Quantcast
Channel: Fauzi Aryaan Dot Net
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017 SEDIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN

$
0
0
KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017

KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017 SEDIA BANYAK PELUANG PEKERJAAN | Sejak dua menjak isu pemberhentian pekerja oleh sesebuah organisasi makin meruncing. Sekarang ni bagi patik, kau ada pendidikan tinggi pun tiada guna kalau organisasi kau tidak mampu menanggung pun isu seperti ini akan terjadi. 

Memang sangat mencabar untuk kelangsungan hidup dizaman kini. Apa yang boleh dilakukan adalah terus dan terus mencari kerja bagi menyara diri dan juga untuk masa hadapan. 

Mujur ada inisiatif daripada pihak PERKESO dimana mereka akan adakan program yang dipanggil KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017. Butirannya ada patik sediakan dibawah.


Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017
Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tarikh: 9 Oktober 2017
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang


Bagus juga program yang akan diadakan oleh pihak PERKESO ni haa. Oh yaaa sebelum tu patik ingin berkongsi sedikit informasi berkenaan PERKESO


KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 201

PERKESO atau nama singkatannya adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial. PERKESO merupakan sebuah jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia, dimana ia bertanggungjawab dalam mentadbir dua skim keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan sekaligus sebagai tuan rumah bagi penganjuran Karnival Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya 2017 ini. 

KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017

Melalui pendekatan yang sedia ada, PERKESO cuba mencari dan memberi peluang kerja kepada semua rakyat Malaysia dan tidak dilupakan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU). Kenapa patik katakan PERKESO juga memberi peluang kepada insan OKU?

Ini kerana mereka telah memperkenalkan program yang dipanggil Return to Work yang dianjurkan oleh PERKESO. Program Return to Work ini adalah sebuah inisiatif pihak PERKESO dimana mereka yang kelainan upaya seharusnya diberi peluang untuk menjana kewangan mereka sendiri dengan mengambil kira keupayaan diri mereka. 

KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017

Sebagai contoh melalui progam Return to Work ini, Saudara Jamal Abdul Lajan yang telah mengalami kelumpuhan dari pinggang kebawah disebabkan jangkitan tulang belakang oleh penyakit Meningitis. Beliau bekerja sebagai Penjaga Stor disebuah syarikat pembuatan dan isterinya juga bekerja disyarikat yang sama. 

KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017

Selepas menyertai program Return to Work, Saudara Jamal Abdul Lajan telah diberikan pekerjaan berkonsep kerja dari rumah selepas Pengurus Kes beliau iaitu Cik Faizlinda Yusuf telah mengenalpasti kekurangan yang dialami oleh rakan kita ini dan akhinya pekerjaan sebagai pemotong label dimana setiap label yang dipotong akan diberikan upah sebanyak 1sen bagi setiap label. 

Setiap minggu Saudara Jamal ini akan menerima 10 gulung dengan 2000 label produk. Dengan pekerjaan ini, Saudara Jamal mampu mengumpul kutipan lebih kurang sebanyak RM200 seminggu bergantung kepada sejauh mana beliau mampu menyiapkan kerja itu. 

Walaupun kurang keupayaan, inisiatif pihak PERKESO ini sedikit sebanyak memberi harapan sinar baru bagi mereka yang hilang keupayaan untuk bekerja secara normal seperti orang normal lain. 

Apa yang patik kongsikan diatas tadi adalah sedikit yang pihak PERKESO sudah lakukan kepada rakan kita yang lain. Jadi korang diluar sana jom ke karnival ini kerana banyak syarikat yang akan terut serta didalam memberi peluang pekerjaan kepada korang. Antaranya adalah:
KARNIVAL PEKERJAAN DAN KAUNSELING KERJAYA 2017
Haaaa nampak banyak syarikat yang tersenarai bukan? Jadi apa tunggu lagi. Buat janji temu korang untuk merebut peluang yang telah disediakan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita ramai-ramai ke Karnival Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya 2017.


Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017
Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tarikh: 9 Oktober 2017
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang


Telefon: 

03-426 45594 / 5373
017 – 369 0128
012 – 607 6763



>> WEBSITE | FACEBOOK<<



SABUN PENCUCI INAS SABUN SERBAGUNA UNTUK SEMUA

$
0
0


SABUN PENCUCI INAS SABUN SERBAGUNA UNTUK SEMUA | Sudah kebiasaan patik akan membasuh pakaian menggunakan sabun pencuci dengan jenama yang sedia ada dipasaran yang sudah kita tentu tahu keberkesanannya. Kiranya kita sebagai pengguna, sudah sedia maklum dengan kehebatan sabun yang sedia ada. Jadi buat apa perlu ke jenama lain bukan?

Terbaru patik telah diperkenalkan dengan sabun terbaru yang bagi patik bukan sahaja sesuai untuk mencuci pakaian, malahan sabun ini berkuasa untuk cucian lain. Patik agak pelik dengan kehebatan Sabun Inas yang sebok kawan patik perkenalkan.

Nak tahu nanti patik akan terangkan didalam enrti ini. 


SABUN SEBAGUNA INAS YANG HEBAT

Seperti korang yang sedia ketahui, bahan pencuci baju biasanya fokus digunakan untuk mencuci baju sahaja dan korang jangan terkejut yang Sabun Inas ini boleh menanggalkan kototan pada pvc, aluminium, permukaan plastik, tembaga dan juga emas. Haaa hebat bukan. 

SABUN PENCUCI INAS

Sabun Inas ini didatangkan 2 variasi perisa iaitu Sabun Rose Inas dan juga Sabun Chempaka Inas. Sebelum berkongsi kisah, patik lebih suka menjadi testimoni untuk mereka. Jadi patik telah mencuba menggunakannya untuk membasuh pakaian patik.

Sebenarnya korang boleh menggunakan sabun ini samada pada mesin basuh ataupun basuhan tangan bergantung keadaan fabrik korang. Secara peribadi,sabun ini memang dapat membersihkan dengan hebat. Bukan sahaja pada fabrik malahan pada permukaan lain. 

SABUN PENCUCI INAS

Dengan hanya langkah mudah, sekadar bancuh dan korang boleh terus menggunakan sabun ini dengan mudah. Korang tidak perlu menggunakan serbuk ini dengan banyak kerana dengan penggunaan yang sedikit hasilnya memang sungguh menakjubkan. 

Bagi patik dengan dengan berat sebanyak 850 gram pada harga RM 17, ianya memang berbaloi bukan sahaja untuk basuhan pada permukaan yang patik sebutkan tadi, malahan lebihan air basuhan itu korang boleh gunakan ia sebagai baja untuk tanaman. Yaaa sungguh patik tidak membuat kisah seram ok. Ianya baik juga untuk tanaman korang kerana bahan organik didalamnya mampu bertindak sebagai baja kepada tanaman korang. 

Jadi apa tunggu lg. Jom cuba sepaket dan rasai sendiri kehebatan Sabun Inas ini. Bagi korang yang inginkan informasi lanjut atau ingin memiliki Sabun Inas ini, ni haaa patik ada sediakan sedikit informasi untuk memudahkan korang mendapatkan Sabun Inas ini. 


Alamat:
HQ Inas Global Sdn Bhd
Jalan Prima Setapak 7
Setapak, Kuala Lumpur


Telefon:
01117733496
Iza (HQ INAS GLOBAL SDN BHD)


#sabunCHAMPACA
#sabun
#sabunserbaguna
#GengJualSabun


RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI

$
0
0
RADIO ZAYAN FM

RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI | Sebenarnya patik baru mengenali radio terbaru Radio Zayan ini pagi tadi semasa memandu dari pejabat ke restoran untuk minum pagi. Pertama kali mendengar ianya seperti kearah sebuah stesen radio berbentuk islamik. Tetapi lama kelamaan baru patik rasakan kelainan mereka dari segi penyusunan lagu yang dimainkan. 

Sesampai pejabat patik membuat carian di Google dan mendapati ianya adalah sebuah stesen radio baru yang baru beroperasi pada 2 Oktober 2017 lalu dibawah kendalian Astro Radio Sdn. Bhd

Melihat pada frekuensinya iaitu 104.9 FM, ianya dahulu adalah milik Radio Red FM tetapi telah dirombak dan terhasilnya Radio Zayan FM.

Walaupun sebuah radio stesen baru, mereka nampaknya sudah bersedia untuk bersaing dengan stesen radio yang sedia ada. Kalau korang tengok segmen mereka, mereka meletakkan penyampai yang memang sudah biasa dengan dunia penyiaran. Jadi tiada masalah bagi mereka. 

Segmen Pagi, ‘Salam Bros’ - Mawi dan Anas (6 hingga 10 pagi) 
Segmen ’#ZOTD’ - Lin Ariffin (10 pagi hingga 3 petang)
Segmen ‘Zayan Valet’ - oleh Raqib (3 petang hingga 7 malam)
Segmen ‘Zayan Café’ - Falyq ( 8 malam hingga 12 tengah malam)

Secara peribadi patik suka dengan pendekatan yang cuba disampaikan oleh Radio Zayan FM ini yang memberikan satu lagi alternatif untuk pendengar memilih untuk halwa kita. Panduan-panduan positif yang diberikan juga sangat membantu dalam mengharungi hari-hari kita. 

Selain itu, susunan lagunya juga sedikit berlainan. Suntikan lagu-lagu moden dan juga diselitkan lagu kearah kerohanian menjadikan kita sedikit mengingati siapa diri kita. 



RADIO ZAYAN FM

Dengan menggunakan tagline #IndahDihati, diharap dengan garapan yang diberikan oleh mereka ini dapat memberikan sesuatu yang positif untuk semua pendengar Radio Zayan FM. Semoga terus maju dan terus berikan sesuatu yang positif yaaa.

Jadi korang diluar sana yang mungkin ingin mencuba mencari alternatif bagi halwa telinga korang, patik cadangkan korang mendengar Radio Zayan FM yang semestinya #IndahDihati.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<



SIAPA KATA JUS LENTIK DARA HANYA UNTUK WANITA?

$
0
0
JUS LENTIK DARA


SIAPA KATA JUS LENTIK DARA HANYA UNTUK WANITA? | Sebenarnya patik baru sahaja mengenali jenama Jus Lentik Dara ini setelah seorang rakan Facebook patik yang boleh patik katakan sebagai salah seorang staf pengelar produk ini. 

JUS LENTIK DARA

Tempoh hari berlokasi di Flora Terrace Hampshire Kuala Lumpur, patik telah sama-sama melihat dan menyaksikan perlantikan Elly Mazlein sebagai duta rasmi bagi produk yang diberi nama LENTIK DARA

JUS LENTIK DARA

Majlis telah diacarakan oleh 2 orang pengacara iaitu Sis Chika dan Asyraf Dasli. Keletah Sis Chika memang mencuit hati semua hadirin. Memang meriah dengan lawak-lawak yang diberikan. 

JUS LENTIK DARA

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengasas Lentik Dara itu sendiri iaitu Puan Ifa dan seterusnya Puan Ifa memperkenalkan kepada semua rakan media Duta Lentik Dara iaitu Elly Mazlien.

JUS LENTIK DARA

Elly Mazlein telah dipilih kerana meraka rasa beliau mempunyai pakej yang sesuai dengan produk Lentik Dara dan berharap dengan perlantikan Elly Mazlien ini dapatlah memberi suatu dan sekaligus memperkenalkan lagi produk Lentik Dara kepada umum.

JUS LENTIK DARA

Mengenakan pakaian berwarna merah, Elly Mazlein kelihatan cantik dan auranya sebagai duta sangat kena dengan jenama Lentik Dara ini.

JUS LENTIK DARA

Tahniah patik ucapkan kepada Lentik Dara atas pelancarannya dan juga tahniah kepada Elly Mazlien atas perlantikan sebagai duta bagi jenama ini.

JUS LENTIK DARA

Patik juga telah menerima produk ini sebagai percubaan. Haaa korang rasa produk ini sesuai ke dengan patik? Bukan ke produk ini untuk wanita yang pentingkan kesihatan dalaman? Haaa nanti patik sambung penulisan patik ini dibawah.


JUS LENTIK DARA KEMBALIKAN TENAGA 

JUS LENTIK DARA

Didalam fikiran patik, Jus Lentik Dara fokus kepada pengguna wanita yang boleh mengembalikan dara bagi kaum wanita? Rupanya produk ini bukan fokus untuk dara dan segala bahagian intim bagi wanita, tetapi ianya adalah untuk kesihatan dalaman untuk semua tidak kira lelaki mahupun wanita.

JUS LENTIK DARA

Lentik Dara adalah sekadar jenama yang bagi patik sangat menangkap dan orang pasti tertanya-tanya berkenaan jenama ini.

JUS LENTIK DARA

Sebenarnya Lentik Dara adalah himpunan makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima serta digabungkan dengan kolagen ikan salmon yang dikatakan banyak khasiat dan ditambah dengan acai beri bagi kesihatan luaran dan dalam semua TIDAK KIRA lelaki mahupun wanita

Dengarnya pihak Lentik Dara masih membuka peluang kepada korang yang ingin menjadi peniaga onlineyang berminat menjadi salah seorang keluarga Lentik Dara, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

AYDEN RIZQI EMPIRE SDN BHD
Excella Business Park
Unit 4A-4-1, 4th floor 
Jalan Ampang Putra
Taman Ampang Hilir
44100 Kuala Lumpur


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<


PROGRAM REALITI VERSUS 1001 RASA BABA'S AKAN MENEMUI PENONTON

$
0
0
VERSUS 1001 RASA BABA'S

PROGRAM REALITI VERSUS 1001 RASA BABA'S AKAN MENEMUI PENONTON | Bila sebut jenama Rempah Baba's, patik yakin semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa akan mengenali jenama rempat yang sering digunakan didalam masakan. Secara peribadi, emak patik juga pernah menggunakan Rempah Baba's ini didalam masakan terutamanya Rempah Kari Baba's

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Pejam celik Rempah Baba's telah menyambut ulangtahun ke-40 Baba's dan dengan sambutan ulangtahun ini mereka menyediakan pelbagai jenis kempen dan juga acara seperti logo Baba's diletakkan di badan kapal terbang AirAsia, 50 tiket ke Gold Coast, Australia juga diberi kepada followers setia facebook Baba's & U untuk sambutan tahun baru.

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Selain itu Baba's juga salah seorang penaja global untuk siri rancangan realiti TV Bigg Boss musim pertama di VijayTV dan juga penaja untuk program mencari bakat, Million Dollar Feet yang diharapkan akan memberi peluang kepada dua remaja Malaysia untuk meneruskan karier bola sepak di bumi Eropah. Nampak begitu hebat penglibatan Baba's didalam menyambut ulangtahunnya. 

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Terbaru, Baba's telah membuat sebuah program berbentuk realiti program yang dipanggil Versus 1001 Rasa Baba's. Program memasak ini akan menggunakan format dimana setiap peserta yang terdiri daripada orang umum yang meminati dunia masakan akan digandingkan dengan seorang mentor dimana mentornya hanya akan memberikan arahan daripada jauh dan peserta akan mendengar arahan yang diberikan oleh mentornya. Semua menu yang disediakan adalah dengan menggunakan bahan daripada produk Baba's.

Program realiti Versus 1001 Rasa Baba's ini diacarakan oleh Chef Kamarul dan juga Chef Adu dimana mereka berdua ini akan bertindak sebagai pengacara dan sekaligus akan meriuhkan lagu dapur bagi program ini.

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Masa yang akan diberikan bergantung kepada tahap kesusahan menu dan menu yang terhidang akan dijuri oleh beberapa selebriti dan juga blogger makanan yang merupakan rakan blogger patik iaitu Blogger Mahamahu yang diundang oleh pihak Baba's sendiri. Bukan mudah yee dengan bahan masakan yang disediakan dan korang perlu menyediakan menu dengan bahan yang disediakan serta menggunakan produk Baba's didalam penyediaannya.

Setiap peserta akan ditemani oleh seorang mentor dimana mentor ini hanya akan memberikan arahan tanpa dibenarkan menyentuh perkakas masakan yang disediakan semasa perlawanan berlangsung. 


VERSUS 1001 RASA BABA'S AKAN MENEMUI PENONTON 

Sebagai perkenalan kepada umum, patik telah dijemput untuk memeriahkan majlis perkenalan kepada rakan media dan sekaligus memperkenalkan insan belakang tabir bagi program Versus 1001 Rasa Baba's ini. 

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Semasa sesi perkenalan itu, patik telah diminta untuk turut serta sebagai peserta demonstrasi masakan diatas pentas sambil ditemani dengan seorang mentor. Kiranya keadaan patik ini seakan-akan berada didalam program Versus 1001 Rasa Baba's ini.

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Patik telah digandingkan bersama Dato' Ahmad Izham Omar sebagai mentor patik dan beliau akan memberikan arahan dan membantu patik semasa memasak. 

Gimik ini adalah sebagai bayangan kepada semua hadirin apa yang berlaku didalam set semasa pengambaran berlansgung. 

VERSUS 1001 RASA BABA'S

Kepada korang semua, jangan lupa saksikan program realiti Versus 1001 Rasa Baba's di TV3 setiap hari Khamis, jam 5:35 petang bermula 26 Oktober 2017 dan siaran ulangan setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula 30 Oktober 2017.

Kredit foto: www.dikbee.com& www.amirnawawi.com

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR DIKATAKAN MASJID YANG MENGHIMPUNKAN 1000 SELAWAT

$
0
0
MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR DIKATAKAN MASJID YANG MENGHIMPUNKAN 1000 SELAWAT | Siapa sangka nama sebuah kampung kecil yang dinamakan Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor telah menjadi buah mulut orang ramai tidak kira dari dalam negara mahupun luar negara yang dikatakan masjid yang menghimpukan 1000 selawat.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Patik telah berpeluang untuk singgah ke masjid ini yang khabarnya mempunyai ukiran seni halus Islam dan kaligrafi 1,000 selawat yang tertulis disetiap inci ruang masjid ini. Rasanya ini adalah masjid pertama di Malaysia yang mempunyai keunikkan seperti ini patik rasa.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Memasuki perkarangan masjid, korang akan tergamam dengan keindahan tulisan yang terlakar disetiap inci ruangan masjd. Memang sangat cantik. Sebuah masjid yang sangat cantik yang diberi nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat, Pulau Pangkor, Perak merupakan sebuah masjid terapung yang sangat cantik. Jadi sekarang ini bukan sahaja di Terengganu juga ada masjid terapung, Pulau Pangkor juga memiliki masjid yang unik dan cantik. Hehehe.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor. Dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor atau nama lainnya Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Kalau korang perhatikan disetiap inci ruangan masjid ini, ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Memasuki ruangan solat utama masjid, korang akan melalui daun pintu yang diukur keseluruhan dengan ukuran motif bunga dan ditengahnya terukir selawat.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016.

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Patik tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan beberapa keping gambar sebagai tanda patik telah sampai kesini. Sebuah masjid yang sangat cantik dan akan menjadi buah mulut dan menjadi salahsatu tarikan orang ramai untuk datang ke Pulau Pangkor

MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

Bagi korang yang ingin sampai kesini, korang boleh terus datang kesini kerana tempat ini memang terbuka untuk dilawati dan kepad bukan muslim, korang dikehendaki memakai pakaian yang menutup aurat yang disediakan oleh pihak masjid sebelum memasuki masjid ini.

Datanglah ke Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini untuk menghayati hasil seni islamik yang sangat cantik dan mungkin satu-satunya di Malaysia.

BENARKAH BURUNG ENGGANG LIAR WUJUD DI PULAU PANGKOR ??

$
0
0
Burung Enggang Pulau Pangkor

BENARKAH BURUNG ENGGANG LIAR WUJUD DI PULAU PANGKOR ?? | Bila sebut burung enggang, patik yakin korang mesti terbayangkan Negeri di bawah Bayu iaitu Sabah bukan? Kebiasaanya patik akan melihat burung enggang hanya didalam zoo yang terkurung dan kadang kala ianya akan dijadikan sebagai binatang untuk persembahan. 

Burung Enggang Pulau Pangkor

Berlokasi di Sunset View Chalet Teluk Nipah patik berpeluang untuk melihat dengan leibih dekat burung enggang liar yang berkeliaran bebas datang untuk makan. Sunset View Chelet ini dikatakan adalah kolasi utama burung enggang ini akan mendarat dan mendapatkan makanan. 

Burung Enggang Pulau Pangkor

Bagaikan sudah mengetahui masa makan, setiap hari lebih kurang jam 6.30 petang, burung-burung enggang ini akan mula mendarat dikawasan berhampiran Sunset View Chelet ini dan sekaligus ianya menjadi tarikan utama orang ramai datang kesini. 

Burung Enggang Pulau Pangkor

Siapa sangka, daripada aktiviti sekadar suka-suka memberi makan kepada burung-burung ini, ianya telah menjadi lokasi wajib orang datang ke Pulau Pangkor dan datang ke Sunset View Chelet untuk melihat burung enggang yang liar ini akan datang kesini untuk menikmati makanan. 

Burung Enggang Pulau Pangkor

Patik yakin korang pasti akan teruja dengan kemanjaan dan kejinakkan burung ini yang akan mendekati kita yang menghulur buah-buahan. Disini korang TIDAK akan dikenakan sebarang bayaran tetapi korang digalakkan untuk memberi sedikit sumbangan diana sumbangan ini sedikit sebanyak boleh membantu Pak Din membeli buah-buahan sebagai makanan dan juga menaik taraf kawasan sekitar supaya ianya lebih selesa untuk pengunjung dan juga burung enggang

Burung Enggang Pulau Pangkor

Bagi korang yang berminat untuk memberi makanan atau menyumbang buah-buahan kepada burung enggang ini, korang boleh menghubungi Pak Din 012-4082297 yang merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan tarikan perlancongan disini. 

Burung Enggang Pulau Pangkor

Keunikkan yang korang pasti teruja kerana burung yang dianggap liar ni kelihatan manja dengan berkeliaran dikawasan ini apabila masa makan mereka tiba. Jom kesini untuk melihat keunikkan yang ada di Pulau Pangkor. 


Hornbill Feeding
Sunset View Chalet Teluk Nipah
Pulau Pangkor
Perak

Telefon:
Pak Din (012-4082297)

Masa: 6.30 petang

Masuk: PERCUMA 


Kredit foto: Dino Alham'd


MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO LENGKAP UNTUK HIDANGAN

$
0
0
MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO


MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO LENGKAP UNTUK HIDANGAN | Kebiasaannya bila sebut makanan segera yang sedia ada dipasaran, korang mesti membayangkan menu yang digoreng dan ditambah dengan bahan perasa yang mungkin kurang sihat untuk badan kita. 

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Terbaru patik telah diperkenalkan dengan satu restoran yang diberi nama Epic Fit Meals Co dimana mereka menyediakan menu yang seakan-akan menu makanan segera, tetapi ianya disediakan dalam keadaan segar dan sihat. Kenapa patik katakan segar dan sihat?

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Menu mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis Ayam, Burger, Pizza hingga kepada Burrito yang telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM. Jadi korang tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangan ini.

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Mereka akan menyediakan menu korang apabila ditempah sahaja bagi mengekalkan kesegaran makanan apabila sampai ditangan penerima. Selain itu, ianya dimasak secara TANPA minyak dan hanya konsep bakar dan digoreng secara frying pan. 


MENU YANG TERDAPAT DI EPIC FIT MEALS 

Seperti yang patik katakan tadi, hidangan mereka adalah segar dan hanya dengan tempahan sahaja menu tempahan korang akan disediakan. Patik sendiri melihat sendiri apabila singgah makan di restoran mereka di Sunway 

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Untuk kunjungan kali pertama ini, patik telah dicadangkan untuk merasai menu seperti ini. Chicky Chummy (burger), Epic Chicken (ayam goreng) dan side epic (chicken pop corn & wedges). Bila merasai menu ini, apa yang boleh patik katakan ianya adalah sesuatu menu yang sedap dan segar.

Seperti yang diberitahu, penyediaan sos dan juga bahan perapan adalah tidak disimpan lama kerana bahan mereka tidak ditambah dengan bahan pernahan. Jadi mereka akan menyediakan bahan secara kerap.

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Oh yaaa sempena bulan Oktober 2017 ini, mereka sedang mengadakan promosi dimana setiap minggu mereka akan mengadapan diskaun yang sangat terkejut untuk korang. Jadi ape lagi jom ke Epic Fit Meals Co yang terdekat untuk merasai sendiri menu berkonsepkan sihat ni haa. 

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Bagi korang yang ingin mencuba menu sihat ini, korang boleh datang untuk makan disini atau korang boleh membuat tempahan dimana korang boleh membuat tempahan penghantaran secara PERCUMA dengan pembelian serendah RM20. Dalam masa 45 minit menu kegemaran korang akan sampai ke tangan korang. 

MENU SIHAT DARI EPIC FIT MEALS CO

Jadi apa kata, korang buat tempahan sekarang untuk promosi yang patik ceritakan tadi pada harga yang sangat berbaloi. Cuba dahulu dan rasai sendiri menu daripada Epic Fit Meals Co ini. 

Epic Fit Meals cawangan Damansara Perdana
E-105, Metropolitan Square,
 PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : +603 7733 3375

Epic Fit Meals cawangan Bandar Sunway
22, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway,
 46500 Subang Jaya, Selangor.

Tel : +603 5611 9988

Epic Fit Meals cawangan Mont Kiara
G-3A, Mont Kiara Meridin, Jalan Duta Kiara, 
Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Tel : +603 6211 7733


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG MENGIURKAN

$
0
0
MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG MENGIURKAN | Bila sebut menu Itali, patik sudah membayangkan menu seperti Spegeti, Pizza dan pelbagai jenis cheese. Rupanya baru patik tahusebenarnya menu Itali ni memang banyak dan korang harus cuba.

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Tempoh hari patik dan beberapa blogger lain telah berkesempatan untuk singgah di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Restoran yang diberi nama Restoran Villa Danieli merupakan restoran yang fokus pada menu Itali. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Konsep yang dibawakan disini adalah menu buffet tetapi keunikkan hidangan buffet disini, korang tidak akan melihat segala jenis hidangan dihidangakan diatas rak hidangan tetapi korang akan diberikan menu dan chef disini akan menyediakan menu berdasarkan tempahan pelanggan. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Jadi makanan yang korang akan terima adalah secara segar dan terus dari kuali berdasarkan menu yang tersedia didalam senarai menu. Memang sangat banyak dan korang boleh membuat permintaan sebanyak mana yang korang mampu untuk makan. Tiada siapa yang akan menghalang tempahan yang korang buat. Hehehe.

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Sebagai permulaan korang akan disajikan dengan susun atur pelbagai menu pembuka selera yang disediakan untuk si penggemar menu Itali. Dengan pelbagai jenis salad, makanan laut, keju yang pelbagai pasti akan membangkitkan aura menikmati hidangan makanan Itali. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Seperti yang patik katakan tadi, berkonsepkan dapur terbuka, korang boleh melihat chef di Restoran Villa Danieli ini menyediakan menu yang diminta oleh pengunjung disini. Patik sangat teruja kerana chef sini semuanya memang sangat profesional dan sangat cepat penyediaan makanan untuk sampai ke meja patik. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Ini adalah antara menu utama Itali yang boleh korang pilih dimana semuanya memang ada tertera didalam buku menu yang patik sebutkan tadi. Memang sangat mengiurkan. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Grilled Octopus with Cherry Tomato Basil Salad

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Whole Sea Bass Mediterranean Style

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Homemade Fettuccini Carbonara with Chicken

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Mussel Scoppiate

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Braised Lamb Shank With Polenta

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Mix Grilled Seafood Platter

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR
Pelbagai jenis roti Itali
Haa rasa terliur kan dengan menu yang patik sempat senaraikan. Sebenarnya ada lagi menu lain seperti Spagetthi Bologese dan juga pasta. Tapi atas sebab nafsu makan mengatasi segalanya, jadi tidak sempat patik kongsikan. Apa pun menu yang dihidangkan disini memang sangat sedap dan korang patik cuba sekali sekala menu berkonsepkan Itali. 

MAKANAN ITALI DI RESTORAN VILLA DANIELI, SHERATON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR

Bagi korang yang menggemari menu berkonsepkan Itali, korang boleh datang terus ke Restoran Villa Danieli, Hotel Sheraon Imperial Kuala Lumpur. Patik jamin korang akan merasai pengalaman menikmati menu Itali dengan harga yang sangat berbaloi.


Masa :
11 pagi hingga 3 petang
setiap hari AHAD sahaja

Harga :
RM121 nett/dewasa
RM60.50 nett/kanak-kanak (9-12 tahun)
(termasuk coffee dan teh)

Bagi korang yang inginkan maklumat lanjut, korang boleh gunakan informasi yang patik sediakan ini sebagai panduan untuk korang yang ingin datang kesini. 

Restoran Villa Danieli
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail, 
Kuala Lumpur, 
50250, Malaysia

No.Tel : 
03-2717 9922 | 03-2717 9900

Email: 
villa.danieli@sheraton.com

Tempahan secara atas talian:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<

PRODUK SALIMA SKIN SOLUTIONS MEMASUKI PASARAN MALAYSIA AKAN DATANG

$
0
0
SALIMA SKIN SOLUTIONS

PRODUK SALIMA SKIN SOLUTIONS MEMASUKI PASARAN MALAYSIA AKAN DATANG | Lambakkan produk kecantikan dipasaran masa kini telah memberi banyak peluang kepada orang ramai untuk membuat pilihan untuk kulit mereka. Termasuklah produk kecantikan dibawah jenama SALIMA SKIN SOLUTIONS

SALIMA SKIN SOLUTIONS

Tempoh hari patik telah berkesempatan menghadiri majlis perkenalan rangkaian produk kecantikan SALIMA SKIN SOLUTIONS ini yang bertempat di The Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Majlis telah diacarakan oleh Anis Al-Idrus dan majlis diberkati dengan bacaan doa daripada PU Taha

SALIMA SKIN SOLUTIONS
SALIMA SKIN SOLUTIONS

Kemeriahan majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada Amirah Othman dan juga Siti Nurdiana dengan mendendangkan lagu terbaru mereka. 

SALIMA SKIN SOLUTIONS

Seperti kata pengasas produk SALIMA SKIN SOLUTIONS, produk ini telah menjalani kajian yang lama sebelum dijual dipasaran. Produk yang diformulasi untuk membantu korang semua yang mempunyai masalah kulit tidak kira usia mahupun agama dan bangsa. 

SALIMA SKIN SOLUTIONS

Seperti kebanyakkan produk kecantikan dari luar negara, SALIMA SKIM SOLUTIONS adalah jenama luar negara yang satu-satunya mendapat sijil HALAL. Jadi bagi korang penggemar produk kecantikan luar negara tidak perlu ragu-ragu dengan produk ini.

SALIMA SKIN SOLUTIONS
SALIMA SKIN SOLUTIONS

Rangkaian produk SALIMA SKIN SOLUTIONS ini datang dalam 3 keadaan kulit merangkumi :

hyperpigmented / Aging Skin
Dehydrated / Sensitive Skin
Oily / Acne Skin

Jadi korang yang ingin menggunakan produk ini hendaklah mengetahui dahulu keadaan kulit korang sebelum menggunakan produk atau korang boleh bertanya mereka sendiri bagaimana menentukan keadaan kulit.

SALIMA SKIN SOLUTIONS
SALIMA SKIN SOLUTIONS

Bagi korang yang ingin mendapatkan rangkaian produk SALIMA SKIN SOLUTIONS ini korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:




>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


PRODUK IKAN BUNTAL PULAU PANGKOR BOLEH DIKOMERSIALKAN?

$
0
0


PRODUK IKAN BUNTAL PULAU PANGKOR BOLEH DIKOMERSIALKAN? | Siapa sangka ikan buntal bagi si kaki pancing yang tiada makna boleh dijadikan barang perhiasan. Sebenarnya patik pertama kali melihat dengan dekat ikan buntal bertukar menjadi hiasan yang boleh dikatakan unik. 


Semasa lawatan patik ke Kota Belanda, Pulau Pangkor, patik sempat menyinggah ketempat pengusahaan cenderamata yang terhasil daripada ikan buntal ini iaitu Abang Mohd Arshad B. Hj. Yusup atau dikenali sebagai Alang. Beliau merupakan salah seorang pengusaha cenderamata unik ini. 


Menurut Abang Arshad, ciri keselamatan semasa menggendalikan ikan buntal ini adalah sangat tinggi dan memerlukan perhatian yang tinggi kerana ikan buntal adalah terkenal dengan sifat racun yang sangat bahaya. 


Seperti kebiasaan, patik sempat mendengar penerangan Abang Arshad mengenai pembuatan cenderahati unik ini bermula dari awal sehinggalah terhasilnya bentuk ikan buntal yang kembang seperti ini. 


Rupanya ikan buntal tadi bukan sahaja boleh dijadikan benuk seekor ikan sahaja, malah ikan bunatal tadi boleh dinaik taraf menjadi pelbagai produk lain seperti jam, topi, hulu parang dan banyak lagi bergantung kepada permintaan pelanggan. 


Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada bentuk dan saiz perhiasan yang terhasil bermula pada harga RM30 dan kadang kala boleh pergi sejauh RM300.

Secara kesimpulan apa yang boleh patik simpulkan adalah, produk unik yang terhasil daripada ikan buntal ini boleh dikomersialkan daripada dibazirkan ikan yang dianggap tidak memberi faedah kepada nelayan sering memperoleh ikan buntal didalam pukat mereka. 

Bagi korang yang datang ke Pulau Pangkor, korang boleh datang ke Kota Belanda dan cari Abang Arshad untuk melihat produk unik daripada ikan buntal itu sendiri. 


AYAMAS PERKENAL MENU READY TO EAT YANG SANGAT MUDAH

$
0
0

AYAMAS PERKENAL MENU "READY TO EAT" YANG SANGAT MUDAH | Hari ini kebanyakan orang agak sibuk dengan pekerjaan harian masing-masing sehinggakan kadangkala terabai bab memilih makanan. 

Bila menyebut bab makanan, menu yang paling ringkas kalau boleh disediakan akan menjadi pilihan orang ramai. Sama juga patik yang agak sibuk dengan aktiviti harian dan menu yang ringkas dan cepat akan menjadi pilihan patik untuk makan bersama keluarga. 


Tempoh hari patik terlah menerima jemputan daripada pihak AYAMAS yang berlokasi di Shah Alam bagi sesi perkenalan produk terbaru daripada mereka yang diberi nama Ayamas Kitchen Ready To Eat. 


Produk sedia dimakan atau ready to eat daripada AYAMAS ini merupakan makanan sejuk beku yang telah siap disediakan sebelum disejukbeku. Jadi korang yang ingin menikmatinya perlu memanaskan samada menggunakan microwave atau pun pengukus sebelum menjamahnya.  


Encik Rafiq Moosa yang merupakan Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd sempat berkongsi cerita mengenai produk sedia dimakan memang telah lama wujud di Malaysia dan selalunya ia begitu sinonim dengan mereka yang begitu sibuk dengan aktiviti harian dan sebagai merancakkan permintaan ini, AYAMAS telah mengeluarkan 3 menu yang boleh dicuba oleh orang ramai 


Sesuai dengan kehidupan trend terkini sibuk , Ayamas Kitchen mengeluarkan produk yang sedia di makan iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega. 

Nasi Kandar Ayam Masala – RM 7.90

Nasi Pilaf Ayam Mentega – RM 8.50

Nasi Briyani Bukhara Ayam – RM 8.50
Seperti yang patik katakan tadi, menu Ready To Eat ini memang mudah semudah ABC dan ianya memang disediakan dengan cara yang bersih dan segar. Untuk menikmati pek mudah ini, cara Penyediaan Produk Ayamas Ready To Eat adalah:

  1. Keluarkan dari peti sejuk, biarkan ia seketika dalam 2 minit
  2. Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik.
  3. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit.
  4. Keluarkan dan sedia untuk dimakan. 

Seperti biasa selepas sesi perkenalan menu, patik berpeluang untuk merasai sendiri 3 menu yang ditawarkan kepada pelanggan diluar sana. Sejujurnya patik suka akan idea yang cuba ditonjolkan oleh Ayamas Kitchen sebagai memenuhi kehendak pelanggan masa kini. 


Diantara 3 menu yang patik cuba, patik lebih gemari menu Nasi Pilaf Ayam Mentega yang bagi patik ianya lebih ringan dan kurang berempah berbanding 2 yang lain. Lepas ni menu ini akan menjadi simpanan patik didalam peti sejuk beku patik dirumah nanti. 


Bagi korang yang berminat untuk mencuba 3 menu sedia dimakan atau Ready To Eat ini, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik sediakan dibawah ini.


>> WEBSITE | FACEBOOK<<


PRODUK HIMALAYA HERBALS YANG WAJIB KORANG TAHU

$
0
0
HIMALAYA HERBALS


PRODUK HIMALAYA HERBALS YANG WAJIB KORANG TAHU  | Sebenarnya patik telah mengenali produk Himalaya Herbals ini sudah lama dan tidak pernah mencubanya sehinggalah seroang rakan blogger patik memperkenalkan patik dengan produk ini semasa percutian patik ke Luang Prabang tempoh hari. Korang boleh baca [DISINI]

Tak sangka produk Himalaya Herbals ini memang memahami kehendak pelanggannya dengan memastikan korang yang gemar bercuti keluar boleh membawa produk ini bersama mereka semasa bercuti. 

HIMALAYA HERBALS

Tempaoh hari semasa patik bercuti ke Lost World of Tambun, Perak, produk Himalaya Herbals ini telah menjadi peneman patik sepanjang bercuti disana. Memang sangat mudah dan ianya memang bersesuaian tidak kira korang boleh pakainya dirumah atau bawanya semasa korang bercuti dan sekarang produk Himalaya Herbals ini telah menjadi produk yang WAJIB ada dimana-mana patik berada. Hehehe. 

COMPLETE CARE TOOTHPASTE

HIMALAYA HERBALS

Ubat gigi Complete Care Toothpaste ini yang bagi patik agak unik rasanya kerana bahan penghasilannya adalah daripada bahan tumbuhan dan TIADA PARABENS yang dikatakan boleh menghakis gigi dengan cepat. 

KOFLET LOZENGES 

HIMALAYA HERBALS

Koflet Lozenges ini adalah sejenis gula-gula berubat ini sesuai untuk korang yan mengalami ketidakselesaan pada tekak. Rasa dia yang sedikit berangin memang sesuai untuk melegakan sakit tekak. 

NEEM CAPSULE 

HIMALAYA HERBALS

Neem Capsule ini dihasilkan daripada tumbuhan herba dari Pokok Semambu. Baru patik tahu yang pokok semambu banyak khasiat untuk luaran dan juga dalaman badan dan dengan adanya capsul Neem ini, ianya memudahkan pengguna untuk mengamalkannya. 

PROTEIN SHAMPOO GENTLE DAILY CARE

HIMALAYA HERBALS

Bagi korang yang mengalami masalah rambut, produk daripada pokok semambu yang telah menjadi Protein Shampoo Gentle Daily Care. Ianya memang baik dan boleh merawat rambut korang menjadi lebih baik. 

PURIFYING NEEM FACE HERBAL

HIMALAYA HERBALS

Kebaikan Pohon Semambu memang tidak perlu dinafikan lagi. Pencuci muka Purifying Neem Face Wash ini pula dibuat daripada campuran Pokok Semambu yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Patik sukakan teksturenya kurang berbuih dan boleh membantu memperbaiki kulit wajah patik. Patik berpuas hati dengan produk wajah ini. 

CLEAR COMPLEXION WHITENING DAY CREAM 

HIMALAYA HERBALS

Bagi korang yang selalu berjemur diluar rumah atau banyak menghabiskan masa diluar, elok korang cuba Clear Complexion Whitening Day Cream. Ini boleh membantu memberi keseimbangan pada tona kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berlebihan. Jadi kulit korang boleh dilindungi dari sinaran dan mengelakkan menjadi gelap. 

HIMALAYA HERBALS

Secara keseluruhan, patik sangat berpuas hati dan telah menjadi pengguna kepada produk Himalaya Herbals ini. 


Sekarang ini tiada lagi masalah untuk merapikan diri dengan produk Himalaya Herbals kerana mereka sangat memahami kehendak kita sebagai pengguna tidak kira untuk kegunaan dirumah mahupun ketika korang melakukan kerja luar. 

Bagi korang yang ingin memilik dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM<<


MENEROKAI 6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK BAGI MENGUJI KETAHANAN DIRI

$
0
0
6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

MENEROKAI 6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK BAGI MENGUJI KETAHANAN DIRI | Patik sebenarnya bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti lasak seperti memanjat bukit dan meneroka gua. Tapi boleh dikatakan patik pernah melakukan aktiviti seperti ini. 

Terbaru patik dan beberapa lagi rakan blogger lain telah berkesempatan untuk merasai pengalaman menyelusuri keindahan gua batu kapur disebuah gua yang diberi nama 6th Mile Tunnel Lost World Adventure Park yang terletak di Lost World of Tambun

Sebenarnya patik telah sampai di Lost World of Tambun ini sudah beberapa kali tetapi ini adalah kali pertama patik diberitahu yang aktiviti seperti ini boleh kita lakukan disini. Bagaimana keadaan. perasan dan pengalamannya? Teruskan pembacaan korang didalam entri ini.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Sebelum memulakan penerokaan 6th Mile Tunnel Lost World Adventure Park, kami dilengkapi dengan pakaian keselamatan termasuklah helmet, pelampung keselamatan dan juga kasut yang sesuai sepanjang perjalanan sepanjang didalam gua. Khabarnya perjalanan sepanjang 6th Mile Tunnel Lost World Adventure Park ini memakan masa 3 jam pergi dan balik.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki boat ini untuk menuju keseberang sana dimana perjalanan kami akan bermula diseberang sana. Perjalanan menaiki boat ini memasakan masa lebih kurang 15 minit korang akan dijamu dengan pemandangan yang indah sekeliling dan juga ikan yang banyak didalam Tasik Bogo ini.

Oh yaaa lupa nak kongsikan, Tasik Bogo ini adalah tasik bijih timah yang telah ditinggalkan oleh pengusaha bijih timah suatu masa dahulu.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Sesampai ditebing tasik, kami dikehendaki melalui kawasan perubahan yang boleh patik katakan sebagai kawasan elit. Sepanjang perjalanan ke Adventure Park, kami diingatkan supaya tidak membuat bising dan juga memetik tanaman yang ditanam oleh penduduk perumahan ini.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Tadaaaa akhirnya kami semua sampai di Adventure Park dimana 6th Mile Tunnel bermula. Sebelum kita merasai azab yang bakal kami tempuh, apa kata kita bergambar kenangan dahulu. Hehe.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Sebelum memulakan penerokaan 6th MileTunnel ini, kami diberi penerangan ringkat berkenaan keselamatan semasa melalui gua nanti. Apa yang patik tahu kami akan melalui laluan gua yang gelap dan akan menyusuri gua bersungai yang gelap. Selain itu kami juga diingatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek berkilau seperti kristal kerana ianya akan menyebabkan terbantut pertumbuhannya.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Untuk memasuki mulut gua, kami dikehendaki untuk menyeberangi kawasan paya ini sebelum kesana. Korang akan merentasi paya ini dengan menggunakan tali yang direntasi sepanjang paya sehingga ke mulut gua dengan berenang. Mujurlah kami dilengkapi dengan jaket keselamatan. Kiranya patik yang tidak boleh berenang boleh selamat menyeberangi paya ini.

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Bila sampai dimuka pintu gua, perasaan lega sebab melepasi paya telah berjaya dan sekarang debaran akan kita hadapi untuk merentasi gua 6th Mile Tunnel ini. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam pergi dan balik

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Untuk pengetahuan korang, perjalanan sepanjang gua ini memerlukan korang menggunakan lampu suluh kepala bagi menyinari laluan didalam gua ini. Kami juga sering diingatkan untuk tidak mengganggu apa yang ada didalam gua ini termasuklah kristal didinding gua dan juga kelawar yang menjadi penunggu disini. 

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Jujur patik katakan gua ini ada keunikkan dia sendiri. Dengan batuan batu kapur yang cantik, gua ini dipenuhi dengan batuan kristal yang masih tumbuh aktif didalamnya. Perjalanan yang berair sepanjang didalam gua ini membuatkan patik sejuk. Mana tidaknya dari mula kami terednam didalam air bermula sedalam paras buku lali sehingga paling dalam setinggi pinggang. Memang kecut semua haaa. Hehehe

6TH MILE TUNNEL LOST WORLD ADVENTURE PARK

Secara keseluruhan, patik sangat seronok dengan aktiviti seperti ini. Korang yang datang ke Lost World of Tambun, jangan lupa untuk tidak melepaskan peluang untuk turut serta didalam aktiviti agak lasak ini di 6th Mile Tunnel Lost World Adventure Park. Untuk sebarang informasi lanjut, korang boleh dapatkan seperti dibawah.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<




Kredit foto: www.dikbee.com, www.rafzantomomi, www.projektravel.com

LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT

$
0
0

LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT | Tempoh hari patik sempat bersama rakan sekerja di UPM telah mengadakan lawatan singat ke Zoo Negara Malaysia yang terletak di Ulu Klang Kuala Lumpur.  

Untuk pengetahuan korang, zoo ini merupakan zoo yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. 

Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

ZOO NEGARA MALAYSIA

Patik bersama 2 rakan lain telah tiba di Zoo Negara seawal 8.00 pagi dimana waktu ini adalah waktu dimana semua sukarelawan akan tiba dan bersedia sebelum orang ramai tiba tepat jam 10.00 pagi apabila pintu pagar dibuka. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Seperti yang patik bagitahu pada awalan penulisan, tujuan patik dan rakan sekerja lain datang ke Zoo Negara ini adalah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada haiwan angkat jabatan patik yang diberi nama UPEH

ZOO NEGARA MALAYSIA

Sebelum ke majlis penyampaian simbolik cek kepada pihak Zoo Negara, kami semua dibawa ke suatu ruangan dimana kami diminta untuk menunggu CEO dan juga Marketing Manager untuk bertemu dengan kami. Sempat jugalah berbual sambil bertukar-tukar pandangan terhadap kebaikan Zoo Negara

ZOO NEGARA MALAYSIA

UPEH atau nama singkatan kepada UPM Environmental and Occupational Health Society adalah seekor kancil yang kecil bentuknya yang menjadi haiwan angkat bagi persatuan dibawah jabatan patik berkhidmat.

ZOO NEGARA MALAYSIA

Sifatnya yang licik dan aktif memberi makna yang kami mesti betindak aktif dan licik didalam semua hal tidak kira apa yang kita lakukan. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Majlis penyerahan simbolik cek ini telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Prof. Dr. Zailina Hashim kepada Marketing Manager, Zoo Negara Malaysia

ZOO NEGARA MALAYSIA

Selain kami rakan sekerja, pelajar dibawah jabatan yang sama-sama memeriahkan majlis telah menjadi sukarelawan turut hadir. Mereka sebenarnya telah sama-sama menjadi sukarelawan dalam proses pembersihan kandang bagi haiwan yang diminta. 

Oh yaa lupa patik ingin sampaikan. Bagi korang yang ingin menjadi sukarelawan bersama Zoo Negara, korang boleh menghubungi pihak Zoo Negara untuk sebarang tempahan slot waktu. Sebenarnya patik tidak pernah menjadi sukarelawan tetapi patik hanya menjadi pegawai pemantau untuk aktiviti pelajar dibawah jabatan patik. 

Sebenarnya Zoo Negara ini sangat luas dan memang banyak species haiwan yang terdapat disini. Kalau nak berjalan pusing satu Zoo Negara memang memakan masa yang lame, jadi patik sempat melawat beberapa tempat disini termasuklah tempat wajib sekiranya datang kesini iaitu melihat Panda Malaysia ini. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Jujur ini adalah kali pertama patik melihat secara dekat 2 Panda Malaysia yang diberi nama XingXing dan Liang Liang yang telah berada di Malaysia lebih kurang 3 tahun. Kelibat mereka ini memang sangat comel. Geram jeee tengok mereka ni.

ZOO NEGARA MALAYSIA
ZOO NEGARA MALAYSIA

Apa yang boleh patik katakan gelagat mereka ini memang akan menjadikan korang sangat seronok berada disini sampaikan korang pun lupa yang korang sudah berada didalam kawasan ini dengan sangat lama. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Selesai melihat gelagat Panda Malaysia itu, patik bergerak ke persembahan haiwan. Persembahan ini melibatkan beberapa haiwan termasuklah burung, anjing laut dan beberapa haiwan lain. Memang cerdik mereka semua ni. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Berikut adalah harga yang ditawarkan kepada pengunjung yang ingin datang kesini bersama keluarga ataupun mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan kesini. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Apa pun patik seronok sebab dapat kembali kesini semula selepas beberapa tahun tidak kesini. Yang patik ingat kali terakhir adalah pada zaman sekolah mungkin 10 tahun yang lalu dan banyak perubahan berlaku didalam Zoo Negara Malaysia ini. 

Bagi korang yang inginkan lebih informasi berkenaan harga tiket, masa persembahan dan sebagainya, ni haa patik ada sediakan informasi yang mungkin boleh membantu korang dalam perjalanan ke Zoo Negara Malaysia ini. Sehingga jumpa lagi yee. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK<<



KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH

$
0
0
KOLEKSI TARI SERUMPUN

KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH | Sebenarnya patik sangat menggemari benda-benda yang kearah kebudayaan ni termasuklah tarian dan pementasan. 

Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger lain telah berpeluang untuk memeriahkan persembahan Koleksi Tari Serumpuan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama MaTic Kuala Lumpur.

Persembahan Koleksi Tari Serumpun ini telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTic, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ramai tetamu yang gemarkan tarian kebudayaan.

Permulaan persembahan dimulakan dengan tarian pembukaan Tarian Meracap Inai. Tarian Meracap Inai merupakan tarian yang berasal daripada tarian istana. Selalunya tarian ini ditarikan dihadapan Sultan dan pembesar negara. 

Meracap Inai
Meracap Inai
Tarian ini dipersembahkan dengan menggunakan peralatan alat tari menyerupai bunga emas dan diterangi dengan pelita kecil yang melambangkan kebahagian. Selalunya tarian ini ditarikan dengan jumlah yang ganjil dan secara berpasangan lelaki dan perempuan. Persembahan ini ditarikan oleh pelajar daripada UPSI, Aswara dan Pe-Zapin.

========

Selesai persembahan pembukaan, untuk set pertama kami disajikan dengan 3 tarian rumpun Melayu yang sinkretik dan teradun dengan unsur ritual atau kepercayaan iaitu Rodat, Dabus dan Kuda Kepang.

Rodat adalah salah satu tarian tradisional dari Negeri Terengganu. Ada yang mengatakan bahawa tarian ini datang dari tanah Arab. Perkataan "Rodat" berasal daripada gabungan "Madrah"dan "Baghdad".

Rodat
Rodat
Gabungan muzik, tarian dan lagu menjadikan Rodat di Terengganu mengalami perubahan lebih-lebih lagu didalam perubahan pergerakan tarian. Pergerakan asas bagi tarian ini melibatkan duduk melutut, bertinggung dan juga berdiri melibatkan penari lelaki yang akan menarikan tarian ini. 

Persembahan tarian seterusnya adalah Dabus. Tarian Dabus ini agak popular disesetengah kawasan terutamanya di Negeri Perak dan dikatakan pertama kali dipersembahkan di Pasir Panjang, Setiawan. 

Dabus
Dabus
Mengikut kepercayaan,tarian ini dikatakan boleh menyembuh dan menghidari daripada penyakit daripada merebak. Tarian ini menggabungkan nyanyian, tarian dan kebolehan penggunakan "anak dabus" iaitu sejenis alat tajam yang mempunyai loceng diatasnya. Didalam tarian ini penari akan menggunakan "anak dabus" untuk mencederakan diri sendiri tetapi tiada kecederaan kelihatan.

Tarian terakhir yang menonjolkan unsur ritual dan kepercayaan adalah tarian Kuda Kepang. Kuda Kepang ini ditarikan dengan menggunakan peralatan kuda yang diperbuat daripada mengkuang lalu dibentukkan menjadi seperti seekor kuda. 

Kuda Kepang
Kuda Kepang
Penari akan meletakkan replika kuda tadi diantara kaki penari dan mula menari seakan-akan menunggang kuda. Tarian ini dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Jawa yang terhijrah kesini dan akhirnya meresap kedalam kebudayaan Melayu. 

=========

Persembahan set kedua seterusnya ini adalah tarian yang dibawakan khas dari Indonesia dimana tarian ini adalah terkandung dalam Ronggengan Melayu di Nusantara. Untuk sesi ini terdapat 3 jenis tarian yang ditarikan oleh kumpulan Sanggar Tari Hang Tuah, Medan, Indonesia.

Sanggar Tari hang Tuah, Medan Indonesia

 =======

Untuk set ketiga dimana segala jenis zapin di Kepulauan Borneo dipersembahkan. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik mengetahui rupanya zapin juga terdapat ditempat lain selain Negeri Johor. Zapin yang korang akan saksikan ini adalah Zapin Sebat, Zapin Tenglu, Zapin Brunei dan Jepin Suara Siam

Zapin Sebat berasal dari Kampung Sebat, Daerah Kecil Sematan, Lundu dan merupakan tarian Melayu Sarawak yang dibentuk dengan satu bentuk tarian yang mengekalkan asas-asas gerak langkah seperti sembah mula, mula langkah, mula langkah pusing, mabuk kemenyan, langkah tiga, tumpah madu, bermain gelombang, meniti gigi air, gigit lembadak, berdayung dan langkah sebaya. 

Zapin Sebat
Zapin Sebat
Zapin Sebat mempunyai sebelas ragam gerak. Zapin Sebat mempunyai pergerakan beralun yang terkawal seperti mengikut ombak laut yang tenang. Kebiasaannya tarian dari masyarakat Melayu ini  ditarikan pada malam berinai sebelum persandingan. 

Sekarang, Zapin Sebat bukan sahaja dipersembahkan di majlis perkahwinan malah dipersembahkan di majlis-majlis rasmi kerajaan dan juga persembahan pentas. Tarian zapin mempunyai kaitan dengan kedatangan Islam ke Sarawak pada abad ke-15 terutamanya suku kaum Melanau, Bisaya dan Kedayan. 

Zapin Tenglu ini merupakan salah satu tarian zapin yang terdapat di Mersing, Johor. Zapin Tenglu  dipengaruhi oleh pergerakan dari Zapin Pekan (Pahang) dan Zapin Banjar (Banjarmasin, Indonesia). 

Menurut pewaris kepada pengasas tarian ini, Puan Habsah Mohamed yang berasal dari Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar, Mersing, tarian ini dipelajari daripada seorang guru tari yang berasal dari Banjarmasin ketika beliau berusia 14 tahun. 

Zapin Tenglu
Zapin Tenglu
Tarian ini mempunyai asas gerak tari pada langkah tiga, dari langkah tiga ke langkah satu dan seterusnya. Terdapat juga gerak tari yang dipanggil Susur Titi, Langkah Pusing Melayang dan Langkah Susur Ayam Patah. 

Keunikan tarian ini, tangan kiri menyinsing kain dan tangan kanan berkayuh sementara bahu akan digerakkan sekali-sekala. Pada zaman dahulu, tarian ini ditarikan di atas tikar mengkuang bagi mengukur kemahiran seseorang penari agar alasnya tidak berubah tempat daripada kedudukan asal dan tidak berlipat-lipat.

Zapin Brunei ini dipersembahkan oleh orang Melayu Brunei yang tinggal disekitar Labuan dan sebahagian daripada Negeri Sabah. Tarian ini menggambarkan budaya masyarakat Brunei. 

Zapin Brunei
Zapin Brunei
Zapin Brunei ini menonjolkan pengaruh islam dan kadang kala dipersembahkan bersama penyanyi didalam sebuah majlis seperti majlis perkahwinan. Lagu yang digunakan adalah seperti Umang Ting Ting, Adai-Adai dan Sayang Salmah

Zapin Suara Siam atau lebih dikenali sebagai Zapin Suara Sembilan atau Zapin Tidung ini sinonim dengan Masyarakat Tidung di Sabah. Tarian ini diasaskan oleh Arwah Ahim Bin Ayob sekitar tahun 1960 an di Kampung Muhibah Raya.

Zapin Suara Siam
Zapin Suara Siam
Tarian ini kemudiannya ditarikan oleh masyarakat Tidung di Felda Umas, Tawau. Pada tahun 2008, Zapin Suara Siam telah diperkenalkan dan dipersembahkan pada Festival Zapin Nusantara II di Johor. Keunikkan tarian ini adalah pada langkah tari yang berbanding daripada tarian zapin lain. 

==========

Untuk set keempat ini pula akan mengetengahkan tarian berelemen cerita rakyat. Tarian ini termasuklah Serng Krapo, Tempurung & Tumbuk Kalang, Jong-Jong Inai dan Wau Bulan

Serng Krapo adalah tarian rakyat masyarakat Thailand dimana "Krapo" adalah perkataan Thailand bermaksud tempurung. Tarian ini menggambarkan aktiviti masyarakat dimana penari memegang 2 tempurung kelapa dimana pergerakkannya melibatkan melambung, menggoncang dan mengetuk tempurung dengan sopan. 

Serng Krapo
Serng Krapo
Selalunya tarian ini akan ditemani dengan bunyian pong lang, iaitu sebatang kayu yang dihentak secara berturutan menghasilkan bunyian yang seirama. 

Tarian Tempurung dan tarian Tumbuk Kalang direka oleh Md. Ali Iskak (Alias Danny) sekitar tahun 1974 untuk Kompleks Kebudayaan Kebangsaan. Inspirasi tarian ini adalah daripada irama Tumbuk Kalang daripada Negeri Sembilan dan beliau menghasilkan Tarian Tempurung sebegai pelengkap bagi bunyian alatan pulukan alu dan lesung, pukulan buluh dan hulu. Penari akan akan membuat pergerakkan mengikis dan 

Tempurung &Tumbuk Kalang
Tempurung & Tumbuk Kalang
Penari akan membuat ketukkan pada tempurung dan ada juga penari yang membuat ketukan pada buluh dan hulu maka terhasillah irama yang menarik. Tarian yang boleh dikatakan berirama laju ini akan ditarikan oleh penari lelaki dan wanita. 

Tarian Jong-Jong Inai ini adalah sebuah tarian kegembiraan selepas menuai. Kebiasaanya orang dahulu akan meraikan selesainya sesi menuai padi. Adaptasi daripada aktiviti menuai ini maka terhasillah Tarian Jong-Jong Inai ini. 

Jong-Jong Inai
Jong-Jong Inai
Tarian keramaian ini memang sangat meriah dan koreografinya memang akan mengundang untuk sama-sama menari. Lagu Jong-Jong Inai ini juga merupakan lagu rakyat yang memang popular sejak dari dahulu lagi. 

Bagi Tarian Wau Bulan, tarian ini menggambarkan pergerakan sebuah layang-layang gergasi (Wau Bulan) yang terbang semasa selepas selesainya aktiviti menuai.

Wau bulan
Wau bulan
Pergerakkan seperti menarik, melepas dan melukis diatas layang-layang juga digambarkan didalam tarian ini. Boleh dikatakan tarian ini adalah melambangkan semua aktiviti yang berkaitan dan permainan wau dikawasan sawah bendang. 

KOLEKSI TARI SERUMPUN

Apa pun patik seronok dan dapat juga mengetahui tarian yang belum patik kenali seperti tarian zapin yang luar dari Negeri Johor. Apa pun tahniah untuk semua penari yang menjayakan persembahan Koleksi Tari Serumpun

KOLEKSI TARI SERUMPUN

Terima kasih kepada pihak Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara atas jemputan ini dan diharap agar akan ada lagi persembahan yang bercorak kebudayaan seperti ini. Bagi korang yang ingin tahu perkembangan berkenaan apa jua program, ni haa patik sediakan link yang boleh membantu korang nanti.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTARGAM<<






KESERONOKKAN SAMBUTAN TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017 (TICD2017)

$
0
0
TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

KESERONOKKAN SAMBUTAN TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017 (TICD2017) | Tioman Conservation Day 2017 (TICD2017) adalah acara tahunan yang diadakan oleh Berjaya Resort Tioman Island bagi memelihara perairan sekitar pulau supaya lebih bersih dan menjadikan tarikan untuk para pelancong.

Program tahunan ini telah berjaya menarik ramai penyelam untuk sama-sama bersama dalam meraikan sambukan Tioman Island Conservation Day 2017.

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Tempoh hari patik dan beberpa rakan blogger telah dijemput untuk sama-sama merasai sambutan Tioman Island Conservation Day 2017 di Berjaya Resort Tioman Island. Perjalanan kami  yang memakan masa lebih kurang 6 jam bermula dari Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam dengan menaiki bas.

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Kami tiba di Terminal Feri Tanjung Gemuk lebih kurang 6.30 pagi. Kami sempat beersarapan pagi disekitar jeti dan sambil menunggu feri yang akan bertolak dari jeti lebih kurang jam 8 pagi.

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Lebih kurang jam 8.00 pagi, masa berlepas telah tiba. Kami semua telah dibawa menaiki Feri Cataferry. Untuk pengetahuan korang, Feri Cataferry yang patik naiki ini memang sangat selesa dan agak mewah bila memasuki ruangan dalaman. Yang paling menarik, mereka juga mempunyai anak kapal sama seperti kapal terbang yang sentiasa bersama kami sepanjang pelayaran.


BERJAYA RESORT TIOMAN ISLAND 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Setibanya di Berjaya Resort Tioman Island, patik dan semua rakan media lain telah disambut dengan menghidangkan buah kelapa sebagai minuman selamat datang kepada kami. Kiranya hilang dahaga selepas beberapa lama berada didalam feri dan perasaan tidak sabar untuk measuk kebilik adalah sangat tinggi.

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Kami semua dibahagi-bahagikan bilik dan semua diminta pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan bersiap untuk program yang telah dirancang sepanjang disini. Nasib patik agak baik kerana patik telah ditempatkan di bilik jenis Dulexe Chelet yang menghadap pantai. Kiranya deruan ombak tu memang akan kedengaran dari bilik patik. 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Untuk pengetahuan korang harga balik bilik jensi Deluxe Chelet ini adalah lebih kurang RM330 untuk 1 malam. Menariknya chelet disini adalah kerana sebuah rumah mempunyai 4 bilik chelet dimana 2 dibahagian bawah dan 2 lagi dibahagian atas. Secara keseluruhan, patik sangatberpuas hati dengan keadaan bilik ini yang memang besar, selesa dan berbaloi dengan harga sedemikian. 


TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Tioman Island Conservation Day 2017 ini adalah aktiviti tahunan anjuran Berjaya Resort Tiiman Island yang khabarnya telah berlangsung sejak tahun 2010. Aktiviti ini berjaya menarik minat ramai penyelam dan juga masyarakat sekeliling datang untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Tioman Island Conservation Day 2017. Sepanjang berlangsungnya Tioman Island Consevation Day 2017 ini, banyak aktiviti yang disusun untuk kami dan juga pengunjung lain.

MEMBINA CORAL STRUCTURE

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Sebenarnya ini adalah kali pertama patik terlibat secara langsung dalam membantu dalam memelihara dan memulihara khazanah laut seperti membina struktur untuk karang dilaut. Rupanya untuk membina struktur ini, korang tidak perlu bahan yang mahal sebaliknya hanya menggunakan bahan yang sedia ada disekeliling untuk membina rumah bagi karang. 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Anak-anak karang akan diikat pada jaring hijau ini dan lama-lama ianya akan tumbuh membesar dengan adanya tempat yang sesuai. Seperti yang patik katakan tadi, kali ini katil besi lama telah dibentuk menjadi sturktur berbentuk A dan kemudian ditenggelamkan kedasar laut. 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Memandangkan patik dan rakan media lain tidak mempunyai lesen menyelam, maka biarlah yang pakar mengendalikan apa yang perlu. Seramai lebih kurang 20 orang penyelam telah sama-sama dalam sambutan ini dimana kali ini mereka akan menenggelamkan beberapa struktur besi kedasar laut. 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Seperti apa yang diberitahu, pihak Berjaya Resort Tioman Island telah menenggelamkan rangka sebiji bas dimana lokasinya adalah lebih kurang 200 meter dari Berjaya Tioman Resort Dive Centre

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017
Kredit foto: Tian Chad

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017
Kredit foto: Tian Chad

Beginilah keadaan didasar laut dimana aktiviti membiakkan karang dilakukan oleh para penyelam yang datang. Semoga dengan kesedaran ini sedikit sebanyak membantu memulihara keadaan batu karang didasar laut untuk generasi masa hadapan.

MEMBERSIH PANTAI

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Selain aktiviti membuat structure bagi karang, kami juga terlibat sama dalam membersihkan persisiran pantai. Apa yang patik boleh katakan, walaupun pantai ini sudah sedia cantik, masih perlu dijaga dan dipelihara keadaannya. 

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Jadi, kami telah sama-sama bergotong royong membersihkan persisiran pantai dengan mengutip segala apa yang kami jumpa untuk dibuang secara sempurna. Selalunya apa yang kami jumpa adalah plastik lama yang agak lama yang datangnya daripada 

MENANAM POKOK KELAPA

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017
  
Selain aktiviti membina struktur karang dan juga membersihkan pantai, satu lagi aktiviti yang disusun untuk kami semua iaitu aktiviti menanam pokok kelapa. Kebiasaan bila sebut pantai jee, sudah pasti korang terbayangkan lambaian pohon kelapa. Jadi dengan aktiviti menanam pohon kelapa ini bukan sahaja boleh memghijakan kawasan sekeliling pantai, ianya akan menjadi tanda keindahan sesebuah pantai.

TIOMAN ISLAND CONSERVATION DAY 2017

Menariknya, setiap seorang daripada kami akan diberikan anak pokok untuk ditanam dan sekiranya korang datang kesini lagi korang bolehlah melihat keadaan pokok korang samada masih hidup ataupun telah ditelan bumi. Hehheheh.

Apa pun patik seronok sepanjang berada di Pulau Tioman yang mana ini adalah pertama kali patik sampai kesini. Semua yang patik rasai memang berbaloi bermula dari harga bilik yang berbaloi, keadaan sekeliling yang mendamaikan, makanan yang sedap sepanjang disini dan yang paling seronok pantai yang cantik.


Apa pun terima kasih kepada Berjaya Resort Tioman Island atas jemputan untuk turut sama didalam Tioman Island Conservation Day 2017 (TICD 2017) ini dan diharap projek dapatlah menjadi acara tahunan di Pulau Tioman ini supaya khazanah laut akan terus terjaga demi memastikan generasi akan datang kenal akan keindahan pantai di Malaysia. 

MYDELICACIES PUSAT SEHENTI PRODUK MAKANAN MUSLIM

$
0
0
MyDelicacies

MY DELICACIES PUSAT SEHENTI PRODUK MAKANAN MUSLIM | Patik ni jenis yang suka makan kudap-kudap kalau sambil-sambil tengok TV. Tapi kadang tu kudap-kudap seperti kerepek ke kekacang ke kena tunggu nak dekat raya baru macam-macam jenis kudapan laa akan keluar. 

MyDelicacies

Kadang tu bagus juga dengan adanya enjin carian di google. Apa yang korang inginkan, google boleh membantu. Jadi patik mulakan pencarian dan patik terjumpa satu jenama MyDelicacies. MyDelicacies merupakan pusat sehenti dimana mereka menjadi pembekal produk makanan muslim kepada masyarakat. 


PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH MYDELICACIES 

Seperti yang patik katakan pada awal tadi, My Delicacies terbina sebagai pusat sehenti bagi peniaga luar (vendor) yang ingin meletakkan produk mereka disini. Apa yang seronoknya vendor akan diberi jalan, peluang dan ruang untuk berniaga. Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketing turut disediakan.

MyDelicacies

Selain itu MyDelicacies akan membantu dari segi promosi yang berterusan di media sosial selama  dan juga promosi selama 365 hari di semua kedai, kiosk serta booth bergerak MyDelicacies.

MyDelicacies menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia dimakan yang berkualiti dan semestinya sedap seperti makanan tradisional, kuih raya, kerepek, dodol, daging serunding dan yang paling hangat adalah sambal hitam menangis, sambal kicap, sambal tempoyak dan sambal ikan bilis.

Bagi korang yang jenis berniaga, disini juga menyediakan jualan secara borong dan kalau korang ingin membeli secara runcit juga disediakan.


MATLAMAT MYDELICACIES 

Setiap perniagaan sudah tentu ada matlamatnya kan? Begitu juga dengan MyDelicacies ini. Jenama ini ditubuhkan oleh Puan Suhaily Hamzah pada tahun 2015 untuk membantu suri rumah serta usahawan kecil yang mempunyai produk tetapi ada masalah dalam bagaimana untuk mempromosikan produk mereka.

MyDelicacies

Dengan penubuhan MyDelicacies ini sekaligus mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017 dan usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga MyDelicacies. Sehingga kini jenama ini telah ada 2 cawangan iaitu di Jakel Mall dan Medan MARA.

Jadinya korang yang inginkan produk makanan yang sedia dimakan, bolehlah datang dan melihat produk apa yang korang berkenan untuk dibawa pulang nanti. Bagi korang yang inginkan produk yang patik katakan tadi, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.



Lokasi:
PC 102, Busana Mara 232,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

Lot G.04, (Ground Floor) ,
Signature A&B Lot 159, Jakel Square,
Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur.

Telefon:
014-220 9897

Email: 
mydelicacies17@gmail.com










YOGYAKARTA KOTA ISTIMEWA YANG MENGUJAKAN

$
0
0
KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

YOGYAKARTA KOTA ISTIMEWA YANG MENGUJAKAN | Bila kita sebut Kota Istimewa  Yogyakarta, patik yakin rakan-rakan travel dari Malaysia khasnya sudah sedia maklum keindahan yang ada disini. Alam semula jadi dan budaya yang indah disini menjadikan Kota Yogyakarta atau lebih mudah dipanggil Jogjakarta ini menjadi lokasi wajib untuk dilawati di Indonesia

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama patik sampai di Kota Yogyakarta ini atas urusan kerja. Terima kasih kepada Wonderfull Indonesia dan juga Yogyakarta Tourism kerana menerbangkan patik dan beberapa blogger dari Malaysia bagi merasai pengalaman menyambut Hari Ulang Tahun Kota Yogyakarta Ke-261 atau lebih dikenali dengan Wayang Jogja Night Carnival #HUT261jogja.

HARI PERTAMA 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjopto, kami disambut oleh Tour Guide dan terus dibawa ke The 101 Yogyakarta Tugu Hotel dimana hotel ini adalah hotel yang sangat dekat dengan majlis sambutan Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 nanti. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Sesampai sahaja dihotel, kami diberimasa untuk berehat dan juga bersedia untuk majlis makan malam. Makan malam kami adalah berkonsepkan buffet dan memang sesuailah dengan kami yang agak kelaparan biladijamu sedemikian rupa. 

Majlis makan malam kami dihadiri oleh tetamu VIP dan juga hadirin daripada negara Asia Tenggara. Kiranya patik sempat berkenalan dengan beberapa rakan dari negara luar. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai makan malam, patik sempat singgah disuatu tempat yang diberi nama Jalan Malioboro dimana sesiapa yang datang ke Yogyakarta, luangkan masa untuk kesini untuk mendapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. Memang meriah untuk membeli belah disini. 

HARI KEDUA

Hari kedua dijangka agak padat dengan aktiviti sehingga malam. Hari kedua kami dimulakan Jeron Bateng Heritage Trail dimana disinilah bermula penjelajahan Kota Yogya yang menarik dan menyeronokkan. 

Untuk penjelajahan Jeron Beteng Heritage Trail ini kami sempat menyinggah beberapa tempat seperti Kraton Palace, Sonobudoyo Museum, Tamansari Water Castle dan Ngasem Tradisional. Apa yang menarik tempat-tempat ini? 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Kraton Palace ini merupakan kediaman rasmi bagi Gabenor Kota Yogyakarta yang masih lagi diduduki oleh beliau dan pada masa yang sama lokasi ini menjadi lokasi terbuka untuk orang ramai untuk melihat sejarah pemerintahan di kota ini. Memang korang akan dapat informasi baru daripada penjelajahan ini. Untuk makluman semua, Gabenar ini kalau boleh patik katakan adalah sebagai Sultan bagi setiap negeri di Malaysia tetapi disini mereka menggunakan istilah Gabenor

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai melawat Kraton Palace, kami singgah ke Sonobudoyo Museum. Nama pun muzium, jadi korang akan mengetahui sejarah bagi Kota Yogyakarta secara menyeluruh. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Kemudian kami sempat singgah ke Tamansari Water Castle atau Istana Air Tamansari dimana lokasi yang wajib korang datang kesini. Apa yang boleh patik katakan tempat ini adalah sebuah istana yang sangat besar dan struktur bangunan ini memang masih utuh dan ada sesetengah telah roboh akibat gempa bumi yang berlaku suatu masa dahulu. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Mengakhiri penjelajaran untuk  Jeron Bateng Heritage Trail kami telah melawat Pasar Ngasem. Pasar Ngasem ini merupakan sebuah pasar yang menjual barangan dan juga kraf tangan daripada penduduk Yogyakarta sendiri. Apa yang patik nampak, hasil produk mereka memang terbaik dan memang cantik untuk dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang nanti.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai penjelajahan ini kami diperkenalkan dengan Kampung Wisata Kotagede. Menariknya tentang perkampungan ini, korang akan melihat keadaan masyarakat yang korang selalu tengok didalam sinetron yang selalu ditontonkan di TV. Lorong-lorong kecil yang menjadi jalan penghubung memang sempat kami rasai.

Satu yang patik puji adalah lorong kecil ini walaupun kecil, tetapi kebersihannya memang tidak dapat disangkal disebalik dinding-dinding yang sangat cantik untuk bagi mereka yang gemarkan bergambar. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Fuuhhh memang agak padat program diatas dari pagi sehingga lewat petang.  Selesai semua program yang kami lalui, kami kembali ke hotel untuk bersiap bagi sambutan Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 atau dikenali sebagai Wayang Jogja Night Carnival.

Untuk pengetahuan korang, Wayang Jogja Night Carnival di adakan setiap 7 Oktober sebagai sambutan ulang tahun Kota Yogyakarta. Kebiasaannya perarakan ini akan berlangsung bermula dari jam 7 petang sehingga 9 malam dan mempersembahkan persembahan tradisional dari 14 buah kampung yang ada di bandar Yogyakarta.

HARI KETIGA 

Untuk hari ketiga kami dijangka akan melakukan aktiviti iaitu melakukan aktiviti tubing didalam Gua Kalis Suci, melihat matahari terbenam di Tebing Breksi dan juga menonton persembahan Tarian Ramayana.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Yogyakarta memang kaya dengan aktiviti semulajadi seperti yang akan cuba patik ceritakan ini adalah aktivit tubing didalam Gua Kalis Suci. Korang akan menyelusuri laluan didalam gua dengan menggunakan tube yang besar. Apa yang boleh patik katakan, aktivit yang menyeronokkan dan airnya memang jernih. Itu yang menjadikan aktiviti ini wowww. Hehehe.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Siapas sangka tempat yang dahulu adalah tempat mencari bijih batu bertukar 360 darjah menjadi lokasi wajib sekiranya datang ke Yogyakarta. Tebing Breksi ini adalah lokasi yang cantik terletak diatas sebuah bukit dimana selalunya lokasi ini menjadi lokasi untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Apa yang patik dapat katakan, lokasi ini memang cantik dan mereka bijak menjadikan sesuatu yang tidak berguna menjadi sesuatu yang berharga dan menjadi tarikan untuk perlancongan.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Mengakhiri aktiviti hari ketiga, patik berpeluang untuk melihat persembahan Tarian Ramayana di Prambanan Temple. Kalau korang yang hebat dalam sejarah, Prambanan Temple adalah antara kuil yang masih wujud yang masih tertera didalam buku sejarah.

Pertama kali didalam hidup patik melihat persembahan tarian yang tidak menggunakan bahasa didalam mempersembahan tarian. Hanya dengan gerak badan yang akan menentukan emosi yang diberikan samada marah, benci, suka dan sebagainya. Jadi korang kena pandai-pandai memahami apa yang cuba ditonjolkan semasa persembahan berlangsung.

HARI KEEMPAT

Hari terakhir patik disini adalah dengan menghabiskan masa membeli belah di Jalan Malioboro memandangkan penerbangan pulang patik dan bebebrapa blogger lain adalah pada waktu petang.

Demikianlah perjalanan 4 hari 3 malam patik dalam menjelajai Kota Yogyakarta bagi menyambut Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 dan juga melawat kawasan tarikan lain di kota yang mengujakan ini.

Patik akan kongsikan secara mendalam berkenaan tarikan yang menarik disini untuk entri akan datang. Rugi kalau patik tidak kongsikan dengan korang sebab budaya dan kawasan mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Terima kasih kepada pihak Wonderfull Indonesia dan juga Yogyakarta Tourism kerana atas ruang dan peluang yang diberikan kepada patik untuk berada di Kota Istimewa Jogyakarta ini. Sehingga berjumpa lagi dilain masa.


TERIMA KASIH


KARNIVAL UPIN IPIN DI MAEPS SERDANG MEMANG MERIAH

$
0
0
KARNIVAL UPIN IPIN

KARNIVAL UPIN IPIN DI MAEPS SERDANG MEMANG MERIAH | Karnival Upin & Ipin sedang hangat berlangsung sehingga 26 November 2017 berlokasi di MAEPS, Serdang. Seperti kebiasaan karnival ini akan mengundang ribuan pengunjung yang datang untuk menyaksikan animasi kegemaran. 

Untuk tahun ini Syarikat Lescopaque sekali lagi telah membawa watak-watak kesukaan orang ramai lebih-lebih lagi anak-anak dengan maskot animasi Upin Ipin, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu dan penampilan istimewa Ultraman Ribut yang dibawakan khas dari Jepun. 

KARNIVAL UPIN IPIN

Tempoh hari patik sempat menjengah untuk melihat kemeriahan Karnival Upin & Ipin yang berlangsung selama 3 hari bermula 24 - 26 November 2017. Memasuki ruangan dewan, patik sudah melihat ramai kanak-kanak sudah siap sedia menunggu watak animasi meraka akan muncul.


HARGA TIKET KARNIVAL UPIN & IPIN 

KARNIVAL UPIN IPIN

Bagi korang yang ingin datang ke karnival ini, ini patik sediakan harga yang mereka tawarkan kepada pengunjung. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun kebawah, warga tua dan juga orang kelainan upaya harga tiket untuk mereka adalah PERCUMA

Kalau korang jenis yang nak cepat, korang boleh dapatkan tiket jenis VIP dimana korang boleh mendapat jalan pintas untuk ke rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri. 


MENARIK DI KARNIVAL UPIN & IPIN 

Karnival Upin & Ipin terbahagi kepada 2 dewan iaitu Dewan A (Dewan Utama) dan Dewan C (Dewan Magik). Apa yang menarik di kedua-dua dewan ini? Meh sini patik ceritakan. 

KARNIVAL UPIN IPIN

Dewan A adalah dewan dimana segala persembahan maskot animasi akan berlangsung. Karakter dari animasi Upin Ipin, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu dan Ultraman Ribut akan menghiburkan pengunjung mengikut masa tertentu. 

KARNIVAL UPIN IPIN

Semasa patik sampai tempoh hari kebetulan masjlis pelancaran Karnival Upin & Ipin ini sedang berlangsung dimana karnival ini telah diramikan oleh Menteri Perlancongan, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.   

KARNIVAL UPIN IPIN

Apa yang boleh patik simpulkan sepanjang majlis perasmian, banyak projek dibawah Syarikat Lescopaque akan dirancang pada masa hadapan termasuklah Taman Tema Upin & Ipin, Hotel Upin & Ipin dan khabarnya akan ada filem daripada animasi ini. 

Sebuah syarikat yang menghasilkan animasi yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia dimana mereka telah bekerjasama dengan banyak negera bagi memartabatkan karakter animasi Upin & Ipin ini ke suatu peringkat yang lebih tinggi. 

Selesai majlis perasmian tu, patik sempat meronda didalam Dewan A ini untuk melihat-melihat apa yang ada disini. Rupanya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan disini seperti permainan video game

KARNIVAL UPIN IPIN
KARNIVAL UPIN IPIN
KARNIVAL UPIN IPIN

Selain aktiviti yang anak-anak dan juga orang dewasa boleh lakukan, korang juga boleh membeli belah di Dewan A pada harga yang sangat berpatutan. Patik sempat bertegur sapa dengan beberapa pengunjung dan bertanyakan tentang harga jualan barang produk Upin & Ipin. Rata-rata mengatakan harga yang ditawarkan di karnival adalah jauh lebih murah daripada korang dapatkan produk ini daripada Butik Ipin & Ipin

KARNIVAL UPIN IPIN

Patik juga sempat meronda dan membeli sedikit produk Upin & Ipin ini. Memang berbaloi sekiranya korang datang ke sini. Yang paling seronok korang boleh menempah baju T daripada karakter Upin & Ipin dan rakan-rakan. 

KARNIVAL UPIN IPIN

Menyinggah ke Dewan C yang terletak bersebelahan dengan Dewan A menyajikan dunia magik karakter Upin & Ipin. Apa yang patik boleh katakan disini memang woww dan menarik untuk anak-anak kita. Banyak ruang yang boleh korang singgah untuk melihat sendiri disebalik meriahnya karakter Upin & Ipin.

KARNIVAL UPIN IPIN

Tarikan utama di dewan Magik ini adalah melawat Rumah Opah. Kalau korang tengok didalam TV semuanya direalisasikan didalam bentuk asli. Bermula dari ruang tamu dimana selalunya Opah, Upin & Ipin dan Kak Ros selalu berada dan bergurau senda.

Menghala kebelakang, korang akan melalui bilik Upin & Ipin serta bilik Opah dan terus ke dapur. Apa yang boleh patik katakan memang rumah ini dibina memang serupa apa yang korang tengok didalam TV tu haaa. Sangat menarik dan bagaikan terasa keluarga ini memang wujud. Hehehe.

Selain Rumah Opah, banyak lokasi yang boleh korang lepak santai sepertibergambar bersama Ultraman Ribut, Pengembaraan Alam Dino, Tadika Mesra, Magic Pin Pin Pom dan melakukan aktiviti bersama anak-anak.

KARNIVAL UPIN IPIN

Patik pun seronok inikan sekiranya korang datang beramai-ramai bersama anak-anak ke Karnival Upin & Ipin. Jom ke Karnival Upin & Ipin sehingga 26 November2017. Terima kasih Upin & Ipin kerana mewarnai kehidupan semua rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia. 


>> FACEBOOK | INSTAGRAM<<

Viewing all 468 articles
Browse latest View live