan)
B = Behavior (Kelakuan/Protokol & Etika)
C = Communication (Komunikasi)
D = Development (Pembangunan Diri & Motivasi)

Apa yang patik boleh katakan ini adalah buku pertama di Malaysia yang mengetengahkan 4 konsep dalam 1 buku.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Bagi korang yang tergolong didalam mereka yang harus memiliki buku ini, korang wajar untuk memilik buku yang pernuh ilustrasi jelas dan juga penuh dengan warna warni.

  1. Lelaki dan wanita yang ingin berjaya seiring dengan kerjaya
  2. Korang yang ZERO dalam bergaya
  3. Pemilik perniagaan agar lebih berpenampilan dihadapan pelanggan
  4. Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin belajar berpenampilan kasual dan korporat
  5. Korang yang ragu-ragu tentang gaya
  6. Suri rumah, pelajar dan pencari kerja
  7. Korang yang ingin meningkatkan imej dan motivasi diri
  8. Korang yang berminat dalam memberi perkongsian didalam berpenampilan
  9. Sesiapa sahaja yang ingin berubah

Buku ini berdasarkan pengalaman Cute Carry sendiri bermula daripada bawah untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang penceramah dan perunding imej yang berjaya. 

Buku ini mengandungi 9 bab, dilengkapi dengan halaman-halaman yang bercetak dan penuh dengan ilustrasi berwarna. Sangat santai penceritaannya dan mudah difahami. 

Patik yakin korang pasti akan suka lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih tercari-cari buku rujukan yang sesuai tentang tatacara penjagaan dan penampilan diri. 

PELANCARAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Bertempat di Pejabat CuteCarry Sdn Bhd, Seri Kembangan Selangor telah berlangsung majlis Pelancaran Buku GAYA UNTUK BERJAYA tulisan Tuan Hafiz Mustapha, Pakar Perunding Imej yang terkenal di Malaysia.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Majlis yang serba meriah ini telah dihadiri keluarga terdekat dan individu penting yang banyak menyokong Cute Carry dari awal sehingga kini.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Apa yang boleh patik katakan, Cute Carry ini adalah seorang yang dekat dengan keluarga beliau. Susah senang beliau akan dikongsi dengan keluarga terdekat.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Tahniah untuk Cute Carry atau Tuan Hafiz Mustapha diatas majlis pelancaran buku GAYA UNTUK BERJAYA yang bagi patik diharap dapat memberi sesuatu input yang sangat positif didalam pembentukan tatarias gaya seseorang.

Korang yang ingin memiliki buku ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


Emel :
training@cutecarry.com
cutecarry@yahoo.com

Whatsapp :
019-3376807

Telefon :
03-89406807


>> WEBSITE 1 | WEBSITE 2 | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA BELIA ANJURAN PBB

$
0
0
NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB


NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA BELIA ANJURAN PBB | Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa akan mewakili belia Malaysia di Persidangan Youth Assembly at United Nation anjuran PBB berlokasi di Amarika Syarikat pada bulan Ogos nanti.

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Persidangan yang menggabungkan para belia diseluruh dunia yang berusia bawah 28 tahun ini akan memberi peluang Neelofa bertukar-tukar idea dan memberi input sebagai wakil para belia Malaysia disana nanti.

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Tempoh hari patik sempat menghadiri majlis anjuran Putrajaya Holdings dimana Neelofa telah dilantik menjadi duta kepada syarikat hartanah tersebut. Syarikat hartanah yang memonopoli hartanah di sekitar Putrajaya. 

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Semasa sesi temu bual tempoh hari bersama media, Neelofa memberitahu bahawa jadualnya terlalu padat sehinggalah bulan Oktober 2017 nanti dimana beliau akan berada di enam buah negara dalam masa 3 bulan ketiadaannya di Malaysia.  

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Selain menyertai persidangan di Amerika Syarikat, beliau akan kembali pada hujung bulan 8 nanti untuk menyambung pengembaran drama Red Velvet selama tiga hari sebelum terbang  ke Los Angeles pada hujung bulan ini bagi menghadiri sesi fotografi khas jenama Swarovski selama empat hari. 

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Pada bulan September pula Neelofa akan menghadiri minggu fesyen Swarovski di Milan dan khabarnya ada beberapa perkara yang akan dilakukan disana yang berstatus rahsia. Hehehe. Jadual beliau masih penuh sehingga Oktober sebelum Neelofa mengambil keputusan untuk berehat buat seketika. 

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Apa pun patik nak ucapkan selamat bersidang di Persidangan Youth Assembly at United Nation kepada Neelofa dan juga selamat bekerja untuk suatu jangka masa yang panjang.

NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN BELIA ANJURAN PBB

Bagi korang yang sedang mencari-cari hartanah untuk dijadikan aset peribadi, apa kata korang boleh jengah-jengah lokasi hartanah milik Putrajaya Holdings di Putrajaya atau korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:



>> WEBSITEFACEBOOK <<


KEBAIKAN PUCUK TURI DALAM KESIHATAN

$
0
0

KEBAIKAN PUCUK TURI DALAM KESIHATAN | Korang pernah makan ke tidak pucuk turi? Korang kenal ke tidak pucuk turi? Sebenarnya patik telah diperkenalkan oleh arwah mak patik tentang pucuk turi ini memandangkan rumah patik memang ade tertanam pohon turi ini. 

PUCUK TURI

Bagi korang yang pernah makan pucuk turi atau pernah nampak pucuk ini akan menggemari rasanya. Rasanya yang sedikit pahit dan memang unik sesuai dijadikan ulaman atau dimasak gulai. Selalunya pucuk ini mudah didapati di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. 

KEBAIKAN PUCUK TURI

Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Kerana ianya boleh memberi keselesaan kepada mereka yang mengalami masalah sembelit. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak

RESEPI PUCUK TURI MASAK LEMAK 


BAHAN-BAHAN:

1 cekak pucuk turi, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar (Dihiris)
4 ulas bawang putih (Dihiris)
1 biji cili merah, (Dihiris)
1 kiub ikan bilis (kalau ada)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMASAK:

Masukkan santan cair, udang kering tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan pucuk turi dan masak hingga pucuk turi lembut, Tambah air jika perlu.

Masukkan kiub ikan bilis, hancurkan (jika guna). Kacau perlahan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih, kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah. 

Akhir sekali masukkan hirisan cili merah (kalau ada) dan masak didihkan untuk seketika. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin. Memang orang kata mak mertua lalu belakang pun tak perasan. 

RESEPI PUCUK TURI MASAK LEMAK

Rupanye Malaysia ni terlalu banyak pucuk-pucuk yang banyak kebaikan untuk kesihatan. Seperti pucuk turi yang merupakan tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Jadi apa salahnya kita kembali kepada yang asli dan sayur-sayur kampung yang sudah tentu sedap kalau dibuat masakan.


SELAMAT MENCUBA

LIRIK LAGU FARAH HAZEL SETIAKU PASTI

$
0
0
LIRIK LAGU FARAH HAZEL SETIAKU PASTI

LIRIK LAGU FARAH HAZEL SETIAKU PASTI | Tempoh hari semasa Pelancaran Aplikasi Metro TV tempoh hari patik telah diperkenalkan dengan seorang pendatang indutri muzik baru iaitu Farah Hazel

Rupanya Farah Hazel ni merupakan kakak kepada penyanyi yang meningkat naik, Aiman Tino. Lagu taruhan beliau bertajuk Setiaku Pasti sudah keudara diruang corong radio Malaysia. 

Lama-lama kalau dengar sedap pulak dengar. Patik perasan muzik tahun 90-an sejak dua menjak ini semakin diterima masyarakat. Nak tahu sedap atau tidak, ini adalah lagunya. 



Lirik Lagu Setiaku Pasti – Fara Hezel

Tiada Kata kata yang terindah
Selain Ungkapan lafaz darimu
Engkau Yang membuat ku gembira
Engkau Membuat ku berduka

Selain dari itu aku tidak tahu
Sejujurnya aku sayang padamu
Engkaulah segalanya terbaik buatku
Tolong jujurlah padaku

Rela Kau tempuh demi aku
Manisnya ada bersamamu
Pahit hempedu biarlah diriku
Hanya aku dan engkau yang tahu

Rela kau tempuh demi aku
Manisnya ada bersamamu
Pahit hempedu biarlah diriku
Hanya aku dan engkau yang tahu

Jangan dikesali
Setiap yang berlaku

Rela kau tempuh demi aku
Manisnya ada bersamamu
Pahit hempedu biarlah diriku
Hanya aku dan engkau yang tahu

Jangan Dikesali
Setiap Yang berlaku
Aku Kan tetap
Menjadi Milikmu



Jadi bagaimana penerimaan korang? Layan kan lagu Farah Hazel Setiaku Pasti ni kan. Hope korang semua boleh menyokong penyanyi baru seperti beliau untuk terus didalam industri.



-TERIMA KASIH-

Viewing all 468 articles
Browse latest View live