PRODUK HIMALAYA HERBALS MUDAH DAN LENGKAP UNTUK KAKI TRAVEL | Setiap kali travel keluar negara, patik akan terfikir berkenaan barang mandian dan juga ubatan peribadi untuk dibawa bersama. Rata-rata produk yang ada dipasaran bersaiz besar dan mungkin akan memberi masalah kepada korang yang kaki travel atas sebab muatan yang sangat terhad.
Bagi korang yang kaki travel, patik rasa korang pasti akan mementingkan ruangan beg korang supaya korang dapat membawa barang yang seminima mungkin ke luar negara.
Tempoh hari patik dan rakan lain telah berpeluang melawat ke Luang Prabang, Laos selama 5 hari 4 malam. Perjalanan yang agak lama memungkinkan segala macam akan berlaku.
Mujur ada produk Himalaya Herbals yang jenis travel pack dimana semua produk travel pack ini memenuhi syarat untuk lepas memasuki ruangan penyimpanan didalam pesawat. Ini adalah travel pack yang patik bawa bersama sepanjang travel ke Luang Prabang, Laos.
1. Neem Face Wash (50ml)
2. Protein Shampoo Gentle Daily Care Shampoo (100ml)
3. Nourish Skin Cream (50ml)
4. Septilin Capsule
5. Koflet Lozenges
Kalau korang tengok berat produk yang tertera, semua peroduk ini mematuhi timbangan sekiranya korang membawa secara hand luggage.
SEPTILIN CAPSULE
Septilin capsule daripada Himalaya Herbals mempunyai ciri antipiretik (mengurangkan demam). Ia juga membantu melegakan jangkitan saluran pernafasan, termasuk tonsilitis kronik, faringitis, bronkitis kronik, nasal catarrh (keradangan membran mukus saluran pernafasan) dan laringitis.
Bila kita travel memang masa kita banyak dihabiskan diluar. Jadi kapsul ini sangat membantu patik didalam menjaga kesihatan patik sepanjang berada di Laos tempoh hari.
KOFLET LOZENGES
Koflet lozenges ini adalah sejenis gula-gula berubat yang boleh melegakan batuk sekiranya korang mengalaminya. Kandungan herba dan juga madu didalamnya membantu melegakan mereka yang mengalami sakit tekak, batuk dan sebagainya.
PURIFYING NEEM FACE WASH
Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya boleh diubati dengan menggunakan daun ‘neem’. Sebenanrnya baru patik tahu yang daun 'neem' atau daun semambu merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka.
Purifying Neem Face Wash dengan ini sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah.
Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun semambu yang digunakan didalam produk ini juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif. Hebat betul daun semambu ni yee.
PROTEIN SHAMPOO & NOURISHING SKIN CREAM
Protein Shampoo dari Himalaya Herbals ini boleh mengatasi masalah di kepala seperti rambut gugur, kelemumur, kutu dan sebagainya.
Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala.
Jadi, sekiranya anda atau mana-mana kenalan anda yang mempunyai masalah kutu di kepala dan tidak mahu menggunakan produk berasaskan kimia, cuba gunakan penawar semulajadi ini untuk kesan yang efektif.
Nourishing Skin Cream daripada Himalaya Herbals ini juga sangat baik untuk kulit kerana mengandungi bahan organik seperti:
Aloe Vera : Aloe vera atau lidah buaya mempunyai banyak fungsi seperti kecantikan kulit. Lidah buaya bermanfaat melembabkan kulit, mencegah penuaan dini, mengurangi strechmark dan melindungi kulit dari sinar matahari.
Winter Cherry : sebagai antioksidan dan anti-stress serta menghaluskan kulit.
Indian Kino Tree : Menjaga kulit dari pencemaran dan meremajakan kulit.
Apa yang patik suka adalah bau yang sangat jantan dan pasti orang tidak menyangka pelik serta teksturnya yang tidak berminyak. Kiranya korang kalau sapu dia terus meresap tanpa meninggalkan kesan berminyak pada kulit Hehehe.
COMPLETE CARE TOOTHPASTE
Complete Care Tooth Paste daripada Himalaya Herbals yang mengandungi tiga kandungan utama – ‘neem’, ‘miswak’ dan delima yang berfungsi mencegah segala masalah mulut, gigi dan gusi dengan berkesan dan efektif.
Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi.
Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi korang jadi putih!
Jadinya bagi korang yang kaki travel macam patik ni, patik sarankan korang boleh mencari produk daripada Himalaya Herbals untuk kegunaan harian korang. Apa yang patik boleh bagitahu, produk ini menggunakan 100% daripada tumbunan dan mesra pengguna.
Lengkap dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Memang sangat berbaloi laa konsepnye ye. Sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lajut, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik sediakan link dibawah.